Anda di halaman 1dari 2

KEKUATAN/KELEMAHAN/KEKANGAN/HALANGAN/ISU BERBANGKIT

Sepanjang proses saya sebagai guru baharu ini, terdapat beberapa kekuatan, kelemahan
halangan dan isu berbangkit yang dapat saya kesan. Pelbagai perkara baharu yang telah saya
pelajari di sekolah ini terutanya berkaitan sistem-sistem yang berkait secara langsung dalam
bidang pendidikan seperti LINUS, SPS, SMM,e-operasi,VLE frog,eg-tukar, dan lain-lain
lagi.

Segala perkara yang telah saya pelajari di institut perguruan sebernya amat banyak
membantu saya dalam segala aspek. Contonya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Segala ilmu yang pensyarah telah bagi saya cuba aplikasikan sebaik mungkin. Kaedah,teknik
dan strategi yang saya laksanakan di dalam bilik darjah amat membantu murid dalam
mencapai objektif pembelajaran pada hari tersebut. Penggunaan bahan bantu mengajar lain
seperti computer, LCD, perlustakaan juga memudahkan saya dan juga memvariasikan proses
pengajaran saya.

Namun, tidak tinafikan terdapat beberapa kelemahan yang ada. Contohnya,


penggunaan teknolgi tidak sesuai kepada kebanyakan kelas yang agak kurang pendedahan.
Murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang agak kritikal juga lebih sesuai diajar
menggunakan kaedah tradisional. Ini kerena beberapa orang daripada mereka mudah
terganggu apabila perkara seperti LCD dan computer digunakan sepenuhnya dalam
pengajaran dan pembelajaran.

Kekangan yang saya hadapi sewaktu saya di sekolah ini pula ialah masa untuk
memahami sesuatu perkara dengan cepat. Pelbagai program dan sistem yang memerlukan
saya untuk memahami cara mereka beroperasi dengan cepat. Contohnya, saringan Linus yang
perlu saya laksanakan walaupun saya baru hanya dua minggu bertugas. Segala maklumat
berkaitan dengan Linus perlu saya hadam dan fahami dengan secepat mungkin. Beberapa
system lain yang banyak dalam satu masa juga menjadikan saya agak kelam kabut.
Contohnya, SPS, SAPS, buku kedatangan murid kerana saya merupakan guru kelas,cara
meutup rekofd kedatangan,buku yang telah murid-murid gunakan untuk mata pelajaran yang
saya ajar, tahap pembelajran murid-murid, dan banyak lagi. Saya telah mengambil masa yang
agak lama untuk memahami segala perkara itu berlaku. Namun, setelah dua bulan, saya
semakin membiasaka diri dengan perkara-perkara tersebut. Segala perkara baharu yang saya
pelajari telah saya cuba untuk belajar da menerima dengan tenang.
Selain itu, saya juga agak bermasalah untuk mengingati tugasan yang telah saya terim
kerana saya tidak menerima beberapa surat lantikan yang penting seperti surat perlantikan
guru pengakap,ping pong dan lain lain. Kemasukan saya pada pertengahan tahun sesi
persekolahn mungkin menyebabkan perkara menjadi sedikit kelam kabut kerana banyak
perkara yang akan berubah terutamanya jadual waktu persendirian guru, pertukaran guru
antara sesi, dan juga jawatan. Namun, segala masalah itu telah diatasi secara berperingkat-
peringkat.

Saya berharap segla kekuatan, kelamahan,kekangan, dan juga isu berbangkit yang
timbulakan menjadikan saya seorang guru yang lebih baik, cemerlang dan gemilang pada
masa akan dating.

Anda mungkin juga menyukai