Anda di halaman 1dari 12

KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN DALAM CERPEN "KACA" KARYA

SHARIFAH ABYAN NADZIRAH WAN YUSOF


PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah izin-Nya, Kumpulan kami dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna.
1.0 PENGENALAN

Dalam bahagian ini dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep

1.1 Latar Belakang

Menurut Abdullah Hassan (2006), morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada bidang biologi yang bermaksud kajian
mengenai bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk itu diterapkan kepada
bentuk perkataan bahasa manusia, kajian struktur perkataan inilah yang dipanggil
morfologi. Ada dua unsur bahasa yang terlibat dalam membina perkataan dalam bahasa
Melayu, iaitu morfem dan kata.

Pada alaf ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat ramai pelajar masih tidak
menggunakan kata hubung keterangan dengan tepat. Hal ini menyebabkan pelajar atau
generasi kini makin sukar untuk mengenal pasti jenis kata hubung dalam suatu karya
kerana kurangnya pengetahuan dalam bidang ini. Pada masa yang sama, karya-karya
seperti novel, cerpen dan majalah juga tidak menunjukkan kepelbagaian jenis kata
hubung keterangan yang digunakan dalam karya tersebut. Kurangnya penggunaan kata
hubung keterangan yang pelbagai dalam kalangan pelajar membuatkan kami sebagai
pengkaji berasa berminat untuk mengkaji mengenai kata hubung keterangan.

1.2 Definisi Konsep

Menurut Abdullah Hassan, kata hubung ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan
dua atau tiga perkataan bagi menjalankan fungsi tertentu dalam ayat. Kata hubung terdiri
daripada tiga jenis iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung
campuran. Kata hubung pancangan keterangan pula berada dibawah kata hubung
pancangan. Kata hubung ini berfungsi untuk menghubungkan dua unsur, biasanya frasa
atau klausa yang tak setara, iaitu satu klausa induk dan yang lain berfungsi sebagai klausa
kecil.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

i) mengenalpasti dan menyenaraikan kata hubung pancangan keterangan dalam cerpen


Kaca.

ii) mengkategorikan kata hubung pancangan keterangan dalam cerpen Kaca mengikut
jenis.

iii) menganalisis dan membandingkan penggunaan kata hubung keterangan dalam cerpen
kaca dan cerpen Sonata Yang Hilang.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk :

i) menjadi rujukan tambahan kepada pelajar tingkatan 6 mengenai kata hubung


keterangan

ii) menjadi panduan dalam menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan
tepat dan sesuai

iii) untuk menambahkan lagi pengetahuan mengenai penggunaan kata hubung pancangan
keterangan dalam suatu ayat
4.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini tertumpu kepada kata hubung. Fokus kajian ini adalah lebih kepada aspek
penggunaan kata hubung pancangan keterangan dalam cerpen Kaca karya Sharifah
Abyan Nadzirah Wan Yusof.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya berfokus kepada jenis-jenis kata hubung pancangan keterangan dalam
cerpen Kaca sahaja.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam bahagian ini, kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data akan dihuraikan;

6.1 Pemerolehan Data


(a) Kaedah Analisis Teks/Kandungan

(i)Teks Moden
Pengkaji membaca kandungan cerpen Kaca. Pembacaan ini dibuat untuk
menunjukkan cara penggunaan kata hubung pancangan keterangan yang
tepat. Pengkaji juga mencari serta mengelaskan jenis kata hubung
pancangan keterangan agar memenuhi objektif kajian. Seluruh maklumat
yang diperoleh dikumpul untuk dianalisis.

6.2 Penganalisisan Data

Data yang dianalisis oleh pengkaji akan dipersembahkan dalam bentuk jadual untuk
dikategorikan mengikut jenis-jenisnya. Pengkaji juga menganalisis kekerapan untuk
memudahkan pengkaji mengetahui jumlah kata hubungan pancangan keterangan yang
manakah kerap digunakan oleh penulis cerpen.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menghurai dapatan kajian iaitu mengenalpasti dan menyenaraikan kata
hubung pancangan keterangan dalam cerpen Kaca, mengkategorikan kata hubung
pancangan keterangan dalam cerpen Kaca mengikut jenis, dan menganalisis dan
membandingkan penggunaan kata hubung pancangan keterangan dalam cerpen Kaca dan
cerpen Sonata yang hilang.

7.1 Mengenalpasti dan menyenaraikan kata hubung pancangan keterangan dalam cerpen
Kaca dan cerpen Sonata Yang Hilang

KATA HUBUNG PANCANGAN KATA HUBUNG PANCANGAN


KETERANGAN DALAM CERPEN KACA KETERANGANN DALAM CERPEN
SONATA YANG HILANG
kerana, kalau, jika, sekiranya, untuk, supaya, kerana, jika, untuk, agar, sejak, apabila, ketika,
sejak, ketika, sewaktu, apabila, namun, setelah, semasa, sewaktu, sehingga, hingga,
sekalipun, walaupun, daripada, seakan-akan walaupun, namun, seolah-olah, daripada dan
dan seperti. bak.

Jadual 1 : Kata hubung pancangan keterangan dalam cerpen Kaca dan cerpen Sonata Yang
Hilang

Jadual 1 menunjukkan kata hubungan keterangan yang terdapat di dalam cerpen Kaca
dan cerpen Sonata yang hilang. Kata hubungan yang digunakan di dalam cerpen kaca ialah
kerana, kalau, jika, sekiranya, untuk, supaya, sejak, ketika, sewaktu, apabila, namun, sekalipun,
walaupun, daripada, seakan-akan dan seperti. Seterusnya kata hubung pancangan keterangan
yang digunakan di dalam cerpen Sonata Yang Hilang ialah kerana, jika, untuk, agar, sejak,
apabila, ketika, setelah, semasa, sewaktu, sehingga, hingga, walaupun, namun, seolah-olah,
daripada dan bak.
7.2 Mengkategorikan kata hubung pancangan keterangan dalam cerpen Kaca dan cerpen
Sonata Yang Hilang mengikut jenis.

JENIS KATA HUBUNG KATA HUBUNG PANCANGAN


PANCANGAN KETERANGAN DALAM
KETERANGAN DALAM CERPEN SONATA YANG
CERPEN KACA HILANG

JENIS KATA BILANGAN JUMLA BILANGAN JUMLA


HUBUNG H H
KETERANGAN
SYARAT

Kata hubung kerana (13) 13 Kerana (2) 2


keterangan sebab

Kata hubung Kalau (1) 3 Jika (2) 2


keterangan syarat
jika (1)

sekiranya (1)

Kata hubung Untuk (12) 12 Untuk (4) 4


keterangan tujuan

Kata hubung Supaya (1), 1 Agar (2) 4


keterangan harapan

Kata hubung Sejak (1) 6 Sejak (3) 14


keterangan waktu
ketika (1) apabila (2)

sewaktu (2) ketika (3)

apabila (2) setelah (1)

semasa (3)
sewaktu (1)

sehingga (1)

Kata hubung 0 Hingga (1) 1


keterangan akibat

Kata hubung Namun (3) 8 Walaupun (2) 7


keterangan sekalipun (1)
namun (5)
pertentangan walaupun (4)

Kata hubung Daripada (6) 19 Seolah-olah (2) 4


keterangan
seakan-akan (10) daripada (1)
perbandingan
seperti (3) bak(1)

Jadual 2 : Kata hubung pancangan keterangan dalam cerpen Kaca dan cerpen Sonata Yang
Hilang mengikut jenis

Jadual 2 menunjukkan kata hubung pancangan keterangan dalam cerpen Kaca dan cerpen
Sonata Yang Hilang mengikut jenis. Kata hubung pancangan keterangan sebab yang digunakan
di dalam cerpen Kaca ialah kerana. Seterusnya, Kata hubung pancangan keterangan syarat yang
digunakan di dalam cerpen Kaca ialah kalau, jika, dan sekiranya. Seterusnya, Kata hubung
pancangan keterangan tujuan yang digunakan di dalam cerpen Kaca ialah untuk. Kata hubung
pancangan keterangan harapan yang digunakan di dalam cerpen Kaca ialah supaya. Kata hubung
pancangan keterangan waktu yang digunakan di dalam cerpen Kaca ialah sejak, ketika, sewaktu,
dan apabila. Seterusnya Kata hubung pancangan keterangan penentangan yang digunakan di
dalam cerpen Kaca ialah namun, sekalipun dan walaupun. Akhir sekali, Kata hubung pancangan
keterangan perbandingan yang digunakan di dalam cerpen Kaca ialah daripada, seakan- akan
dan seperti.

Seterusnya, Kata hubung pancangan keterangan sebab yang digunakan di dalam cerpen Sonata
Yang Hilang ialah kerana. Selepas itu, Kata hubung pancangan keterangan syarat yang
digunakan di dalam cerpen Sonata Yang Hilang ialah jika. Kata hubung pancangan keterangan
tujuan yang digunakan di dalam cerpen Sonata Yang Hilang ialah untuk. Kata hubung pancangan
keterangan waktu yang digunakan di dalam cerpen Sonata Yang Hilang ialah sejak, apabila,
ketika, setelah, semasa, sewaktu dan sehingga. Kata hubung pancangan keterangan akibat yang
digunakan di dalam cerpen Sonata Yang Hilang ialah hingga. Kata hubung pancangan
keterangan penentangan yang digunakan di dalam cerpen Sonata Yang Hilang ialah walaupun
dan namun. Kata hubung pancangan keterangan perbandingan yang digunakan di dalam cerpen
Sonata Yang Hilang ialah seolah-olah, daripada dan bak.

7.3 Menganalisis dan membandingkan penggunaan kata hubung keterangan dalam cerpen
Kaca dan cerpen Sonata Yang Hilang

Perbandingan Cerpen Kaca Cerpen Sonata Yang Hilang

Persamaan Hanya menggunakan kata


hubung kerana pada jenis
kata hubung keterangan
sebab

Hanya menggunakan kata


hubung untuk pada jenis
kata hubung keterangan
tujuan

Perbezaan 1. Lebih banyak 1.Lebih banyak


menggunakan kata hubung menggunakan kata hubung
keterangan perbandingan keterangan perbandingan
waktu

2. Menggunakan kata
2. Tidak menggunakan kata
hubung keterangan akibat
hubung keterangan akibat

Jadual 3 : Analisis dan perbandingan penggunaan kata hubung keterangan dalam cerpen Kaca
dan cerpen Sonata Yang Hilang
Berdasarkan pemerolehan data oleh pengkaji, kajian ini menunjukkan pengunaan kata
hubung keterangan perbandingan lebih banyak digunakan dalam cerpen Kaca dalam
penceritaannya. Antara kata hubung yang digunakan dalam jenis kata hubung keterangan
perbandingan tersebut ialah daripada yang digunakan sebanyak enam kali, seakan-akan yang
digunakan sebanyak sepuluh kali dan seperti yang digunakan sebanyak 3 kali dengan jumlah
keseluruhan penggunaan kata hubung keterangan perbandingan dalam cerpen ini sebanyak
sembilan belas.

Berbeza dengan cerpen Sonata Yang Hilang, cerpen ini kerap menggunakan kata hubung
keterangan waktu dalam penceritaannya. Hal ini dapat dilihat apabila cerpen Sonata Yang Hilang
ini menggunakan Kata hubung keterangan waktu sebanyak 14 kali berbanding jenis kata hubung
keterangan yang lain. Kata hubung yang digunakan dalam jenis kata hubung keterangan waktu
ini ialah sejak, apabila, ketika dan setelah.

Seterusnya, perbezaannya yang kedua ialah hanya cerpen Sonata Yang Hilang sahaja
yang menggunakan kata hubung keterangan akibat dalam penceritaannya iaitu kata hubung
hingga yang digunakan sebanyak sekali. Manakala cerpen Kaca pula tidak menggunakan mana-
mana kata hubung di dalam jenis kata hubung keterangan akibat.

Terdapat juga persamaan penggunaan kata hubung di dalam kedua-dua cerpen ini iaitu
cerpen Kaca dan Cerpen Sonata Yang Hilang hanya menggunakan kata hubung Kerana pada
jenis kata hubung keterangan sebab di dalam penceritaanya.

Selain itu, cerpen Kaca dan cerpen Sonata yang hilang turut hanya menggunakan kata
hubung untuk pada jenis kata hubung keterangan tujuan dengan.
1-MORFOLOGI,ABDULLAH HASSSAN,PTS PROFESSIONAL PUBLISHING
SDN.BHD,2006,UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Dalam bahagian ini dihuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.

Kajian ini bertajuk pengunaan kata hubung keterangan dalam cerpen kaca. Cerpen ini adalah
salah sebuah cerpen terbitan syarikat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Cerpen ini ditulis oleh
SHARIFAH ABYAN NADZIRAH WAN YUSOF

RUJUKAN

---Abdullah Hassan
Kamus Dewan

Anda mungkin juga menyukai