Anda di halaman 1dari 1

Isu-isu dan cabaran pengajaran Bahasa Melayu MBK.

1. Pertuturan dan amalan penggunaan bahasa ibunda, bahasa daerah, bahasa pasar sebagai
penyumbang utama kepada permasalahan pembelajaran Bahasa Melayu dikalangan MBK.
Ini adalah kerana ibubapa sering berkomunikasi dalam Bahasa tersebut menyebabkan murid-
murid ini tidak terdedah dengan penggunaan bahasa Melayu Baku yang betul, secara langsung
telah mencacatkan proses pembelajaran mereka. Apabila berada disekolah, MBK lebih selesa
untuk menggunakan Bahasa ibunda dan Bahasa pasar untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan
yang lain.

2. Kekurangan pengalaman dan pergaulan dikalangan MBK.

Sepertimana yang diketahui umum, kebanyakkan MBK kurang dari segi pengalaman dan
pergaulan sesama rakan. Murid ini hanya bergaul, bersosial dan berkomunikasi dikalangan
mereka. Oleh itu kekurangan pengalaman dan pergaulan terbukti tidak sihat serta menjadikan
murid tidak terdedah dengan pertuturan dalam Bahasa Melayu Baku yang boleh menyumbang
kepada masalahan pembelajaran Bahasa Melayu.

3. Sifat rendah diri MBK


Sifat sendah diri dikalangan murid MBK juga merupakan isu dan cabaran seorang guru Bahasa
Melayu dalam mencapai objektif PdPC. MBK ini, kebanyakannya mempunyai sifat rendah diri
yang tidak diketahui oleh dirinya sendiri. Jika sifat begini wujud, maka menjadi satu
tanggungjawab yang besar untuk seorang guru menarik minat MBK mengikuti PdPC guru
tersebut. Kelemahan MBK dalam menguasai kemahiran berbahasa dan berkomunkiasi
menggunakan Bahasa Melayu baku, lebih-lebih lagi dalam membaca dan menulis menjadikan
murid ini berasa rendah diri. Sifat rendah diri akibat kegagalan yang berterusan membawa
kepada konsep kendiri yang rendah. Tingkah laku agresif, negatif, kebudak-budakan serta
bermuram adalah petunjuk-petunjuk masalah emosi yang serius. Ini secara tidak langsung akan
menjejaskan keupayaan mereka untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

4. Sikap tidak fokus dalam pengajaran guru


MBK merupakan murid yang mempunyai kecenderungan emosi, sikap dan tingkah laku yang
pelbagai, begitu juga dengan fokus mereka terhadap pengajaran guru. Seorang guru harus
mengetahui setiap perangai, emosi dan tingkah laku muridnya ketika menjalankan PdPC. Oleh
yang demikian, menjadi keutamaan guru untuk mencari pendekatan yang sesuai bagi
menjalankan PdPCnya agar fokus setiap murid terhadap pengajaran guru tersebut berjalan
dengan lancar.

5.

Anda mungkin juga menyukai