7 Tajuk 1 Psikologi Dan Psikologi Pendid
7 Tajuk 1 Psikologi Dan Psikologi Pendid
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas psikologi, konsep psikologi
pendidikan dan implikasi psikologi pendidikan kepada guru. Ia juga merangkumi
kepentingan psikologi dan psikologi pendidikan, terutama sekali yang berkaitan
dengan profesion perguruan. Pengetahuan ini akan membolehkan guru-guru dan
juga mereka yang berkecimpung dalam bidang pendidikan memahami dengan lebih
baik profesion ini seterusnya dapat menghasilkan keputusan yang lebih berkesan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
Psikologi dan
Psikologi Pendidikan
Konsep Psikologi
Konsep Asas Psikologi Konsep Pendidikan
Pendidikan
Implikasi
Definisi Psikologi
Definisi Kepentingan Definisi Kepentingan Psikologi Pendidikan
Psikologi Pendidikan Pendidikan Pendidikan Kepada Guru
Psikologi
1
1. 1 Konsep Asas Psikologi
Psikologi adalah perkataan yang berasal dari tamadun Greek purba, iaitu dari
perkataan ‘psyche’ dan ‘logos’. Psyche bermaksud ‘jiwa’ dan logos bermaksud ‘kajian
mengenai sesuatu’. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai satu kajian mengenai
sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang.
Dari definisi tersebut, dapat dirumuskan bahawa ‘kajian mengenai sesuatu’ yang
dimaksud oleh perkataan ‘logos’ ialah kajian mengenai pemikiran yang dapat
mempengaruhi sikap dan perlakuan organisme.
Terdapat beberapa definisi psikologi yang lain, yang menyokong pengertian psikologi
ini.
Antaranya ialah:
“The scientific study of the way the human mind works and how it influences
behaviour, or the influence of a particular person’s characteron their
behaviour”.(Cambridge International Dictionary of English, p.383).
Henry L. Roediger dan rakan (1984) memberi definisi psikologi seperti berikut:
“Psychology may be defined as the systematic study of behavior and mental life”.
Kalat (1999) mengatakan bahawa psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah
Laku manusia dan pengalaman. Williams (1960) pula telah mendefinisikan psikologi
sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti.
Wittaker (1970) mengatakan psikologi merupakan sains tingkah laku. Oleh itu dapat
2
dikatakan bahawa psikologi ialah kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia
secara saintifik.
Maka, psikologi secara ringkasnya boleh diberi definisi sebagai satu cabang
penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.
Kepentingan psikologi tidak dapat dinafikan. Tidakkah anda fikirkan, dengan memahami
psikologi anda akan menjadi seorang individu yang lebih baik? Ini sangat menarik kerana
anda akan dapat memahami manusia dengan lebih baik. Psikologi tidak sahaja mengajar
kita mengkaji tingkah laku dengan memikir pelbagai faktor yang mungkin terlibat dalam
berkelakuan. Bahkan psikologi sebagai kajian sains melibatkan aplikasi prosedur dan
pendekatan saintifik dalam memahami tingkah laku manusia.
Sebagai individu kita lebih memahami sikap dan hubungan manusia dalam konteks
masyarakat. Perasaan dan kepercayaan mempengaruhi tindakan seseorang terutama sekali
hubungan manusia di tempat kerja dan dalam kehidupan sosialnya.
TUGASAN TERARAH
PORTFOLIO
Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah
dalam bentuk ‘soft’ atau ‘hard’ copy.
3
1.2 Konsep Pendidikan
4
nilai-nilai dan sikap yang betul. Melatih minda untuk berkembang dan membantu
manusia dalam mengaplikasikan sebab musabab dan logik kepada situasi dan isu
yang dihadapi serta menyelesaikan masalah mereka.
Rehat dan renungkan apa yang telah anda baca, semoga pemahaman
anda
terhadap psikologi dan pendidikan dapat membantu anda dalam P & P
yang
dihadapi.
Menurut Banks dan Thompson (1995), psikologi merupakan ilmu untuk mengkaji
tingkah laku manusia, sedangkan pendidikan merupakan bidang tugas yang
mengkaji dan memperkembangkan kaedah dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran.
5
Psikologi Pendidikan merupakan kajian terhadap murid-murid, pembelajaran dan
pengajaran. Fokusnya ialah kepada prinsip terhadap proses-proses di mana
informasi, kemahiran-kemahiran, nilai-nilai dan sikap disalurkan daripada guru-guru
kepada murid-murid dalam bilik darjah berdasarkan aplikasi terhadap prinsip
psikologi seperti yang diarahkan (Slavin 1991).
PSIKOLOGI
PENDIDIKAN
Motivasi Personaliti
Pentaksiran
bilik darjah
Tujuan utama psikologi pendidikan ialah untuk memahami tingkah laku murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilaksanakan melalui pemerhatian
guru terhadap tingkah laku murid. Dengan cara ini, guru dapat mengembangkan
tingkah laku altenatif yang diperlukan untuk mengubah tingkah laku murid yang tidak
diingini.
6
Pengetahuan psikologi pendidikan melengkapkan guru dalam empat bidang iaitu
menerang, menghurai, mengawal dan meramal tingkah laku murid-muridnya (Rahil
Mahyuddin & Habibah Elias, 2007).
7
RUJUKAN
Chang, R.Y. & Kelly, P.K. (1993). Step-by Step Problem Solving. London : Kogan Page.
Rahil Mahyuddin &Habibah Elias. (2007). Psikologi pendidikan untuk perguruan. (Edisi
Ke 2). Shah Alam:Karisma Pub. Sdn. Bhd,