Anda di halaman 1dari 7

PEMANTAPAN TATABAHASA - AYAT SUSUNAN BIASA & AYAT SONGSANG

Kenali Ayat susunan biasa.


Subjek di depan dan predikat di belakang.

(Subjek + penerang subjek) + (predikat + penerang predikat.)

Contoh 1:

Siti Nurhaliza berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu.

Siti Nurhaliza (subjek)


berasa sangat bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu. (Predikat)

* dengan kelahiran anak sulungnya itu (penerang predikat)

Contoh 2:

Rumah yang telah usang itu roboh akibat angin kencang.

Rumah yang telah usang itu (subjek)


* yang telah usang itu (penerang subjek)

telah roboh akibat angin kencang.(predikat)


* akibat angin kencang (penerang predikat)

Contoh 3:

Penduduk kampung menyambut hari raya dengan meriah setiap tahun.

Penduduk kampung (subjek)

menyambut hari raya dengan meriah setiap tahun.


* setiap tahun - keterangan masa 

Ayat Songsang apabila berlaku pendepanan predikat.

Contoh 1:

Berasa bersyukur Siti Nurhaliza dengan kelahiran anak sulungnya itu.


(pendepanan sebahagian predikat)
Berasa bersyukur dengan kelahiran anak sulungnya itu Siti Nurhaliza.
(Pendepanan seluruh predikat)

Contoh 2:

Telah roboh akibat angin kencang rumah yang telah usang itu.
(pendepanan seluruh predikat.

Telah roboh rumah yang telah usang itu akibat angin kencang.
(pendepanan sebahagian predikat)

Contoh 3:

Menyambut hari raya dengan meriah penduduk kampung setiap tahun.


(pendepanan sebahagian predikat)

Setiap tahun, menyambut hari raya dengan meriah penduduk kampung


(pendepanan sebahagian predikat.  - memulakan ayat dengan keterangan masa)

LATIHAN:

SOALAN 1:Tukarkan setiap ayat susunan biasa  di bawah kepada  ayat susunan songsang  tanpa
mengubah maksud asalnya.
1.Kanak-kanak itu mandi di sungai.
Ayat songsang : Mandi di sungai kanak-kanak itu.
2 Kebanyakan orang Asia bertubuh kecil.
Ayat songsang : Bertubuh kecil kebanyakan orang Asia.

3 Bangunan tinggi itu belum tentu selamat.


Ayat songsang: belum tentu selamat bangunan tinggi itu.
4 Ibu Fauziah sedang sakit tenat di hospital.
Ayat songsang: Sedang sakit tenat di hospital ibu Fauziah.
5 Kelihatan anak-anak kecil itu berkejar-kejaran di padang. 
Ayat songsang : Berkejar-kejaran di padang kelihatan anak-anak kecil itu.
6 Keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu pada awal pagi sungguh dingin.
Ayat songsang: Pada awal pagi, keadaan suhu di atas Gunung Kinabalu sungguh dingin.

Soalan 2:Tukar ayat-ayat di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah
maksud asalnya.

(i)                  Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.


(ii)                  
(iii)                Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.

(iv)               Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.

Jawapan:

(i) Pak Ahmad telah menjual sawah di hujung kampung itu.


- Telah menjual sawah di hujung kampung itu,Pak Ahmad. -(Pendepanan keseluruhan
predikat)

 - Telah menjual sawah Pak Ahmad di hujung kampung itu -(Pendepanan sebahagian predikat
— frasa kerja)

(ii) Keropok lekor sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak.

-Sangat popular di Terengganu kerana rasanya yang enak keropok lekor. (Pendepanan seluruh
predikat)

- Di Terengganu keropok lekor sangat popular kerana rasanya yang enak. (Pendepanan frasa
sendi nama sebagai unsur keterangan dalam ayat)
- Sangat popular keropok lekor di Terengganu kerana rasanya yang enak. (Pendepanan
sebahagian predikat — frasa adjektif)

(iii) Dedaun kering berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang.

-        Di halaman rumah dedaun kering berguguran apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan
frasa sendi nama sebagai unsur keterangan dalam ayat)

-        Berguguran dedaun kering di halaman rumah apabila angin bertiup kencang. (Pendepanan


sebahagian predikat — frasa kerja)

-        Berguguran di halaman rumah apabila angin bertiup kencang,dedaun kering. (Pendepanan


seluruh predikat)

SOALAN 3:Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan


songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)      Syarat-syarat pertandingan menulis karya kreatif telah diterangkan oleh pihak penganjur sebentar
tadi.

Ayat songsang: Telah diterangkan oleh pihak penganjur syarat-syarat pertandingan menulis


karya kreatif sebentar tadi.

(ii)          Cenderamata yang dihadiahkan oleh rakan-rakannya tersusun dengan kemas di dalam almari
perhiasan koleksi.

Ayat songsang: Tersusun dengan kemas di dalam almari perhiasan koleksi cenderamata yang
dihadiahkan oleh rakan-rakannya.
(iii)      Sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap Kempen Gaya Hidup  Sihat itu Sungguh
menggalakkan

Ayat songsang: Sungguh menggalakkan sambutan yang diberikan oleh orang ramai terhadap
Kempen Gaya Hidup Sihat itu.

SOALAN 2:Tukarkan setiap ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan


songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)        Budak-budak itu mandi di lombong.


Ayat songsang: Mandi di lombong budak-budak itu.

(ii)    Sufian Subandoro sedang sakit tenat di hospital.


Ayat songsang: Sedang sakit tenat di hospital Sufian Suharto.

      (iii) Cincin yang bertatahkan berlian itu sungguh cantik


Ayat songsang: Sungguh cantik cincin yang bertatahkan berlian itu.

       (ii) Anak-anak Pak Man Toya  itu berkejar-kejaran di taman.


Ayat songsang: Berkejar-kejaran di taman permainan anak-anak Pak Man.

(v)     Keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin pada awal pagi
Ayat songsang: Pada awal pagi keadaan suhu di atas Bukit Melawati sungguh dingin.

(vi)  Rumah Kak Limah yang besar di atas bukit itu tidak berpenghuni sejak sepuluh tahun yang
lalu
Ayat songsang: Sejak sepuluh tahun yang lalu rumah Kak Limah yang besar di atas bukit itu
tidak berpenghuni.

Cikgu Kalsom at Isnin, Ogos 12, 2019


Kongsi
2 ulasan:

1.

16‫ عبده العمراوى‬September 2019 10:06 PTG

‫ق‬AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA‫اه ببقي‬AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA‫ربات المي‬AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA‫ف تس‬AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA‫ركة كش‬AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA‫ش‬


‫شركة تنظيف كنب بالنعيرية‬

Balas
2.

Blogger28 Februari 2020 5:10 PG

Water Hack Burns 2lb of Fat OVERNIGHT

Over 160 000 women and men are utilizing a simple and secret "liquids hack" to lose 1-
2lbs each and every night in their sleep.

It is simple and it works with anybody.

Here's how to do it yourself:

1) Grab a drinking glass and fill it up half glass

2) Now use this proven hack

and become 1-2lbs thinner as soon as tomorrow!


Balas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih atas komen ikhlas anda.



Laman utama
Papar versi web
Dikuasakan oleh Blogger.

Anda mungkin juga menyukai