Anda di halaman 1dari 4

BINCANGKAN KEFAHAMAN SOSIOLOGIKAL ANDA TENTANG BUDAYA

ORGANISASI DAN MOTIVASI KERJA DENGAN MEMBERIKAN CONTOH-


CONTOH DARI REALITI SOSIAL YANG ANDA KETAHUI.

Budaya organisasi adalah merangkumi simbol, bahasa ideologi, kepercayaan ritual,


dan mitol yang perlu diikuti oleh anggota organisasi (Pettigrew 1979). Menurut
Denison (1990) budaya organisasi ini sebagai nilai, kepercayaan dan prinsip tersirat
yang mendasari sistem pengurusan organisasi. Selain itu, budaya ini adalah satu aspek
dalam kehidupan manusia yang dipelajari oleh individu sebagai keputusan kepunyaan
daripada kumpulan tertentu yang sama (Richard Kluckhohn 1962). Dengan kata lain,
budaya ini merupakan cara hidup individu itu. Hal ini demikian kerana budaya ini
dipegaruhi atau dipelajari oleh individu itu daripada kumpulan atau masyarakat di
sekelilingnya untuk menyesuaikan diri. Oleh itu, budaya organisasi ini dapat
membentuk budaya kerja dalam sesuatu organisasi itu. Tambahan pula, budaya
organisasi ini berbeza-beza di pada setiap syarikat ataupun organisisai. Hal ini
demikian kerana setiap syarikat mempunyai idea untuk membentuk budaya kerjanya
yang berkesan. Dengan itu, budaya organisasi dan motivasi kerja ini dapat dilihat
dengan adanya contoh-contoh yang sesuai:

Fungsi budaya organisasi untuk motivasi kerja ini dapat dilihat dengan
penjelasan oleh Siagin (1992). Menurut beliau terdapat lima fungsi budaya organisasi
ini iaitu untuk menentukan tingkah laku, memupuk rasa kekitaan dan identiti
organisasi serta memupuk komitmen kepada anggota bahawa kepentingan bersama
melebihi kepentingan individu. Fungsi yang keempat budaya organisasi mengeratkan
hubungan semua anggota organisasi dan kelimaannya adalah kawalan sosial. Maka
kelima-lima fungsi ini mampu memperkukuhkan organisasi kerja ini dan secara
lansung memberikan motivasi kepada para pekerja. Hal ini demikian kerana seperti
yang telah diterangakan oleh Siagin budaya organisasi ini dapat menentukan tingkah
laku maka ia akan membuatkan individu itu merasa semangat untuk mencapai
matlamat. Contohnya, budaya organisasi di kilang-kilang, para perkerja dikawal oleh
majikannya, perlakukan yang perlu diikuti disana. Para perkerja juga perlu
bekerjasama dengan perkerja yang lain bagi menyiapkan tugasan mereka. Tambahan
pula, budaya organisasi di kilang adalah seperti pekerja tidak dibenarkan bercakap
semasa melakukan perkerjaan, terdapat waktu kerja pagi atau malam, tidak lewat dan
sebagainya. Oleh itu, fungsi budaya organisasi ini adalah untuk memastikan individu
itu dapat menyesuaikan diri dengan persekitarannya.

Seterusnya terdapat dua jenis budaya organisasi ini ialah budaya terbuka dan
partipatif serta keduanya adalah budaya tertutup dan autokratik (Noe & Mondy
(1996).Jenis budaya organisasi yang pertama adalah budaya yang terbuka dan
partipatif, budaya organisasi ini bersifat terbuka. Jenis budaya ini majikan akan
mempercayai para pekerjanya dengan itu jenis budaya ini dapat memotivasikan para
pekerjanya. Hal ini demikian kerana pekerja bebas untuk berkomunikasi dengan
majikan mahupun rakan pekerja serta kepemimpinan yang bertolak ansur dan
mengambil perasaan perkerja. Contohnya, setiap syarikat mahupun organisasi atau
institusi mempunyai kaunseling atau human resources untuk memastikan nasib
pekerjanya terbela. Dengan adanya kedua-dua pusat tersebut menunjukan majikan
amata mengambil berat nasib pekerja untuk sentiasa bermotivati melakukan kerjanya.
Ini dapat di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) ada pusat kaunseling di Pusanika
untuk membantu para pelajar dan warga UKM untuk membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Dengan itu, pelajar mahupun warga UKM ini akan setiasa
bermotivasi semasa melakukan kerja maka kerja yang dilakukan itu sentiasa
berkualiti.

Manakala jenis budaya organisasi yang kedua pula adalah budaya yang
tertutup dan autokratik iaitu organisasi yang mempunyai kemimpinan yang tegas.
Jenis budaya orangisasi ini juga pekerjanya dipaksa untuk melalukan sesuatu tugasan
itu tanpa sebarang pertanyaan ataupun bantahan. Contoh budaya organisasi ini adalah
askar, mereka perlu menerima perintah dari ketua mereka untuk melakukan sesuatu
itu. Tambahan pula, mereka akan dipaksa untuk melakukan perkerjaan itu walaupun
mereka tidak menyukainya. Oleh itu, jenis budaya organisasi ini akan membentuk
seseorang individu ini menjadi lebih berdisiplin. Disiplin ini dibentuk daripada
tingkah laku seseorang itu dengannya ia dapat memotivasikan dirinya supaya lebih
cekal untuk menhadapi segala kesukaran yang bakal dihadapi.

Manakala antara contoh-contoh lain yang menunjukkan budaya organisasi dan


motivasi kerja adalah pembahagian kuasa yang jelas. Hal ini demikian kerana
keupayaan sesebuah organisasi ini berkongsi kewibawaan ; menjadi kunci kepada
kejayaan syarikat. Namun tanpa pembahagian kuasa yang jelas kan menyebabkan
kekeliruaan dalam sesebuah organisasi ini. Oleh itu, pemimpin yang hebat iaitu
berkarisma, berwibawa, rasiaonal dan sebagainya adalah penting bagi mengawal
sesebuah organisasi ini. Tambahan pula, budaya organisasi ini dibentuk oleh
pemimpin-pemimpin atau ketua organisasi bagi mengawal para pekerjanya serta
menguruskan kerjanya. Pembahagian kerja yang dilakukan ini akan menyebabkan
seseorang itu mempunyai matlamat kepada syarikat, kumpulan dan dirinya dengan itu
mereakan akan sentiasa bermotivati. Contohnya, pembahagian kerja ini dapat dilihat
daripada carta organisasi syarikat. Seperti Media Prima, mereka mempunyai siaran
TV3,TV9, NTV7 dan sebagianya. Setiap sub syarikat itu mempunyai budaya
organisasi yang berbeza-beza ini kerana pembahagian kuasa yang berbeza. Hal ini
demikian kerana sub syarikat ini mempunyai matlamat yang berbeza walaupun
syarikat yang sama namun akibat pembahagian kuasa ini budaya organisasi mereka
berbeza-beza. Dengan itu, berdasarkan sub syarikat itu juga membuatkan kumpulan
sub syarikat ini akan memastikan para perkerjanya akan sentiasa bersemangat untuk
melakukan pekerjaannya. Maka secara tidak lansung kualiti kerja itu akan terjamin.

Kesimpulanya, budaya organisasi ini merupakan satu cara bagaimana


organisasi ini menguruskan atau pemimpin syarikatnya. Budaya organisasi ini juga
oleh dipergaruhi oleh pengaruhi luaran mahupun dalaman. Maka dengan adanya
budaya organisasi ini syarikat itu boleh menonjolkan identitinya kepada organisasi
yang lain.
RUJUKAN:

Andrew M. Pettigrew.1979. On Studying Organizational Cultures. Sage Publications,


Inc. https://www.jstor.org/stable/2392363?seq=1 [26 Jun 2020].

Dan Denison. 1991.Corporte Culture and Organization Effectiveness. The Academy


of Management Review 16(1):203.
https://www.researchgate.net/publication/274649299_Corporate_Culture_and_
Organizational_Effectiveness [26 Jun 2020].

Richard Kluckhohn. 1962. Culture And Bahaviour: Collected Essays Of Clyde


Khuchohn. The Free Press of Glencoe. https://academic.oup.com/sf/article-
abstract/42/1/121/2227533?redirectedFrom=fulltext [26 Jun 2020].

Siagin (1992) dan Noe & Mody (1996) Budaya Organisasi:Pengertian, Fungsi,
Contoh, dan Ciri-cirinya. Dipetik Maxmanroe.com.
https://www.maxmanroe.com/vid/organisasi/pengertianbudayaorganisasi.html
#3_menurut_siagian_(1992_153) [26 Jun 2020].

Anda mungkin juga menyukai