Anda di halaman 1dari 7

Penerangan Instrumen:

Gambar Instrumen: Spektrophotometer Ultralembayung/Nampak (UV/VIS)

Spektrometer Ultralembayung/Nampak (UV / VIS)

1. Pengenalan Instrumen
Spektrometer ultralembayung/nampak (UV/VIS) adalah sejenis
peralatan yang digunakan untuk mengukur serapan molekul organik/bukan
organik yang diberikan sumber tenaga ultra lembayung atau nampak.
Interaksi yang berlaku antara sinar UV/VIS terhadap molekul adalah
melibatkan peralihan elektron dari elektron paras ikatan ke paras anti
ikatan dari elektron jenis σ, π dan n, seperti dibawah.
Rajah 1: Paras perolehan tenaga ikatan pada molekul organic.

e- σ

e- e- π

Jadi sekiranya sesuatu molekul itu mempunyai elektron π, maka molekul


itu akan meruap tenaga UV menjadikan elektron teruja ke paras π.
Bentuk spektrum UV/VIS iaitu plot antara serapan terhadap panjang
gelombang adalah khusus kepada sesuatu molekul. Oleh itu teknik ini
boleh digunakan untuk analisis kualitatif.
Hubungan antara serapan dan kepekatan sample yang diberikan oleh
hokum Beer’s (A=ε.b.c) membolehkan teknik ini boleh digunakan untuk
analisis kuantitatif.

Gambarajah skematik: UV Spektrophotometer UV-VIS


2. Kegunaan Instrumen
I. Analisis kualitatif secara mengkaji spektrum dari sampel organik dan
bukan organik.
II. Analisis kuantitatif sampel organik atau bukan organik.

Contoh Spektrum: Sampel Chromic nitrate


3. Keadaan Sampel :
a) Sampel mesti berada dalam keadaan tulin (pepejal atau cecair) dan
boleh dilarutkan kedalam pelarut organic atau akeous
b) Pelarut mestilah tulin

4. Tempoh Analisis :
1 minggu daripada tarikh terima sampel

5. Catatan :
I. Pengguna mesti menyatakan jenis pelarut yang sesuai untuk
sample yang hendak dikaji.
II. Pengguna harus menyediakan pelarut yang tidak lazim digunakan

6. Laman Web Site


http://www.mt.com

7. Gambar Komponan Peralatan

Pengoperasian UV UV-1650 PC
“UV-Visible Spectrophotometer”
Penyediaan sampel Contoh sampel

Bekalan kuasa UV Ruangan penganalisis sampel

Botol-botol sisa kimia Sel sampel


Pembantu makmal 1: En. Mohamad Yazid Amir
Pembantu makmal 2: Pn. Yusmita Yunus

Anda mungkin juga menyukai