Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pelajaran Harian (BM 2.

0)
Masa : 25 minit
Umur : 4 tahun
Standard kandungan : BM 2.1 Menguasai kemahiran prabaca
Standard pembelajaran : BM 2.1.3 Mengamalkan cara membaca
dengan betul
BM 1.2.3 Mendengar, memahami dan memberi
respon secara bertatasusila terhadap
arahan yang mudah
Objektif : Di akhir pembelajaran ini, murid dapat :
1) Membaca dari arah yang betul (kemahiran membaca)
2) Memahami dan bertindak balas terhadap arahan
(kemahiran mendengar)
3) Mengaplikasikan cara membaca mengikut teknik yang
betul (kemahiran analisa)
Standard prestasi : Murid dapat mengamalkan cara membaca
dengan teknik yang betul
Langkah aktiviti pelajaran : 1) Guru membawa sebakul buku ke dalam
kelas dan meminta setiap murid mengambil
sebuah buku
2) Murid memilih dan mengambil sebuah buku
setiap seorang
3) Guru menunjukkan cara membaca dengan betul iaitu dari
arah kiri ke kanan, dari atas ke bawah, jarak antara mata
dengan buku dan teknik memegang buku
4) Murid mendengar penjelasan daripada guru (kemahiran
mendengar)
5) Guru meminta murid untuk menunjukkan semula teknik
membaca
6) Murid bertindak balas dan menunjukkan semula teknik
membaca yang telah dipelajari (kemahiran mendengar
dan berkomunikasi)

KBAT : Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi

TIPS MEMBACA BUKU DENGAN BETUL :


(1)  Ajarkan mereka info yang terdapat di luar buku, belakang, atas dan bawah cover buku seperti
ilustrasi, penerbit, penulis dan tajuk.
(2)   Ajar mereka juga cara yang betul memegang buku dan menyelak helaian kertas. Iaitu dimulai dengan
sebelah atas di sebelah kanan.

(3)   Jika kanak-kanak itu masih kecil, boleh ajarkan mereka membaca dengan menggunakan jari sebagai
penunjuk bacaan dan tunjukkan ke arah gambar dan perkataan yang sedang dibaca supaya kanak-kanak
tidak terlepas pandang dan 'lost' dalam proses membaca itu.

(4)   Pastikan aliran bacaan itu betul iaitu dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Dengan ini, mereka
juga belajar bagaimana hendak membaca dan memulakan bacaan dan tulisan.

(5)   Galakkan mereka menyebut huruf pertama yang mereka dapat dalam mana-mana perkataan dan
dengan ini secara tidak sengaja mereka dapat menggabungkan huruf dan membina perkataan serta
menambahkan kemahiran mengeja.

(6)   Yang terakhir, pastikan mereka dapat mengulang kembali skop cerita atau isi kandungan buku
tersebut dengan menyenaraikan nilai dan moral daripada cerita.

Jarak mata dengan buku


Secara umumnya, jarak yang ideal antara mata dengan tulisan saat membaca buku ialah 25-30 cm.
Dengan jarak ini, mata anda dapat membaca tulisan yang terdapat di dalam buku dengan mudah. Lensa
mata tidak perlu berkontraksi terlalu keras untuk dapat membaca tulisan tersebut. Sebaliknya, jarak yang
kurang dari atau lebih dari 30 cm membuat mata anda bekerja dengan lebih keras. Hal itu membuat mata
mudah letih.

CONTOH JARAK MEMBACA YANG IDEAL


TIPS MEMEGANG BUKU DENGAN BETUL

 Kemahiran konsep cetakan yang paling awal ialah kanak-kanak tahu mengenai cara pengendalian
buku.
 Kemahiran ini dapat dilihat dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 2 ke 3 tahun yang
memegang buku dengan betul (tidak terbalik), menyelak muka surat dan bermain buku dengan
cara yang berbeza bermain alat mainan yang lain.
 Kemahiran ini berkembang kepada kemahiran konsep cetakan yang lain melalui pembacaan buku
yang berterusan dan juga melalui peluang untuk kanak-kanak meneroka bahan bacaan.

Anda mungkin juga menyukai