Anda di halaman 1dari 6

Pendiam di luar, keletah di rumah

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

SIKAP pendiam anak terutamanya dengan orang


asing yang luar daripada kelompok keluarganya
sering memeningkan kepada ibu bapa terutama
kanak-kanak yang pendiam lazimnya lebih gemar bermain sendirian.
dalam memikirkan masalah yang bakal timbul
apabila ke sekolah ataupun berinteraksi sosial.

Kanak-kanak ini kerap tidak memberi maklum balas kepada pertanyaan yang diajukan
sedangkan ia mengetahui jawapannya. Banyak faktor mempengaruhi sikapnya yang pendiam ini.

Antaranya, genetik, pendedahan oleh ibu bapa terhadap ilmu bersosial, persekitaran dan
asuhan penjaga atau pengasuh.

Ketua Jabatan, Perunding dan Pakar Pulmonori Pediatrik, Hospital Serdang, Dr. Norrashidah
Abd. Wahab berkata, faktor genetik memain peranan penting dalam pembentukan personaliti
kanak-kanak.

Katanya, sikap kanak kanak-kanak yang tidak mahu bercakap, tidak mahu bergaul dan
mempunyai personaliti yang kurang bersosial adalah kerana faktor genetik yang diperoleh
daripada keturunan.

Katanya, jika salah seorang ibu atau bapa itu agak kurang bercakap atau pendiam, maka anak
turut mempunyai pengaruh itu. Ia mungkin tidak boleh 'lari' daripada memiliki genetik pendiam,
tetapi boleh diasuh dan diberi pendedahan kepada ilmu bersosial.

''Namun begitu, jika tiada pendedahan diberi kepada anak, mereka akan terus menerus menjadi
pendiam dan inilah sebab interaksi sosial tidak boleh diaplikasi apabila mereka telah memasuki
alam persekolahan. Mereka akan terus menjadi pendiam walaupun guru cuba bertindakbalas
dengan anak-anak ini.

''Agak berlainan jika sekiranya, anak ini sentiasa diberi dorongan berkemahiran sosial atau ibu
bapa menunjukkan tauladan dalam berinteraksi dengan persekitaran, maka inilah yang akan
menjadi ikutan oleh anak ini dan sedikit demi sedikit, genetik pendiam ini akan hilang dalam diri
mereka. Pendek kata, ia harus dipupuk sejak kecil dengan pelbagai dorongan kerana anak-anak
memerlukan 'pemangkin' dalam membentuk diri mereka sendiri dan ibu bapa menjadi role model
kepada personaliti mereka,'' katanya ketika ditemui di Hospital Serdang, baru-baru ini.

Asuhan

Menurut Dr. Norrashidah, perwatakan pendiam ini turut boleh dibezakan mengikut asuhan yang
diterima daripada penjaganya.
''Kita boleh bezakan kanak-kanak yang tinggal di nurseri dengan di rumah. Di nurseri, kanak-
kanak ini pandai bergaul, mudah mesra, tidak pemalu, keletah dengan ramai rakan-rakan yang
pelbagai usia berbanding dengan anak yang duduk di rumah, hanya ditemani oleh ibu, datuk
nenek atau pembantu rumah. Mereka tidak didedahkan dengan persekitaran pelbagai rakan.
Hanya yang dia kenal ialah penjaganya sahaja.

''Namun, sekiranya penjaganya rajin melayannya berkomunikasi, sikap pendiam ini boleh diatasi,
tetapi jika sebaliknya, ia akan menjadi seorang kanak-kanak yang tidak mengenal dunia luar
seperti katak bawah tempurung apabila bersekolah nanti,'' katanya.

Tambahnya yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam dunia psikiatri, kanak-kanak menjadi
pendiam kerana asuhan di peringkat tumbesarannya dan bukannya lahir terus menjadi pendiam.

Mereka perlu rangsangan daripada ibu bapa iaitu mengajar kanak-kanak ini berinteraksi dengan
persekitaran.

Inilah sebabnya, bagaimana cara asuhan yang diterima dan pendedahan kepada persekitaran
penting dalam menentukan pendiam atau tidak kanak-kanak itu selain daripada faktor genetik
yang memang ada pada diri mereka.

''Kanak-kanak pendiam ini perlu diajar cara berinteraksi dan mendedahkan dengan persekitaran
yang melebihi sempadan adik-beradik dan saudara mara. Ia harus dibiarkan bersosial dengan
jiran-jiran atau rakan-rakan ibu bapa.

''Malah, ibu bapa juga harus menunjukkan contoh dalam bersosial iaitu sentiasa menegur sapa
jiran-jiran atau menanya khabar dengan rakan-rakan.

''Begitu juga dengan adat bersalam adalah salah satu cara mendedahkan dan berinteraksi dengan
orang luar,'' katanya.

Lain pula fenomena apabila kanak-kanak yang pada awalnya begitu peramah tetapi tiba-tiba
menjadi pendiam.

''Ini kerana ada sesuatu berlaku, mungkin ada tekanan dan masalah. Justeru, ibu bapa perlu
memerhati perubahan personalitinya.

''Kanak-kanak ini mungkin mengalami penderaan seksual secara fizikal dan psikologi. Mereka
didera sehingga menyebabkan mereka lebih suka menyendiri dan pendiam.

''Namun begitu, kanak-kanak ini juga boleh menjadi sebaliknya iaitu nakal. Kadangkala, kanak-
kanak yang mempunyai masalah di sekolah seperti dibuli oleh rakan sebaya turut menyumbang
kepada sikap pendiam ini,'' menurutnya.

Kita harus memberikan :

1. Perhatian,
2. Motivasi,
3. Pujian,

1. PERHATIAN

Dengan memberikan perhatian kita akan membuat si anak merasa ada di lingkungannya berada. Seperti
memberikan kesempatan dia untuk tampil ke depan kelas agar dia memperoleh kepercyaan diri saat
berada di depan kelas dan di sana dia kemudian terpancing untuk mencoba kembali tampil di depan.

2. MOTIVASI

Dengan memberikan motivasi maka kita akan memberikan suatu acuan atau dorongan agar dia terpacu
untuk tampil dan berkreasi. Seperti memberikan suatu percontohan yang baik untuk melakukan suatu
kegiatan dan tugas.

3. PUJIAN

Tidak lupa memberikan suatu pujian saat dia telah berhasil melakukan suatu pekerjaan atau tugas yang
dia kerjakan,karena dengan memberikan suatu pujian itu dapat memberikan suatu rasa kepercayaan diri
.Tetapi jangan terlalu berlebihan karena itu dapat membuat si anak merasa terlalu bisa melakukan
segalanya dan akhirnya lupa akan posisi sebenarnya.

Baiklah kawan-kawan sekalian, saya rasa hanya itu yang saya bisa sampaikan. Apabila ada tanggapan
ataupun sanggahan mengenai posting ini silahkan memberikan komen dan mengikuti blog saya.

Genetik, persekitaran boleh pengaruhi perkembangan linguistik kanak-kanak


AIREEN, empat tahun petah bercakap dan sering membuat mamanya terdiam apabila disoal
dengan pertanyaan yang kadangkala tiada jawapan. Ini berbeza sekali dengan rakan seusianya,
Nurin yang masih tidak pandai bercakap walaupun aktif seperti kanak-kanak lain.

Keadaan Nurin menyebabkan ibunya, Noor bimbang dan sering tertanya-tanya kenapa anaknya
yang anaknya boleh dikategorikan ‘bising’ walaupun apa yang keluar dari mulutnya tidak
difahami kerana bunyinya seperti kanak-kanak baru belajar bercakap.
Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap
adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor persekitaran dan
kesihatan mereka.

Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau
ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.

“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu
kemahiran baru. Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada
kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.

“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibu bapa atau penjaga.
Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak
kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau
keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,” katanya

Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-
kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang
dewasa.

Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat bercakap mungkin menghadapi
masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.

“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan


lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan. Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan
dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar)

“Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti
tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka
lambat bercakap. Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah
kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan
bahasa ‘rojak’,” katanya.

Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara
seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan
seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata.
“Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-
kanak untuk bercakap. Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah
lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali
lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,” katanya.

Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan
berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.

Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar
mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan.

Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan
menguasai perbendaharaan kata.

Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat
yang betul dari segi tatabahasa.

Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan
peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.

FAKTA: Percakapan kanak-kanak

 Belajar bercakap atau berkomunikasi, kanak-kanak dari bayi lagi sebenarnya sudah boleh
‘berkomunikasi’ dengan orang lain melalui mimik muka, gerak isyarat seperti menggapai tangan,
bahasa tubuh, gerak badan , bunyi mulut, mengagah dan sebagainya (perkembangan pra-
linguistik).
 Seorang kanak-kanak mungkin boleh dilihat sebagai ‘boleh bercakap’ bila ia sudah memiliki
sedikit kemahiran peringkat pertama dan kedua perkembangan bahasa kanak-kanak.
 Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun biasanya sudah memulakan perkataan pertama
mereka dan dalam lingkungan usia 18 hingga 36 bulan, kanak-kanak sudah mula memahami
‘semantik’ sesuatu perkataan dan mula menggunakannya sedikit demi sedikit meningkat seiring
dengan peningkatan usia dan pengalaman.

INFO: Tip membantu anak bercakap

 Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia mereka
masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap!
 Apabila bercakap dengan mereka, gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu
menerangkan sesuatu kepada anak-anak, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan
yang lain supaya anak anda mendapat peluang untuk memberi maklum atau tindak balas
 Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan
atau ayat
 Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada anak
 Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini ibu bapa memberi peluang
kepada anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali
 Banyak aktiviti seharian dapat digunakan untuk membantu anak bercakap dan
mengembangkan keupayaannya menggunakan bahasa antaranya mengemukakan soalan,
mengemukakan arahan, mempelajari perkataan-perkataan baru dan bercakap-cakap dengannya
 Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta
mendengar dan cuba memahami apa yang disampaikan si anak. Jika apa yang diucapkannya
tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah
yang cuba disebut anak
 Menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya. 

Anda mungkin juga menyukai