Anda di halaman 1dari 53

formula

anak enjoy
makan
ubat
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang
mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan
apa cara sekalipun, sama ada elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
keizinan bertulis daripada Proparenting Consultancy.

penulis

editor

Visual konsep

www.irfanfoner.com

penerbit

Disclaimer : Setiap anak dijadikan berbeza. Mereka mempunyai karakter


dan sifat tersendiri. 12 formula yang disediakan ini adalah cadangan
formula memujuk & mempengaruhi anak untuk makan ubat.

Ada ibu bapa yang hanya menggunakan beberapa formula saja sudah
mampu membuatkan anak enjoy untuk makan ubat, bergantung kepada
karakter & personaliti anak kita.

Semoga formula ini dapat membantu ibu bapa dalam mengurus anak anak
dan mengurangkan tekanan (stress) pada diri dan permata hati kita.

InsyaAllah.

I
kandungan
1 Pendahuluan
Formula 1
7 Ubah Mental Picture Anak
Formula 2
11 Pujukan verbal dan berdialog
Formula 3
14 Elakkan 6M ketika memberi ubat
Formula 4
16 Empati sebelum memberi
Formula 5
18 Perbaiki rasa ubat
Formula 6
22 Berseni memberi ubat
Formula 7
24 Manipulasi emosi dan warna
Formula 8
30 Bina Trust
Formula 9
32 Substitute
Formula 10
33 Buat catatan jadual atau set alarm
Formula 11
36 Gunakan Exclusivity
Formula 12
38 Upgrade mindset

42 Nota Eksklusif Untuk Mak dan Ayah


Lampiran Cetak & Gunting
47 Ilustrasi Supehero & Finger Puppet

II
formula
anak enjoy
makan
“Mamaaaaa! Taknak la makan ubat, pahitttt!“

“Adik! Makan cepat! Siap la kalau muntahkan ubat tu. Macam


mana nak baik kalau taknak makan ubat?“

Ni lah dialog yang saya selalu dengar bila nampak mak mak nak
suap ubat pada anak masing masing.

Ada yang muntah, ada yang macam kena histeria, sampai nak kena
lempang pun ada bila nak bagi makan ubat kat anak ni. Saya
faham, mak ayah buat ni semua demi kebaikan anak, tetapi
bukankah lebih baik kalau boleh cari cara yang win-win situation?

1
Maksudnya adalah, anak enjoy makan ubat dan kita pula sebagai
mak ayah tak perlu nak bertempik marah sana sini untuk bagi anak
anak makan ubat. Kan best kalau semua orang boleh tenang,
bahagia dan enjoy je kan?

Memang, sebenarnya ada formula dan teknik tertentu yang kita


boleh buat supaya anak anak kita boleh enjoy makan ubat. Bila
anak enjoy, kita pun tak stress.

Alhamdulillah, setelah mengamalkan beberapa Formula yang saya


sendiri cipta dengan gabungan kefahaman saya tentang ilmu
psikologi kanak kanak dan pengalaman saya bergelumang dengan
ribuan pesakit kanak kanak ketika menjadi doktor perubatan, anak
anak saya Maryam Soolihah, Muhammad Solahuddin dan Aesya
Soolihah sangat enjoy makan ubat sampai saya terpaksa sorokkan
ubat tersebut daripada mereka!

Makan
Ubat!
Taknak!

2
Saya dah pun amalkan Formula Anak Enjoy Makan Ubat ni dan
terbukti berkesan, kini saya nak anda pula amalkan dan merasai
sendiri betapa bestnya bila semua anak anak kita enjoy makan
ubat tanpa perlu dipaksa paksa lagi. Kan?

Makan ubat ni sebenarnya satu pengalaman hidup yang harus


anak anak kita lalui sebelum dia meningkat dewasa.

Anak jatuh sakit ni merupakan proses normal ketika mereka nak


membesar. Anak demam lah, selsema lah, batuk lah dan bermacam
lagi penyakit.

Saya pernah lihat di depan mata saya sendiri ada mak ayah yang
bergaduh teruk kerana nak kena bagi anak makan ubat.

Perkara ni normal kerana mak ayah biasanya cenderung untuk jadi


stress ketika anak sakit. Lebih stress apabila anak mengaruk tak
mahu makan ubat. Apatah lagi bila dah makan ubat, anak
muntahkan pula ubat tersebut.

“Alahai anak. Mujur mama sayang kamu nakkk”

3
Ibu atau bapa yang beremosi, cenderung akan memegang erat
anak supaya tidak bergerak untuk memasukkan ubat ke dalam
mulut anak.

Sudahlah penat menjaga anak yang sakit, ditambah pula harus


berhabis tenaga memegang anak yang meronta ronta sampai
akhirnya mak ayahnya pula yang kena gigit.

“Ouch! Sakit! Geramnyaaaa!”


Kucing pun boleh jadi singa kalau begini keadaannya.

Cycle begini akan berterusan. Berulang dan terus berulang.


Terutama bila kena bagi ubat antibiotik yang menuntut komitmen
untuk diberikan mengikut waktu selama beberapa hari.

4
Kenapa ubat antibiotik ni kena diberikan berhari hari dan mengikut
jadual yang doktor tetapkan?

Antibiotik ni merupakan agen pembunuh kuman. Kuman tersebut


haruslah dibunuh dan mestilah dipastikan ia betul-betul mati.

Jika tidak, kuman tersebut akan membuat perisai terhadap


antibiotik berkenaan. Sehingga menjadi lebih kuat daripada
antibiotik tersebut. Ia disebut resisten terhadap antibiotik
(antibiotic resistant bacteria ).

Yang paling ditakutkan apabila anak mendapat jangkitan dari


bakteria yang telah resisten ini di kemudian hari, antibiotik tersebut
tidak dapat lagi dipakai untuk membunuh kuman tersebut. Jadi
doktor harus mencari alternatif antibiotik lain yang lebih advanced,
dan tentu lebih mahal harganya.

Sebab itulah doktor akan marah bila anda tidak menghabiskan


antibiotik yang diberi. Nak taknak kita kena bagi juga anak kita
makan ubat tu.

Whatever it takes!

Ingat!
Selepas ini setiap
antibiotik yang
doktor berikan,
WAJIB
dihabiskan!

5
Jadi, kita kena belajar jugalah macam mana nak bagi makan ubat
pada anak kita dalam keadaan yang enjoy, tanpa tangisan, tanpa
rajukan dan penuh dengan happiness.

Dalam Formula Anak Enjoy Makan Ubat ini, saya akan berikan
formula bagaimana nak bagi anak makan ubat dalam keadaan
anak kita rela dan enjoy untuk memakan ubat tersebut.

Jangan terkejut kalau tiba-tiba anak kita jadi terlampau suka pula
makan ubat. Yang tu saya taknak tanggung. Hehe

Ketika sakit,
Saya suka
makan ubat.
Tengok kawan-kawan,
saya dah sihat!

6
formula 1

Tukar mental picture doktor di dalam minda anak


kita menjadi imej dan gambaran seorang sahabat
atau kawan. Bukannya gambaran seekor monster.

Nak taknak doktor mesti menjadi sahabat kepada


masyarakat. Lebih-lebih lagi dengan kanak-kanak.

Perkara ni tersangat lah penting kerana doktor ni lah yang


kena buat pemeriksaan berkala kepada anak anda, seawal
sejurus setelah anak anda lahir.

Pemeriksaan awal ini penting untuk mengesan sebarang kelainan


pada anak. Baik kelainan genetik seperti jantung berlubang, angin
pasang ataupun kelainan dalam perkembangan seperti autism dan
sebagainya.

Namun, oleh kerana doktor ni selalu disinonimkan dengan jarum


dan injection. Anak akan trauma dengan momokan tersebut.

7
“Jangan lari lari dalam klinik ni
Haqim. Nak doktor cucuk ke?”

Nah, bila anak dah mula takutkan doktor,


sangat susah untuk melakukan
sebarang pemeriksaan pada
anak. Sehingga dikhuatiri ada
bahagian yang tertinggal untuk
diperiksa.

Selain itu rasa takut dan fobia


anak kita tersebut akan
menyebabkan segala yg
diberi dan disediakan oleh
doktor dan klinik akan
ditolak mentah mentah
oleh anak, termasuklah
ubat ubatan.

Kenapa?

Kerana minda anak kita


dah ‘associate’ kan
pemberian ataupun ubat
doktor itu dengan fobia
dan ketakutan mereka
terhadap doktor!

Sebab tu lah ibubapa mesti install metal


picture yang baik tentang doktor dan klinik.
Barulah anak anak jadi enjoy bila nampak
doktor. Bila anak anak enjoy nampak doktor,
semua pemberian doktor termasuk lah ubat
akan lebih senang anak kita tu terima.

8
5 cara untuk Install mental picture yang baik dan
positif pada anak kita tentang doktor :

1. Video doktor peramah


Cari video ataupun gambar yang
memaparkan doktor yang ramah dan
selalu tersenyum. Tunjukkan selalu
gambar ataupun video tersebut kepada
anak kita

2. Klinik doktor peramah


Kalau pertama kali nak bawa anak
berjumpa dengan doktor, cari klinik yang
mempunyai doktor yang ramah dan
pandai melayan anak anak supaya first
impression anak kita tentang doktor itu
tidak traumatic bagi mereka

3. Dialog positif
Selalu tuturkan dialog yang positif
tentang doktor di depan anak anak kita.
Contohnya : “Doktor sayangkan awak
Aesya”, “ Bila besar nak jadi orang baik
macam doktor kan Aiman?”, “ Jadi doktor
ni banyak pahala sebab selalu tolong
orang. Ahmad nak jadi orang baik macam
doktor tak? “

9
4. Jangan ancam anak
Jangan sekali kali mengancam anak
dengan jarum, sunat dan semua benda
yang ada kaitan dengan klinik, hospital
mahupun doktor tu sendiri. Ini kerana,
sekali Mental Picture negatif sudah
terbentuk di dalam minda anak terhadap
doktor ianya akan sangat susah untuk
diubah kembali.

5. Beli mainan
Jika anak sudah terlanjur takutkan
doktor, mungkin anda boleh membeli
hadiah mainan, sticker ataupun sesuatu
yang anak anda sukai, berikan kepada
doktor dan minta doktor sendiri yang
berikan hadiah tersebut kepada anak
anda. Ianya mungkin boleh mengubah
Mental Picture negatif anak terhadap
doktor menjadi positif semula

10
formula 2

11
Tindakan ini boleh juga menyebabkan :

1 Ibu bapa bertambah penat

2 Ibu bapa dan anak menjadi stress

3 kemungkinan besar akan menyebabkan anak tersedak

4 potensi untuk anak memuntahkan kembali ubat tersebut


juga besar

Dan cycle ini akan berulang-ulang setiap kali anak tidak sihat

Oleh itu, adalah lebih baik untuk :

1 Menjelaskan terlebih dahulu keperluan makan ubat

2 Jelaskan apa kebaikan makan ubat

3 Dan jangan lupa ganjaran setelah makan ubat.

12
Contoh dialog pujukan dan penjelasan yang anda boleh gunakan :

“Adik kena makan ubat. Sebab Adik tak sihat.


Lepas makan ubat, InsyaAllah Adik akan
segar sikit.”

“Ubat ni untuk turunkan panas badan adik.


Nak bunuh kuman jahat dalam badan adik
(kalau antibiotik).”

“Lepas makan ubat InsyaAllah akan rasa


sihat sedikit, nanti adik boleh main lompat-
lompat, boleh main di taman. Seronoknya
main taman!”

Percayalah, anak-anak akan faham apabila kita mampu


menjelaskan dengan tenang dan berulang-ulang. Proses
menjelaskan itu boleh dimulai sejak anak mula demam atau
sebelum masuk ke klinik lagi.

“Adik tak sihat ni, kene jumpa doktor kot.


Contoh :
Seronoknya pergi klinik! Ada taman permainan, ada
misi comel (contoh sahaja). Doktor kan baik. Nak
tengok adik sihat. Kalau dah sihat, nanti boleh main
dengan kawan-kawan boleh makan makanan
sedap.”

13
formula 3

Ingat pesanan saya ini, jauhi perbuatan 6M ini ketika


memberikan ubat kepada anak kita :

Mencubit Menengking

Menjerit memukul

memeluk Menutup
dengan hidung
kuat
Perbuatan 6M ini membuatkan otak anak merasa terancam
dan trauma. Respon minda separa sedar anak ( subconscious
mind ) anak adalah, anak akan menjadi takut tanpa sebab
apabila melihat ubat.

Sebab itulah, ada anak-anak yang terus menangis apabila


melihat ubat. Malah ada yang terus menangis ketika melihat
klinik.
14
Kadang-kadang tindakan keras seperti menutup hidung dan
memaksa anak menelan ubat, dapat menyebabkan anak tersedak
dan boleh membahayakan nyawa.

Pasti anak-anak sebolehnya tidak mahu mengulangi pengalaman


seperti itu lagi.

Jangan berikan pengalaman makan ubat kelihatan seperti proses


penderaan tahanan penjara!

"Anything that associate with


traumatic event, can make child
become traumatize"

15
formula 4

Kebanyakan ubat mempunyai rasa


pahit atau kurang enak. Bila kita
mencicipi dan merasai dahulu ubat
itu, kita akan lebih memahami perasaan anak kita.
Kita akan lebih faham kenapa anak kita
memuntahkan kembali ubat tersebut. Inilah yang
kita namakan sebagai Empathy.

Setidaknya, kita tidak akan terlalu beremosi tatkala anak meragam


ketika makan ubat.

Cuba bayangkan, kalau kita sendiri tidak suka akan rasa ubat
tersebut. Apatah lagi anak kecil yang deria rasanya lebih sensitif
daripada kita?

Cuba fahami perasaan anak dengan meletakkan diri kita dalam


posisi mereka.

Tindakan ini malah dapat membuatkan anak merasa lebih


selamat apabila melihat ibubapa telah mencuba dahulu ubat
tersebut, dan tiada perkara buruk yang berlaku selepas itu.

16
Ubat ni sedap, sayang.
Kalau tak percaya,
tengok ibu cuba
rasa.

Cuma, ada pantang larang yang sangat perlu kita jauhi iaitu :

Jangan sesekali menunjukkan mimik muka dan


ekspresi wajah yang ‘over’ di depan anak ketika
merasai ubat tersebut walaupun ubat tersebut
terlalu pahit. Ingat, reaksi anak kita terhadap
sesuatu bergantung kepada reaksi kita

Tunjukkan wajah yang tenang ketika kita


meminum ubat yang pahit. Kita perlu jujur pada
anak kita tetapi jangan sampai kita
menunjukkan ekspresi wajah yang menunjukkan
kita membenci ubat yang pahit. Kita takut reaksi
kita itu nanti akan mempengaruhi reaksi dan
respon anak kita terhadap ubat

‘Anak kita lebih suka meniru apa yang dilihat pada diri, reaksi dan
perbuatan ibubanya. Itulah yang kita namakan sebagai
Observational Learning ‘

17
formula 5

Ubat biasanya mempunyai rasa yang tidak mesra di lidah kita.


Apatah lagi di lidah anak-anak yang lebih sensitif deria rasanya.

Pihak farmasi biasanya akan mencuba yang terbaik untuk


memperbaiki rasa ubat. Biasanya mereka akan menambah gula di
dalam ubat tersebut. Namun, rasa manis sahaja tetap tidak
menarik minat anak untuk makan ubat.

Harus ada rasa masam masam sedikit. Lebih menarik lagi kalau
ada rasa buah sedikit. Seandainya kita pun merasa mual ketika
makan ubat, anak kecil pasti lebih mual lagi.

Jadi usahakan untuk membuatkan ubat tersebut


menjadi lebih sedap.

NOTA
Tak digalakkan mencampur
susu dengan ubat.

Kerana susu menghambat


penyerapan ubat.

18
Ni antara tips yang saya sendiri gunakan untuk memperbaiki rasa
ubat :

1 Ambil ubat mengikut sukatan

2 Campurkan ubat tersebut dengan sesudu


kordial sunquick

3 Kemudian tambahkan 10 - 20 mls air.


(Campuran jangan terlalu banyak supaya
lebih mudah untuk anak menghabiskan
ubat tersebut)

4 Campuran harus dibuat pada setiap kali


waktu makan ubat, untuk mengekalkan
kesegaran ubat.

Nota kaki : Biasanya pihak farmasi menyarankan untuk makan


ubat dulu, selepas itu minum air atau jus. Tapi lebih baik kalau kita
mencampur terus jus dan ubat supaya rasanya lebih mesra di lidah
anak.

19
Cara ini sesuai diaplikasikan untuk beberapa jenis antibiotik yang
biasa diberikan oleh Klinik Kesihatan. Cuma rasa ubatnya sangat
“plain” (kerana hanya ditambah gula). Syukur rasanya masih boleh
diperbaiki.

Contoh antibiotik tersebut adalah amoxicicillin dan cloxacillin.

Harus diingat, ubat seperti ini biasanya diberikan dalam bentuk


serbuk. Jadi mak dan ayah kena mencampur ubat ini dengan air
suam dulu, supaya serbuk ini betul betul larut dalam air.

Boleh lihat table bergambar dibawah sebagai rujukan.

1 Ubat dalam bentuk serbuk. Kena


tambah air suam sampai paras
yang ditetapkan. Kacau sampai
semua ubat sebati dengan air.

Ambil ubat mengikut 2


sukatan

3 Tambahkan satu
sudu kordial

Campuran 4
sudah tersedia!
Saya panggil
ubat aiskrim.
Anak anak
teruja!

20
Untuk ubat demam seperti
syrup paracetamol, dan ubat
batuk. Lebih baik untuk
mengekalkan rasa asli ubat.
Sebab rasanya agak
lidas/menyengat, apabila kita
campurkan dengan kordial.
Rasa campuran itu akan jadi
lebih teruk. Selain itu kuantiti
ubat akan jadi lebih banyak,
jadi anak susah untuk
menghabiskan ubat tersebut.

Untuk jenis ubat yang lidas


dan tidak enak seperti ini,
biasanya saya akan
lakukan briefing dahulu.
Briefing biasanya dibuat ketika
anak sedang batuk2 atau
badan mulai panas dan tidak
selesa. Bertujuan untuk
memberitahu anak supaya
bersedia kerana sebentar lagi,
dia kena makan ubat.

Walaubagaimanapun harus
diingatkan berkali kali, yang
memberi kesembuhan itu
adalah Allah. Ubat sekadar
asbab sahaja.

21
formula 6

Pernah tak anda belajar dalam kelas yang membosankan? Yang


diajar oleh guru tua yang tak ada energy, nada suara pun datar je,
mimik muka pun tak ada!

Lagi teruk kalau bertahun tahun beliau mengajar, tak ada satu pun
aktiviti yang boleh menarik perhatian anak anak murid yang
dibuatnya.

Memang lesu habislah semua murid walaupun guru itu hebat dan
punya PhD, pasti semua murid akan jadi bosan dan mudah tertidur.
Anak murid mana yang teruja nak belajar kalau gurunya seperti ini
kan?

Sama lah juga dengan anak kita. Tipikal pemberian ubat, biasanya
menggunakan syringe Dan secawan air. Ditambah pula dengan
wajah ibu yang masam mencuka dan selalu memaksa ketika
memberi makan ubat. Anak akan semakin gerun dan lari.

Seandainya ibu boleh menambah sedikit keceriaan semasa makan


ubat, pasti anak-anak akan lebih teruja!

22
Contohnya :

1 Ibu boleh guna perkakas permainan masak-masak


sambil turut sama bermain pondok-pondok

2 Ibu boleh juga berlakon menjadi doktor atau berlakon


menjadi cikgu

3 Gunakan juga intonasi yang ceria

4 Mimik muka yang pelbagai.

Cara cara ini akan membuat anak yang sakit menjadi lebih ceria
dan gembira. Pengalaman-pengalaman seperti ini pasti
membuatkan kehidupan kanak-kanak menjadi lebih realistik dan
berwarna warni!

23
formula 7

Seperti bermain, makan ubat juga


merupakan proses hidup dan fasa
yang harus dilalui oleh setiap kanak-
kanak sebelum mereka meningkat
dewasa.

Apalah salahnya kita berikan mereka


kegembiraan dan keindahan dalam
setiap episod dan fasa dalam
kehidupan mereka. Kadangkala anak
tak ingat pun apa yang kita ajarkan
kepada mereka tetapi kenangan
manis dan indah bersama kita tu lah
yang akan mereka kenangkan
sampai bila bila.

Antara cara untuk kita tambahkan


keceriaan dan warna pada
pengalaman makan ubat pada anak
kita ni adalah :

24
A Kita ber-storytelling dengan anak kita
Ibu boleh bercerita bahawa ada kuman jahat dalam badan si anak
dan ubat bertindak sebagai power rangers untuk melawan kuman
tersebut.

“ Adik tahu tak dalam badan adik ni ada kuman jahat tau. Sekarang
ni Power Rangers yang adik baru makan tadi sedang berlawan
dengan kuman jahat dalam badan adik ni. Tu yang adik rasa kurang
panas sikit badan adik kan? Adik perasan tak yang suhu badan adik
dah makin turun? “

Dengan bercerita anak akan menjadi lebih teruja. Sambil berangan


seorang diri, membayangkan ada power rangers sedang melawan
kuman jahat di dalam badannya dan tiada lagi bayangan bahawa
ubat pahit itu buruk bagi dirinya.

Menarik kan?

Nota Kaki : suasana Makan Ubat akan menjadi lebih gembira jika
Ibubapa boleh cetak komik Ubat Melawan Kuman Jahat di halaman
belakang naskhah ini.

25
B Gunakan bekas ubat yg lebih berwarna-
warni
Ibu boleh sediakan bekas atau cawan yang ditampal sticker
Superhero kegemaran anak kita.

Ianya akan memberi gambaran kepada anak kita bahawa kita


sedang memasukkan Superhero kecil untuk melawan kuman
dalam badannya. Ini juga dapat membantu memberi semangat
kepada anak untuk kembali sihat.

“ Adik, nganga sikit. superhero is coming. Superhero ni akan lawan


semua kuman jahat dalam badan adik “

Nota Kaki : suasana Makan Ubat akan menjadi lebih gembira jika
Ibubapa boleh cetak finger puppet (sebagai superhero) yang
disediakan di halaman belakang naskhah ini.

26
Terima kasih ibu!
Pujian ibu buatkan
saya mahu makan
ubat!

C Berikan pujian semasa makan ubat


Ada anak yang mempunyai personaliti tertentu memerlukan kata
kata pujian untuk lebih termotivasi dalam membuat suatu tindakan
yang agak berat bagi dirinya.

Mungkin bagi sesetengah anak, memakan ubat adalah sesuatu


yang sangat berat bagi dirinya. Maka, kata-kata pujian daripada
mak ayah ataupun daripada adik beradik akan menjadi motivasi
luaran ( extrinsic motivation ) yang sangat sangat diperlukannya.

Maka, berikanlah anak anak jenis ini kata-kata pujian dan


semangat.Katakanlah bahawa mereka anak yang berani untuk
makan ubat, berani untuk melawan kuman. Menjadi sihat supaya
boleh terus bermain dan meneroka alam!

“Wah! Hebatnya adik boleh makan ubat ni. Barulah cepat


sihat. Lepasni boleh la ikut abang Luqman tu main bola kat
padang sebab adik dah sihat. Hebatlah anak Ummi ni.“

27
D Gunakan sorakan orang di sekeliling
Seandainya ada kanak-kanak lain di sekitarnya, minta untuk sama-
sama menonton dan memberi sorakan.

Kalau boleh, jadikan ianya seolah olah seperti suasana semasa nak
potong kek harijadi!

Suasana seperti ini boleh membuatkan anak anda merasa berani


dan kuat walaupun sedang sakit. Dan mereka boleh menjadi
inspirasi kepada rakan-rakan yang lain. Perasaan ini dinamakan
‘hope’.

Perasaan itu memberikan rasa tenang dan kekuatan untuk anak


kita melalui fasa sakit tersebut.

Ianya juga membuatkan anak percaya bahawa orang sekelilingnya


sentiasa memberikan sokongan dan mahukan dia sihat dan aktif
seperti sedia kala.

28
E Sediakan reward selepas makan ubat
Reward tak semestinya berbentuk material. Boleh saja berikan
anak kita tu :

1 Pelukan hangat

2 Sorakan

3 Tepuk tangan supaya anak merasa hebat setelah melalui


fasa yang sukar

Kita kena ingat, makan ubat bagi kita mungkin biasa. Tetapi boleh
jadi bagi seorang anak kecil, berjaya makan dan telan ubat adalah
suatu pencapaian yang tersangat besar di dalam hidupnya. Tak
salah pun untuk raikannya sekali sekala.

29
formula 8

Objektif dan tujuan utama kita


sebenarnya adalah untuk
membuatkan anak percayakan kita.

Kita nak anak kita boleh sampai tahap mereka


yakin yang apa saja yang kita beri itu selamat dan
baik untuk mereka.

Seandainya rasa ubat itu memang tidak sedap, kita


boleh saja jujur pada mereka, dengan syarat :

1 Harus beserta penjelasan yang panjang


lebar dan berulang-ulang

2 Berikan juga tips berguna. Contohnya minta


dia telan cepat-cepat dan terus minum air

3 Kita juga boleh mencuba dahulu ubat itu


dihadapan mereka untuk meyakinkan anak
bahawa ubat itu selamat dan rasanya dapat
ditoleransi

4 Beri anak merasa ubat itu dalam jumlah


yang sedikit dahulu, dan bagi mereka
peluang untuk bertoleransi dengan rasa
ubat

30
Elakkan untuk membuat sebarang mimik muka yang menunjukkan
rasa ubat tersebut teruk.

Seandainya anak sudah terlanjur trauma dengan tindakan kita


sebelum ini, usahakan untuk tawan kembali hati mereka. Usahakan
bina kembali kepercayaan dalam jiwa anak-anak. Yang paling
penting, buatkan anak-anak rasa selamat dengan kita.

Jangan terkejut bila anak sudah mempercayai kita, mereka akan


makan ubat dengan rela hati. Tanpa perlukan apa apa helah atau
pujukan.

31
formula 9

Tak semua ubat mempunyai rasa yang teruk. Kadangkala anak


menolak makan ubat hanya kerana persepsi buruk terhadap rasa
ubat. Hanya dengan mengubah persepsi anak, InsyaAllah
segalanya akan jadi mudah.

Gunakan kaedah “substitute”. Kaedah ini bertujuan untuk


memperbaiki persepsi anak pada ubat. Cuba anda lakukan ketika
anak mula merasa tidak sihat atau selesema. Caranya adalah :

Mak ayah boleh buat campuran madu dan lemon


1 dan masukkan beberapa mls ke dalam syringe

Bagi peluang untuk anak anak anda bermain dengan


syringe yang mengandungi campuran madu dan
2 lemon tersebut. Perkara ni boleh membuatkan anak
lebih ‘mesra’ dengan ubat sekaligus membuatkan
anak yakin untuk memakan ubat

Bagi juga peluang untuk anak anda makan sendiri


ubat tersebut. Apabila benteng permusuhan dengan
ubat sudah berjaya dimusnahkan. Anak akan
3
bersahabat dengan ubat, dan ketakutan dengan ubat
akan hilang.

Perhatian : Madu tidak sesuai diberikan pada anak usia bawah


setahun, kerana terdapat bakteria botulism boleh berada di
dalamnya. Usus anak bawah umur setahun, masih belum
bersedia untuk menerima bakteria ini

32
formula 10

Ubat merupakan bahan aktif yang diambil untuk mengurangi


simptom, merawat atau mencegah penyakit. Ia selamat jika
diambil mengikut sukatan tertentu, dalam selang waktu tertentu.

Ubat-ubatan boleh dikategorikan kepada :

1 Ubat Terkawal yang hanya


didapatkan atas prekripsi doktor

Ubat-ubat dalam golongan ini seperti


antibiotik, anti inflamasi, ubat-ubat
untuk penyakit kronik seperti ubat tiroid,
kencing manis dan sebagainya

2 Ubat Umum yang boleh bebas


dibeli di farmasi

Ubat-ubat dalam kategori ini boleh


diambil bebas contohnya ubat demam,
ubat batuk, vitamin, atau suplemen
kesihatan . Walaupun bebas dibeli tanpa
perskripsi doktor, ubat ubat jenis ini
harus diberi mengikut dos dan sukatan
dalam interval masa tertentu.

33
Pengambilan apa-apa jenis ubat secara sembarangan atau tidak
mengikut aturan makan, boleh menyebabkan ubat tersebut tidak
efektif apabila kurang dos ataupun overdos apabila diambil
berlebihan.

Sebab itulah, penting untuk kita membuat jadual, ataupun


memasang alarm supaya anak kita boleh makan ubat tersebut
pada waktu yang sudah ditetapkan. Makan ubat pada waktu yang
ditetapkan juga boleh membuatkan anak kita :

Bersiap sedia untuk memakan ubat


1
kerana mereka tahu waktu untuk makan
ubatnya

2 Ianya membuatkan mereka lebih bersedia


untuk makan ubat

3 Mereka jadi tidak terkejut untuk makan


ubat, kebanyakan anak menolak ubat
kerana mak ayah berikan ubat secara
mengejut dan dalam keadaan mereka
tidak bersedia

34
Jadual makan ubat

1x 2x 3x 4x
sehari sehari sehari sehari

6.00
am
6.00
am

8.00
am
8.00
am

12.00
pm

2.00
pm

6.00
pm

8.00
pm

10.00
pm

12.00
am

*Ambil pada masa yang sama setiap hari


*Ikuti cadangan waktu pengambilan ini kecuali jika diarahkan oleh
doktor untuk mengambil ubat pada waktu tertentu

35
formula 11

Setelah mak dan ayah ambil ubat dari kaunter


farmasi, cuba bagitahu anak bahawa tak semua
orang boleh makan ubat tersebut. Hanya
orang tertentu dan special saja yang
boleh makan ubat.

Tempat simpanan ubat juga harus kelihatan special dan


mengujakan.

Contohnya ayat :

“Adik tengok cairan ni. Ini


adalah campuran gula yang
khas untuk orang yang
tengah demam je”.

“Kalau tak demam, tak


boleh makan campuran ni!”.

“Special sangat benda ni! Susah


nak dapat! dan harga dia pun mahal tau!”
Buat mimik muka yang pelbagai, supaya lakonan anda menjadi
lebih dramatik.

36
Jadi, anak akan menganggap ubat tersebut seperti sesuatu yang
sangat istimewa, dan khas untuk orang tertentu saja. Anak pun
akan jadi curious. Curiosity inilah yang akan buatkan anak teruja
nak makan ubat.

Anda pernah dengar tak reverse psychology? Semakin kita larang,


hal itu akan jadi semakin menarik. Nah! Inilah teknik yang saya
cuba aplikasikan dalam formula no 11 ini. Saya cuba tackle sifat
curious yang memang ada dalam diri anak anak.

Sampai nanti, mak ayah akan melihat anak-anak mula membuat


drama pura pura batuk, hanya untuk mendapatkan ubat yang
special itu.

37
formula 12

Pernah suatu hari, sewaktu saya masih bujang. Saya pernah


menegur saudara yang sedang memberikan ubat kepada anak
pertamanya secara paksa. Pada waktu itu satu rumah berasa
sangat stress dengan teriakan anak dan suara ibunya yang sedang
marah-marah.

Si bapa pula sedang sibuk memegang anak sulungnya itu. Di sisi


lain, anaknya yang lebih kecil pula sedang menangis-nangis
kerana menyaksikan kejadian tersebut. Memang gegak gempita
seluruh rumah dengan teriakan anak-anak, dan ibu bapa.

Saya yang ketika itu memang tiada langsung ilmu parenting hanya
memberi teguran saya ringkas, “perlu ke pegang anak macamtu
untuk bagi makan ubat” . Dalam hati berkata “hai…kalau sehari
kena makan 3 kali ubat, memang kene hadap la scenario ni berkali-
kali”

Malah si ibu terus menjawab. “Budak ni. Kalau makan ubat,


caranya memang macam ni!”

Rupanya cara yang sama pernah dilalui oleh ibu bapa kanak-kanak
tersebut ketika mereka kecil. Jadi cara itu juga dipakai untuk
memberi anak-anak mereka makan ubat.

Apabila cara tersebut diaplikasi pada anak yang besar, anak yang
lebih kecil juga menonton. Mereka akan turut sama menjadi
trauma dengan ubat.

38
Maka sangat penting untuk kita
sebagai ibu bapa memperbaiki
mindset kita. Harus kreatif.
Jangan jadikan makan ubat
sebagai satu proses penderaan
emosi dan fizikal pada anak, dan
punca stress pada kita.

Jom upgrade mindset kita.


Letakkan tangan kanan di
bahagian dada kiri kita dan
sebutkan perkataan ini perlahan
lahan. Pastikan ianya didengari
oleh telinga kita juga :

Mulai hari ini, saya akan jadi ibubapa


yang lebih tenang

Mulai hari ini, saya akan jadi ibubapa


yang lebih sabar

Mulai hari ini, makan ubat adalah satu


proses yang enjoy pada diri saya dan
anak anak

Mulai hari ini, anak anak saya akan


jadi anak yang gembira dan bahagia
setiap masa

Mulai hari ini, saya juga adalah mak


ayah yang gembira dan bahagia setiap
masa

39
Hanya dengan bertenang, barulah kita akan
mampu berfikir dengan baik dan
menguraikan segala permasalahan dan
puzzle antara kita dan anak anak kita.

“Your mind is like this water, my


friend. When it is agitated, it
becomes difficult to see. But if you
allow it to settle, the answer
becomes clear”

-Mr Oogway. Kungfu panda

40
penutup
Jika kita menjadi mak ayah yang tenang dan bahagia maka
ketenangan dan kebahagiaan tu akan dapat dirasai juga oleh anak
anak kita kerana ‘positive feeling is contagious’.

Ya, mak ayah yang tenang akan membuatkan anak anaknya juga
ikut tenang dan tenteram. Selamat tinggal kegelisahan dan
tangisan terutamanya ketika memberi makan ubat pada anak
masing masing.

Selamat beramal dan mempraktikkan apa yang anda dah baca di


dalam Formula Anak Enjoy Makan Ubat ini. Ingat! untuk mendapat
kesan dan perubahan yang cepat, ianya bukan tentang Formula
yang anda baca, ianya adalah tentang apa yang anda praktikkan
dan amalkan daripada Formula yang anda baca.

Jadi, selamat mempraktikkan Formula Anak Enjoy Makan Ubat


kepada mak ayah semua.

41
Nota eksklusif
Untuk mak dan ayah

Saya masih ingat lagi Doktor Pakar Saraf yang mengajar saya
ketika di Universiti Hasanuddin, Makassar Sulawesi Selatan
tempat saya belajar dulu, Dr Husain Husni.

Beliau antara doktor yang selalu mendapat anugerah Doktor


Cemerlang Se-Makassar. Yang membuatkan takjub dengan cara
perkhidmatannya merawat pesakit adalah setiap kali beliau
memberikan ubat, beliau akan mengulang ayat ini “ ubat ini
hanyalah ikhtiar kita sebagai manusia sahaja. Yang memberikan
kesembuhan hanyalah Allah “

Ya, rupanya ini jugalah cara yang sepatutnya kita gunakan untuk
mengajar anak kita setiap kali kita memberikan mereka ubat. Inilah
masanya kita boleh mengajar anak kita tentang Tauhidic Mindset.

42
Caranya adalah :

1 Sebelum memberi makan ubat, lazimkan diri untuk


membaca Bismillah

2 Bisikkan pada anak bahawa ubat ini adalah ikhtiar kita


sebagai manusia sahaja tetapi Penyembuh sebenar adalah
Allah

3 Antara dialog yang kita boleh gunakan adalah “Adik, ubat ini
hanyalah ikhtiar kita sahaja. Adik kena ingat yang
sembuhkan kita bukan ubat tetapi yang sembuhkan kita
adalah Allah. Terima kasih Ya Allah.“

Tauhidic Mindset ini sangat penting untuk kita ajarkan kepada


anak kita kerana ianya akan menanam benih Tauhid dalam diri
anak kita dan akan menjadi Belief System mereka. InsyaAllah anak
yang mempunyai Belief System yang penuh dengan Tauhid akan
membesar menjadi orang dewasa yang beriman, soleh dan baik
akhlaknya. InsyaAllah.

43
Info yang mak ayah
Perlu tahu tentang

44
Cara untuk mengelakkan

1 Makan antibiotik dengan cara yang betul (ikut jadual dan


dos yang betul)

2 Hanya ambil antibiotik bila perlu saja, atas nasihat dan


penilaian doktor.

Flu/common cold tak perlu makan antibiotik. Cukup


makanan sihat, dan banyakkan minum air untuk
menguatkan sistem imun badan.

3 Elak dari kuman berjangkit pada orang lain

Pakai mask bila tidak sihat

Tutup mulut dengan sapu tangan


ketika bersin atau batuk. Dalam
keadaan terpaksa, boleh gunakan
bahagian dalam baju sendiri

Cuci tangan pakai sabun.


Basahkan tangan saja tidak cukup

4 Ambil suntikan imunisasi.

5 Safe cook preparation

Makanan disediakan dengan cara yang bersih.


Pastikan tukang masak di kedai, sudah ambil vaksin
tifoid

Makan haiwan organik

45
Bila kita dapat ubat, pihak farmasi
akan bagitahu jika ubat antibiotik itu
akan menyebabkan cirit birit atau
tidak.

46
lampiran

47
Lampiran 1
Ini adalah komik ringkas bagaimana ubat melawan kuman.
Mak dan ayah boleh print dan gunakan komik ini semasa
bercerita pada anak.
1 2

3 4

5 6

48
Lampiran 2
Ini adalah finger puppet (sebagai superhero) dan paper monster
(sebagai kuman). Mak dan ayah hanya perlu

print --> gunting --> lipat --> gam


di tempat sambungan.
Boleh digunakan sebagai alat bantu semasa bercerita dengan anak
tentang superhero melawan kuman jahat.

Garisan potong

Gam di sini

49
Garisan potong

Gam di sini

50

Anda mungkin juga menyukai