Anda di halaman 1dari 12

INTEGRITI KE ARAH MENJAUHI RASUAH

OLEH:
REENA SURAYA BINTI RASHID

RASUAH
Makan suap, duit kopi, tumbuk rusuk, under counter payment/money, salahguna kuasa, duit
pelincir dan tangkal pengeras adalah beberapa panggilan yang menjurus kepada satu perkara
iaitu ‘rasuah’.

Menurut kajian yang telah dibuat oleh Syed Hussein Al Attas (1995) – rasuah telah
bermula sejak awal kehidupan manusia bermasyarakat yang didorongi oleh sifat-sifat tamak dan
haloba. Rasuah merupakan satu jenayah berat yang mudah menular ke dalam sistem hidup
masyarakat.

Rasuah merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh agama Islam sebagaimana
firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 188 yang tafsirnya :

"Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara
kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil
sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui
salahnya".

DEFINISI
Pengertian rasuah itu sebenarnya amat luas, ia bukan hanya tertumpu kepada masalah kewangan
sahaja, tetapi juga termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran,
rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti
merompak, menipu dan memeras ugut.
Manakala mengikut rang undang-undang, rasuah atau suapan didefinisikan sebagai
i. wang, derma, alang, pinjaman, hadiah, fi, cagaran berharga, harta;
ii. jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan

1
iii. bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian pinjaman , obligasi atau liabiliti
lain;
iv. balasan berharga, diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
v. perbuatan menahan diri daripada menuntut wang atau benda berharga
vi. perkhidmatan atau pertolongan lain termasuk perlindungan daripada penalti; dan
vii. tawaran atau janji sama ada bersyarat atau tidak bersyarat.

JENIS-JENIS RASUAH
Terdapat pelbagai jenis rasuah iaitu:
 Transactive (Suka sama suka) yang melibatkan persetujuan atau suka sama suka di
antara pemberi dan penerima yang mana kedua-dua pihak mendapat manfaat dan
keuntungannya.
 Extortive (Ugutan) di mana wujudnya unsur-unsur ugutan dan kebiasaannya rasuah
dibayar bagi mengelakkan tindakan undang-undang.
 Defensive (Perlindungan) yang melibatkan perbuatan rasuah dibayar bagi melindungi
perbuatan haram dan jenayah yang berat.
 Investive (Pelaburan). Membantu pada hari ini dengan mengharap balasan apabila
diperlukan kelak.
 Nepotism ( Kepentingan keluarga). Menggunakan kedudukan dan kuasa untuk
kepentingan diri dan keluarga.
 Autogenic (Rasuah menjadi budaya). Telah menjadi budaya dalam sesuatu organisasi
tanpa perlu diminta.
 Supportive (Sokongan). Meletakkan orang-orang kuat di tempat atau bahagian yang
strategik.

BENTUK-BENTUK KESALAHAN RASUAH


Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, terdapat 4 kesalahan rasuah yang utama:
1. Meminta/menerima rasuah
2. Menawar/memberi rasuah
3. Mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran palsu
4. Menyalahgunakan kuasa atau kedudukan untuk kepentingan diri sendiri

2
PUNCA BERLAKUNYA RASUAH
Antara punca berlakunya rasuah ialah :
1. Penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan. Menyalahgunakan kuasa yang dimiliki
melalui jawatan dan amanah yang dipikul. Melalui jawatan/amanah dan kedudukan untuk
mendapatkan suapan dalam membuat keputusan untuk diri sendiri,saudara-mara atau
sekutunya yang ada kepentingan
2. Kelemahan kawalan dalaman yang terbahagi kepada 2 iaitu kelemahan dalam diri dan
kelemahan dalam jabatan. Apa yang dimaksudkan kelemahan dalam diri ialah seseorang
itu mempunyai sikap ingin hidup mewah, perasaan tamak dan haloba menguasai diri,
suka berjudi dan berhutang, berlumba mencari kekayaan serta rapuhnya keimanan dan
nilai murni.
Rasulullah S.A.W menyifatkan:
‘Peperangan melawan nafsu adalah satu jihad yang lebih besar daripada
peperangan di medan perang’
Manakala kelemahan dalam jabatan pula meliputi kelemahan dalam
penguatkuasaan undang-undang, penurunan kuasa tanpa kawalan serta kurangnya
ketelusan mengenai polisi, prosedur dan keputusan jabatan.
3. Peluang. Budaya rasuah akan wujud apabila terdapatnya kelemahan kepimpinan,
pelbagai karenah birokasi, penggunaan budi bicara tanpa kawalan, kelemahan sistem dan
prosedur, kepesatan pembangunan sosio-ekonomi (tekanan hidup serba mencabar) serta
banyak lagi.

3
INTEGRITI

“Sifat amanah, jujur, tekun, disiplin, tertib dan dedikasi adalah merupakan asas
kepada integriti dan akauntabiliti sesebuah sistem pengurusan. Jika nilai-nilai tersebut
diamalkan setiap masa oleh seseorang pekerja, maka ianya sudah tentu akan
meningkatkan efisiensi dan mengurangkan kos.”

Y.A Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamed

Apabila membicarakan tentang integriti, secara tidak langsung aspek nilai dan etika juga turut
disentuh. Nilai adalah kepercayaan yang mendorong seseorang atau sebuah organisai untuk
bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Manakala etika
pula meliputi sikap tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang terhadap masyarakat.
Seseorang penjawat perkhidmatan awam adalah berkewajipan memahami tanggungjawab
terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam Kerajaan.

Melaksanakan aktiviti penggalakkan, penerapan serta penghayatan nilai-nilai murni dan


etika bagi memperkukuhkan tahap integriti penjawat perkhidmatan awam atas keyakinan bahawa
pengaruh etika yang disepadukan dengan undang-undang akan lebih berjaya dan berkesan dalam
usaha mengekang kegiatan rasuah, penyalah gunaan kuasa dan penyelewengan.

Integriti berasal daripada perkataan latin: ‘integer’ yang bermaksud menyeluruh,


sempurna dan kesatuan yang teguh. Oxford Dictionary mentafsirkan ‘integrity’ sebagai quality
of being honest and having strong moral principles, the state of being whole and undivided dan
the condition of being unified or sound in construction.

Definisi integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP 1985 pula ialah kejujuran dan
ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.

Merujuk kepada Pelan Integriti Nasional (PIN) yang telah dilancarkan pada 23 April
2004 , integriti membawa maksud kualiti atau keunggulan yang wujud secara keseluruhan dalam
diri seseorang individu atau organisasi dan ia berkait rapat dengan etika yang merupakan

4
himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan
profesion.

Dalam akhlak Islam, integriti bersesuaian dengan sifat-sifat benar, amanah, setia,
pegangan dan peribadi teguh serta mulia, mu’min yang bertakwa dan sebagainya.

Dengan erti kata lain, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan,
keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi dan
boleh dipercayai. Integriti itu adalah keseluruhan pembawaan kita dari segi peribadi, akhlak,
tutur kata dan sopan santun.

Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan dengan apa yang
dikotakannya, keseselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-
undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apabila
individu bertindak mengamalkan tingkah laku cepat, tepat da bermutu dalam apa jua yang
dilakukan secara konsisten, maka individu tersebut dikatakan mempunyai integriti.

Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam
pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod organisasi
ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan
dan akhirnya menjadi budaya organisasi.

Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, beliau menekankan
aspek integriti dalam semua urusan dan kehidupan kerana integriti menjadi faktor paling penting
dalam setiap tindak tanduk yang dilakukan. Malah beliau telah mengarahkan semua ketua
jabatan agar membuat keputusan dengan telus dengan tiada sebarang kompromi dalam aspek
integriti untuk menjauhi amalan rasuah dan amalan-amalan tidak beretika.

Tindakan pengesanan dan punitif perlu diambil serta diperakukan supaya tindakan
tatatertib dikenakan ke atas pegawai yang didapati melanggar mana-mana peraturan dibawah
Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau lain-lain peraturan dan
kod etika jabatan disamping memberi kerjasama atau melaporkan kepada SPRM sekiranya
berlaku sebarang perlakuan rasuah dan salahguna kuasa.

5
Integriti dalam konteks perkhidmatan awam pula, lebih kepada sifat profesionalisme
seseorang penjawat perkhidmatan awam dalam melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan awam tidak boleh
menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat
sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan
kepada kepentingan awam. Oleh itu, penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul
tanggungjawab terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada orang lain.

ISU-ISU INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Menurut Tuan Asmawi Tuan Umar dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, antara punca
penjawat awam tidak dapat menguruskan integriti dan berlakunya kemerosotan nilai agama,
etika dan integriti adalah disebabkan oleh 3 faktor NGO iaitu Need (Keperluan), Greed (tamak)
dan Opportunity (Peluang).

Antara isu-isu integriti dalam perkhidmatan awam yang sering diperkatakan adalah
seperti berikut:

 Menerima rasuah atas balasan meluluskan tender, mengeluarkan CF bangunan yang


tidak memenuhi kelayakan
 Menerima komisen daripada kontraktor yang dapat projek serta bersubahat dalam
memalsukan tuntutan bayaran terhadap kerja-kerja yang dijalankan.
 Memberikan kontrak kepada syarikat keluarga/saudara-mara
 Menerima rasuah bulanan untuk melindungi pendatang asing tanpa izin dan
membantu mengelakkan cukai
 Meminta rasuah untuk meluluskan permohonan lessen, serta tidak diambil
tindakan/selesaikan kesalahan trafik/jenayah.

Indeks Persepsi Rasuah telah dirangka oleh Transparency International iaitu satu badan
bukan kerajaan (NGO) antarabangsa berpangkalan di Berlin, Jerman untuk menganalisa
ketelusan serta kadar rasuah di peringkat antarabangsa. Kajian dibuat berdasarkan pengumpulan
data daripada pelbagai pihak di berbagai tempat serta persepsi ahli-ahli perniagaan di sesebuah
negara. Indeks ini dikumpul dengan skala 0 hingga 10 iaitu 10 (bersih dari rasuah) dan 0 (kadar

6
rasuah yang amat tinggi). Berdasarkan carta tahunan Transparency International (TI) -
Corruption Perceptions Index 2008, kini Malaysia menduduki tangga ke-47 dari 180 negara
dengan skor CPI 5,1.

PEMANTAPAN KEUTUHAN SISTEM PENGURUSAN PENTADBIRAN

Untuk memantapkan dan mengutuhkan sistem pengurusan pentadbiran , maka telah ditubuhkan
Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan,
negeri dan daerah.

Ia bertujuan untuk mewujudkan pentadbiran Kerajaan dan Perkhidmatan Awam yang


cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang paling tinggi dengan mempertingkatkan
amalan nilai-nilai murni di samping berusaha mengatasi masalah-masalah dan kelemahan
terutamanya dalam pengurusan kewangan Kerajaan, pentadbiran awam, pengendalian kes-kes
tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditegah oleh peraturan,
perundangan serta agama.

Lapan terma yang menjadi rujukan

1. Perundangan dan peraturan

Mengkaji, memperkemas serta memperaku pindaan-pindaan yang perlu ke atas dasar,


undang-undang dan peraturan agensi yang mempunyai kelemahan dan memerlukan
penambahbaikan.
Mengenalpasti dasar, undang-undang dan peraturan di agensi yang berkaitan sesuatu aktiviti
dengan matlamat untuk:
a) Mengatasi sebarang kelemahan dari segi kemungkinan berlaku rasuah, salahguna kuasa
dan penyelewengan.
b) Mempercepat dan memperkemas proses kerja.
c) Memastikan Keberkesanan

7
2. Sistem dan prosedur kerja

- Mengenalpasti sistem dan prosedur kerja sesuatu aktiviti di agensi berkaitan yang didapati
kurang berkesan, lambat, merugikan, bermasalah dan mudah berlaku rasuah, salahguna kuasa
dan penyelewengan.
- Perkara-perkara yang perlu perhatian:
a. Prosedur Kerja yang panjang dan kompleks yang akan mengakibatkan kelewatan dalam
membuat keputusan.
b. Prosedur yang tidak perlu, lapok dan usang serta perlu dibatal atau diubahsuai dengan
kehendak semasa.
- Prinsip-prinsip yang perlu diambilkira:
a. Mempunyai kaedah semakan dan kawalan sistem
b. Mengurangkan penompokan kuasa.
c. Sistem dan prosedur yang ringkas
d. Menggunakan teknologi maklumat

3. Nilai-nilai murni dan etika

- Melaksanakan aktiviti penggalakan, penerapan serta penghayatan nilai-nilai murni dan etika
bagi memperkukuhkan tahap integriti pegawai dan staf di jabatan berkenaan
- Penekanan nilai kepada kakitangan secara berterusan
- Membina tingkahlaku yang baik melalui penerapan nilai-nilai murni
- Peka kepada petanda rasuah

4. Kod etika/tatakelakuan

- Menggubal atau memperkemaskan Kod Etika kerja jabatan sebagai panduan kepada
warga jabatan/agensi berkenaan
- Ciri kod etika yang baik adalah jelas, boleh dilaksanakan/praktikal serta ada kesungguhan
dan komitmen
- Prinsip kod etika
 Ada nilai tertentu (nilai teras dan sokongan)
 Ada aspek mencegah (conflict of interest)

8
 Aspek penggerak etika (whistle blowing)
 Kerahsiaan (confidentiality)
 Kemahiran dan ilmu
 Ada prinsip akauntabiliti

5. Pengiktirafan

- Memberi pengiktirafan kepada pegawai yang memberi perkhidmatan cemerlang dan


mereka yang berintegriti.
- Mengenalpasti bentuk-bentuk  pengiktirafan/anugerah
- Mempunyai kriteria yang telus dan saksama
- Mewujudkan Jawatankuasa penilaian

6. Tindakan pengesanan dan punitive

- Mengambil tindakan atau memperakukan kepada pihak berkuasa tatatertib untuk


mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai dan staf yang didapati telah melanggar mana-
mana peraturan di bawah:
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan danTatatertib) 1993
Lain-lain peraturan dan kod etika jabatan berkenaan
- Mengenalpasti bidang tugas yang berisiko tinggi - (SPAI)
- Peka kepada petanda rasuah
- Mengenalpasti bentuk tindakan - tatatertib atau rujuk SPRM
- Membuat teguran
- Penyeliaan rapi atas pegawai yang bermasalah

7. Kawalan dalaman

- Mengawas dan mengatur langkah-langkah kawalan dalaman dalam pelaksanaan tugas-tugas


penyeliaan oleh pegawai kanan bagi  mencegah sebarang penyelewengan dan jenayah rasuah.

- Mengadakan mekanisme kawalan eg. audit dalaman dan sistem pengaduan dalaman (SAD)
serta saluran untuk melapor eg. Hotline, perjumpaan.

9
[Elemen penting - Perlindungan, Kerahsiaan, Follow-up & follow  through,
Garis panduan yang jelas, etc.]
- Mempunyai mekanisme untuk mengesan penyelewengan dan rasuah
- Tindakan yang cepat, tegas dan adil
- Memantau perisytiharan harta kakitangan

8. Tindakan pemulihan

Mengambil tindakan pemulihan, selepas sesuatu kejadian pelanggaran tatatertib atau


perlakuan jenayah termasuk rasuah melalui tindakan-tindakan pembetulan seperti
memperketatkan kawalseliadisiplin, meminda prosedur dan peraturan, memastikanprinsip
ketelusan jabatan diamalkan serta meningkatkan kecekapan unit dan bahagian yang
berkenaan.
- Kenalpasti Punca Perlakuan Negatif
(Kelemahan Dalaman Atau Kelemahan Sistem Dan Prosedur)
- Mengambil Tindakan Pembetulan
(Eg. Pembetulan Sistem, Prosedur Atau Undang-Undang)
- Wujudkan Program-Program
(Eg. Motivasi, Mentoring, Putaran Kerja, Kaunseling, Hantar  Kursus, Dll.)
- Pemulihan Individu
Kaunseling, Mentor, Penyeliaan Rapi, Kursus Motivasi, Tempat Kerja Baru, Putaran Kerja

SIMPTOM  RASUAH

 Enggan dinaikkan pangkat atau ditukarkan


 Perhubungan rapat dengan kontraktor/ pembekal
 Panggilan telefon yang penuh kerahsiaan
 Mempamerkan gaya hidup yang mewah-terlibat perjudian, berpoya-poya di pusat hiburan
 Tidak konsisten dalam produktiviti
 Gagal menjelaskan punca perolehan harta
 Kerap berurusan di luar tanpa sebab munasabah
 Penglibatan yang luar biasa dengan unit lain

10
 Suka bekerja berseorangan
 Pembekal/kontraktor enggan berurusan dengan pegawai lain

KESAN-KESAN RASUAH
 Rasuah Menjejaskan Imej Negara
 Ketidakadilan
Mereka yang miskin & tidak berpengaruh akan tertindas kerana tidak mampu memberi
rasuah, menyebabkan hak-hak mereka dinafikan.
 Tumpuan pembangunan atau pelaburan tidak seimbang
Akibat RASUAH, keputusan untuk pelaburan dan pembangunan lebih dipengaruhi oleh
keuntungan peribadi pihak-pihak atau individu tertentu daripada kepentingan dan
keperluan masyarakat
 Menyebabkan kenaikan harga barangan (Kos modal)
Kajian mendapati pengguna terpaksa membayar antara 10% hingga 20% lebih daripada
harga sepatutnya
 Rasuah mengakibatkan kehilangan nyawa
 Menjejaskan kecekapan dan kelicinan pentadbiran
Perlu ‘speed money’ jika mahu tindakan segera proses (berlaku melambatkan-lambatkan
pengendalian tugas dan menafikan hak yang perlu perkhidmatan percuma)
 Pengaliran keluar wang negara(Capital outflow)
Wang yang diperolehi secara RASUAH selalunya disimpan dibank luar negara bagi
mengelakkan dikesan/dirampas/tidak selamat. Ini menyebabkan banyak wang mengalir
keluar/kehilangan modal
 Mengalakkan jenayah dan melindungi penjenayah
“… kadar jenayah meningkat petanda kadar rasuah meningkat….”
(Syed Hussien Alatas)
 Menjual Maruah Diri
‘Corruption is worse than prostitution. The latter might endanger the morals of an
individual, the former invariably endanger the morals of the entire country”
( Menjual kuasa / menggadai maruah diri )
Kars Kraus ( Morality and Criminal Justice 1908)

11
CARA-CARA BAGAIMANA HINDARI RASUAH
Sebagai seorang individu dan penjawat awam yang berintegriti, jangan sesekali menyatakan
persetujuan bagi pelawaan yang pertama dan berhati-hati dengan pujian yang diberikan kerana
bak kata pepatah Melayu ‘Ada udang di sebalik batu’. Ada tujuan tertentu di sebalik pujian yang
diberikan.

Di samping itu, jangan menunjukkan tingkahlaku yang menggambarkan keinginan untuk


mendapatkan sesuatu. Tawaran atau pujukan yang diberi hendaklah ditolak dengan tegas. Tidak
membiasakan diri menerima sebarang bentuk keraian biarpun kecil nilainya kerana penerimaan
keraian yang kecil adalah permulaan kepada yang lebih besar. Elakkan diri dari berurusan
mengenai hal peribadi/keluarga dengan mereka yang tahu akan kedudukan diri dan elakkan dari
mewujudkan suasana yang kondusif kepada perbuatan rasuah.

Berkawan dengan mereka yang dipercayai boleh memerhati, menasihati dan mengawal
tingkahlaku dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala rasuah.

Sekiranya semua pihak melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan amanah, usaha
murni untuk memupuk budaya integriti ke arah menjauhi rasuah dapat dicapai dan menjadi
budaya masyarakat dalam jangka panjang.

12

Anda mungkin juga menyukai