Anda di halaman 1dari 1

Contoh Karangan 

: Sentiasa Berwaspada
(halaman 34)

Pada minggu yang lalu, Dinesh dan keluarganya telah mengadakan aktiviti gotong-royong
membersihkan rumah. Sebelum gotong-royong, mereka bekerjasama _menyediakan alat-alat
gotong-royong.

      Ayah dan ibu Dinesh berbincang tempat yang perlu dibersihkan oleh mereka. Ayah dan ibu
Dinesh membahagikan tugas kepada anggota keluarga masing-masing. Kemudian, mereka
mengambil alatan lalu bergerak ke tempat yang ditetapkan oleh ayah dan ibu Dinesh.

       Ayahnya Encik Gunalan menggunakan sebuah tangga untuk membersihkan kipas yang
berhabuk. Dia menggunakan kain pengelap. Kemudian, dia memanjat tangga dengan berhati-hati
untuk mengelap kipas.

       Dinesh pula membersihkan cermin tingkap rumah. Dia menggunakan sehelai kain dan pencuci
cair. Cermin tingkap rumahnya bersih dan berkilat .

       Adik Dinesh mengemas perabot agak kelihatan kemas. Selain itu, dia juga menggunakan kain
untuk mengelap perabot dengan berhati-hati. Emaknya mengemop lantai rumah.

      Aktiviti gotong-royong berjaya membersihkan rumah berkat kerjasama anggota keluarga


Dinesh. Dinesh dan keluarganya berasa gembira kerana rumah mereka menjadi bersih dan indah.
Ayah Dinesh memberitahu keluarganya kesihatan mereka terjamin kerana suasana rumah yang
bersih menjauhi penyakit.  

berbincang mengelap bergerak menyediakan


menjauhi mengadakan mengemop berkilat
menggunakan berasa membahagikan memberitahu

Anda mungkin juga menyukai