Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 1

a) 11 KOMPONEN KECERGASAN:
Kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan :

-Daya tahan kardiovaskular : Keupayaan jantung, salur darah dan paru-paru mengedarkan
oksigen ke otot-otot secara berterusan dalam jangka masa yang lama semasa melakukan
aktiviti fizikal.

Contoh aktiviti : berbasikal, berjoging

-Daya tahan otot: Keupayaan otot atau kumpulan otot melakukan kerja berulang kali secara
berterusan dalam tempoh yang lama tanpa cepat berasa lesu.

Contoh aktiviti : tekan tubi dan bangkit tubi.

-Kekuatan otot: Kemampuan otot atau kumpulan otot melakukan aktiviti untuk mengatasi
rintangan atau mengangkat beban dengan menggunakan daya yang maksimum.

Contoh aktiviti : angkat berat, push up

-Kelenturan : Keupayaan melenturkan badan dan sendi-sendi tulang.

Contoh aktiviti : jangkauan melunjur

-Komposisi badan : Peratus lemak tubuh berbanding dengan otot,tulang, cecair, dan tisu-tisu
badan yang lain.

Contoh aktiviti : pengiraan BMI

Kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor:

-Kepanatasan : Keupayaan individu untuk bergerak secepat mungkin dari satu tempat ke
tempat yang lain dalam tempoh masa yang singkat.

Contoh aktiviti : berlari pantas

-Imbangan : Kebolehan individu mengimbangkan badan semasa dalam keadaan statik atau
dinamik.

Contoh aktiviti : berjalan ke belakang, berdiri di atas satu kaki

-Ketangkasan: Kebolehan individu untuk menukar arah dengan pantas dan cekap semasa
bergerak serta berupaya mengawal kedudukan dan keseimbangan badan.

Contoh aktiviti ialah menggelecek bola sepak.


-Kuasa : Gabungan kepantasan dan kekuatan otot. Ia merujuk kepada keupayaan individu
melakukan pergerakan dengan patas dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan
yang tinggi.

Contoh aktiviti : lompat jauh.

-Masa reaksi : Masa tindak reaksi mengukur seberapa pantas individu mentafsir dan
bertindak balas terhadap peristiwa yang dijangkakan dan tidak dijangka yang berlaku di
sekeliling.

Contoh aktiviti : bermain badminton

-Koordinasi : Keupayaan otot melakukan dan menyelaraskan pergerakan berkaitan dengan


deria dan bahagian tubuh dengan kemas dan lancar.

Contoh aktiviti : membaling dan menangkap bola

b) CADANGAN UNTUK MENURUNKAN BERAT ROSNAH :

-Wajib bersenam.

Untuk menurunkan berat badan, perkara utama yang harus Rosnah lakukan adalah
bersenam secara berkala. Antara senaman yang boleh menguruskan badan ialah jogging,
berenang dan berjalan kaki. Untuk memecahkan lemak yang tebal Rosnah perlu lakukan
senaman kecergasan dan senaman berat di gim.

-Ambil makanan seimbang

Pilihlah diet makanan yang seimbang dalam kuantiti yang sedikit. Jauhi gula, karbohidrat,
makanan segera atau makanan yang diproses, selain makanan berlemak dengan
pengambilan yang terlalu banyak. Pilihlah buah-buahan yang segar dan yang paling banyak
memberikan nutrisi seperti anggur hitam, strawberi, atau buah pic.

-Tidur yang mencukupi

Tidur yang tidak teratur dan tidak cukup membuatkan badan mudah lesu sekali gus
membuatkan berat badan bertambah. Dapatkan jumlah tidur yang cukup sekurang-
kurangnya enam jam sehari.Tidur yang cukup dapat membantu Rosnah untuk lebih rileks
dan mengawal kadar metabolisme tubuh badan.

Anda mungkin juga menyukai