Anda di halaman 1dari 6

Cabaran bekerja sambil belajar

Oleh Fairuz Zaidan & Diyanah Anuar

Korbankan banyak masa, kewangan yang meningkatkan kualiti, mencapai


kepuasan hidup

SERING kali kedengaran kenalan di tempat kerja merungut kepenatan sejurus


bekerja seharian. Begitu jugalah keadaannya di kalangan pelajar yang sedikit
tertekan untuk menyiapkan tugasan pensyarah. Namun, terfikirkah anda
bagaimana sesetengah mereka yang bekerja menyahut cabaran dengan untuk
menyambung pelajaran?

Bayangkan, selepas tamat waktu bekerja mereka tidak seperti teman-teman


lain yang mungkin menghabiskan masa di restoran mamak, tidak pun
memenuhi agenda lain di pusat beli belah dan kemudiannya pulang ke rumah
untuk merehatkan minda serta bersama keluarga.

Mereka yang menyambungkan pelajaran pula terpaksa mengenepikan


kesemua itu dengan bekerja keras di institusi pengajian tinggi (IPT) semata-
mata untuk menggenggam segulung ijazah yang bukan saja meningkatkan
kualiti kehidupan malah memberi impak besar dalm kerjayanya.

Bagi yang masih bujang, mungkin bebanan untuk melakukan dua tugas itu
serentak tidak memberikan banyak kesan, tetapi bagaimana yang sudah
berumah tangga, apatah lagi untuk membahagikan masa bersama suami atau
isteri, anak-anak dan hal ehwal keluarga.

Mengapa segelintir masyarakat sanggup melakukan dua perkara serentak,


sedangkan mereka mungkin sedar bebanan tugas lebih besar berada dibahu
mereka? Apatah lagi, bila memikirkan rutin yang diharungi memakan masa
agak lama sehingga lima tahun.

Terdapat beberapa factor yang mendorong seseorang individu untuk


meyambung pengajian walaupun sudah bekerja. Faktor utama yang sering
‘memaksa’ seseorang untuk mendapatkan kelulusan pengajian yang lebih
tinggi adalah kerana gaji. Sebahagian besar majikan, baik di sector kerajaan
ataupun swasta meletakkan kelulusan pendidikan sebagai kriteria penting
dalam menentukan tangga gaji.

Selain itu, kenaikan gaji juga masih bergantung kepada pencapaian akedemik
bukan kerana pengalaman dan prestasi bekerja menyebabkan pekerja yang
bergaji rendah tiada pilihan lain selain terpaksa berkorban sedikit masa
belajar selepas waktu belajar.
Bukan sekadar faktor gaji semata-mata, kebanyakan individu merasakan
pengajian yang mereka ikuti itu sedikit sebanyak dapat menambahkan
kemahiran mereka dalam pelbagai aspek sekali gus memberi impak positf
kepada kerjaya mereka. Benar, jika kena dengan caranya tanggungjawab ini
dapat mengasah kecekapan dan membentuk disiplin seseorang.

Malah, ada juga rakan pejabat yang memilih untuk menyambung pengajian
semata-mata tidak mahu berasa ‘terkebelakang’ dengan rakan sekerja yang
memiliki kelulusan tinggi. Ini sedikit sebanyak memberikan cabaran buatnya
untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

>Belajar perlu semangat

PENOLONG Akauntan, Zalifah Alias, 31, yang mengharungi cabaran bekerja


sambil belajar selama lima tahun sejak 2000 mempunyai kisah tersendiri
sepanjang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

PENGURUSAN masa penting


bagi mereka yang bekerja sambil belajar.

Kata Zalifah, tiada yang lebih sukar baginya sepanjang mengikuti pengajian
itu selain faktor masa, waktu senggang bersama keluarga dan teman-teman,
Masalah pengangkutan dan kedudukan kewangan yang menjadi cabaran
paling getir buatnya.

“ Selepas tiga tahun bekerja, saya memotivasikan diri untuk menyambung


semula pengajian peringkat ijazah selepas memiliki diploma.

“Di awal-awal pengajian dulu, memang ‘terseksa’ kerana terpaksa berkejar


dari pejabat di Kelana Jaya untuk ke Shah Alam. Bayangkan, pada ketika itu
saya tidak mempunyai pengangkutan sendiri dan terpaksa bertukar tiga bas
untuk sampai ke UiTM Shah Alam,” katanya yang terpaksa menjadikan itu
sebagai rutin hariannya untuk tahun pertama pengajian di universiti.

Beliau mengakui sedikit beruntung kerana waktunya bekerja tamat jam 4.30
petang, manakala pengajian sblh malam kebiasaanya bermula sekitar jam 6
petang hingga 10 malam.

“Tetapi alhamdulillah, selepas lima tahun mengharungi cabaran belajar sambil


bekerja saya cukup berbangga dengan diri sendiri sebaik menerima Ijazah
Sarjana Muda Kepujian Perakaunan.

MENGGENGAM segulung ijazah


jadi impian ramai.
“Malah, itu bukan titik penamat buat saya kerana kini saya mengikuti pula
Pengajian Islam di Universiti Malaya yang kini masih diperingkat sijil sebelum
meneruskan keperingkat diploma dan ijazah,” katanya penuh berbangga .

Hal yang turut dilakukan Juruteknik, Junainah Sahlani, 26, mengambil


keputusan untuk menyambung pengajian keperingkat ijazah disebuah Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) selepas lebih setahun mengutip pengalaman
bekerja dengan pihak berkuasa tempatan sebaik tamat pengajian diploma.

Keputusan itu dibuat selepas menyedari pentingnya kelulusan lebih tinggi


dalam pekerjaan , selain berpeluang mendapat kenaikan pangkat dan gaji.

“Bila sudah mula bekerja,barulah saya dapati saingannya agak tinggi terutama
dari segi kedudukan jawatan dan tangga gaji.

“Lalu, saya mula berfikir untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah


sementara semangat untuk belajar masih ada lagi, ” katanya.

Pada permulaannya, kata Junaina, agak sukar bagi beliau untuk menghadapi
tanggungjawab bekerja sambil belajar ini tetapi memikirkan pula motivasi dan
sokongan majikan yang sedikit sebanyak meningkatkan jati diri untuk
meneruskan pengajian.

“Cabaran terbesar adalah dari segi pengurusan waktu. Bukan senang hendak
membahagikan waktu dan tenaga dengan sebaiknya tapi selepas beberapa
lama, saya dapat membiasakan diri.

“Setiap kali rasa penat atau ingin mengalah, saya akan ingatkan diri, apa yang
saya lakukan ini adalah untuk meningkatkan keupayaan diri,” katanya yang
kini berada dalam semester ketujuh pengajian Sarjana Muda Kejuruteraan
Awam.

Kata JUnainah, tiada istilah tiada masa dan kekurangan sumber kewangan
sebaliknya seseorang harus memberikan komitmen dan bijak membahagi
masa untuk menguruskan kedua tanggungjawab itu.

Penolong Pegawai Tadbir Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Kamar


Noraini Kamarul Zaman, 32, berkata diamemilih untuk melanjutkan pelajaran
sebagai suatu cara memotivasikan dirinya dan meningkatkan kerjaya sedia
ada.

“Banyak juga terpaksa dilaburkan termasuk sumber kewaangan, tetapi saya


nekad untuk memastikan saya tidak terus ketinggalan dengan orang lain
menyebabkan saya berasa dengan menyambung pelajaran mampu
meningkatkan kerjaya .

“Syukur selama tiga tahun belajar, saya berjaya menamatkan pengajian Ijazah
Pengurusan Sumber Manusia di UiTM. Mengenangkan semula sepanjang tiga
tahun itu, ia umpama mimpi dan tidak disangka saya berjaya melakukan
sendiri,”katanya yang mendorong sesiapa yang berhasrat untuk menyambung
pelajaran selepas bekerja.

Berlainan pula dengan Ahmad Noorhaidy Narawi, 29, yang sanggup berhijrah
dari Sarawak ke Semenanjung semata-mata demi cita-cita meneruskan
pengajian dalam bidang yang di kehendakinya.

Jejaka yang berkhidmat di jabatan Penguatkuasa (MPOB) itu kini di tahun ke


dua mengikuti pengajian jurusan Pengurusan Korporat di UiTM .

“Di Sarawak tidak ada jurusan yang saya inginkan menyebabkan saya nekad
untuk berhijrah ke Kuala Lumpur dan mendapati di sini ada jurusan
pengurusan korporat.

“ Secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa


antara waktu bekerja dan belajar kerana mengamalkan sistem penghurusan
waktu dan ia begitu berkesan, ” katanya yang pernah mencatat purata nilai
gred kumulatif (CPGA) 4 pada semester pertama.

Ahmad Noorhaidy yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian peringkat


Ijazah Sarjana di luar Negara berkata, tidak sukar untuk mencatat keputusan
cemerlang kerana rata-rata pelajar yang mengikuti sesuatu pengajian sudah
mencapai usia dewasa dan mudah memahami kehendak pensyarah.

Lebih-lebih banyak maklumat yang diingini mudah untuk didapati seperti


internet, fotostat dan bahan rujukan yang lain sekali gus memberi kemudahan
lebih kepada seseorang itu.

“Paling penting,lakukan saja tugasan yang dikehendaki pensyarah dan saya


yakin tidak sukar untuk mengikuti setiap tugasan yang diberikannya,” kata
Ahmad Noorhaidy yang mempunyai tiga tahun lagi untuk menamatkan
pengajian di UiTM Shah Alam.

Faktor usia sesekali bukan penghalang bagi Mohamad Razali Ithnain, 45, yang
berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa di jabatan
kerajaan.Seperti yang lain, Mohd Razali turut menyahut cabaran dengan
melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2000.
“Saya tidak mahu meletakkan usia sebagai halangan untuk meningkatkan
kualiti hidup. Jika kita hanya mengharapkan kenaikan gaji dan pengalaman
kerja saja tentu agak sukar untuk menjamin kenaikan pangkat di sesebuah
syarikat. Justeru, saya terfikir untuk memilih melanjutkan pengajian dan
alhamdulillah akhirnya saya berjaya juga menamatkannya pada 2004,”
katanya.

Mohd Razali berkata, dia terpaksa berfikir berkali-kali atas nasihat isterinya
sebelum nekad untuk melanjutkan pengajian, apatah lagi bila mengenangkan
dirinya sudah berkeluarga dan mempunyai enpat cahaya mata.Tentu sukar
baginya membuat keputusan, lebih-lebih lagi bila memikirkan kedudukan
kewangan keluarga dan komitmen lain yang menuntutnya berfikir jauh,”
katanya.

> Timba ilmu selagi mampu

JIKA ada peluang menyambung pengajian, ia seharusnya tidak di sia-siakan,


kata Ketua Unit Kerjaya dan Perhubungan Majikan, Bahagian Hal Ehwal
Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kamaliah Abu.

Disebabkan kehendak kerjaya sentiasa berubah, seorang pekerja sepatutnya


mempersiapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan.

“Ilmu dan kemahiran ini pula bukan boleh diperolehi melalui pengalaman
dalam industri sahaja tetapi juga merangkumi pembelajaran secara akademik.

“Mengikut kursus pengajian di universiti adalah satu langkah positif.Ia dapat


menigkatkan kebolehan diri serta membuka peluang yang lebih baik bagi
seseorang dalam kerjaya mereka,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, kata Kamaliah, sebelum mengambil keputusan untuk sambung


belajar,mereka haruslah merancang terlebih dahulu apakah kursus yang ingin
diambil dan pastikan ia memberi peningkatan dalam kerjaya sekarang juga di
masa hadapan.

“Biasanya, mereka yang belajar sambil bekerja akan lebih bertanggungjawab


terhadap pengajian mereka kerana kebanyakannya membiayai sendiri
pengajian mereka.

“Memang akan timbul pelbagai cabaran tapi jika mereka tahu menguruskan
masa, tenaga dan kewangan dengan baik, segala cabaran dapat di atasi,”
katanya.

> INFO: 11 Tips Bekerja Sambil Belajar


 Rancang kerja anda sebaiknya. Periksa dan catat tarikh (deadline) bagi
tugasan pejabat serta pengajian lebih awal dan letakkan ia di tempat yang
dapat dilihat.
 Gunakan masa yang sebaiknya. Anda mungkin boleh membaca atau
mendengar semula rakaman kuliah ketika menaiki tren daripada hanya
melihat gelagat penumpang lain ketika menunggu untuk tiba ke destinasi.
 Pastikan semua dilakukan secara seimbang. Bekerja sambil belajar
sememangnya memenatkan.Makan dengan teratur, bersenam dapatkan rehat
yang secukupnya dan jika berpeluang teruskan aktiviti sosial anda.
 Jika anda mempunyai masalah untuk menepati tarikh akhir atau tiba-tiba
terjadi masalah keluarga dan kerja, beritahu kepada pensyarah anda lebih
awal.Mereka juga manusia dan tentu mereka memahami beban anda untuk
melakukan dua perkara ini serentak.
 Sentiasa ingatkan diri anda apa kaebaikan pengajian yang anda ikuti itu
untuk masa depan anda. Dapatkan sebab yang kukuh untuk mengikuti kursus
yang anda pilih.Jika ada alas an atau sebab anda menyambung pengajian itu
lemah, ia mampu menggangu motivasi anda untuk menghadapinya.
 Beritahu ketua atau majikan anda mengenai pengajian anda.Menyambung
pengajian menunjukkan anda serius mengenai pembangunan diri sebagai
individu.
 Ada ramai penuntut dewasa yang mengikuti pengajian separuh masa.Anda
seharusnya melihat ini sebagai peluang untuk mengembangkan jaringan
kenalanl.
 Wujudkan tempat kerja yang dapat membuatkan anda rasa selesa.Gunakan
apa-apa kaedah yang membantu anda untuk fokus,contohnya jadual, kata-kata
semangat yang ditampal di dinding, tulisan dengan pen berwarna-warni, peta
minda atau bungaan di meja kerja anda.
 Cari tempoh waktu terbaik untuk anda belajar atau mengulagkaji.Segelintir
individu lebih gemar memilih waktu awal pagi.

Anda mungkin juga menyukai