Anda di halaman 1dari 4

Etnografi merupakan sejenis bentuk kajian lapangan yang melibatkan satu metod

penelitiankualitatif. Etnografi juga dirujuk sebagai satu penyelidikan saintifik yang


bersifatsemulajadi(field research). Menurut Creswell (2005) etnografi merupakan satu bentuk
kajianyang praktikal untuk mengkaji suatu kelompok atau kumpulan tertentu. Melalui kajian
berbentuk etnografi, bentuk

bentuk maklumat kualitatif dapat digunakan untukmenerangkan dan menginterpretasi sesuatu


bentuk budaya yang dikongsi bersama di dalamsesebuah kumpulan. Kajian etnografi juga turut
digunakan dalam memahami danmenjelaskan budaya dan cara hidup sesuatu komuniti. Sebagai
contohnya, pelopor kajianetnografi iaitu Bronislaw Malinowski di dalam kajiannya mengenai
masyarakat di KepulauanTrobriand. Kajian beliau adalah untuk menjelaskan budaya masyarakat di
kepulauan tersebutsebagai contohnya ritual Kula Ring.Dalam kajian etnografi, penelitian yang
dilakukan oleh penyelelidik adalah bersifat kritis danmendalam. Kajian ini mampu menggali
maklumat secara mendalam dengan sumber

sumberyang ditonjolkan di sekelilingnya. Melalui teknik pemerhatian ikut serta atau

‘participant –

observation’

dan temubual secara mendalam

‘in

depth interview’

penyelidik berupayamemahami budaya dan ciri

ciri sosial yang ada pada kelompok yang dikaji secaramendalam. Selain itu, kekuatan kajian
berbentuk etnografi juga adalah disokong olehkeabsahan dan kebolehpercayaan (

reliability

) yang tinggi terhadap maklumat yangdisampaikan memandangkan penyelidik menjadi sebahagian


daripada kelompok kajiannyauntuk jangka masa yang lama. Lantas, maklumat yang diperolehi
melalui pemerhatian ikutserta adalah sesuatu yang unik.Manakala kajian etnomonologi pula adalah
kajian perihal kehidupan sosial yang bersifatabstraktif. Hal ini kerana kajian yang bakal dijalankan
adalah berasas fenomenologi iaitu berkiblatkan kepada realiti sosial yang dibina atas andaian dan
hipotesis pengkaji. Melaluikajian ini, sesuatu fenomena atau realiti sosial yang terlindung dalam
kehidupan masyarakatitu dapat dilihat dengan jelas. Selain itu, Berbeza dengan kajian etnografi
dimana maklumatyang diperolehi adalah melalui pemerhatian ikut serta atau temubual mendalam,
sebaliknyakajian etnomonologi dikukuhkan melalui pendekatan dialetik berasaskan pengetahuan
lokal.Sebagai contohnya, jika dari sudut etnomonologi mereka mengandaikan seseorang itu gagaldi
dalam peperiksaannya adalah disebabkan faktor luarannya seperti malas dan tidak berusaha. Namun
jika dari sudut etnografi pula, andaian yang dibuat akan diuji keabsahannyamelalui teknik
pemerhatian ikut serta dan temubual mendalam untuk menyelidiki denganlebih lanjut perihal faktor
kegagalan pelajar terbabit.

Kelebihan dan kelemahan Etnografi

Secara  ringkas kelebihan dan kelemahan etnografi boleh dilihat dari jadual dibawah:
Kelebihan Kelemahan
Menghasilkan pemahaman yang Mengambil masa yang lama untuk mencari
mendalam.Kerana yang dicari dalam dan mengumpulkan data
penelitian ini bukan hal yang nanpak,
melainkan yang terkandung dalam hal yang
Nampak tersebut.
Mendapatkan atau memperoleh data dari Perspektif pengkajian kemungkinan
sumber utama dipengaruhi oleh kecenderungan budaya
peneliti
Mengasilkan deskripsi yang kaya dengan Pengaruh budaya yang diteliti dapat
penjelasan yang spesifik dan terperinci mempengaruhi psikologi pengkaji, ketika
pengkaji hendak kembali kepada budayanya
Pengkaji berinteraksi langsung dengan Pengkaji yang tidak memiliki kemampuan
masyarakat social yang akan diteliti sosialisasi, terdapat kemungkinan
penolakkan dari masyarakat yang diteliti
Membantu kemampuan berinteraksi kerana Mungkin seorang pengkaji yang memiliki
membantu kemampuan bersosialisasi dalam latar belakang pengetahuan yang kuat,
budaya yang ia cuba untuk jelaskan. mengetahui dengan jelas subjek yang akan
diteliti atau dipelajarinya.

Tujuan Kajian Etnografi adalah untuk memahami isu yang dikaji dari kaca mata kumpulan atau
budaya tersebut,kajian etnografi berusaha untuk menambah pengetahuan mengenai sesuatu
budaya atau mengenalpasti corak interaksi sosial dan membangunkan satu penafsiran yang
menyeluruh terhadap sesuatu masyarakat atau institusi sosial.

Tujuan penelitian etnografi untuk menggambarkan budaya atau subkultur dengan seperinci
mungkin, termasuk bahasa, adat istiadat, nilai-nilai, upacara keagamaan dan undang-
undang.Maknanya ia mempunyai tujuan mencari dan menggambarkan budaya sesuatu masyarakat
atau organisasi tertentu.Fokus penyelidikan adalah pola-pola yang tercermin dalam sikap tidak dan
prikelakuan masyarakat atau organisasi yang diteliti.ada pun yang dicari dalam kajian ini beerti
bukan hal yang Nampak melainkan yang terkandung dalam hal yang nampak tersebut.

Umumnya jenis kajian ini mensyaratkan seorang peneliti yang berpengalaman, harus dapat
membenammkan dirinya dalam budaya mayarakat yang diteliti.Maknanya dia harus bersosialisasi
dirinya sendiri ke dalam budaya tersebut dan cuba menjelaskannya.Menjadi sebahagian budaya
yang baharu tersebut dan kadangkala ia menjadi masalah apabila hendak kembali kepada
budayanya sendiri.

Etnografi berfokus pada pertanyaan:”Apakah budaya sekelompik orang”.Gagasan budaya


merupakan inti etnografi.Ciri penting dalam penelitian etnografi adalah setiap kelompok manusia
manusia secara bersama-sama untuk jangka waktu tertentu dan memperkembangkan
budaya.Menurut Earl babbie, 1998:282 , etnografi menghuraikan budaya tertentu secara holistik.
Selain data secara holistik ciri-ciri lainnya ialah

ü Bersifat ilmiah(pengkaji harus memahami gejala empiric dalam kehidupan seharian

ü Pengkaji adalah instrumen yang penting dalam pengkajian data

ü Bersifat keterangan iaitu mencatat dengan teliti fenomena budaya yang dilihat, dibaca.

ü Digunakan untuk memahami bentuk-bentuk kes tertentu

ü Analisisi bersifat induktif

ü Pengkaji harus bersikap seperti masyarakat yang dikajinya.

ü Data dan informasi mesti diperolehi dari orang yang asal

ü Kebenaran informasi mesti diperiksa dengan data yang lain(maklumat diperiksa dan dipadankan
dengan data bertulis)

ü Subjek penelitian disebut peserta (buku juga disebut peserta)

ü Pengkaji harus menaruh perhatian pada masalah penting yang diteliti dari orang yang diteliti dan
bukan etnik

ü Menggunakan data kualitatif dan kuantitatif tetapi lebih banyak menggunakan kualitatif

Ringkasnya tujuan etnografi boleh dikecilkan skopnya dan dilihat dalam 4 perspektif iaitu:

· Etnografi akademik

·Lazimnya dilakukan oleh golongan akademik (utk menambah pengetahuan / celik akal dlm kalangan
pelajar / rakan sejawat )

·Lebih berfokus kpd pembinaan asas pengetahuan berkaitan dgn sst budaya / teori

·Cth: penyelidikan etnografi dalam konsep “darah” dalam kinship Orang Asli.
·

· Etnografi aplikasi

·Bertujuan utk membuat perubahan sosial yg dpt mempengaruhi polisi institusi ( hospital, sekolah
dan agensi kerajaan)

· Etnografi tradisional / klasik

·Penyelidik akan tinggal bersama dan menghuraikan pelbagai kumpulan sosial.

·Data yang dikumpul ialah data tekstual, cth : jurnal refleksi atau nota lapangan.

·Lebih menjurus kepada akademik

· Etnografi analitik

·Melibatkan kerja lapangan yang meluas dan pelbagai jenis (pemerhatian turut serta, temubual
informal dan formal, pengumpulan dokumen, membuat rakaman dan sebagainya)

Anda mungkin juga menyukai