Anda di halaman 1dari 22

Topik X Adab Menuntut

Ilmu
8
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan tuntutan menuntut ilmu dalam Islam;
2. Menerangkan kelebihan orang yang menuntut ilmu;
3. Mengenal pasti adab menuntut ilmu;
4. Menghuraikan adab dengan guru;
5. Mencadangkan aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran
untuk topik adab menuntut ilmu.

X PENGENALANG
Struktur pembentukan kandungan dalam komponen Adab dan Akhlak Islam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berteraskan empat aspek
hubungan iaitu hubungan dengan:
(a) Diri sendiri;
(b) Individu lain;
(c) Alam sekitar dan negara; dan
(d) Rasul dan Pencipta.

Daripada teras ini, maka sebanyak enam bidang pembelajaran telah digariskan
iaitu:
(a) Adab dalam kehidupan seharian;
(b) Adab dalam kehidupan bersosial;
(c) Adab dalam menunaikan ibadah;
(d) Adab terhadap ibu bapa dan keluarga;
TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU W 157

(e) Adab menuntut ilmu; dan


(f) Adab terhadap Allah dan Rasul.

Topik ini akan mengulas berkenaan adab dalam kehidupan bersosial fokus
kepada adab menuntut ilmu.

8.1 TUNTUTAN MENUNTUT ILMU


Ilmu merupakan simbol kemajuan dan kejayaan suatu bangsa. Kebiasaannya
sesuatu bangsa menjadi maju apabila menyanjung tinggi terhadap ilmu.

Islam adalah agama yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan. Wahyu


pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah seruan untuk
membaca. Ia adalah proses awal untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Islam
adalah agama yang sangat mementingkan ilmu pengetahuan.

Al-Quran menyatakan kemuliaan dan darjat yang tinggi bagi orang yang
berilmu:

¬Z_ÙÝWc SÀU_ÙÙVÙ ¥‡¯ ›\H\-Ù c¯Û SÀU‚[ÝV" ×1ÅV #j° Vl¯ ßSÄ=W%XÄ WÛÏ°Š SM{iU
‘›Wc

WÛÏ°ŠXT ×1Å=°% SÄ=W%XÄ WÛÏ°Š Œ §ÌVÙ×mWc TÃsÁ‘6VÙ TÃsÁ‘6 #j° Vl¯ XT ×1ÅV Œ

§ªª¨ ¸nm¯\\ WDSÉ \-ØÈV" \-¯ ŒXT  0›\BXq\j ]2Ú °ÈÙ SÉ"TÊ

Maksudnya:
„Wahai orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi
lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah
seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk
kamu. Dan apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah, supaya
Allah meninggikan darjat orang yang beriman antara kamu, dan orang
yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) 
beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya
tentang apa yang kamu lakukan.‰
(Surah al-Mujadalah, 58: 11)
158 X TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU

Al-Hasan berkata, ‰Andai kata tidak ada orang yang berilmu, tentu manusia
tidak berbeza dengan binatang.‰ Begitulah gambaran buruk bagi orang yang
tidak berilmu.

Dalam Islam, ada dua kategori ilmu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.1.

Jadual 8.1: Dua Kategori Ilmu

Ilmu Fardu Ain Ilmu Fardu Kifayah


x Ilmu fardu ain a d alah ilmu x Ilmu fardu kifayah adalah ilmu yang wajib
yang wajib dipelajari dan dipelajari dan diamalkan oleh setiap individu
diamalkan oleh setiap individu Muslim dengan tujuan untuk menegakkan
Muslim. Ia merupakan agama Islam seperti menuntut ilmu alǦQuran,
tanggungjawab individu hadis dan sebagainya
x Fardu ain meliputi ilmu: x Contoh fardu kifayah adalah:
(i) Tauhid (i) Perubatan
(ii) Fikah (ii) Kejuruteraan
(iii) Tasawuf atau akhlak (iii) Politik

x Kesemua perkara ini mesti (iv) Ekonomi


dipelajari dan diamalkan oleh (v) Sosial
setiap individu Islam (vi) Perundangan
x Contoh fardu ain adalah:
(i) Pengetahuan agama
(ii) Konsep ketauhidan
(iii) Akhlak dan adab
(iv) Ibadah
(v) Fikah
(vi) Hukum-hakam yang
berkaitan dengan
kehidupan seharian

Menurut Ibn Khaldun, manusia memerlukan kehidupan bermasyarakat di mana


mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh,
manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat
dihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan penggemblengan
tenaga kerja sesama manusia dan alat yang tertentu.
TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU W 159

Oleh itu, memiliki kemahiran mengenai hal tersebut bagi memenuhi keperluan
masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardu kifayah. Firman Allah s.w.t.:

DU +Y¯ ©#°¼›WÙ¯ 0ÁR<ØoW 1ÅVšXSÙ%U ßSÉ ÁÚ


V" Y SÄ<W%XÄ |ÚÏ°Š \IvcU
‘›Wc

×1ů WD[ ‹ ‰D ¯  ×1Å_ÁÝ5U ßSÉ È)Ù V" YXT  ×1Å=°K% ºWmV" CWà ™QWm›SI°% |ESÅV"

§«²¨ 8-j°OXq

Maksudnya:
„Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta
kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya),
kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka
antara kamu dan janganlah kamu berbunuhǦbunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya, Allah sentiasa Mengasihani kamu.‰
(Surah alǦNisaÊ, 4: 29)

Ayat tadi menerangkan tentang kepentingan ekonomi dan perdagangan melalui


jalan yang benar supaya konsep fardu ain dan fardu kifayah dapat
diseimbangkan, selaras dengan amalan.

Al-Darami meriwayatkan bahawa Ibnu MasÊud r.a. berkata:

 
      ! " #   

   
   


Maksudnya:
„Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau
orang yang selalu mendengar pelajaran agama dan jangan jadi orang
yang keempat, nescaya dia akan binasa.‰

Maksud yang keempat adalah mereka yang tidak alim, tidak suka belajar atau
tidak suka mendengar ilmu.

Ungkapan Ibn MasÊud r.a. ini menunjukkan bahawa setiap individu Muslim
perlu menentukan sikapnya terhadap ilmu pengetahuan agama dengan salah
satu daripada empat keadaan iaitu:
(a) Menjadikan dirinya orang alim yang mengajar atau orang yang belajar;
atau
(b) Orang yang mengikuti pengajian agama; ataupun
160 X TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU

(c) SekurangǦkurangnya sebagai orang yang mencintai atau menghargai ilmu


salah; dan
(d) Tiga golongan terdahulu yang dinyatakan.

Dengan sikap yang demikian, seseorang itu akan terjamin untuk mendapat
keselamatan dan kebahagiaan, sama ada dalam perkara berkaitan keduniaan
atau akhirat. Ini kerana dia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang
memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih
yang baik daripada yang buruk dan yang hak daripada yang batil.

Jika kita teliti semula kepada wahyu pertama yang disampaikan kepada Nabi
Muhammad s.a.w., kita dapati bahawa seruan membaca tersebut diikuti dengan
perintah agar ia dilakukan di atas nama Allah s.w.t.

Ini menunjukkan bahawa proses membaca secara khusus dan menuntut ilmu
secara umum mestilah dilakukan kerana Allah s.w.t. Apabila kita melakukan
sesuatu perkara kerana Allah, maka ia mestilah mempunyai adab dan peraturan
tertentu yang perlu diamalkan.

Mengapakah kita perlu memiliki adab dan akhlak yang mulia dalam menuntut
ilmu? Kita perlu memiliki adab dan akhlak yang mulia dalam menuntut ilmu
kerana tiga sebab, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.2.

Jadual 8.2: Tiga Keperluan Mengamalkan Adab dan Akhlak dalam Menuntut Ilmu

Keperluan Mengamalkan
Adab dan Akhlak dalam Huraian
Menuntut Ilmu
Ilmu yang kita peroleh Kita hanya mampu berusaha tetapi Allah yang
adalah milik Allah s.w.t. membuka pintu hati kita untuk memahami ilmu yang
dipelajari. Imam Syafie telah mengingatkan kita melalui
syairnya yang bermaksud:

„Aku telah mengadu kepada WaqiÊ (guru beliau)


tentang kelemahan ingatanku, maka dia mengingatkan
aku supaya menjauhi maksiat kerana ilmu itu cahaya
dan cahaya Allah tidak akan diberi kepada orang yang
melakukan maksiat. ‰
Menuntut ilmu adalah Setiap ibadah yang ditunaikan mestilah secara tertib
ibadah dan beradab. Cuba anda bayangkan bagaimana
keadaan solat yang anda lakukan jika ia tidak
ditunaikan secara tertib dan beradab. Ia sudah tentu
tidak sah (ssempurna) dan tidak akan mendapat
TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU W 161

ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. Hal yang sama


juga akan berlaku dalam proses menuntut ilmu
Penguasaan terhadap Orang berilmu mulia di sisi-Nya kerana firman Allah
sesuatu ilmu adalah s.w.t. yang bermaksud:
kurniaan Allah s.w.t.
‰Allah telah mengangkat orang yang beriman daripada
kepada kita
golongan kamu dan orang yang dikurniakan ilmu
pengetahuan beberapa darjat.„
(Surah alǦMujadalah, 58: 11)

Oleh itu, proses untuk memperoleh sesuatu yang mengangkat martabat kita di
sisi Tuhan perlu dilakukan secara beradab dan berakhlak.

8.2 KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU


DALAM ISLAM
Ilmu juga menjadi kayu ukur tahap keimanan dan pengukur ketakwaan
seseorang kepada Penciptanya. Ilmu dan iman tidak dapat dipisahkan. Kedua-
duanya saling berkaitan antara satu sama lain.

Seseorang Muslim dinilai dari segi yang berikut bagi mengukur sejauh mana
ketakwaannya kepada Allah:
(a) Ilmu;
(b) Iman; dan
(c) Amalannya.

Muslim bukan dinilai dari segi:


(a) Keturunan;
(b) Kedudukan;
(c) Bangsa;
(d) Kekayaan;
(e) Rupa; dan
(f) Warna kulit.
162 X TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU

Allah meletakkan kedudukan orang beriman dan berilmu ke tahap paling tinggi,
seperti ditegaskan Allah dalam firmannya:

\-¯ ŒXT  0›\BXq\j ]2Ú °ÈÙ SÉ"TÊ WÛÏ°ŠXT ×1Å=°% SÄ=W%XÄ WÛÏ°Š Œ §ÌVÙ×mWc

§ªª¨ ¸nm¯\\ WDSÉ \-ØÈV"

Maksudnya:
Allah meninggikan darjat orang yang beriman antara kamu, dan orang
yang diberi ilmu pengetahuan agama (daripada kalangan kamu) 
beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam Pengetahuannya
tentang apa yang kamu lakukan.‰
(Surah al-Mujadalah, 58: 11)

Ilmu dapat meninggi dan membezakan taraf dalam kalangan manusia. Firman
Allah s.w.t.:

SÅ
TÊ ÄmŠ[kW*Wc \-5¯  WDSÀ-Q ÕÈWc Y WÛÏ°ŠXT WDSÈ+V!ÕÈWc WÛÏ°Š s©SW*ԁRd ×#\F ×#É

§²¨ ª ›WÙ)]

Maksudnya:
„Adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?
Sesungguhnya, mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk
hanyalah dalam kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana.‰
(Surah az-Zumar, 39: 9)

Orang yang mempunyai ilmu, lebih tenang dalam hidupnya. Ini kerana dengan
ilmu yang dimilikinya, dia dapat bertindak dan mengambil keputusan dalam
menangani sesuatu masalah dengan fikiran yang waras dan tenang. Ilmu yang
dimilikinya itu akan menjaganya dan menjadi pengawalnya yang setia di mana
sahaja dia berada.
TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU W 163

Saidina Ali r.a. pernah berkata:

 $%& $  ' ()" *+  ,)- $ '  ./ $
01+2 3%4- '  5617 8967" '  8. :3!) '
Maksudnya:
„Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu memeliharamu, sedang kamu
(terpaksa) menjaga harta; ilmu ialah hakim, harta ialah yang dihukum ke
atasnya. Harta berkurang apabila digunakan dan ia disucikan dengan
sedekah.‰

Harta kekayaan boleh hilang daripada pemiliknya dengan pelbagai cara,


antaranya kemungkinan harta itu dicuri atau dirampas. Namun, ilmu
pengetahuan tidak akan hilang begitu sahaja dengan mudah.

Ilmu hanya akan hilang daripada seseorang dengan cara kematian, sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w. yang berikut:

 <
6 $
      4 
+ $

; <6
- 
!  =<
  8 4  7
- 
 
 ; <6
- # 8 > ?
 
 ;
3
 
@ 3 A   
 # B , 7 E F "   G <
 - $
 H ? I & C  

 CD (
3JN
  3JK   L
  .
M
Maksudnya:
„Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan mencabut ilmu daripada
manusia yang dianugerahkan-Nya. Namun, Allah mencabut ilmu
dengan mengambil nyawa orang yang berilmu, hingga (suatu masa)
tiada lagi orang yang berilmu, lalu manusia melantik pemimpin mereka
dalam kalangan orang yang jahil. Lalu mereka memberi fatwa tanpa
berpandukan ilmu. Lalu mereka menjadi sesat lagi menyesatkan.‰
(Riwayat Bukhari & Muslim)

AKTIVITI 8.1
Himpunkan hadis-hadis yang menjelaskan kelebihan menuntut ilmu
serta kisah-kisah yang berkaitan.
164 X TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU

8.3 ADAB MENUNTUT ILMU


Seperti yang kita bincangkan tadi, menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap
Muslim. Pelbagai dalil telah menunjukkan tentang keutamaan amalan menuntut
ilmu, kemuliaan ulama yang mengajar dan juga penuntut ilmu.

Ada pelbagai adab menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita
tuntut berfaedah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita. Ia dibincangkan
secara meluas dan mendalam oleh para ulama dan ilmuwan silam.

Ada tujuh adab menuntut ilmu, seperti yang dipaparkan dalam Jadual 8.3:

Jadual 8.3: Tujuh Adab Menuntut Ilmu

Adab Menuntut Ilmu Huraian


Ikhlas kerana Allah s.w.t.. Niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untuk
akhirat bukan untuk mendapat gelaran dan kedudukan yang
tinggi atau ingin menjadi orang yang dipandang baik.
‰Sesiapa yang menuntut ilmu yang sepatutnya dipelajari hanya
kerana Allah, sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk
mendapatkan harta benda dunia, maka dia tidak akan dapat
mencium bau syurga pada hari kiamat nanti.„
(Riwayat Ahmad, Abu Dawud & Ibnu Majah)
Berniat untuk Semua manusia dilahirkan dalam keadaan jahil tanpa
menghapuskan kejahilan mengetahui sesuatu. Oleh itu, apabila menuntut ilmu, tujuan
diri sendiri dan orang kita adalah untuk menghapuskan kejahilan diri kita sendiri.
lain

Apabila kita menjadi orang yang berilmu, maka kita harus


menyampaikannya kepada orang lain pula, agar mereka juga
dapat keluar daripada kepompong kejahilan. Kita perlu
mengajar ilmu yang diperoleh kepada orang lain dengan
pelbagai cara, agar orang lain dapat mengambil faedah
daripada ilmu kita. Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan
melalui hadis Baginda yang bermaksud:
„Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat.‰
(Riwayat al-Bukhari)
Berniat untuk Sebagai Muslim, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri
meningkatkan keagungan dalam menuntut ilmu. Agama memerintahkan agar ilmu yang
umat Islam diperoleh dapat kita sebarkan demi untuk meninggikan
kedudukan umat Islam di mata masyarakat.
TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU W 165

Para hukama mengumpamakan kedudukan ilmu dalam


kehidupan umat Islam dengan sebilah pedang. Ia tidak akan
memberi sebarang erti kepada umat Islam atau manusia
keseluruhannya jika tiada sesiapa yang menggunakannya. Kita
tidak boleh menuntut ilmu semataǦmata untuk kebanggaan diri
tanpa memikirkan manfaatnya untuk masyarakat
Berlapang dada dalam Apabila wujud perbezaan pendapat dalam menuntut ilmu,
menerima perbezaan kita perlu menerima perbezaan tersebut dengan lapang dada,
pendapat sekiranya perbezaan itu tidak melibatkan persoalan pokok yang
tetap (qatÊiy).

Kita dapati bahawa perbezaan pendapat telah wujud sejak


zaman para sahabat, bahkan pada masa Rasulullah s.a.w.
masih hidup pun, mereka berbeza pendapat dalam hal
berbentuk ijtihad. Oleh itu, kita tidak boleh menghina atau
memandang rendah orang lain semataǦmata kerana mereka
berbeza pendapat dengan kita
Mengamalkan ilmu yang Perkara paling penting yang dituntut daripada orang yang
telah diperoleh menuntut ilmu ialah mengamalkan ilmu yang telah diperoleh.
Praktis i alah buah atau hasil bagi ilmu yang dimiliki. Orang
yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata.
Ilmu atau senjata seperti pedang tidak akan memberi sebarang
manfaat kecuali digunakan (diamalkan)
Menghormati dan Penuntut ilmu harus selalu berlapang dada dalam menerima
memuliakan guru atau perbezaan pendapat yang wujud dalam kalangan ulama. Sikap
ulama mereka tidak sepatutnya sampai kepada tahap mengumpat atau
mencela ulama yang berkemungkinan keliru di dalam
memutuskan suatu masalah atau hukum.

Hukum mengumpat orang biasa sudah termasuk dosa besar,


apatah lagi jika orang yang diumpat itu adalah ulama
Mencari kebenaran Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang
dengan sabar penuntut ilmu ialah bersabar untuk mencari kebenaran
daripada ilmu yang telah diperoleh. Kita perlu menilai dan
mencari kebenaran tentang maklumat yang sampai kepada kita,
khususnya yang berkait dengan sumber hukum.

Apabila sampai kepada kita sebuah hadis misalnya, maka kita


harus meneliti terlebih dahulu tentang kesahihan hadis tersebut.
Apabila bukti tentang kesahihan perkara tersebut ditemui, maka
langkah seterusnya ialah berusaha untuk memahami pengertian
daripada perkara tersebut.
166 X TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU

Dalam usaha untuk mencari kebenaran ini, kita harus banyak


bersabar dan jangan tergesaǦgesa atau cepat merasa bosan.
Mencari kepastian tentang sesuatu maklumat atau ilmu yang
kita peroleh adalah sangat penting kerana ada ketikanya.
penyampai maklumat atau ilmu tersebut ada agenda
tersembunyi atau barangkali dia tidak bermaksud jahat tetapi
dia keliru dalam memahami perkara tersebut dengan baik

SEMAK KENDIRI 8.1


Bincangkan perkaitan antara adab atau akhlak menuntut ilmu seperti
yang dijelaskan tadi dengan keperluan beradab dan berakhlak dalam
proses menuntut ilmu.

8.4
ADAB DENGAN GURU
Sebagai Muslim, kita mesti menghormati orang lain, terutamanya orang yang
mempunyai kelebihan dan keutamaan seperti ibu bapa, guru, orang yang lebih
tua umurnya dan orang yang ada akhlak yang baik. Sebagai pelajar, contohnya,
kita mesti menghormati guru dan ajarannya selama tidak menyalahi syarak.
Ilmu yang diberi oleh guru tidak dapat kita bayar dengan harga yang setimpal.
Guru adalah pembimbing kita pengganti kepada ibu bapa.

Firman Allah s.w.t.:

§²¨ ª ›WÙ)] SÅ


TÊ ÄmŠ[kW*Wc \-5¯

Maksudnya:
„Sesungguhnya, orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan
hanyalah orang yang berakal sempurna.‰
(Surah az-Zumar, 39: 9)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

   3"
87
> 3
   " 
  3
N 
Maksudnya:
„Muliakan orang yang kamu belajar darinya.‰
(Riwayat Abu Hassan al-Mawardi)
TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU W 167

Seorang guru pasti akan merasakan dirinya dihargai dan akan bersungguh-
sungguh dan ikhlas dalam memberikan ilmu kepada kita. Ilmu yang didapati
dengan keredaan guru pasti akan mendapat keberkatan dan kejayaan di dunia
dan akhirat.

Guru merupakan insan yang berperanan mendidik, memperbaiki akhlak dan


mengajar kita dengan ilmu yang bermanfaat. Guru juga sentiasa menasihati kita
dengan nasihat yang berfaedah. Kesemua ini dilakukan atas sifat kasih sayang
dan ingin melihat anak didiknya menjadi orang yang berilmu dan berguna baik
kepada diri sendiri dan masyarakat. Oleh itu, hargailah guru sebagaimana kita
menghargai kedua-dua ibu bapa kita.

Berikut merupakan adab dengan guru:

(a) Apabila duduk di hadapan guru, hendaklah duduk dengan sopan dan
bercakaplah dengan guru dengan nada yang sopan, lemah lembut dan
menggunakan bahasa yang baik;

(b) Apabila guru sedang berbual atau memberi penerangan tentang pelajaran,
janganlah kita menyampuk atau memutuskan perbualannya. Tunggu
sampai dia selesai bercakap atau menerangkannya barulah kita menyoal
atau memberikan pendapat;

(c) Semasa guru sedang mengajar, tumpukan perhatian dan mendengar


dengan teliti. Jangan main-main atau berkhayal semasa guru sedang
mengajar;

(d) Sekiranya ada perkara yang kita tidak faham, tanyakanlah kepada guru
dengan cara yang sopan dan hormat dengan cara, contohnya, mengangkat
tangan sehingga dia memberi izin kepada kita untuk bertanya;

(e) Apabila guru menyoal sesuatu, berdirilah dan jawablah dengan jawapan
yang singkat dan jelas. Jangan kita cuba mencelah atau menjawab soalan
yang ditujukan kepada orang lain kerana itu menunjukkan kebiadaban;

(f) Kita hendaklah menggembirakan hati guru dengan menyempurnakan


kewajipan sebagai pelajar seperti yang berikut:
 Hadir ke sekolah setiap hari tepat pada waktunya;
 Jangan suka ponteng sekolah atau datang lambat kecuali ada halangan
yang penting;
 Sekiranya waktu rehat telah berakhir, bersegeralah masuk ke kelas;
168 X TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU

 Sentiasa memerhati dan memberi fokus kepada pelajaran yang diajar


dengan baik;
 Selalu membuat ulang kaji di rumah;
 Membiasakan diri membersih, dan mengemaskan buku dan alatan
pelajaran sekolah supaya tidak tertinggal semasa pergi ke sekolah.

(g) Kita mesti mematuhi perintah guru dengan rasa ikhlas, bukan kerana takut
dimarahi; dan

(h) Jangan kita sakit hati atau menyimpan perasaan dendam kepada guru
apabila dia memberikan nasihat. Pelajar yang tidak beradab dan rosak
akhlaknya akan merasa tidak senang bila ada teguran daripada gurunya
sehingga adakalanya, sampai mengadu kepada ibu bapanya.

SEMAK KENDIRI 8.2


Bagaimanakah kita menghargai guru? Kita hendaklah beradab dengan
adab baik ketika bersama guru. Senaraikan adab-adab kepada guru.

8.4.1 Ketinggian Martabat Guru


Guru merupakan insan mulia yang berjasa mendidik diri dan membentuk minda
insan sejak dari umur yang mentah hinggalah menjadi modal insan yang berilmu
dan berguna. Islam sangat memandang mulia kedudukan pendidik atau guru,
lantaran dia sekurang-kurangnya berperanan menyampaikan risalah ilmu yang
murni dan lebih-lebih lagi, sekiranya dia memberikan didikan ilmu agama Islam
yang menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Budaya dan adat bangsa Melayu amat menyanjung tinggi peranan dan jasa guru
bagi membentuk diri menjadi insan yang lurus dan mulia. Justeru, bangsa
Melayu telah merakamkan ketinggian martabat guru melalui bait-bait puisi
(Rujuk Rajah 8.1).
TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU W 169

Rajah 8.1: Sajak „Guru Oh Guru‰ oleh Usman Awang


Sumber: http://penjejakmaya.blogspot.com

Dalam Islam, ada empat jenis martabat guru atau pendidik itu seperti dalam
Jadual 8.4.

Jadual 8.4: Empat Jenis Martabat Guru

Martabat Guru Deskripsi


Mudarris Guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja
MuÊallim Guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut
menyampaikan ilmu lain
Mursyid Guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar
170 X TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU

Murabbi Guru yang mendidik, memelihara, mengasuh, mentarbiahkan anak


didik mereka menjadi manusia yang berilmu, bertakwa dan beramal
soleh

Biar apa pun martabat guru kita berdasarkan tingkatan yang disebutkan ini,
mereka adalah golongan terhormat dan wajar mendapat sanjungan, khidmat
bakti dan pertolongan daripada murid mereka khususnya.

ÂUbadah Ibn Samit r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
„Tidak termasuk dalam golonganku sesiapa yang tidak memuliakan
orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengetahui hak orang
alim.‰
(Riwayat Ahmad, al-Tabarani & al-Hakim)

8.4.2 Anas bin Malik sebagai Khadam Gurunya


Sebelum kita meneruskan perbicaraan kita mengenai adab menolong guru ini,
maka elok rasanya kita mengimbau tokoh sahabat Nabi yang sangat berjasa dan
paling setia berkhidmat untuk gurunya yang terulung, Rasulullah s.a.w. iaitu
Anas bin Malik al-Ansari al-Khazraji al-Najjari r.a. Kehebatan dan kesetiaannya
yang tidak berbelah bahagi menyumbang bakti kepada Rasulullah s.a.w. hingga
dijolok sebagai khadam Rasulullah s.a.w. atau murid suruhan Nabi s.a.w.

Kisah bermulanya khidmat bakti yang hebat kepada gurunya yang terulung,
Baginda s.a.w. bermula tatkala Baginda berhijrah ke kota Madinah al-
Munawwarah lagi. Ibunya bernama Ummu Sulaim atau Mahlah (dalam riwayat
lain Rumailah) binti Malhan r.a. telah membawa Anas kepada Rasulullah s.a.w.
Ketika itu, umur Anas r.a. baru menjangkau 10 tahun. Ibunya telah berkata,
„Ambillah anakku ini untuk berkhidmat pada Tuan!‰

Sejak dari hari itu, bermulalah perkhidmatan seorang murid kepada gurunya
iaitu Rasulullah s.a.w. hingga ke saat kewafatan Baginda iaitu mencapai tempoh
10 tahun lamanya.

Ke mana sahaja Rasulullah s.a.w. keluar, Anas r.a. akan mengikuti Baginda s.a.w.
bagi membantu menyiapkan sepatu Nabi, membawa barang Baginda hinggalah
alatan seperti tombak, kain dan air bagi memudahkan Baginda membuangkan
air.

Anas bin Malik r.a. merupakan antara perawi yang paling utama dan terbanyak
meriwayatkan hadis Nabi s.a.w. lantaran kedudukannya yang sangat rapat
TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU W 171

dengan Nabi s.a.w. Beliau dikatakan telah meriwayatkan sebanyak 2,286 buah
hadis.

Dengan kesetiaan dan keluhuran budi yang ditabur Anas terhadap gurunya,
Rasulullah s.a.w., Baginda telah berdoa, „Ya Allah! Engkau berkatilah pada harta
dan anak-anak Anas bin Malik serta masukkanlah dia ke dalam syurga-Mu.‰

Anas bin Malik r.a. pernah mengakui bahawa dialah yang paling berharta di
kota Madinah setelah itu dan paling ramai anak yang dimilikinya. Begitulah
Anas bin Malik r.a. sebagai tokoh murid yang berjasa kepada gurunya, agar kita
mencontohi keperibadian beliau yang mulia dan terpuji itu.

8.4.3 Adab Menolong Guru


Menolong guru merupakan peradaban yang sangat mulia dan pekerti yang
begitu tinggi di sisi Islam. Guru laksana lilin yang memancarkan cahaya
penyuluh kehidupan yang disurami kejahilan. Bahkan guru mewarisi kemuliaan
martabat para Rasul dan Nabi.

Penyair masyhur Arab bernama Ahmad Syauqiyy pernah bermadah:

 % * * Q.
R <
  8P $  
#3
, D > 3
! - >
 $    = 
 $
O
Maksudnya:
„Bangunlah buat gurumu dan sempurnakan penghormatan (padanya).
(Lantaran) Hampir-hampir guru itu mencapai tahap kerasulan.‰

Berada di persekitaran sekolah, guru memang berhajat kepada pertolongan dan


kerjasama daripada pelajarnya. Kelas yang seramai 30 hingga 40 orang akan
bertukar menjadi „pasar borong‰ kalau pelajar tidak bersikap membantu dan
bekerjasama dengan guru mereka. Justeru, ada adab yang melibatkan bidang
kerja atau peranan yang boleh dimainkan oleh pelajar di sekolah atau peringkat
pengajian yang lebih tinggi dalam menolong guru mereka, antara lain seperti
dalam Rajah 8.2.
172 X TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU

Rajah 8.2: Enam adab menolong guru

Mari kita pelajari satu persatu adab ini dengan lebih lanjut.

(a) Mencium tangan guru dan menghormatinya


Berikut adalah penerangan bagi perlakuan ini:
(i) Perbuatan ini dapat mendidik kaum muda merendah diri dan
menghormati orang lain yang lebih tua atau orang yang memberi
ilmu kepadanya;
(ii) Imam al-Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad meriwayatkan
bahawa ZariÊ, pada suatu ketika bersama ahli rombongan Abdul Qais
telah berhenti di Madinah lalu turun dari tunggangan untuk
mencium tangan Rasulullah s.a.w.; dan
(iii) Namun, adab ini hanya berupa penghormatan dan tidak wajar
melebihi batasan hingga mencapai tahap peribadatan seperti rukuk
dan sujud atau tanda penyembahan yang lain. Hal itu dilarang dalam
Islam, sekali pun terhadap ibu bapa atau guru.

(b) Mengangkat barang keperluan guru


Penerangan bagi adab ini adalah seperti yang berikut:
(i) Sikap dan adab mulia yang boleh dilakukan oleh pelajar kepada
gurunya adalah mengangkat keperluan gurunya berupa bahan
pengajaran, beg, kitab atau buku dan sebagainya; dan
(ii) Ini akan meringankan bebanan guru dan mencepatkan kelas
berlangsung dengan sebaik-baiknya. Tambahan pula, Nabi
TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU W 173

Muhammad s.a.w. menggolongkan perbuatan mulia ini sebagai


sedekah dalam hadisnya yang berbunyi:

    .
 8  
" 
  .
 8  )
  8  = S
 L B    .
 " 
8
T5O U 
Maksudnya:
„Dan kamu membantu seseorang lelaki untuk dia menaiki
tunggangan (kenderaanmu) adalah sedekah atau kamu
membantu mengangkatkan barangnya adalah sedekah.‰
(Riwayat Bukhari & Muslim)

(c) Rendahkan diri dengan guru


Huraian tentang adab ini adalah seperti yang berikut:
(i) Hendaklah dia merendah diri kepada gurunya, tidak memandangnya
dengan pandangan yang kurang sopan, sombong dan akurlah
dengan tunjuk ajarnya tanpa sebarang bangkangan atau bantahan;
(ii) Sekalipun ada perselisihan pendapat dan pandangan, maka
sentiasalah berunding dengannya dalam ruh musyawarah yang
murni; dan
(iii) Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
„Pelajarilah ilmu, dan pelajarilah ketenangan dan ketetapan
dalam ilmu itu, merendah dirilah kepada orang yang kamu
menuntut ilmu daripadanya.‰
(Riwayat al-Tabarani)

(d) Mengawal ketenteraman kelas atau kuliah


Adab mengawal ketenteraman ini adalah:
(i) Ketenteraman dan ketenangan adalah faktor terpenting bagi
menjayakan kelas atau memastikan kuliah itu berjalan, di samping
bangunan atau bilik yang kondusif lagi menyelesakan;
(ii) Dalam pada itu, perlulah difahami di sini juga bahawa adab pelajar
itu juga adalah menunggu kehadiran gurunya ke dalam kelas atau
kuliah, bukanlah pula guru yang terpaksa menanti kehadiran mereka
setelah dia memasukinya, kemudian diikuti oleh mereka. Ini bukan
sahaja kurang beradab, bahkan mengganggu kelancaran kelas itu
sendiri dan merugikan masa; dan
174 X TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU

(iii) Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


„Pelajarilah ilmu dan pelajarilah ketenangan dalam ilmu itu
serta merendah dirilah kepada orang yang kamu menuntut
ilmu daripadanya‰.
(Riwayat al-Tabarani)

(e) Menumpukan perhatian terhadap pengajaran


Cara untuk menumpukan perhatian terhadap pengajaran adalah seperti
yang berikut:
(i) Ketika di dalam bilik darjah, sewajarnya setiap orang murid memberi
tumpuan sepenuhnya semasa guru sedang mengajar, tidak
menyampuk atau mencelah pengajaran guru, melainkan meminta
izin terlebih dahulu sebagai tanda hormat.
(ii) Percakapan yang sia-sia atau lagha perlulah dijauhi kerana itu
bukannya sifat orang yang beriman. Firman Allah s.w.t.:

§¬¨ |ESÁª­mØÈÄ% ©SÙӐ  ¨CWà ×1ÉF WÛÏ°ŠXT

Maksudnya:
„Dan mereka (mukminun) itu menjauhi diri mereka daripada
perbuatan dan perkataan sia-sia.‰
(Surah al-Mukminun, 23: 3)

(f) Menjaga keselamatan harta benda guru


Berikut penerangan mengenai harta benda guru:
(i) Pelajar hendaklah menjaga keselamatan harta benda guru
termasuklah kenderaan, beg tangan, buku ringkasan mengajar, fail
dan seumpamanya; dan
(ii) Perbuatan merosakkan harta benda atau barang-barang guru adalah
perbuatan yang keji dan tanda seseorang murid itu tidak mengenang
jasa guru mereka selama ini.

SEMAK KENDIRI 8.3


1. Senaraikan empat jenis martabat guru.

2. Apakah yang harus dilakukan oleh seseorang murid terhadap


gurunya sebagai tanda penghormatannya kepada guru tersebut?
TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU W 175

8.5 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Rujuk Rajah 8.3 untuk aplikasi pengajaran dan pembelajaran bagi topik adab
dengan guru.

Rajah 8.3: Kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi topik adab dengan guru

Mari kita pelajari tiga kaedah ini dengan lebih lanjut.

(a) Kaedah penerangan


Berikut adalah mengenai kaedah ini:
(i) Guru memberi penerangan tentang jasa guru;
(ii) Pelajar disoal tentang cara untuk menghargai jasa guru berdasarkan
kepada beberapa dalil yang dipaparkan pada kad manila;
(iii) Guru mencatat jawapan murid pada papan hitam; dan
(iv) Guru menerangkan satu persatu adab kepada guru.

(b) Kaedah lakonan


Kaedah ini dilakukan seperti yang berikut:
(i) Empat pelajar dipilih untuk memegang watak seorang guru dan tiga
orang pelajar;
(ii) Guru memberi arahan watak yang akan dilakonkan;
(iii) Pelajar menunjukkan lakonan adab semasa bercakap dengan guru;
(iv) Selepas lakonan guru menyoal rakan mereka tentang adab bercakap
dengan guru dalam lakonan tersebut; dan
(v) Guru membuat rumusan.
176 X TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU

(c) Kaedah soal jawab


Kaedah soal jawab adalah seperti yang berikut:
(i) Guru menyoal pelajar tentang kelebihan mengamalkan adab kepada guru;
(ii) Pelajar menulis jawapan mereka pada papan hitam;
(iii) Guru meminta beberapa pelajar membaca jawapan tersebut; dan
(iv) Guru membuat rumusan.

x Ilmu adalah aset terpenting bagi kita.

x Menuntut ilmu adalah amalan yang mulia dalam Islam. Ia hendaklah


dilakukan dengan penuh beradab.

x Adab menuntut ilmu ada tujuh iaitu:


 Ikhlas kerana Allah s.w.t.;
 Berniat untuk menghapuskan kejahilan diri sendiri dan orang lain;
 Berniat untuk meningkatkan keagungan umat Islam;
 Berlapang dada dalam menerima perbezaan pendapat;
 Mengamalkan ilmu yang telah diperoleh;
 Menghormati dan memuliakan guru atau ulama; dan
 Mencari kebenaran dengan sabar.

x Keberkatan ilmu tidak akan diperoleh jika pelajar tidak menjaga adab dalam
menuntut ilmu.

x Pelajar sangat perlu menghormati gurunya. Ia adalah syarat terpenting


seseorang itu mendapat ilmu dan keberkatannya.

x Antara adab dengan guru adalah seperti yang berikut:


 Apabila guru menyoal sesuatu, berdirilah dan jawablah dengan jawapan
yang singkat dan jelas
 Kita mesti mematuhi perintah guru dengan rasa ikhlas, bukan kerana
takut dimarahi; dan
 Jangan kita sakit hati atau menyimpan perasaan dendam kepada guru
apabila dia memberikan nasihat.
TOPIK 8 ADAB MENUNTUT ILMU W 177

Muallim Mursyid
Mudarris Tasawuf
Murabbi Tauhid

Al-Kaysi., & Marwan Ibrahim. (1997). Adab sopan dan budi pekerti dalam Islam.
Hussin Salamon dan Mohd. Nasir Ripin (terjemahan). Johor, Malaysia:
Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.
Al-Mayadani., & Abd al-Rahman Habannakah. (1999). Al-akhlaq al-Ismaiyyah
wa ususuha. Damsyik, Syria. Dar al-Qalam.
Darraz, Muhammad Abd Allah. (T.th.). Dustur al-akhlaq fi al-Quran. Mesir:
MuÊassasah al-Risalah.
Hassan Ayub. (2002). As-suluk al-ijtimaei fi al-Islam. Kaherah, Mesir: Dar as-
Salam.
Mohd Ali Hashimi. (1986). Keperibadian muslim (terjemahan). Kuala Lumpur,
Malays: Pustaka Salam.
Muhammad Abdul Qadir. (1997). Fitrah muslim sejati (terjemahan). Johor Bahru,
Malaysia: Perniagaan Jahabersa.
Mustafa ÂAbdul Rahman. (2001). Hadith 40: Terjemahan dan syarahnya. Shah
Alam, Malaysia: Dewan Pustaka Fajar.

Anda mungkin juga menyukai