Anda di halaman 1dari 2

Tugasan 2

menilai media pengajaran atau sumber pengajaran dan pembelajaran.


1.0 Pengenalan
Pada tugasan ini, saya akan menilai media pengajaran sebagai salah satu
sumber yang boleh digunkan untuk pengajaran dan pembelajaran. Media
pengajaran ialah alat pengajaran yang boleh digunakan untuk menyampaikan
pesanan daripada seseorang kepada seseorang sehingga dapat merangsang
fikiran, perasaan, minat serta perhatian dan seterusnya terjadi proses
pembelajaran. Ia adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan
penglihatan dan pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran,
termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan.
Maka, saya telah memilih Facebook sebagai media yang saya nilai
seebagai alat pengajaran. Facebook adalah laman web rangkaian sosial
dalam talian di mana orang ramai boleh membuat profil, berkongsi maklumat
seperti gambar dan petikan tentang diri mereka, dan membalas atau pautan
kepada maklumat yang diberikan oleh orang lain.

2.0 Aspek Penilaian


2.1 Pembelajaran Aktif
Facebook dapat menggalakkan pembelajaran aktif di mana ia
mempunyai ciri aplikasi yang canggih seperti permainan-permainan
menarik yang mencabar minda seperti ‘candy crush’ dan ‘Fun Farm’.
Facebook juga menggalakkan aktiviti berpusatkan murid di mana murid
dilatih dan akhirnya mempraktikan apa yang dipelajarinya sendiri.
Setiap pelajar akan diberi peluang untuk mencuba menggunakannya
sendiri.

2.2 Penilaian yang sesuai


Penggunaan Facebook juga sesuai untuk dilakukan sebarang bentuk
penilaian bagi menguji kefahaman pelajar. Terdapat ciri yang
membolehkan fail dalam format ‘word’ dimuat naik. Melalui ini,
dapatlah guru memuat naik soalan-soalan berkaitan pembelajaran.
Namun begitu, keburukannya adalah murid dapat mencari maklumat di
hujung jari dan meniru ketika soalan ditanya. Ini akan menyebabkan
wujud ketidakadilan dan membawa kesan yang buruk.

2.3 Pembelajaran kooperatif


Kewujudan ciri kumpulan dalam Facebook dapat membantu pelajar
untuk membuat perkongsian dalam kelompok mereka tanpa campur
tangan orang lain. Setiap ahli boleh memuat naik fail yang diperoleh
dan mereka boleh menulis komen pada setiap fail. Ini secara tidak
langsung dapat menggalakkan pembelajaran secara kooperatif.

2.4 Penggunaan Teknologi


Penggunaan Facebook juga telah memaksimumkan penggunaan
teknologi. Jika pelajar ingin melayari Facebook, mereka perlu
mengaksesnya melalui gajet-gajet teknologi seperti komputer riba dan
telefon pintar.
Walaupun begitu, pergerakan pelajar perlulah dipantau agar mereka
tidak terlalu taksub dengan perkembangan teknologi.

2.5 Pengurusan Bilik Darjah


Facebook boleh membantu guru memantau pelajar mereka melalui
chat di mana guru akan dapat mengenal pasti siapakah yang telah
melihat mesej dan membalasnya.
Keburukannya, Pelajar akan melakukan perkara lain meskipun disuruh
untuk makan dalam 15 minit.

2.6 Pembezaan
Facebook mempunyai ciri gambar dan video sebagai sumber yang
interaktif untuk menarik minat audiens menonton dan memproleh
maklumat dengan pelbagai cara pada bila-bila masa sahaja.
Proses gerak kerja juga akan dapat dilancarkan melalui ciri facebook
iaitu nota,’poll’, berhubung melalui ‘chat’ dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai