Anda di halaman 1dari 2

PENERANGAN TENTANG KONSTRUK

Kebolehan kognitif di peringkat Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Analisis,


Sintesis dan Penilaian ( Bloom 1956 ) adalah meliputi objektif untuk mengingat
semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat dalam kandungan sukatan
mata pelajaran. Kepelbagaian pengetahuan itu dikelompokkan mengikut kumpulan
tertentu dan dilabelkan sebagai konstruk.

Bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi ada tiga belas konstruk yang telah
dikenal pasti dan digunakan untuk menguji dan mentaksir pencapaian pelajar dalam
kertas ini.

Berikut ialah penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu dibina dan
dilabelkan mengikut konstruk.

P1 : Pengetahuan tentang Terminologi.


Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi difinisi sesuatu perkara.

P2 : Pengetahuan tentang Fakta.


Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu perkara seperti fungsi,
keadaan atau tujuan sesuatu komponen.

P3 : Pengetahuan tentang Konvensyen


Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf sebagai satu kelaziman
seperti simbol atau tanda lazim.

P4 : Pengetahuan tentang Urutan.


Pengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti atau tindakan yang berlaku secara
tersusun mengikut aturan atau prosedur yang telah dikenal pasti.

P5 : Pengetahuan tentang Pengkelasan


Pengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau mengelompokkan sesuatu
perkara untuk dilabelkan dibawah satu kumpulan.

P6 : Pengetahuan tentang Kriteria


Pengetahuan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri, sifat atau
komponen yang perlu ada pada sesuatu perkara.

P7 : Pengetahuan tentang Metodologi


Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard dalam melaksanakan
sesuatu tugasan, arahan atau kerja.

P8 : Pengetahuan tentang Prinsip dan Generalisasi


Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang menyimpulkan pemerhatian
terhadap sesuatu kajian, kejadian atau ketetapan.

1
C1 : Memahami
Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baharu.

A1: Aplikasi
Kebolehan untuk menggunakan pengetahunan dan kefahaman serta kemahiran lain
untuk sesuatu masalah dan situasi baru.

N1 : Menganalisis
Mengasingkan maklumat kepada komponen-komponen untuk memahami dan
membuat perhubungan antara komponen.

V1 : Menilai
Mewajarkan keputusan atau tindakan yang telah diambil ataupun menilai idea /
bahan / maklumat / kaedah berdasarkan kriteria yang spesifik.

T1 : Mencipta
Menggabungkan idea / komponen dengan menggunakan pemikiran yang kreatif untuk
menghasilkan idea / struktur baharu.

Anda mungkin juga menyukai