Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan konsep pinjaman dan hutang dalam Muamalat Islam.

Islam merupakan sebuah agama yang meliputi semua aspek dalam kehidupan
termasuklah dalam bahagian mulamalat. Hal ini termasuklah dalam konsep pinjaman
dan hutang yang menjadi sebahagian daripada perkara yang membelenggu umat
manusia pada masa ini.
Dalam konteks pinjaman atau Al-‘Ariyah ini, hukumnya adalah digalakkan dan
diharuskan kerana Islam menganjurkan umatnya agar saling membantu antara satu
sama lain sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2 yang
bermaksud: ” …Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan
dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolongan-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan…”. Namun, al-‘Ariyah ini haruslah menepati empat rukun
yang selaras dengan syariat Islam iaitu yang pertama adalah peminjam. Peminjam
haruslah seorang individu yang baligh, berakal dan mampu menguruskan harta dengan
baik. Seterusnya, pemberi pinjaman iaitu memiliki haka tau kuasa ke atas barangan
atau harta pinjaman sama ada pemilik sebenar atau tidak. Selain itu, konsep pinjaman
adalah merangkumi barang pinjaman iaitu sesuatu yang bersih, suci dan halal serta
tidak terangkum dalam jenis barangan yang menyusut seperti makanan. Akhir sekali,
adalah lafaz pinjaman atau sighah. Lafaz adalah sah sekiranya hanya ada suatu pihak
sama ada daripada peminjam atau pemberi pinjam atau tidak berlakunya pengucapan
secara berturutan.
Namun, sesebuah kontrak pinjaman ini secara umumnya boleh terbatal apabila
peminjam memulangkan barangan kepada pemberi pinjam, salah satu pihak itu
meninggal atau hilang kelayakan seperti muflis, gila atau bodoh. Hikmah yang terdapat
dalam konsep pinjaman ini adalah dapat memberikan peluang kepada setiap individu
untuk merasai atau melaksakan aktiviti seharian dengan lebih selesa. Selain itu, dapat
membentuk manusia supaya hidup dalam keadaan harmoni, bersatu padu dan saling
menolong sekiranya terjadi sesuatu kekurangan atau bebanan.

Dalam konsep hutang pula, hutang didefinisikan sebagai al-Qard iaitu pinjaman
yang dilakukan untuk sesuatu kegunaan sama ada dari segi wang ringgit atau yang
yang lain dan tidak akan dipulangkan sama ada dalam bentuk yang sama ataupun
tidak. Hadis nabi juga banyak yang menyebut mengenai hutang sebagaimana dalam
Riwayat Ibn Mas’ud yang bermaksud, “… Sesiapa daripada kalangan orang Islam yang
memberikan pinjaman kepada orang Islam yang lain sebanyak dua kali, maka seolah-
olahnya dia memberikan sedekah satu kali.” Terdapat beberapa hukum ke atas
peminjam iaitu al-Muqtarid. Pertama, wajib sekiranya orang yang hendak meminjam
berada dalam keadaan terdesak untuk menyara kehidupan seperti keperluan asas,
makanan dan pakaian. Hukum haram dikenakan ke atas muqrid ( pemberi pinjaman )
yang meberikan pinjaman ke atas individu yang diyakini melakukan penyewelengan
atau terlibat dalam perkara haram seperti berjudi. Hukum sunat pula adalah kerana
memberikan pinjaman dapat meringankan beban seseorang, manakala harus sekiranya
pinjaman tersebut diberi atas sebab-sebab tertentu namun bukan terhadap membantu
orang yang berkeperluan. Akhir sekali, sekiranya menyakini bahawa peminjam adalah
seorang yang gemar melakukan pembaziran, serta tidak mengikut keutamaan orang
yang meminjam tersebut, adalah makhruh diberikan pinjaman. Hikmah menjalankan
muamalat hutang mengikut syariat islam adalah dapat menghindarkan golongan kaya
daripada menindas golongan miskin serta mengelakkan ummat manusia daripada sikap
meminta secara percuma.

Anda mungkin juga menyukai