Anda di halaman 1dari 1

EDUP 3053 (AHAD/ 23.08.

2020)

1. Konsep teknologi, teknologi pendidikan, konsep pengajaran dan teknologi pengajaran?

Konsep teknologi ialah penggunaan pengetahuan sains dan cabang ilmu lain untuk
menghasilkan tugas-tugasan pembelajaran yang praktikal. Ianya juga merupakan suatu
proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik,
kaedah, reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.

Teknologi pendidikan pula membawa maksud penggunaan teknologi sebagai salah


satu medium penggerak paradigma pendidikan negara ke arah yang lebih maju. 5 domain
dalam teknologi pendidikan ialah domain reka bentuk, pembangunan, penggunaan,
pengurusan dan penilaian.

Manakala konsep pengajaran pula ialah proses penyampaian ilmu, kemahiran, nilai
dan sikap yang lazimnya disampaikan oleh guru kepada pelajar. Arbak (1985) mendefinikan
pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk meyampaikan
pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam
suasana yang dipanggil bilik darjah.

Konteks teknologi dalam pengajaran pula bermaksud penggunaan teknologi dalam


menhasilkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan di
dalam kelas. Sebagai contoh, penggunaan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
cara ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas
dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik
serta mudah untuk di fahami.

Anda mungkin juga menyukai