Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM ZIARAH CAKNA, JOM KE SEKOLAH, &


PONTENG SIFAR PERINGKAT SK TAMAN SUTERA 2020
MASA CUE ANN
Ketibaan Tetamu Mohon Perhatian:

Bagi menghormati majlis, hadirin diingatkan untuk berada dalam


keadaan tenang sepanjang majlis ini berlangsung.

Mohon kerjasama daripada para hadirin untuk memastikan


telefon bimbit anda dimatikan atau berada dalam keadaan mode
senyap.

Apabila diumumkan ketibaan para jemputan, hadirin dipohon


untuk berdiri sehinggalah dipersilakan duduk. InsyaAllah majlis
kita akan berlangsung sebentar saja lagi. Kerjasama anda
amatlah dihargai.
Terima kasih.
Ketibaan vip/vvip Mengumumkan ketibaan :

YG BERBAHAGIA SARJAN MOHAMMAD FUAD BIN HJ


IBRAHIM
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH SK TAMAN SUTERA

Di iringi oleh YG BERUSAHA


EN
YDP PIBG SK TAMAN SUTERA

Dan para jemputan masuk ke dalam dewan.


Hadirin dipersilakan duduk.

Salutasi MC Mega Berarak Indah Berbalam,


Dipuput Bayu ke Pohon Ara,
Pemanis Kalam Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Wrh Wbt, dan Salam Sejahtera.

YG BERBAHAGIA SARJAN MOHAMMAD FUAD BIN HJ


IBRAHIM
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH SK TAMAN SUTERA

YG BERUSAHA
EN
YDP PIBG SK TAMAN SUTERA

YG BERUSAHA
EN MOHAMAD BIN SOHAINI
GB SK TAMAN SUTERA

YG BERUSAHA
EN MOHAMAD RASHID BIN PABOH
GPK PENTADBIRAN SK TAMAN SUTERA

YG BERUSAHA
PUAN RUHANA BT WAHAB
GPK HAL EHWAL MURID SK TAMAN SUTERA

YG BERUSAHA,
EN MOHAMAD BIN RAHMAT
GPK KOKURIKULUM SK TAMAN SUTERA

Rakan-rakan guru SK Taman Sutera

Seterusnya murid-murid SK Taman Sutera yang disayangi.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN PROGRAM


ZIARAH CAKNA, JOM KE SEKOLAH & PONTENG SIFAR
PERINGKAT SK TAMAN SUTERA BAGI TAHUN 2020.
Bacaan Doa Sidang Hadirin sekalian,

Lebat Kemiri Pohonnya Rendah,


Dahan Terikat Tali Perkasa,
Sepuluh Jari Kami Menadah,
Mohon Berkat yang Maha Esa.

Demi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama


kita mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh

Cikgu Dazreen Bin Othman


Dipersilakan

Amin-amin Ya Rabbal ‘alamin..

Jazakallah khairan kathira diucapkan kepada Cikgu Dazreen


Bin Othman atas bacaan doa itu tadi.
Aluan Majlis Terlebih dahulu setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat berhimpun
untuk sama-sama menjayakan
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ZIARAH CAKNA, JOM KE
SEKOLAH & PONTENG SIFAR PERINGKAT SK TAMAN
SUTERA BAGI TAHUN 2020

Majlis berbesar hati merangkaikan ucapan setinggi-tinggi


penghargaan dan ribuan terima kasih kepada
YG BERBAHAGIA SARJAN MOHAMMAD FUAD BIN HJ
IBRAHIM
PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH SK TAMAN SUTERA

Atas kesudian beliau hadir bagi menyerikan lagi majlis kita pada
hari ini.

Untuk makluman semua,

Gabungan program ini merupakan anjuran Unit Hal Ehwal


Murid SK Taman Sutera dengan dengan harapan dapat
memberikan sinar baru kepada murid-murid yang dikenalpasti
untuk diberikan perhatian melalui Ziarah Cakna dan Ponteng
Sifar. Malah, ia juga satu katalis untuk semua menaikkan
semangat semua murid sekolah ini hadir ke sekolah pada setiap
hari.
Ucapan YDP Hadirin sekalian,

Membuka tirai majlis perasmian ini ialah ucapan daripada

ENCIK

Selaku Yang diPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).


Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Encik ___________ atas


ucapan sebentar tadi.
Ucapan Perasmian Seterusnya,

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya


menjemput

YG BERBAHAGIA SARJAN MOHAMMAD FUAD BIN HJ


IBRAHIM

Selaku Pegawai Perhubungan Sekolah SKTS untuk


menyampaikan ucapan

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada YG BERBAHAGIA SARJAN


MOHAMMAD FUAD BIN HJ IBRAHIMatas ucapan sebentar
tadi.
Ucapan Perasmian Hadirin Sekalian,

Daun Semulur di Pekan Sari


Batang Jerami Rebah ke Bumi,
Madah Dihulur Sembah Diberi,
Kata Perasmi Hajatnya Kami.

Maka dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput


dan mempersilakan
YG BERBAHAGIA SARJAN MOHAMMAD FUAD BIN HJ
IBRAHIM, PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH SKTS

Bagi menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan


PROGRAM ZIARAH CAKNA, JOM KE SEKOLAH &
PONTENG SIFAR PERINGKAT SK TAMAN SUTERA BAGI
TAHUN 2020

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YG


BERBAHAGIA SARJAN MOHAMMAD FUAD BIN HJ
IBRAHIM atas ucapan perasmian sebentar tadi.
*Gimik Pelancaran Mohon Yang Berbahagia bersama Yang Berusaha Tuan YDP
PIBG, Tuan Guru Besar dan GPK Hal Ehwal Murid untuk
menyempurnakan GIMIK PELANCARAN PROGRAM ZIARAH
CAKNA, JOM KE SEKOLAH & PONTENG SIFAR
PERINGKAT SK TAMAN SUTERA BAGI TAHUN 2020

*Tayangan Montaj Hadirin sekalian,

Bagi meneruskan lagi acara kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita saksikan montaj PROGRAM ZIARAH CAKNA, JOM
KE SEKOLAH & PONTENG SIFAR PERINGKAT SK TAMAN
SUTERA BAGI TAHUN 2020.

Demikianlah tadi, sekilas pandang, sekelumit rasa, montaj


MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ZIARAH CAKNA, JOM KE
SEKOLAH & PONTENG SIFAR PERINGKAT SK TAMAN
SUTERA BAGI TAHUN 2020 yang telah disediakan oleh Cikgu
Bakri Bin Nasiruddin.

Untuk makluman semua, pada hari semalam juga telah


diadakan Program Santai bersama Anak-Anak Orang Asli Bakar
Batu seperti yang dapat disaksikan dalam montaj sebentar tadi
Taklimat Ringkas Seterusnya, kita akan dengarkan sedikit taklimat yang akan
disampaikan oleh saya sendiri selaku Guru Bimbingan dan
Kaunseling berkaitan program kita pada hari ini.

Penutup dan sesi Hadirin sekalian, kini tibalah kita ke penghujung majlis. Oleh itu,
fotografi bagi pihak PROGRAM ZIARAH CAKNA, JOM KE SEKOLAH
& PONTENG SIFAR PERINGKAT SK TAMAN SUTERA BAGI
TAHUN 2020 merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada

YG BERBAHAGIA SARJAN MOHAMMAD FUAD BIN HJ


IBRAHIM, PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH SKTS

Serta dif-dif kehormat dan hadirin yang hadir atas kesudian


menyerikan lagi majlis pada hari ini. Semoga program ini
mendapat sambutan pada masa akan datang.

Sekian sahaja, saya MOHD AIDIL BIN SAHIPALUDIN

Mewakili warga kerja Tim Hal Ehwal Murid SK Taman Sutera


yang dinakhodakan oleh Yg Berusaha Pn Ruhana Binti Wahab
menyusun sepuluh jari andai ada kekurangan dan kesilapan
sepanjang majlis ini berlangsung.

Sekian, wabillahi…………Assalamualaikum w.b.t

*DIMINTA KEPADA SEMUA HADIRIN UNTUK SAMA-SAMA


TAMPIL KE HADAPAN BAGI SESI FOTOGRAFI.
DIPERSILAKAN.

Anda mungkin juga menyukai