Anda di halaman 1dari 4

PBL BM THN5 Cikgu Winnie F 2020

PROJECT BASED LEARNING (PBL)


BAHASA MELAYU
TAHUN 5 CEMERLANG 2020

Tajuk : Tema 2 : Aktif Dan Cergas


Tema 3 : Keselamatan
Kemahiran : 4.2.1
Mengujarkan ayat berdasarkan aktiviti yang dilakukan
Mencatat maklumat mengikut urutan

Nama :

Kelas :

Tarikh Siap :

Projek ini merupakan aktiviti senaman menuju gaya hidup aktif dan cergas yang dilakukan
bersama keluarga di rumah berikutan dengan pandemic Covid19 yang melanda dunia.
Projek ini dibuat dengan menggunakan rakaman video berdurasi tidak kurang 1.30 saat dan
tidak lebih 3 minit .
Selepas selesai membuat rakaman video murid-murid perlu menyiapkan satu buku PANDUAN
BERSUKAN DENGAN SELAMAT menggunakan kata kerja aktif transitif berdasarkan
senaman yang kamu telah buat.

A. Permulaan Projek

1. Murid-murid berbincang dengan 2-4 orang ahli keluarga untuk melakukan senaman di kawasan
rumah masing-masing.
2. Murid-murid boleh berlatih sebelum melakukan rakaman video supaya rakaman lebih teratur.
3. Memastikan kawasan senaman di tempat yang sesuai dan perlu kehadiran orang dewasa bersama-
sama rakaman tersebut.
4. Ibu bapa perlu membantu murid untuk menentukan apakah panduan keselamatan yang perlu
diikuti semasa sesi senaman dijalankan.

B. Mejalankan rakaman projek

1. Murid bersama ibu bapa / ahli keluarga yang lebih dewasa melakukan senaman dan
merakamkannya. Perlu megikut durasi masa yang telah ditetapkan seperti di atas.
2. Setelah selesai membuat rakaman murid-murid perlu mengedit dan menjadikan rakaman lebih
baik.

C. Menamatkan Projek

1. Murid boleh menghantar rakaman untuk dilihat oleh guru BM Pn. Winnie Francis sama ada
rakaman sesuai atau pun tidak.
2. Murid perlu membuat buku Panduan Keselamatan Semasa Melakukan Senaman Menuju Gaya
Hidup Aktif ( Sekurang-kurangnya 10 panduan )dengan menekankan kata kerja aktif transitif yang
betul. Panduan boleh dilihat dalam buku teks Bahasa Melayu mukasurat 46.
PBL BM THN5 Cikgu Winnie F 2020

3. Murid boleh menghasilkan buku panduan ini mengikut kreativiti masing-masing.


4. Buku panduan ini perlu ada

i. Muka depan buku bertajuk PANDUAN BERSUKAN DENGAN SELAMAT

Nama :

Kelas :

Tarikh Siap :

ii Muka surat ke 2

Tema 2 : Aktif Dan Cergas


Tema 3 : Keselamatan
Kemahiran :4.2.1 Mengujarkan ayat berdasarkan aktiviti yang dilakukan
Mencatat maklumat mengikut urutan
5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja aktif transitif dan
kata kerja pasif mengikut konteks dengan betul.

Projek ini merupakan aktiviti senaman menuju gaya hidup aktif dan cergas yang dilakukan
bersama keluarga di rumah berikutan dengan pandemic Covid19 yang melanda dunia.
Projek ini dibuat dengan menggunakan rakaman video berdurasi tidak kurang 1.30 saat dan
tidak lebih 3 minit .
Selepas selesai membuat rakaman video murid-murid perlu menyiapkan satu buku PANDUAN
BERSUKAN DENGAN SELAMAT menggunakan kata kerja aktif transitif berdasarkan
senaman yang kamu telah buat.

iii Muka surat ke 3


Panduan keselamatan yang telah kamu tetapkan

Tarikh akhir menghantar projek pada 31 Mei 2020

** projek ini merupakan pertandingan di peringkat PPD Penampang

Contoh kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif seperti di bawah:-
PBL BM THN5 Cikgu Winnie F 2020
PBL BM THN5 Cikgu Winnie F 2020

Anda mungkin juga menyukai