Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM PLC

SECARA WEBINAR PROGRAM MATRIKULASI 2020


NAMA PENSYARAH SALINA BINTI SA’DON
UNIT / JABATAN PEND ISLAM/MORAL / SASTERA IKHTISAS
SLOT PLC (1)
TAJUK PEMBENTANGAN TEKNIK ‘IYKMe’ (IF YOU KNOW ME) DALAM
KEMAHIRAN KOMUNIKASI PELAJAR
NAMA PEMBENTANG Khairil Azuar Mohd Noor
KOLEJ PEMBENTANG KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN
LAPORAN / SINOPSIS / Teknik IYKMe (If You Know Me) adalah aktiviti
REFLEKSI / CADANGAN pembelajaran mengasah kemahiran sedia ada
pelajar melalui strategi pembelajaran berpusatkan
pelajar.Teknik ini digabungjalin dengan kemahiran
digital melalui penggunaan layar hijau.Teknik
IYKMe berjaya meransang pelajar berkomunikasi
dengan lebih berkesan dan baik. Melalui teknik ini
juga mampu membina hubungan dan kejelekitan di
antara pelajar dan pensyarah.

Teknik IYKMe bertujuan untuk meningkatkan


keupayaan pelajar untuk berkomunikasi dengan
lebih berkesan, berkeyakinan dalam penyampaian,
berkemahiran dalam membina persefahaman,
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Sesi perkongsian pensyarah dilaksanakan untuk


melihat keupayaan amalan ini dalam pelaksanaan
PdPc pensyarah bersama-sama pelajar Pendidikan
Islam, Kolej Matrikulasi Kelantan.

Hasil daripada pelaksanaan Teknik IYme, 100%


pelajar telah dapat menguasai dan kreatif dalam
penyampaian tugasan. Melalui temubual juga,
100% pelajar telah menggunakan teknik ini untuk
membantu mereka dalam membina keyakinan
dalam penyampaian komunikasi. Teknik ini
memberi peluang pelajar untuk berkongsi
maklumat, saling memberi motivasi, memberi
maklum balas, pengetahuan dan kemahiran.
Pelajar mengakui aktiviti bersama Tekinik IYKme ini
dapat memperkukuhkan kemahiran komunikasi
mereka dalam melaksanakan tugasan berkaitan.
Pembelajaran berasaskan teknik ini adalah
berpusatkan pelajar dan pensyarah bertindak
sebagai fasilitator dan pemudahcara sepanjang
pelaksanaan Teknik IYKMe dijalankan.
SLOT PLC (2)
TAJUK PEMBENTANGAN YOUTUBE CHANNEL MEMUDAHKAN JOB ORDER
COSTING
NAMA PEMBENTANG Asmazatul Yusfiziati binti Mohd. Yusof
KOLEJ PEMBENTANG KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
LAPORAN / SINOPSIS / Terdapat banyak aplikasi melalui medium teknologi yang
REFLEKSI / CADANGAN membantu bidang pendidikan ke arah pengajaran dan
pembelajaran ekosistem digital. Aplikasi maya secara
percuma di internet seperti media sosial YouTube Chnanel
menggalakkan pelajar mengaplikasikan perisian
pembelajaran sebagai platform untuk mendapatkan dan
menyampaikan maklumat dan mesej. Melalui medium
YouTube Chnanel, pelajar dapat menganalisis dan
memahami pelbagai persembahan multimedia daripada
pelbagai industri dan media. Mereka didedahkan dengan
maklumat berbentuk teks, data dan foto. Aplikasi ini juga
rasional digunakan kerana kemudahan mendapatkan
maklumat dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
adalah mudah dan pantas secara atas talian. Salah satu
kelebihan yang ketara adalah pelajar dapat mengulang
berkali-kali sesuatu penerangan melalui YouTube Channel
dan berhenti sementara (pause) untuk berbincang atau
bersoal jawab. Ini dapat menggalakkan pelajar mempelajari
dan mengaplikasi sesuatu aspek. Justeru itu, teori
pedagogi dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran,
berfikiran kreatif dan kritis, bijak menyelesaikan masalah
dan mempunyai kesedaran digital dan global dapat dicapai.

Anda mungkin juga menyukai