Anda di halaman 1dari 2

KAJIAN KES

Seorang ustazah disuruh oleh ibu kepada seorang pelajar


merangkak di bawah meja sambil meminta maaf kepadanya
kerana ustazah tersebut telah menegur anaknya yang membuli
pelajar lain di dalam kelas.

Adakah tindakan yang diambil oleh ibu pelajar tersebut wajar?


Cadangkan jalan penyelesaian yang perlu dilakukan oleh pihak
sekolah dan ibu kepada pelajar tersebut. Huraian anda perlu
disokong dengan nilai-nilai murni yang telah dipelajari. (10m)

JAWAPAN :
Tidak wajar. Ibu pelajar tersebut perlulah mengamalkan
niai rasional, nilai harga diri, nilai kesederhanaan. Ibu pelajar
tersebut sewajarnya berfikir sebelum bertindak. Sebagai
contohnya, dia patut memahami keadaan yang sebenar
terlebih dahulu dengan pihak sekolah dan ustazah tersebut.
Dengan ini, masalah tersebut dapat diselesaikan dengan cara
penyelesaian yang matang dan harmoni. Cara penyelesaian
yang seterusnya ialah ibu pelajar tersebut seharusnya memberi
peluang kepada ustazah tersebut untuk menjelaskan
tindakannya terhadap anaknya dan bukannya terus menyuruh
ustazah tersebut merangkak di bawah meja sambil meminta
maaf. Di samping itu, ibu tersebut mestilah menjaga imej
dirinya. Hal ini demikian kerana tindakannya yang melampau
tersebut akan menjatuhkan dan menjejaskan imej dirinya dan
anaknya. Lebih-lebih lagi, ibu tersebut juga perlulah menjaga
reputasi ustazah tersebut agar tidak dijadikan bahan lawak
kepada murid-murid ustazah tersebut. Jalan penyelesaian yang
seterusnya boleh diambil oleh ibu tersebut ialah dia boleh
menyelesaikan masalah ini secara peribadi dengan ustazah dan
pihak sekolah dan tidak perlu diselesaikan di hadapan murid-
murid lain. Sementara itu, ibu pelajar tersebut hendaklah tidak
bertindak di luar batasan. Hal ini kerana tindakan di luar
batasan hanya akan memburukkan masalah tersebut. Oleh itu,
ibu pelajar tersebut patutlah bertindak secara matang seperti
berbincang dengan pihak sekolah tentang cara penyelesaian
masalah tersebut sebelum bertindak sendiri. Bukan itu sahaja,
pihak sekolah juga mestilah memainkan peranan mereka.
Misalnya, pihak sekolah sewajarnya membuat satu sesi
pertemuan antara ustazah tersebut dengan ibu pelajar
tersebut. Dengan itu, masalah tersebut dapat diselesaikan
dengan positif dan adil. Selain daripada itu, pihak sekolah juga
mestilah mengambil tindakan yang pantas dan membuat
keputusan yang tidak menyebelahi satu pihak sahaja. Oleh yang
demikian, masalah ibu menyuruh ustazah merangkak sambil
meminta maaf dapat dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai