Anda di halaman 1dari 3

NAMA SEKOLAH: SK ST. BERNADETTE’S CONVENT, BATU GAJAH, PERAK.

TAJUK CERITA : KISAH SEUNCANG PADI


PENGARANG : ZARINAH ISMAIL
NAMA PESERTA : SURAYA NABILAH BINTI ZAKI ALBAR (TAHAP 2)
________________________________________________________________________

SKRIP BERCERITA PERINGKAT ZON DAERAH KINTA SELATAN (TAHAP 2)

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam satu Malaysia. Terima kasih

Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-

guru seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Salam sejahtera, pembuka bicara,

“Kisah Seuncang Padi” tajuk cerita;

Mari renungi sedalam-dalamnya,

Semoga menjadi teladan kepada kita semua.

Sepasang suami isteri yang sangat miskin tinggal di sebuah kampung iaitu Pak Abu

dan isterinya Mak Milah. Mereka selalu menyalahkan nasib mereka yang miskin. Orang-

orang kampung menyara kehidupan mereka dengan bercucuk-tanam tetapi malangnya

Pak Abu dan isterinya malas bekerja. Mereka lebih suka membuang masa.

Ya kawan-kawan, saban hari mereka berdua akan meminta bantuan makanan

daripada jiran-jiran. Mereka tidak tahu malu sehingga ada di antara jiran mereka tidak

mahu membantu mereka lagi. Oleh kerana sikap mereka yang pemalas, kehidupan

mereka menjadi bertambah susah. Ada kalanya mereka tidak dapat makan dan tidur

dengan lena.

Kawan-kawan nak tahu apa terjadi seterusnya?

Pada suatu malam, muncullah seorang perempuan tua di hadapan pintu rumah

mereka. “Bolehkah saya masuk?” tanya perempuan tua itu. “Silakanlah,”jawab Pak Abu.

1
Perempuan tua itu meminta sedikit makanan kerana terlalu lapar tetapi malangnya

mereka tidak apa-apa makanan untuk diberikan kepada perempuan tua itu. Perempuan

tua itu memandang keadaan rumah suami isteri itu. “Adakah kamu ingin menjadi orang

yang kaya?” tanya perempuan tua itu. Mereka mengangguk-angguk kegembiraan apabila

mendengar kata perempuan tua itu.

Perempuan tua itu menyeluk gendongan kain buruk lusuh yang dibawanya. Kedua-

dua mereka melihat sahaja kelakuan perempuan tua itu. Pada fikiran mereka, tentulah

perempuan tua itu akan mengeluarkan sebongkah emas. Cuba kawan-kawan teka, apa

yang diberikan oleh perempuan tua itu kepada mereka?

“Nah, ambillah uncang ini. Insya Allah ia boleh menjadikan kamu kaya,” kata

perempuan tua itu. “Pagi esok kamu taburlah isi uncang ini di belakang rumah. Sudah

pasti kamu akan menjadi kaya-raya,” pesan perempuan tua itu sebelum pulang.

Pada keesokan harinya, mereka telah membuka uncang tersebut. Mereka berasa

kecewa kerana dalam uncang itu hanyalah padi kering. Tanpa berlengah-lengah lagi,

mereka menaburkan padi itu di belakang rumah.

Tidak lama kemudian, anak padi mulai tumbuh. Alangkah terkejutnya mereka,

apabila padi itu berbuah dan menguning. Setelah padi masak, mereka pun menuainya.

Dua tiga musim menabur dan menuai padi akhirnya padi mereka menjadi banyak.

Semenjak hari itu kehidupan Pak Abu dan isterinya tidak lagi miskin. Mereka telah menjadi

kaya dengan menjual padi. Mereka sering membantu dan memberi makan kepada

penduduk kampung yang miskin.

2
Sikap Pak Abu dan isterinya mula berubah, mereka menjadi tamak dan tidak suka

bersedekah kepada orang yang susah atau miskin. Sebaliknya, mereka mengambil

kesempatan untuk merampas harta penduduk kampung. Kawan-kawan tahu apa

kesudahan cerita ini? Ya kawan-kawan, malam itu mereka suami isteri tidur dengan

nyenyak. Tanpa menduga apa yang akan terjadi keesokannya.

Tiba-tiba, setelah terbangun daripada tidur mereka mendapati semua pokok padi

telah layu dan mengering. Tiada lagi pokok padi yang dapat dituai untuk dijual. Lama-

kelamaan semua pokok padi telah mati. Kesemua harta benda mereka terpaksa dijual

bagi menampung kehidupan akibat tiada lagi pokok padi yang membuahkan hasil. Pada

masa itu, barulah Pak Abu dan Mak Milah menyesal dan insaf dengan perbuatan buruk

dan tamak mereka. Malangnya nasi sudah menjadi bubur, sesal dahulu pendapatan, sesal

kemudian tiada gunanya. Hiduplah mereka dalam kemiskinan semula.

Ingatlah kawan-kawan, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang

dikurniakan Allah. Jangan tamak dan haloba. Jangan suka meminta-minta kerana tangan

yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Rajinlah berusaha untuk

mencapai kejayaan dalam hidup dan apabila kita telah kaya jangan lupa menderma atau

bersedekah kepada fakir miskin. Bak kata pepatah Melayu; kalau dapat memandang

bulan, jangan lupa rumput di bumi. Kita jangan lupa tentang asal-usul sendiri terutama

apabila telah menjadi kaya.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, terima kasih.


3

Anda mungkin juga menyukai