Anda di halaman 1dari 15

BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

1.0 PENDAHULUAN

Proses permodenan pada masa kini telah banyak menyumbang ke arah


perkembangan proses komunikasi.Komunikasi penting pada masa kini kerana melalui
komunikasi ,manusia boleh mengutarakan pendapat ,menyampaikan maklumat dan
informasi dan komunikasi ini juga merupakan eleman penting dalam menjalinkan
perhubungan berbentuk komunikasi antara manusia.Setiap manusia dianugerahkan
oleh tuhan nikmat bercakap dan bertutur ini,oleh itu melalui pertuturan ini akan
terbentuklah proses komunikasi.

1.1 DEFINISI KOMUNIKASI


Menurut kamus dewan edisi ketiga ,komunikasi sebagai perhubungan secara
langsung atau dengan perantaraan surat ,telefon , radio dan lain – lain.Komunikasi
merupakan pemindahan maklumat dan kefahaman antara satu individu dengan satu
imdividu yang lain melalui simbol – simbol yang bermakna.

Selain itu , Sulaiman Masri (l997) komunikasi bermula apabila satu mesej
(maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau
saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya
memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.

Menurut Anuar, 2009, komunikasi atau pertuturan adalah bentuk ekspresi


bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi,
pernafasan, dan suara. Di samping itu, komunikasi manusia juga memerlukan
kelancaran yang padu iaitu keupayaan untuk bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-
sekat agar komunikasi yang sedang berlangsung tidak terganggu.

James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) pula berpendapat komunikasi ialah
satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang
dikongsi.Oleh itu ,mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah – istilah yang
digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan

1
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea-idea yang dapat menyampaikan


maksud.

Menurut Owen (1990), komunikasi adalah satu proses seseorang itu bertukar


maklumat dan bertukar idea.Pengirim dan penerima membina maklumat dan saling
bertukar maklumat dalam dua hala.Maklumat itu diterima dan saling memahami.

Manakala menurut Lexicographer iaitu ahli kamus bahasa, komunikasi adalah


keupayaan seseorang untuk mencapai kebersamaan. Jika dua orang berkomunikasi
maka pemahaman yang sama akan berlaku terhadap kedua-dua orang tersebut.

 
Kathleen S Venderber dan Rudolf F Verdeber (1977) yang menyatakan
komunikasi adalah satu proses berkongsi makna melalui pengiriman dan penerimaan
mesej secara sengaja dan tidak sengaja. Komunikasi merupakan satu proses
penyampaian maklumat dari satu pihak (penyampai) kepada satu pihak yang lain
(penerima). 

S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya Communication in Business (l983)


berpendapat komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan
dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau
tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat
organisasi.

Rumusannya ,komunikasi secara umum boleh ditakrifkan sebagai suatu proses


pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesanan yang terjadi di
dalam diri seseorang dan atau di antara dua atau lebih dengan tujuan tertentu. Definisi
tersebut memberikan beberapa pengertian umumnya iaitu komunikasi adalah suatu
proses mengenai pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesanan.

2
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

1.2 JENIS KOMUNIKASI

i. KOMUNIKASI VERBAL

Komunikasi Verbal merangkumi aspek-aspek seperti Vocabulary iaitu


perbendaharaan kata-kata. Komunikasi jenis ini tidak akan efektif bila pesanan
disampaikan dengan kata-kata yang tidak difahami , oleh itu perbendaharaan kata
menjadi penting dalam proses berkomunikasi.

Seterusnya ialah Racing atau kecepatan.Proses komunikasi akan lebih efektif


dan berkesan apabila kecepatan berbicara dan bertutur dapat diatur dengan baik ,
iaitu pertuturan tidak terlalu cepat atau terlalu lambat.

Intonasi suara juga akan mempengaruhi maksud sesuatu pesanan ataupun


maklumat secara dramatik sehingga pesanan tersebut akan menjadi lain maknanya
apabila diucapkan dengan intonasi suara yang berbeza. Intonasi suara yang tidak
propesional merupakan hambatan dalam berkomunikasi.

Humor dapat meningkatkan kehidupan yang bahagia. Dugan (1989), memberikan


catatan bahawa dengan ketawa dapat membantu menghilangkan stress dan
ketakutan.Ketawa mempunyai hubungan fizikal dan mental dan harus diingat bahawa
humor adalah merupakan satu-satunya selingan dalam berkomunikasi.

Selain itu , keSingkatan dan kejelasan maklumat yang disampaikan. Komunikasi


akan efektif bila disampaikan secara singkat dan jelas , lsecara tidak langsung secara
maklumat dan informasi yang disampaikan dapat difahami dengan baik.

Timing iaitu waktu yang tepat adalah hal kritis yang perlu diperhatikan.Hal ini kerana
berkomunikasi bermaksud seseorang itu bersedia untuk berkomunikasi dan individu
yang mendengarnya hendaklah bersedia untuk mendengar dan menumpukan sepenuh
perhatian kepada setiap maklumat yang akan disampaikan.

3
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

ii. KOMUNIKASI NON VERBAL

Komunikasi non verbal bermaksud proses komunikasi ataupun penyampaian


sesuatu maklumat dan pesanan tanpa mengeluarkan suara atau kata – kata.

Komunikasi ini merangkumi ekspresi wajah , iaitu wajah merupakan sumber yang kaya
dengan komunikasi.Hal ini kerana ekspresi wajah mencerminkan perasaan ataupun
emosi seseorang semasa berkomunikasi khususnya.

Selain itu , Mata juga merupakan simbol alamiah untuk berkomunikasi. Dengan
menunjukkan mata selama berinterakasi atau bersoal jawab bermaksud orang tersebut
terlibat dan menghargai lawan bicaranya dengan kehendak untuk memerhatikannya
bukan sekadar mendengarkan. Melalui mata juga orrang lain juga boleh mengetahui
segala apa yang dikehendaki oleh seseorang itu.

Melalui Sentuhan , bentuk komunikasi sebegini boleh mengingati setiap


sentuhan.Hal ini kerana komunikasi secara sentuhan lebih bersifat spontan dari pada
komunikasi verbal. Beberapa maklumat seperti perhatian yang bersungguh –
sungguh , dorongan emosional, kasih sayang atau simpati dapat dilakukan melalui
sentuhan.

Postur tubuh badan dan gaya berjalan juga merupakan jenis komunikasi non
verbal.Cara seseorang berjalan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan ekspresi
dirinya dan terdapat maksud disetiap kelakuan tersebut. Postur tubuh dan gaya berjalan
merefleksikan emosi, konsep diri, dan tingkat kesehatannya.

Sound ataupun Suara seperti Rintihan, menarik nafas panjang, tangisan juga salah
satu ungkapan perasaan dan pemiikiran seseorang yang dapat dijadikan komunikasi.
Bila dikombinasikan dengan semua bentuk komunikasi non verbal lainnya akan dapat
menyampaikan pelbagai maklumat dan infomasi yang ingin disampaikan.

Seterusnya , Gerak isyarat idalah yang dapat mempertegaskan pembicaraan .


Menggunakan isyarat sebagai sebahagian maklumat dari komunikasi seperti

4
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

mengetuk – getukan kaki atau mengerakkan tangan selama berbicara menunjukkan


seseorang dalam keadaan stress , bingung atau sebagai untuk menghilangkan stress.

2.0 TUJUAN KOMUNIKASI

Setiap manusia memerlukan proses komunikasi dalam menjalinkan


perhubungan bagi menyampaikan maklumat dan menjalinkan hubungan rasmi ataupun
peribadi.Komunikasi yang dilakukan ini banyak memberi faedah dan manfaat kepada
manusia.Selain menyampaikan maklumat , komunikasi juga berperanan dalam
perkembangan minda seseorang individu itu.Selain itu , komunikasi juga bertujuan
dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang individu itu dengan cara melalui
komunikasi iaitu komunikasi yang aktif melibatkan pergerakan anggota badan dan
secara tidak langsung mengaktifkan sel – sel saraf yang membantu kesihatan.

Menurut Riant Nugroho (2004:72) tujuan komunikasi adalah menciptakan


pemahaman bersama atau mengubah persepsi, bahkan perilaku.Manakala menurut
Katz an Robert Kahn yang merupakan hal utama dari komunikasi adalah pertukaran
informasi dan penyampaian makna suatu sistem sosial atau organisasi. Akan tetapi
komunikasi tidak hanya menyampaikan informasi atau pesan saja, tetapi komunikasi
dilakukan seorang dengan pihak lainnya dalam upaya membentuk suatu makna serta
mengemban harapan-harapannya (Rosadi Ruslan, 2003:83).Oleh itu,komunikasi
mempunyai peranan yang sangat penting dalam menentukan betapa efektifnya orang-
orang yang bekerjasama dan mengkoordinasikan usaha-usaha untuk mencapai tujuan.

Selain itu , pada umumnya pula , tujuan komunikasi ialah bagi menyampaikan ,
kefahaman dan ilmu ynag kita perolehi.Sebagai komunikator kita harus menjelaskan
kepada komunikan (penerima) dengan sebaik-baiknya dan jelas sehingga mereka
dapat memahami dan mengakui apa yang kita maksudkan.Sebagai seorang
komunikator, hendaklah memahami dan mengetahui segala kehendak dan keinginan
masyarakat.Hal ini supaya masyarakat dapat menerima segala saranan dan buah
fikiran yang di cadangkan mendapat persetujuan orang ramai.Oleh itu , bagi

5
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

merealisasikan cadangan teersebut , kemahiran berinterkasi dan berkomunikasi penting


kepada seseorang komunikator.

Seterusnya , satu tujuan utama komunikasi ialah meningkatkan kemampuan dan


keyakinan diri.apabila berkomunikasi dengan orang lain , secara tidak langsung
seseorang individu tersebut boleh belajar mengenai diri sendiri dan orang lain.
Kenyataannya, persepsi dan personaliti diri sebenarnya terbentuk hasil daripada apa
yang telah dipelajari tentang diri sendiri dari orang lain selama komunikasi.
Dengan berbicara tentang diri kita sendiri dengan orang lain, secara tidak langsung kita
memperoleh sesuatu nilai yang berharga mengenai perasaan, pemikiran, dan perilaku
kita. Dari interaksi seperti ini kita menyedari , bahawa perasaan kita ternyata tidak jauh
berbeza dengan perasaan orang lain. Pengukuhan positif ini membantu kita merasa diri
kita juga seperti orang lain yang mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Tujuan berkomunikasi juga adalah untuk berhubung.Salah satu cara motivasi


kita yang paling kuat adalah berhubungan dengan orang lain ataupun membina dan
memelihara hubungan dengan orang lain.Setiap manusia ingin merasa dicintai dan
disukai, dan kemudian kita juga ingin mencintai dan menyukai orang lain. Oleh itu ,
bagi memelihara hubungan ini , kita banyak menghabiskan waktu dan tenaga
komunikasi kita untuk membina dan memelihara hubungan sosial. Contohnya seperti
berkomunikasi dengan teman di sekolah, di pejabat , dan melalui telepon juga boleh
menghasikan sebuah hubungan.

Komunikasi juga bertujuan bagi mendidik masyarakat (Publik Education).


Kegiatan komunikasi pada masyarakat dengan memberikan berbagai informasi dan
maklumat supaya masyarakat menjadi lebih baik , maju, lebih berkembang
kebudayaannya dan pemikiran.Kegiatan mendidik masyarakat adalah memberikan
berbagai informasi yang dapat menambah kemajuan masyarakat dengan arus
permodenan komunikasi massa. Sedangkan hakikatnya kegiatan mendidik masyarakat
dalam ruang sempitnya memberikan berbagai informasi dan juga berbagai ilmu
pengetahuan melalui berbagai kaedah komunikasi kelompok pada pertemuan-
pertemuan, kelas-kelas, dan sebagainya. Tetapi kegiatan mendidik masyarakat yang

6
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

paling efektif adalah melalui kegiatan Komunikasi Interpersonal ialah penyuluh dengan
anggota masyarakat, antara guru dengan murid, antara pemimpin dengan bawahan,
dan antara orang tua dengan anak-anaknya.

2.1 HALANGAN KOMUNIKASI

Semasa berkomunikasi , proses komunikasi tersebut akan menghadapi pelbagai


halangan yang akan menyebabkan komunikasi tersebut kurang berkesan dan segala
maklumat tidak akan sampai kepada sasaran. Antaranya adalah pemahaman yang
berbeza , maklumat yang tidak mencukupi, semantik iaitu perkataan yang berlapis atau
berbagai makna yang berbentuk kiasan , punca yang diragukan , keadaan sekeliling
yang tidak sesuai seperti bising dan sebagainya , leka memikirkan sesuatu , sekatan
emosi , trauma , kurang berminat dengan maklumat yang disampaikan dan
berprasangka.Kesemua halangan ini boleh dikelaskan kepada lima katogori iaitu
halangan fizikal , halangan bahasa , halangan sikap penghantar, halangan sikap
penerima dan halangan alam sekitar.

HALANGAN FIZIKAL

Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua


belah pihak iaitu penyampai dan penerima maklumat.Keadaan fizikal yang
membezakan penyampai dan penerima seperti dari sudut pendidikan , latar  belakang,
pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang sangat
ketara dalam komikasi.Terdapat individu yang biasa menggunakan cara komunikasi
yang agak kasar dan ada juga yang lemah lembut. Justeru itu , ianya menjadi halangan
fizikal yang ketara apabila kedua-dua golongan ini berkomunikasi.Terdapat juga individu
yang kurang kemahiran komunikasi sejak dari kecil lagi.

7
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

HALANGAN BAHASA

Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu
halangan semasa berkomunikasi.Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa
yang berbeza , panjang pendek ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran
perkataan yang digunakan dan nada suara menyebabkan maklumat yang disampaikan
mengalami halangan. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti
menggunakan perkataan yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab
maklumat yang ingin disampaikan tidak tepat.

HALANGAN SIKAP PENGHANTAR

Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi


amaran dan menghakimi memberikan kesan kepada penerima iaitu dimana mereka
akan menjadi pasif ,tidak kreatif, takut dan terkongkong.Hal Ini juga akan menjadi
halangan yang besar kerana komunikasi akan didorong dengan emosi dan pemikiran
yang negatif.Penampilan orang yang ingin menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat
penting dalam memberi keyakinan kepada penerima untuk mendengar apa yang ingin
disampaikan.Sikap penghantar yang kerap menasihat atau menyiasat dan bertanya
secara terperinci akan menjadikan penerima merasa tidak selesa dan seolah-olah telah
melakukan kesalahan yang besar.Hal ini juga akan menjadi penghalang dalam proses
komunikasi.

HALANGAN SIKAP PENERIMA

Sikap prejudis , konflik antara penerima dan pengirim , persepsi terhadap mesej


yang hendak disampaikan juga menghalang proses komunikasi.Ada penerima yang
telah mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh penghantar akan
menganggap komunikasi itu membosankan dan mula memberi perhatian terhadap
perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat menerima maklumat baru kerana
menganggapnya tidak perlu dan tidak penting.Manusia akan mendengar dan melihat
apa yang mereka mahu dengar dan lihat sahaja.Contohnya seperti pekerja yang sering
ditegur tentang pencapaian kerja yang dijalankan ,suatu hari mendapat pujian tentang

8
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar dan menganggap ada mesej yang
tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yang diterima bercanggah dengan apa
yang disangka lebih awal akan menghalang individu untuk mendengar terus pesanan
yang disampaikan.

HALANGAN ALAM SEKITAR

Keadaan persekitaran yang tidak selesa , bising , jarak jauh , gelap atau kotor
juga turut mempengaruhi keberkesan dalam satu proses komunikasi. Dalam situasi ini
manusia akan mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin
disampaikan.Komunikasi tidak akan dapat mencapai matlamatnya dengan keadaan
persekitaran yang tegang.Suasana alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang
kepada gangguan yang jelas dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petir dan banjir.
Proses komunikasi akan terjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus
atau terjejas akibat bencana alam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah
persekitaran yangmenyebabkan proses komunikasi tidak efektif. 

3.0 KESIMPULAN

Komunikasi merupakan suatu proses penyampaian pesanan dan informasi diantara


beberapa orang.Hal ini kerana komunikasi melibatkan seorang pengirim , pesanan
dan informasi saluran dan penerima pesanan yang mungkin juga memberikan maklum
balik kepada pengirim untuk menyatakan bahawa pesanan telah diterima. Komunikasi
adalah suatu yang sangat penting dalam kehidupan manusia kerana manusia adalah
makhluk yang saling memerlukan satu sama lain. Tujuan komunikasi adalah
berhubungan dan mengajak dengan orang lain untuk mengerti apa yang kita
sampaikan dalam mencapai tujuan.

9
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

4.0 KESALAHAN TATABAHASA

KESALAHAN : Remaja 14 tahuh Australia mengaku beli ganja.

PEMBETULAN : Remaja 14 tahun Australia mengaku beli ganja.

KESALAHAN : Jetty ke pulau

PEMBETULAN : Jeti ke pulau

10
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

KESALAHAN : Kelinik Chan

PEMBETULAN : Klinik Chan

KESALAHAN : SYARIKAT PERCITAKAN MAJU TIMUR

PEMBETULAN : SYARIKAT PERCETAKAN MAJU TIMUR

11
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

KESALAHAN : Rakan muda sekolah , selamat di jalanraya

PEMBETULAN : Rakan muda sekolah , selamat di jalan raya.

KESALAHAN : PUSAT KOSMETIC DAN KECANTIKAN

PEMBETULAN : PUSAT KOSMETIK DAN KECANTIKAN

12
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

KESALAHAN : KEDAI IKAN BURUNG CHIANG

PEMBETULAN : KEDAI IKAN DAN BURUNG CHING

( Sepatutnya diletakkan kata hubung dan di antara kata nama tersebut.

KESALAHAN : KEDAI MEMDANDAN RAMBUT & PERSOLEKAN

PEMBETULAN : KEDAI MENDANDAN RAMBUT DAN PERSOLEKAN

13
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

KESALAHAN : Kedai keriting rambut

PEMBETULAN : Kedai kerinting rambut

KESALAHAN : SILA TUTUP AIR SELEPAS MENGBUKANYA

PEMBETULAN : SILA TUTUP AIR SELEPAS MEMBUKANYA

14
BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL BM2311DI

KESALAHAN : Majlis sabutan Ramadzan Al Mubarak Dan Majlis Berbuka Puasa

PEMBETULAN : Majlis sambutan Ramadan Al Mubarak Dan Majlis Berbuka Puasa

KESALAHAN PEMBETULAN

1. Firdaus dihukum. Beliau ponteng 1. Firdaus dihukum. Dia ponteng


sekolah. sekolah. 
2. Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. 2. Baju ini mahal.Baju ini diimport dari
Itali.

3.  Di musim durian, Zainal mendapat 3. Pada musim durian, Zainal


banyak wang.
mendapat banyak wang

4. Di zaman ini 4. Pada zaman ini

5. Balik kampung 5. Balik ke kampung

6. Cili Sos 6. Sos Cili

7. Aminah Restoran 7. Restoran Aminah

8. Goreng Pisang 8. Pisang Goreng

9. Lain – lain hal 9. Hal – hal lain

10. Ipoh Kedai Pajak Gadai 10. Kedai Pajak Gadai Ipoh

15

Anda mungkin juga menyukai