Anda di halaman 1dari 4

PANDANGAN AGAMA-AGAMA UTAMA DUNIA MENGENAI FITRAH KEJADIAN

MANUSIA

Fitrah Kejadian Manusia Mengikut Perspektif Agama

 Islam
 Kristian
 Buddha
 Hindu

Perspektif agama

 Agama ialah satu set kepercayaan, nilai dan amalan yang berasaskan pengajaran.
 Agama menyediakan satu model atau “blueprint” untuk diri dan masyarakat dalam
pembentukan nilai dan amalan.
 Ia memberi struktur kepada kehidupan manusia dan membantu memenuhi keperluan
manusia untuk hidup bersama dan bersosial.
 Agama juga memberi kepuasan emosi kepada penganutnya.
 Ia membantu manusia memahami kejadian di dunia, memberi ketenangan dan harapan
dalam kehidupan yang penuh cabaran.

Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Islam.

Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT ialah Adam a.s. Daripada Adam, Allah
menciptakan Hawa dan dari kedua-duanyalah berkembang biak zuriat keturunan manusia
hingga ke hari ini.

Al-Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang proses penciptaan Adam a.s iaitu dari
air, tanah (at-turab), dari pati tanah (at-tin), dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib), dari
tanah yang panas dan berbau (hama'in masnun), dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal
kalfakkhar) dan meniupkan roh.

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang
berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk"

Q.S Al-Hijr (15):26


Peringkat 1

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya
bermula setelah berlakunya percampuran air mani. surah al-Insan : 2

Peringkat 2

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh .
Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim
(qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Surah al-Mukminun : 14

Peringkat 3

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan


mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-
Mukminun ayat 14

Peringkat 4

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat
pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah
dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Surah al-Mukminun : 14

Peringkat 5

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa
perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke
peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya
Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup
lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan
semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya
hanya pada ukuran bayi sahaja.

Peringkat 6

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh
ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan
peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh
termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi.
Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-
mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian
sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini
entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan
disisi Allah s.w.t

Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Kristian.

Kitab suci Bibble iaitu di dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang
diciptakan oleh Tuhan ialah daripada debu tanah. Sebagaimana yang diungkapkan di dalam
Genesis (2:7): "then the LORD God formed man from the dust of the ground...."Paradigma
Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir.

Adam Pertama disebutkan sebagai "Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu
tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya. Mempercayai kehidupan di alam
akhirat selepas mati.Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa dan dosa ini dikenali sebagai
dosa warisan iaitu dosa yang dilakukan oleh Adam.Pensaliban Jesus adalah lambang
pengorbanan suci untuk melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut.Kesalahan-kesalahan
(dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderi-paderi tertentu apabila seseorang itu
membuat pengakuan.

Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Buddha.

Kejadian manusia menurut Buddha Dhamma agak unik. Di dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya,
Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi kita ini semuanya terdiri dari air dan gelap
gelita. Makhluk-makhluk pun tidak dibezakan lelaki atau perempuan. Mereka memiliki tubuh
yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa. Setelah waktu lama sekali, tanah
dengan sarinya muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu tawon mumi.

Makhluk-makhluk yang serakah mulai mencicipi tanah itu dan tengiur akan sari tersebut.Lalu,
tubuh mereka memadat dan dan bentuknya ada yang indah dan ada yang buruk sesuai dengan
takaran mereka makan sari tanah. Mereka yang indah memandang rendah dengan bentuk
tubuhnya yang jelek.
Setelah waktu yang lama, sesuai dengan acuan mereka makan, maka tubuh mereka telah
menjadi padat dan perbezaan bentuknya kelihatan lebih jelas. Yang lelaki jelas kelakiannya dan
yang wanita jelas kewanitaannya.

Kemudian mereka saling memperhatikan keadaan diri antara satu sama lain dan kerana
tumpuan perhatian yang semakin mendalam, keinginan pancaindera telah membakar mereka
dan seterusnya.

Kejadian Manusia Dari Perspektif Agama Hindu.

Proses penciptaan manusia adalah sari dari panca maha bhuta iaitu enam jenis rasa seperti
manis, pahit, masin, masam. Manusia pertama ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah
Syayambhumanu yang bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan dirinya sendiri.
Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai malapetaka dan penderitaan.

Falsafah Wedata: Manusia akan terlepas dari penderitaan ini apabila insaf sedalam-dalamnya
bahawa jiwanya sebahagian dari Tuhan dan akhirnya jiwa manusia itu akan mati, rohnya tidak
lagi dilahirkan semula bahkan bersatu dengan Tuhan.

Sumber rujukan

http://belonbulat.blogspot.com/2011/01/fitrah-kejadian-manusia.html

http://lailizah.tripod.com/proses_kejadian_manusia_menurut_al-Quran.htm

Anda mungkin juga menyukai