Anda di halaman 1dari 1

KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN RASMI

Anda mendapati bahawa ada antara peniaga pasar malam di


sekitar tempat anda melakukan penipuan dan melanggar
arahan pihak berkuasa. Sebagai anggota masyarakat yang
prihatin, anda ingin menulis sepucuk surat kepada pihak
berkuasa untuk mengadukan perkara itu. Berdasarkan
maklumat-maklumat yang diberikan di bawah ini, lengkapkan
surat tersebut. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak
kurang daripada 180 patah perkataan.

* tidak meletakkan tanda harga - melanggar arahan pihak berkuasa -


menjual barangan yang sama dengan harga yang berbeza-beza -
menganiaya para pengguna

* melakukan penipuan ketika menimbang barangan - mengubah suai


alat penimbang - peniaga mengaut keuntungan yang berlipat ganda

* harga sayur-sayuran yang dijual di pasar malam lebih mahal daripada


harga sayur-sayuran di pasar atau di pasar raya - taktik penipuan

* menjual barang yang kurang berkualiti - ikan-ikan yang sudah lembik


dan hampir busuk - mungkin sudah disimpan terlalu lama - mengalami
keracunan makanan

Anda mungkin juga menyukai