Cara Mengurus Stress
Cara Mengurus Stress
Langkah yang pertama ialah para pelajar boleh berjumpa dengan guru kaunseling di
universiti masing-masing kerana guru kaunseling ialah orang yang boleh dipercayai oleh
pelajar untuk mencurahkan masalah. Hal ini demikian kerana setiap guru kaunseling akan
merahsiakan rahsia-rahsia atau masalah yang dihadapi oleh pelajar. Oleh sebab itu, dengan
meluahkan segala perasaan tekanan kepada guru kaunseling, para pelajar akan berasa
lega dan seterusnya boleh mengurangkan sedikit tekanan yang dihadapi. Kaunselor yang
berpengalaman pula seharusnya memainkan peranan mereka dalam membantu para
pelajar yang bermasalah. Tegasnya, dengan berjumpa dengan guru kaunseling untuk
mendapatkan kaunseling, seseorang pelajar itu akan menjadi lebih positif dalam mendepani
cabaran-cabaran hidup yang mendatang.
Jalinkan hubungan yang baik dengan jiran dan rakan-rakan untuk menjaminkehidupan yang
lebih harmoni. Hormat-menghormati, tolong menolong, dan bertolak ansur adalah sikap
terpuji yang perlu diamalkan tanpa mengira perbezaan umur, pangkat, bangsa, dan agama.
Ini adalah satu cara yang berkesan mengatasi masalah stress. Jangan menyembunyikan
tekanan anda, sebaliknya dapatkan ahli keluarga ataupun kawan untuk berkongsi masalah.
Sekiranya mereka sayangkan anda, mereka pasti akan menolong anda tidak kira
bagaimana pun situasi anda. Mereka boleh memberikan bantuan tidak kira apa pun. Anda
cuma perlu mengadu dan memberitahu mereka semuanya.
Dapatkan nasihat yang positif dan tinggalkan apa yang negatif. Ambil yang jernih buang
yang keruh. Dikelilingi orang yang rapat dan sayangkan anda boleh membantu hilangkan
stress, bahkan boleh mencegah anda daripada stress!
-Pengurusan masa
Tidur boleh mengembalikan tenaga badan anda. Jika anda tidak mendapat tidur yang
mencukupi, badan akan memberikan tekanan kerana perlukan tenaga untuk berfungsi.
Dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 7-8 jam tidur setiap hari. Manakala, kanak-kanak
dan warga emas memerlukan tidur yang lebih, sekitar 9-10 jam sehari. Namun ia
bergantung kepada keperluan seseorang.
Sebaik-baiknya anda perlu tetapkan waktu tidur anda. Ini bermaksud, anda perlu masuk
tidur pada waktu dan bangun pada waktu pagi yang sama setiap hari. Kekalkan kitaran tidur
boleh mengajar/membiasakan badan anda untuk mengatur waktu tidur yang sesuai dalam
sesuatu keadaan.
Tidur amat penting dalam mengatasi masalah stress, hal ini kerana terdapat sejumlah besar
orang akan menyalahkan stress mengganggu tidur mereka. Jika anda tidak mengatur waktu
tidur dengan baik, lebih baik jangan jadikannya sebagai punca anda stress pula.
Badan anda perlu sihat, kuat dan mempunyai khasiat yang mencukupi untuk mengatasi
masalah stress. Tekanan diri boleh dikaitkan dengan pemakanan, kerana terdapat reaksi
dalam badan yang boleh menyebabkan dan menghilangkan stress.
1. Air boleh menghilangkan stress. Hal ini kerana badan yang kurang air
membentuk/mengeluarkan cortisol, salah satu hormon stress.
2. Anda digalakkan mengurangkan pengambilan kafein. Hal ini kerana bahan tersebut boleh
meningkatkan tahap stress, terutama semasa berkerja. Jadi anda dinasihatkan supaya
mengamalkan peminuman air masak ataupun air mineral.
1. Banyakkan Senaman
Senaman sudah lama dipraktikkan untuk membebaskan badan daripada hormon stress dan
meningkatkan tahap endorphin dalam badan – yang mana bertanggungjawab untuk
memberikan anda rasa gembira dan seronok. Cuba dapatkan masa untuk bersenam dalam
kesibukan berkerja. Selain membantu anda menghilangkan stress, ia juga dapat
menyihatkan badan anda.
Cuba tingkatkan kadar degupan jantung kepada 120-180 seminit selama 30 minit sehari
(melalui senaman). Sekiranya anda tidak mempunyai masa selama itu, anda juga boleh
memecahkan jangka masa tersebut kepada beberapa pecahan, seperti 10 minit waktu pagi,
10 minit tengah hari dan 10 minit lagi pada sebelah petang.
Berjalan selama 20-30 minit setiap hari juga dianggap sudah cukup, jika itu sahaja yang
anda mampu. Berjalan bukan sahaja efektif dalam mengatasi masalah stress, bahkan ia
juga boleh memberikan kecerdasan tambahan kepada diri anda. Mengikut satu kajian, orang
dewasa 40-an yang kerap berjalan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu boleh
meningkat jangka hayatnya selama 3-4 tahun!
Berenang, mendaki dan berbasikal juga mempunyai potensi untuk mengurangkan stress.
Aktiviti-aktiviti ini sesuai kepada orang yang mengalami masalah urat dan otot kerana
senaman ini tidak memerlukan pergerakan yang banyak dan kuat.
LINK RUJUKAN
https://www.infopelajar2u.com/tips-menghadapi-masalah-stress/
https://www.sinarharian.com.my/article/29473/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/langkah-tangani-stres
https://says.com/my/seismik/cara-mendapatkan-bantuan-untuk-kesihatan-menta