Anda di halaman 1dari 1

Sejarah Lubok China, Melaka

Pekan Lama Lubok China (sekarang sudah berubah)


Lubok China terletak di dalam Daerah Alor Gajah, Melaka,
bersempadanan dengan Negeri Sembilan. Lubok China terletak kira-kira
13 km dari laut.
Pada tahun 1988, beberapa tempat di kawasan ini pernah banjir dan jalan
utama di Lubok Cina dilintasi air. Hanya kenderaan berat sahaja boleh
melaluinya. Kini Sungai Rembau yang melaluinya telah dikorek dan
diluruskan serta tebatan banjir telah dilakukan.

Menurut sumber lisan tempatan, Lubok China mendapat nama dari kisah
sekumpulan orang Cina yang sedang mudik menggunakan tongkang besar
di sungai itu. Beberapa orang daripadanya telah terjun ke dalam sungai di
bahagian yang dalam dengan begitu gembira sekali. Malangnya, beberapa
orang daripadanya tidak keluar-keluar dari sungai tersebut. Beberapa
usaha dilakukan oleh penduduk Melayu setempat. Akhirnya mayat mereka
ditemui di sebuah lubuk di dalam sungai. Keadaaan mereka dalam keadaan
berpelukan dan tidak bernafas lagi. Sejak itu, kawasan tersebut dinamakan
Lubok Cina.

Pasar lama
Nama Lubok Cina cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan di sini
sebagai tempat persinggahan pedagang-pedagang zaman dahulu. Menurut
cerita penduduk tempatan, Lubok Cina yang dipisahkan antara Negeri
Sembilan dengan sebatang sungai dikenali Sungai Rembau menjadi tempat
persinggahan dan berkumpul pedagang-pedagang dari serata dunia yang
melalui Selat Melaka.

Anda mungkin juga menyukai