Anda di halaman 1dari 6

Bertarikh 04hb feb 2013

-------------------------------------------------------------------------
PERJANJIAN PELABURAN
-------------------------------------------------------------------------

DI ANTARA

FARIDH BIN BAHAROM


(NO.K/P : 830625-10-6001)

DAN

NAMA PELABUR
(N0. K/P : NO IC PELABUR)

DI SEDIAKAN OLEH :
ONE WORLD TELECOMUNICATION & MULTIMEDIA
(SA0207878-M)
NO 1B, LOT 9946, KAMPUNG SUNGAI PINANG, PULAU INDAH, 42000
PELABUHAN KLANG, SELANGOR.
PERJANJIAN INI dibuat pada 04 hb feb 2013 di antara

1- FARIDH BIN BAHAROM (NO.K/P : 830625-10-6001)


selepas ini akan disebut sebagai PENGUSAHA. Beralamat di NO 1B, LOT 9946,
KAMPUNG SUNGAI PINANG, PULAU INDAH, 42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR.

.
dan

2- NAMA PELABUR (NO. K/P : NO IC PELABUR)


selepas ini akan disebut sebagai PELABUR. Beralamat di ALAMAT PELABUR.

BAHAWASANYA :

Pelabur telah bersetuju untuk melabur dalam perniagaan ONE WORLD


TELECOMUNICATION & MULTIMEDIA dan juga dipersetujui perjalanan syarikat
diuruskan sepenuhnya pengusaha. Dengan ini juga pelabur dan pengusaha bersetuju
dengan terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam surat perjanjian ini.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI DAN DIAKUI perkara-perkara berikut :


PELABUR DENGAN INI BERSETUJU :

(1) Melaburkan modal sebanyak RM10,000 ( Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) untuk
digunakan oleh pengusaha.

(2) Menerima pembayaran perkongsian keuntungan dari pengusaha sebanyak 33%


setiap bulan untuk tempoh pelaburan selama 12 bulan.

(3) Pembayaran perkongsian keuntungan sebanyak 33% akan dibuat pada 1 haribulan
pada setiap bulan sehingga tamat 12 bulan.

(4) Modal pelaburan sebanyak RM10,000 ( Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) akan
dipulangkan sepenuhnya oleh pihak pengusaha setelah tamat tempoh 12 bulan
pelaburan iaitu pada 04 mac 2014.
PENGUSAHA DENGAN INI BERSETUJU :

(1) Menerima pelaburan modal sebanyak RM10,000 ( Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu)
dari pelabur untuk digunakan sebagai modal pusingan.

(2) Membayar perkongsian keuntungan kepada pelabur sebanyak 33% setiap bulan
untuk tempoh pelaburan selama 12 bulan.

(3) Membuat bayaran perkongsian keuntungan sebanyak 33% pada 1 haribulan setiap
bulan sehingga tamat 12 bulan.

(4) Memulangkan modal pelaburan sebanyak RM10,000 ( Ringgit Malaysia Sepuluh


Ribu) kepada pelabur setelah tamat tempoh 12 bulan pelaburan iaitu pada 04 mac
2014.

JAMINAN DAN PERSETUJUAN :

Pengusaha bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perjalanan syarikat ONE WORLD


TELECOMUNICATION & MULTIMEDIA dan dengan ini bersetuju menanggung segala
risiko. Pengusaha juga bersetuju bahawa modal pelaburan sebanyak RM10,000 (
Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) dari pihak pelabur selamat dan akan dipulangkan
sepenuhnya.

Pembayaran semula modal sebanyak RM10,000 akan dibuat pada 04hb feb 2014.
Pembayaran keuntungan perlu di buat ke akaun bank atas nama PELABUR melalui
akaun bank NAMA BANK PELABUR dimana no akaun tersebut adalah seperti berikut
NO AKAUN PELABUR

Jika didapati Pengusaha gagal membuat pembayaran pada tarikh pembayaran


sepatutnya, Pelabur akan bagi tempoh seminggu dari tarikh tersebut untuk Pengusaha
untuk membuat pembayaran. Jika Pengusaha melanggar perjanjian ini maka Pelabur
boleh mengenakan tindakan undang-undang kepada Pengusaha

Jika Pengusaha melanggar perjanjian ini lebih dari dua kali maka Pelabur boleh
mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengusaha dan segala kos guaman yang
terlibat akan ditanggung dan dibayar sepenuhnya oleh Pengusaha.

Sekiranya Pengusaha mengalami kerugian, Pelabur tidak akan bertanggungjawab atas


segala kerugian yang dialami dan Pengusaha akan tetap membayar dividen setiap bulan dan
memulangkan modal RM10,000 yang telah dilaburkan kepada Pengusaha mengikut
Perjanjian ini.

Sekiranya Pengusaha memperoleh keuntungan, Pelabur akan diberikan sedikit dividen


tambahan daripada dividen yang telah dipersetujui dan pembayaran dividen masih
mengikut persetujuan yang terkandung dalam Perjanjian ini.

Sekiranya berlaku perselisihan faham antara Pengusaha dan Pelabur, semua terma
perjanjian yang dibuat mestilah dipatuhi dan sekiranya berlarutan hendaklah mencari
jalan penyelesaian secepat mungkin yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Sekiranya
penyelesaian tidak dapat disepakati oleh kedua-dua pihak selepas tempoh satu bulan,
tindakan undang-undang boleh diambil oleh Pengusaha dan Pelabur untuk
menguatkuasakan Perjanjian ini.

Perjanjian ini akan terbatal apabila semua pembayaran yang telah dibuat oleh
Pengusaha sudah cukup jumlahnya dan mengikut persetujuan dalam Perjanjian ini
beserta bukti pembayaran dan setelah Pelabur mendapat pulangan profit sebanyak
33% setiap bulan dan wang modal sebanyak RM10,000 beserta bukti penerimaan.

PERUBAHAN PERJANJIAN :

Sebarang perubahan atau pindaan terhadap terma atau syarat perjanjian ini tidak boleh
dibuat kecuali dengan persetujuan bertulis kedua-dua belah pihak.

PINDAHAN HAK :

Pelabur dan Pengusaha tidak sama sekali dibenarkan untuk memindahkan hak mereka
(assign) kepada pihak lain. Pindahan hak hanya boleh dibuat setelah dipersetujui secara
bertulis oleh pihak pelabur dan pengusaha.

PERTUKARAN ALAMAT :

Sekiranya satu pihak ingin menukar alamat, maka hendaklah memaklumkan kepada
pihak yang satu lagi untuk memastikan penukaran alamat tidak melanggar apa-apa
syarat perjanjian.

PEWARIS / WAKIL :

Sekiranya berlaku kematian atau hilang kewarasan akal kepada pengusaha atau pelabur
maka segala hak dan tanggungjawab pihak pengusaha dan pelabur akan diuruskan oleh
pewaris atau wakil masing-masing yang telah dipilih sehingga tempoh perjanjian tamat
:
PEWARIS / WAKIL KEPADA PENGUSAHA :

NAMA :
NO. K/P :
PERTALIAN :
ALAMAT :

PEWARIS / WAKIL KEPADA PELABUR :

NAMA :
NO. K/P :
PERTALIAN :
ALAMAT :

DENGAN MERUJUK HAL-HAL DI ATAS


maka kedua-dua pihak bersetuju menurunkan tandatangan masing-masing di bawah
pada haribulan dan tahun seperti yang mula-mula tertulis diatas. Ditandatangani oleh :
PENGUSAHA yang namanya tertera diatas di hadapan

Ditandatangani oleh : }
PENGUSAHA yang namanya }
tertera diatas di hadapan } ……………………………………………
FARIDH BIN BAHAROM
(NO IC : 830625-10-6001)

Ditandatangani oleh : }
PELABUR yang namanya }
tertera diatas di hadapan } ……………………………………………
NAMA PELABUR
(NO.IC PELABUR)

Anda mungkin juga menyukai