Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK MENJAWAB SOALAN

PENDIDIKAN MORAL

Soalan Struktur

1.Nyatakan 2 nilai yang perlu ada pada remaja di atas. (2m)

Contoh jawapan: (Nilai 2N)


1.harga diri
2.Hemah tinggi

2.Soaln “Huraikan/Jelaskan/ Terangkan (yang memerlukan nilai)

Contoh Soalan:
Jelaskan satu nilai yang diamalkan oleh Jane. (2m)

: (Watak +Nilai)
(Watak + Penerangan)
1N+1H
Jane mengamalkan nilai harga diri (N1) Dia menjaga maruah dirinya dengan menjauhi pergaulan
bebas.(H1)

Soalan ““Huraikan/Jelaskan/ Terangkan (yang memerlukan nilai)

Contoh Soalan:
Jelaskan dua nilai yang diamalkan oleh Jane:

: (2N+2H)
Jane mengamalkan nilai harga diri. (N) Dia menjaga maruah dirinya dengan menjauhi pergaulan
bebas.(H) Jane mengamalkan nilai rasional (N). Dia boleh berfikir kesan negatif melibatkan diri
dalam gejala sosial.(H)
3.Soalan “nyatakan nilai yang diamalkan...”

Contoh: Nyatakan nilai yang berkaitan situasi di atas (2 m) - bilangan nilai tidak dinyatakan

Contoh jawapan:
Bertanggungjawab (N)
Rasional (N)

Atau:
Dia mengamalkan nilai bertanggungjawab. (N)
Dia memikul tugas sebagai pengawas dengan baik supaya
keadaan disiplin murid terjaga.(H)

4.Soalan “wajar / boleh / setuju... Beri hujah / alasan

berdasarkan nilai murni...”

Contoh: Wajarkah kejadian tersebut dielakkan daripada berulang? Beri hujah anda berdasarkan
nilai-nilai murni. (4m) - bilangan nilai tidak dinyatakan markah N : 1

Contoh jawapan: ( 1J 1N 2H ) - N hanya 1 sahaja


Wajar (J). Kita perlu mengamalkan nilai bertanggungjawab (N). Kita memikul tugas menjaga
alam sekitar agar banjir tidak berulang. (H) Kita mengurus pembuang sampah dengan teratur
supaya longkang tidak tersumbat (H)

Soalan “wajar / boleh / setuju... Beri hujah / alasan...” - tanpa nilai

Contoh: Wajarkah tindakan Ann? Kemukakan tiga

alasan anda (4m)

Contoh jawapan: ( 1J 3H )
Tidak wajar (J). Ann perlu memikul tanggungjawab menjaga ibunya (H). Dia perlu menyayangi
ibunya tanpa menghantar ke rumah orang-orang tua (H). Dia perlu menyara ibunya yang telah
tua dengan menjaganya (H)

Anda mungkin juga menyukai