Anda di halaman 1dari 22

1

ORIENTALISME DAN PENGARUH SALAH FAHAM


TERHADAP AGAMA ISLAM
MUHAMMAD SHAHRAFIK BIN AB KADIR
(BA USULUDDIN DAN FALSAFAH, UKM)

PENDAHULUAN

Orientalis namanya tidak asing lagi dalam dunia masa kini. Gerakan Orientalis begitu
cergas di dalam kurun ke-14 Hijrah terutamanya selepas kejatuhan khalifah, dengan
kegiatan yang dapat dilihat dengan jelas pada masa dulu hingga kini1.

Selepas zaman Renaissance atau kebangkitan Eropah telah lahir satu cabang
keintelektualan Eropah iaitu Orientalisme. Eropah banyak mengkaji Timur yang dikaitkan
dengan tamadun (Babylon, Firaun, Islam, Buddha, dan lain-lain). Pada keseluruhan kajian
tentang Timur pada zaman Renaissance ini tertumpu kepada dua aspek penting iaitu
sejarah dan sastera2. Dua perkara ini menjadi agenda utama para Orientalis mengkaji,
memahami lantas menguasai Timur. Dengan kajian ke atas sastera, mereka dapat
memahami budaya hidup serta fikiran sesuatu bangsa. Manakala kajian ke atas sejarah
pula mengizinkan para Orientalis mengetahui peristiwa-peristiwa sejarah yang memberi
kesan perubahan sosial dan pemerintahan.

Edward W. Said (1995) dalam bukunya Orientalisme: Western Conceptions of the


Orient melihat orientalisme sebenarnya tertumpu pada Timur Tengah dan bukan Timur
keseluruhannya. Hal ini kerana Islam merupakan ancaman Barat dan juga sumber

1
Fathi Yakan. 1986. Dunia Islam dan Tipu Daya Antarabangsa Sepanjang Kurun Empat Belas
Hijrah. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, hlm. 51.
2
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Badlidisham Mohd Nasir. 2003. Isu-isu Kemasyarakatan
Islam. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
hlm. 94-95.
2

ekonomi utama dunia iaitu minyak yang terdapat di dunia Islam 3. Berdasarkan objektif-
objektif keagamaan, penjajahan, menjadi perkhidmatan Yahudi, perdagangan dan kajian
ilmiah telah mendorong para Orientalis memperluaskan usaha mereka untuk melihat
kesucian agama Islam terkubur di atas muka bumi ini.

Penulisan ini akan membincangkan serba sedikit mengenai definisi orientalisme,


sejarah perkembangannya, matlamat serta bentuk-bentuk salah faham yang dilakukan
oleh mereka terhadap agama Islam.

1 DEFINISI ORIENTALISME

Aliran pemikiran Orientalisme ini telah pun wujud sejak sekian lama. Bagi ahli akademik
dan sejarahwan, istilah ini cukup sinonim pada mereka, namun ia lahir dalam versi
berbeza-beza. Berikut merupakan definisi orientalisme yang dibincangkan secara bahasa
dan istilah.

1.1 Definisi Bahasa

Orientalisme, berasal daripada perkataan oriental, membawa maksud ketimuran atau nilai
yang berkaitan ciri, gaya, pandangan dan tatalaku yang berasaskan dengan bangsa timur 4,
manakala -isme pula akhiran asing kepercayaan, gerakan politik atau keagamaan.
Perkataan Orientalisme adalah asal dari perkataan ‘Orient’ yang bererti Timur yang
diambil daripada Bahasa Perancis kemudian dipergunakan dalam pelbagai bahasa di
Eropah termasuk Inggeris. Orientalis adalah kata sifat yang bermakna sesuatu yang
bersifat ketimuran. Tambahan kata ‘-isme’ (Belanda) atau ‘-ism’ (Inggeris) menunjukkan
satu fahaman (aliran pemikiran) ajaran atau amalan. Perkataan berlawanan bagi ‘Orient’
ialah ‘Occident’ yang bererti Barat5.

3
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Badlidisham Mohd Nasir. 2003, hlm. 93.
4
Kamus Dewan. 1991. Ed. Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5
Berasal daripada perkataan Latin, oriens. Oxford English Dictionary. 1997. Ed. Kedua. Oxford:
Oxford University Press.
3

Mengikut The Living Webster Encylopedia Dictionary of the English Language,


Orientalisme ditakrifkan sebagai hal-hal yang bersifat ketimuran iaitu keanehan (orang
melabelkan orang Timur separuh manusia dan separuhnya tidak) dunia timur tentang ilmu
pengetahuan. Terutama dalam soal bahasa, kesusasteraan, atau kebudayaan.

1.2 Definisi Istilah

Orientalisme atau dalam bahasa Arab, ‘al-‘Istisyraq’, merupakan ilmu Timur atau ilmu
yang berhubung dengan dunia Timur. Perkataan ‘mustasyriq’ dengan makna yang umum
digunakan kepada setiap orang Barat yang pakar dalam mengkaji ilmu Timur sama ada
kepakarannya itu sudah sampai kemuncak atau pertengahan, ataupun yang rendah sekali
dalam bidang bahasa, sastera, tamadun dan agama. Makna khusus ‘al-‘Istisyraq’ ialah
kajian Barat yang berhubung dengan Islam sama ada dalam bidang bahasa, sastera,
sejarah, aqidah, syariah, tamadun secara umum6. Tambahan lagi, maksud orientalis secara
umumnya ialah para ilmuwan barat yang melakukan penyelidikan dan pembelajaran
terhadap dunia timur dalam semua aspek. Manakala maksud secara khususnya pula ialah
penyelidikan dan pembelajaran orang-orang barat terhadap dunia Timur Islam dari segi
bahasa, sastera, sejarah, akidah dan syariahnya 7.

Berdasarkan beberapa definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa para


orientalis telah membuat kajian pada beberapa bidang dalam ruang lingkup yang amat
luas. Hal ini merangkumi bidang antaranya kepurbaan, bidang sejarah, agama, linguistik,
keturunan, adat istiadat, kekuasaan, ekonomi, dan sebagainya.

2 SEJARAH PERKEMBANGAN ORIENTALISME

6
Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1989. Orientalisme Kesan Pemikirannya terhadap Tamadun Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 5.
7
Nik Azran Muhamed & Mohd Mahadi Isa. 2009. Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi:
Ancaman Kepada Ummah. Kota Damansara: Hijjaz Record Publishing, hlm. 4-5.
4

Fahaman orientalisme mula dikenali dan diketahui umum pada akhir kurun ke-18 Masihi.
Ia tersebar secara meluas di Britain pada tahun 1779 dan kemudiannya menular ke
Perancis pada tahun 1799. Ia mula diguna pakai oleh dunia akademik di Perancis apabila
entri ini dimasukkan ke dalam kamus pada tahun 1838.

Para intelektual telah bersepakat bahawa pendeta-pendeta Yahudi dan rahib-rahib


Kristian memainkan peranan utama dalam perkembagan gerakan ini. Selain itu,
penjajahan juga merupakan faktor utama kemunculan gerakan ini selain faktor
permusuhan dan kebencian mereka terhadap Islam dan penganutnya yang menjadi batu
asas kepada kelahiran caqliyyah Orientalisme. Tidak diketahui secara pasti, siapakah
tokoh barat pertama yang mempelajari Orientalisme dan bila waktunya. Teori yang
dikenal pasti buat masa kini ialah sejak para sarjana Barat mengunjungi Andalusia untuk
mempelajari Islam, menterjemahkan Al-Quran dan buku-buku kesusasteraan berbahasa
Arab ke dalam bahasa masing-masing. Mereka juga turut berguru dengan ulama-ulama
Islam dalam pelbagai disiplin ilmu khususnya falsafah, kedoktoran dan metafizik8.

Namun adalah sukar untuk para pengkaji sejarah menentukan tarikh yang tepat
bermulanya gerakan Orientalisme. Sesetengah pengkaji menyatakan permulaan lahirnya
Orientalisme secara rasmi ialah ketika Revolusi Perhimpunan Gereja di Vienna pada
tahun 1312 Masihi yang mana ia bertujuan, pada mulanya, mengkaji tentang ilmu dan
kebudayaan Arab, Greek, Yahudi, Syria yang berpusat di beberapa kota di Eropah
antaranya Paris, Oxford, Bologna, Avignon dan Salamanca dan ini merupakan faktor
utama kajian tentang Timur bermula9. Sungguhpun begitu, para intelektual dari Eropah
masih lagi berselisih pendapat tentang tarikh sebenar dan tidak bersetuju dengan tarikh
kemunculan Orientalisme, dan pengkaji-pengkaji mereka masih mencari tarikh sebenar
kemuculan Orientalisme secara tepat.

Walau bagaiamanapun, tidak dinafikan faktor lain yang menyebabkan


kemunculan orientalisme Barat adalah melalui pertentangan yang berlaku di antara Islam

8
Hasan Abdul Rauf M. el-badawiy & Abdurrahman Ghirah. 2007. Orientalisme dan
Missionarisme Menelikung Pola Pemikiran Umat Islam. Bandung: PT. Remaja Rosdakarya, hlm. 4 .
9
Ahmad Redzuwan Mohd Yunus dan Badlidisham Mohd Nasir. 2003. hlm. 95.
5

dan Kristian di Sepanyol dan Sevilla sebagaimana Perang Salib telah mendorong orang
Eropah untuk berusaha mempelajari ajaran Islam dan adat resamnya. Oleh yang
demikian, dapatlah dikatakan bahawa tarikh awal gerakan orientalis ialah tarikh
pertentangan antara agama Kristian di Barat dengan agama Islam di Timur daripada aspek
agama dan ideologi sejak kurun pertengahan10.

Lewat abad ke-18 Masihi, para orientalis mengubah strategi mereka dengan
menampilkan wajah baru orientalisme dengan membebaskannya dari tujuan missionary
kepada arah penelitian ilmiah sahaja. Maka berkembanglah institusi-institusi
Orientalisme di Eropah. Contohnya, di Jerman sendiri, pusat-pusat kajian Islam terus
berjalan dan berkembang di bawah naungan universiti dengan pelbagai nama seperti
Semistik, Orientalistik, Arabistik ataupun Islamwissenschaft. Mereka menekankan
penguasaan bahasa-bahasa utama seperti Arab, Parsi, Turki, Hebrew, dan Syriac. Hal ini
penting menurut mereka bagi mengkaji kesusasteraan langsung dari sumber aslinya 11.

Oleh itu, dapatlah diketahui bahawa Orientalisme berkembang atas pelbagai


faktor, dan faktor paling ketara adalah faktor agama yang diberi penekanan dalam kajian
mereka, khususnya agama Islam. Hal ini kerana mereka masih lagi terkesan dengan siri
peperangan Salib di antara umat Islam pada ketika itu, mereka cuba mengubah strategi
penjajahan mereka dari peperangan kepada serangan pemikiran dari akar umb umat Islam
serta mengelirukan dan memecah belahkan umat islam dengan pelbagai keraguan dan
persoalan hasil kajian mereka terhadap umat Islam.

3 ORIENTALISME DAN PENGARUH SALAH FAHAM TERHADAP


ISLAM

Satu perkara yang perlu diperakui bahawa Orientalisme adalah suatu ancaman kepada
umat Islam khususnya kerana mempunyai hubung kait dengan pelbagai pertubuhan yang
ingin menjatuhkan Islam serta mempunyai pertalian yang kuat antara kolonial barat

10
Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1989. Orientalisme: Kesan Pemikirannya terhadap Tamadun Islam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 2-4.
11
Syamsuddin Arif. 2008. Orientalis dan Diabolisme Pemikiran. Jakarta: Gema Insani Press. hlm.
283.
6

khususnya Britain dan Perancis lewat abad ke-18 hingga selesai Perang Dunia Kedua.
Seterusnya disambung oleh kolonial Amerika yang menjadi simbolik kepada kolonial
barat yang moden.

Fahaman ini juga mempunyai kaitan yang kuat dengan gerakan Kristianisasi. Hal
ini kerana mereka ingin meramaikan lagi penganut agama mereka. Perkara ini disebabkan
hubungan erat antara kolonialisme dan kristianisasi yang objektifnya mengkaji secara
ilmiah sumber-sumber Islam dan memutar belitkan fakta yang berada di dalam Islam.
Hubungan kedua-duanya ini telah dijadikan modal dalam politik Barat bagi melawan
Islam dan kaum muslimin serta menaikkan peradaban Barat Moden 12. Hal ini dapat
dilihat semasa kedatangan penjajah Portugis ke Melaka pada 1511, mereka
berorientasikan slogan ‘Gold, Gospel and Glory’ (Kekayaan, Keagamaan dan
Kegemilangan). Mereka cuba memisahkan kehidupan orang tempatan dengan agama
Islam dengan menyebarkan dan menerapkan pemahaman Kristian kepada penduduk
tempatan ketika itu.

3.1 Matlamat Orientalisme

Tujuan Orientalisme seperti mana yang dibincangkan oleh Mustafa al-Siba’i di dalam
bukunya al-Istishraq wa al-Mustashriqun (Orientalisme dan kaum Orientalis)
mengatakan bahawa tujuannya dapat dibahagikan kepada:

i. Untuk mengacau dan memutarbelitkan agama Islam. Dalam usaha


memenuhi tujuan ini, para orientalis dengan cara apa sekalipun cuba
menyemai benih-benih keraguan terhadap agama Islam, seperti mengeji
ketokohan Nabi Muhammad SAW dan memalsukan sejarahnya,
mengingkari Al-Quran sebagai kitab wahyu, mendatangkan keraguan
terhadap kebenaran Hadith Rasulullah SAW, menuduh ajaran Islam yang
dibawa oleh Nabi itu berasal daripada ajaran-ajaran agama sebelumnya
dan lain-lain lagi.

ii. Untuk agama dan politik penjajahan, iaitu untuk menyebarkan agama
Kristian dan memudahkan proses kolonialisasi. Golongan mubaligh

12
Ahmad Abdul Hamid Ghurab C. 1991. Menyingkap Tabir Orientalisme. Jakarta. Pustaka Al-
Kautsar.hlm. 21-23
7

Kristian dan pentadbir kolonial dengan gigihnya mendalami hal ehwal


ketimuran dan keislaman ini sebagai alat dan senjata untuk memudahkan
tercapainya matlamat mereka.

iii. Bersifat ilmiah dan demi untuk ilmu pengetahuan semata-mata. Golongan
orientalis yang berniat jujur dalam kajian mereka sememangnya wujud
tetapi jumlahnya agak sedikit. Golongan ini, sekiranya mereka tersalah
dalam kajian mereka dengan cepat kembali kepada kebenaran. Kedudukan
mereka dalam kalangan kelompok besar orientalis lain selalunya agak
rumit kerana dengan sikap mereka yang jujur ini mereka dituduh sebagai
menyeleweng dari kaedah ilmiah atau menerima simpati dari kaum
Muslim contohnya Thomas Arnold (Sir) dalam Preaching of Islam kerana
cuba memaparkan betapa toleransinya kaum muslimin dalam
menyebarkan Islam di seluruh dunia.

Daripada ketiga-tiga tujuan tersebut, dapat diperhatikan golongan orientalis ini


terbahagi kepada dua aliran. Sebahagian orientalis ini sangat memusuhi Islam dengan
begitu mendalam sehingga mengakibatkan kekeliruan dan salah faham terhadap agama
Islam kepada masyarakat luar dan umat Islam sendiri. Ada juga golongan yang bersikap
jujur dan ikhlas dalam melakukan kajian tehadap agama islam sehingga menyumbangkan
karya yang baik untuk panduan umat Islam. Contohnya, seperti A. J. Wensick yang telah
menyusun dan mengumpul 14 kitab hadith di dalam Al-Mucjam al-Mufahras li al-Alfaz
al-Hadith al-Nabawi dan Muhammad Asad yang mengarang sebuah tafsir Al-Quran yang
akhirnya memeluk Islam.

Begitulah perbezaan antara dua golongan yang berbeza dalam pengkajian masing-
masing. Sesetengahnya berniat jahat dalam mengkaji disiplin ilmu Islam dan sebahagian
lagi benar-benar ikhlas terhadap pengkajiannya untuk mencari kebenaran.

3.2 Orientalisme Mengaburkan Tasawwur Islam

Berdasarkan penjelasan dalam bab-bab sebelumnya, sudah jelas bahawa kebencian


kepada Islam itu sudah wujud sejak sekian lama. Kebencian itu muncul sejak permulaan
lahirnya dakwah Islamiyyah, terdapat juga rekod yang mengatakan ia lahir sebelum
dakwah itu sendiri. Hal ini kerana Islam sebelumnya telah disebutkan dalam kitab-kitab
agama sebelum Al-Quran. Permusuhan dan ketakutan kepada Islam itu makin bertambah
8

setelah penaklukan Andalusia. Ketakutan itu kemudian menjadi sebentuk usaha


konspirasi terhadap Islam setelah kekuasaan Daulah Uthmaniyyah menguasai Eropah dan
sekutunya. Musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti berusaha menundukkan kaum
Muslim dengan cara melemahkan kekuatan mereka, lalu menekan dan memerangi,
mereka juga mempengaruhi bangsa mereka agar membenci dan memandang serong
terhadap Islam. Padahal Islam adalah agama yang bersih daripada nilai-nilai yang buruk
sehingga mereka melabelkan masyarakat Islam sebagai pengganas13.

Selain itu, matlamat lain Orientalisme adalah bertujuan untuk menjaga


kepentingan mereka di dalam politik, ekonomi dan tidak ketinggalan untuk menyebarkan
fahaman mereka ke seluruh dunia. Salah satunya menjauhkan umat islam daripada akidah
dan syariah Islam dengan pelbagai cara. Seolah-olah mereka menginginkan seseorang
yang beragama Islam meninggalkan Islamnya daripada kehidupan. Hal ini kerana mereka,
suatu ketika dahulu, meninggalkan gereja-gereja mereka pada era kebangkitan
(reformation) dan menjajah negara-negara orang Islam serta mengambil hasil kekayaan
semula jadi mereka dan mengeksploitasi segala kekayaan di tanah orang Islam. Hal ini
berkait dengan firman Allah di dalam Surah al-Nisaa’ ayat ke 89:

               

               

Maksunya:
Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah
menjadi kafir, maka (dengan Yang demikian) menjadilah kamu sama seperti
mereka. oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka
menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah
(untuk menegakkan Islam). kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar,
maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu
menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di
antara mereka menjadi teman rapat atau penolong;

13
Latifah Ibrahim Khadhar. Ketika Barat memfitnah Islam. 2005. Gema Insani. Jakarta. hlm. 59
9

Antara lain permusuhan yang timbul kerana Orientalis bertujuan untuk belajar dan
mendalami Islam dengan maksud untuk memadamkan cahaya Allah. Buktinya adalah
melalui dalil ayat al-Quran surah al-Taubah ayat 32:

               

Maksudnya:
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) Dengan mulut
mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan
cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan Yang demikian).

Jelas sekali matlamat Orientalisme bukan satu yang baik bagi umat Islam dan dunia.
Mereka sedaya upaya merancang untuk menjatuhkan Islam dan menjadikan pandangan
dunia terhadap Islam satu yang buruk prestasinya dan penganutnya sedangkan Islam itu
amat jauh sekali dengan sangkaan dan pertuduhan Orientalisme. Bahawasanya Islam
telah meninggalkan khazanah ilmu yang begitu besar kepada dunia serta sumbangan yang
banyak memberi pencapaian material untuk kemaslahatan manusia tetapi setelah
kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah umat Islam ditindas dengan penjajah oleh kerana
serangan pemikiran dan tipu daya muslihat yang telah dijalankan oleh para Orientalis.
Demi sesungguhnya perancangan mereka itu adalah lemah.

3.3 Pandangan Orientalis terhadap Doktrin Islam

Tidak ragu lagi para Orientalis telah banyak menyebarkan serangan terhadap Islam dan
Nabi Muhammad, sehingga menyebabkan krisis salah faham masyarakat terhadap Islam.
Mereka banyak menyangkal isi kandungan al-Quran, hadist, dan sejarah Islam. Antara
kritikan dan kajian orientalis terhadap doktrin Islam:

3.3.1 Meragukan keyakinan terhadap wahyu Allah Al-Quran

Seperti mana ucapan yang dibuat oleh William Ewart Gladstone (1809-1898) iaitu
mantan Perdana Menteri pada zaman Ratu Alexandrina Victoria ketika sidang Dewan
Rakyat Britain:
10

Selagi umat Islam mempunyai Al-Quran, kita akan tidak dapat menguasai
mereka. Kita sama ada perlu mengambilnya dari mereka, atau membuat
mereka hilang rasa cinta mereka terhadapnya.

Kata-kata ini memberi kesan yang mendalam terhadap salah satu ulama Turki
iaitu Said al-Nursi14. Selain itu, menurut S Parvez Manzoor, dalam bukunya Method
Against Truth: Orientalisme and Qur’anic Studies, pengkajian orientalis Barat ke atas Al-
Quran biar apa pun manfaatnya, lahir daripada kebencian yang dipupuk dalam
kekecewaan dan diselubungi dengan kebencian. Masyarakat Barat percaya untuk
menyelesaikan masalah ancaman Islam, mereka cuba untuk mewujudkan perasaan syak
wasangka tentang apa sahaja yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Hanya
Muslim yang keliru dengan kemukjizatan Al-Quran akan mengabaikan misi dan visi
untuk mengangkat martabat Al-Quran itu sendiri di peringkat global.

Orientalis cuba menakut-nakutkan dunia Barat tentang bahaya Al-Quran dengan


mendedahkannya melalui kajian yang dianggap ilmiah. Isi kandungan Al- Quran dan
ajaran-ajaran yang baik yang terkandung pelbagai hikmah dan kebaikan diselindung
biarpun kajian tersebut menemui kepelbagaian ilmu dan pengajaran yang baik untuk
umatnya seperti nilai ukhuwah Islam, keutuhan norma-norma akhlak dan sebagainya.

Selain itu golongan Orientalis turut berjaya mempengaruhi dan menyebarkan


kefahaman bahawa umat Islam hanya boleh bergantung kepada Al-Quran kerana lebih
terjamin keasliannya. Seandainya dakyah Orientalis ini berjaya dilaksanakan dan
dijadikan sebagai teras kehidupan oleh sebahagian besar dan menolak semua hadis yang
diterima pakai oleh umat Islam pada zaman ini. Maka akan terhasil satu golongan intelek
yang menjadikan kehidupan mereka hanya bersandarkan Al-Quran semata-mata dan
menolak hadith. Inilah yang sebenarnya menjadi agenda mereka agar wujudlah satu
golongan orientalis baru dalam kalangan umat Islam. Dalam pada itu, menurut mereka
Al-Quran tidak memberikan pengertian adanya bentuk akidah Islam secara jelas, yang

14
Sukran Vahide. 2000. Biography of Bediuzzaman Said Nursi. Istanbul: Sozler Publications.
11

dapat dijadikan sebagai dasar untuk membezakan dengan agama lain atau dalam
membezakan dengan pelbagai firqah-firqah dalam Islam yang ada15.

3.3.2 Menyelewengkan keabsahan dan krebiliti hadith-hadith Rasulullah

Majoriti hadith hanyalah ucapan para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in. Hadith-hadith
mauduc yang telah menjelaskan dan merincikan aqidah Islamiyyah, membuat susunan
kalimat syahadah dan rukun Islam16. Mereka juga menggangap bahawa hadith-hadith
Rasulullah adalah karya kaum Muslim itu sendiri pada awal abad ketiga dengan tujuan
menguatkan kumpulan masing-masing. Tokoh-tokoh yang mengkaji hadis antaranya
seperti G. Weil, W. Muin, R. P. A. Dozy dan A. Sprenger yang paling awal cuba
membuktikan banyak hadis-hadith yang dikategorikan sebagai sahih adalah palsu.
Mereka menuduh banyak hadis-hadis yang ada sekarang tidak sampai sanadnya kepada
Rasulullah SAW, terputus sanad yang dinilai dari sudut sejarah oleh para pengkaji
orientalis; menuduh wujudnya kelompok umat Islam yang mengada-ngadakan hadith
(hadith palsu) bagi menguatkan kumpulan-kumpulan masing-masing dan menuduh hadith
cumalah suatu catatan perdebatan agama pada abad pertengahan. Mereka turut men-dacif-
kan hadis-hadis yang berada dalam Sahih Bukhari dan Muslim yang diakui sahih oleh
umat Islam.

Terdapat juga orientalis yang meriwayatkan sesuatu berita palsu yang dikaitkan
dengan Rasulullah atau Al-Quran dengan menyatakan bahawa teks yang ditemuinya ini
belum ada dalil yang menguatkannya atau tidak diketahui tarikhnya. Kemudian datang
pula orientalist lain yang mengutip periwayatan itu tanpa menyebut tentang status
keraguannya. Selepas itu, datang pula orientalist lain yang menyatakan bahawa ianya
memang sah dan terbukti sahih. Demikianlah hal ini dikutip seterusnya oleh penulis-
penulis kebelakangan ini. Mereka terus merumus dan menyimpulkan sesuatu pengertian
daripadanya. Ignaz Golzihar juga membuat kesimpulan bahawa hampir tidak ada satu pun

15
Farid Wajdi Ibrahim. 2006. Orientalisme dan Sikap Umat Islam. Jogjakarta: Lanarka Publisher,
hlm. 75.
16
Ahmad Abdul Hamid Ghurab. Ru'yah Islamiyyah lil Istisyraq (London: al-Muntadan al-Islami)
1991. hlm.140-145
12

hadith yang boleh dibuktikan sebagai tutur kata Nabi Muhammad SAW atau pun tingkah
lakunya.

3.3.3 Kritikan terhadap ketokohan Nabi Muhammad

Para orientalis berusaha mencari apa-apa jua cara bagi meragukan fikiran umat Islam
terhadap kisah-kisah nabi-nabi terdahulu dengan mencipta kisah-kisah dan
menamakannya sebagai Israiliyyat dan mengaitkan Rasulullah SAW dengan penyair,
tukang sihir dan lain-lain. Orientalis juga beranggapan bahawa Nabi Muhammad mudah
terpengaruh oleh lingkungan persekitrannya yang menyebabkan perbezaan dakwahnya di
Mekah dengan di Madinah.

Nabi Muhammad memberikan khabar gembira kepada kaum musyrik Quraisy


dengan datangnya agama baru. Baginda hanya mengulang-ulang kisah para nabi yang
banyak disebut di dalam Taurat dan Injil untuk memberi peringatan terhadap orang-orang
mendustakan Rasul dan untuk memantapkan pengikutnya yang sedikit itu. Namun ketika
baginda berhijrah ke Madinah dan telah kuat posisinya dan banyak pengikutnya, beliau
membuat suatu kekuatan dan menyingkirkan kaum Yahudi kerana tidak menerima
risalah. Muhammad tidak lagi menceritakan kisah-kisah umat dan para nabi yang diutus
sebelumnya yang dia sering ulang-ulang di Mekah untuk menasihati kaumnya. Baginda
mengalihkannya pada peperangan, pembahagian harta rampasan perang, sempadan
hubungan dengan kabilah lain, serta mewajibkan pemelukan Islam dengan pedang.

3.3.4 Kajian sejarah umat Islam termasuk kisah-kisah tokoh Islam

Golongan orientalis cuba memutarbelitkan fakta-fakta sejarah umat Islam terdahulu


terutama ketika era kegemilangan Islam yang menguasai dunia. Goldzher adalah antara
Orentalis yang licik melakukan kerja seperti ini. Apabila Waki' mengatakan tentang Ziad
bin Abdullah bahawa beliau terlalu mulia untuk berdusta, Goldzher mengatakan
sebaliknya. Selain itu, mereka juga cuba melenyapkan pengasas-pengasas ilmu dari tokoh
Islam dengan menaikkan nama-nama tokoh dari kalangan orang Inggeris. Sebagai contoh,
13

walaupun falsafah dalam sosiologi diasaskan oleh Ibn Khaldun, akan tetapi Barat telah
mengangkat tokoh Auguste Comte sebagai Bapa Sosiologi yang dikatakan telah
mengasaskan ilmu tersebut.

Selain itu juga, mereka menulis buku-buku mengenai tokoh-tokoh Islam akan
tetapi keunggulan tokoh tersebut diselitkan dengan beberapa cerita-cerita yang tidak baik.
Sebagai contoh, sebelum Khalifah Harun al-Rasyid menduduki takhta, dikatakan
pemerintah sebelumnya mempunyai hubungan yang tidak elok dengan ibundanya.
Ibudanya dikatakan telah cuba meracun dan membunuh beliau bagi memberi laluan
kepada Harun menjadi Khalifah Bani Abbasiyyah.

3.3.5 Mewujudkan jurang dan salah faham dalam kalangan umat Islam

Kajian-kajian terhadap firqah Islam atau kumpulan-kumpulan Islam ini rata-ratanya tidak
objektif dan sebenarnya memendam tujuan-tujuan tertentu iaitu antara lain melebarkan
lagi jurang ketidaksefahaman antara umat Islam. Umpamanya tulisan S. de Sacy (1758-
1838) yang cuba mengapi-apikan perpecahan umat Islam, sehingga tercetusnya
peperangan sesama sendiri seperti yang berlaku di Iraq, Palestin dan beberapa Negara
Islam yang lain. Mereka turut menaja mana-mana firqah dalam Islam bagi
menghangatkan lagi perbalahan tersebut. Apabila kesatuan umat Islam hancur maka
lemahlah kekuatan Islam itu sendiri. Hal ini dapat diperhatikan pada zaman pemerintahan
Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Sepatutnya perbezaan pendapat itu adalah hikmah kepada
umat Islam dan tidak perlu kerana perbezaan pendapat sanggup berpecah. Kelemahan ini
telah diambil peluang oleh orientalis dengan mengapi-apikannya lagi dengan mencipta
hujah-hujah bagi menguatkan kumpulan Islam masing-masing. Dengan cara itu, Dawlah
Turki Uthmaniyyah mulai pecah dan senang bagi penjajah Barat mewujudkan kerajaan
berdasarkan negara bangsa.

3.3.6 Manipulasi Penggunaan Bahasa Arab


14

Mereka mendakwa bahawa Bahasa Arab Fushah adalah bahasa yang tidak sesuai dengan
perkembangan zaman moden. Mereka cuba memusnahkan Bahasa Arab dan
menjauhkannya dari perkembangan zaman, serta menggalakkan aneka loghat agar
berlaku perselisihan dengan Bahasa Arab yang sebenar (lahjah Quraisy yang diangkat
oleh Sayyidina Uthman sebagai Bahasa Al-Quran). Hal ini dapat dilihat ketika penjajahan
Inggeris ke atas Mesir, William Gladstone telah mendakwa supaya umat Islam perlu
dipisahkan dengan Al-Quran. Selepas periswa itu, muncul tokoh orientalis Perancis
Lousis Masignon sebagai pelopor kempennya dengan memperkenalkan penggunaan
bahasa Arab ‘Imamiyah dan penulisan huruf Arab dengan huruf Latin, serta penggunaan
bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan Perancis.

Gerakan ini dilancarkan dengan alasan bahawa bahasa Arab Imamiyah lebih
mudah dan praktikal kerana tidak terikat dengan nahu dan saraf manakala tulisan Latin
pula telah digunakan hampir seluruh bangsa di dunia di samping mudah ditulis. Mereka
mengatakan Bahasa Arab Fushah adalah bahasa yang tidak dapat disesuaikan dengan
perkembangan kemajuan ilmu pengetahuan moden, sulit dipelajari kerana selalu terikat
dengan kaedah nahu dan sarafnya sehingga bahasa arab hanya untuk orang yang
terpelajar dan kalangan atasan sahaja.

3.3.7 Mewujudkan sistem pendidikan sekular dan beragenda

Ketika mereka menjajah sesebuah negara, mereka akan cuba menerapkan sistem
pendidikan Barat terhadap masyarakat negara tersebut. Seperti yang diketahui umum,
negara-negara yang dijajah itu kebanyakannya terdiri dari negara-negara Islam. Oleh itu,
mereka turut melakukan Kristenisasi terhadap kaum Muslimin dengan menyelitkannya ke
dalam sistem tersebut. Selain itu, melalui bantuan-bantuan kemanusiaan seperti bantuan
bencana alam, kesihatan dan sebagainya mereka cuba memperkenalkan ‘ihsan’ agama
tersebut yang menjangkaui seluruh dunia.

Adakalanya para ilmuan terkenal dan penulis ternama dalam konteks pengajian
yang menulis kajian perbandingan mengenai bangsa dan agama sengaja memicingkan
15

mata mengenai pandangan Islam dalam konteks tertentu. Mereka hanya menulis sekadar
sekelumit dan itupun aspek yang tidak penting bertujuan untuk menunjukkan betapa
Islam sebagai agama yang tersisih dan tidak perlu disorot. Umpamanya S. K. Northobs
dalam kajiannya yang bertajuk 'Kajian Mencari Persefahaman Dunia' yang mengandungi
496 halaman hanya menyentuh mengenai Arab dan orang Islam sekitar 12 halaman
sahaja. Walhal mereka merupakan kumpulan ketujuh yang terbesar menjadi penghuni
dunia ini. Begitu juga Betrand Rusell dalam bukunya Sejarah Falsafah Arab.

Selain itu, mereka turut mengaitkan istilah jihad dengan ketenteraan supaya nama
istilah itu ditakuti oleh umat Islam sendiri dan agama lain. Mereka sedia maklum bahawa
umat Islam terlalu kuat apabila berpegang kepada semaangat jihad. Peranan-peranan yang
dimainkan oleh agensi-agensi berita antarabangsa dalam usaha ‘propaganda’ mereka
untuk memesongkan ajaran Islam yang sebenar. Agensi-agensi Asosiated Press (AP),
Reuters dan United Press International (UPI) menggunakan teknik ‘disinformation’ untuk
menyalurkan berita kepada masyarakat umum. Agensi-agensi berita ini di samping
mencerminkan kepentingan negara Zionis Israel, juga turut manjadi platform golongan
orientalis bagi menyebarkan berita yang boleh meragukan serta menanam sifat kebencian
kepada ajaran Islam kepada umum. Golongan orientalis ini juga turut memperkenalkan
istilah-istilah yang menggerunkan seperti ‘Islamic Terrorist’ dan ‘Islamic Bomb’ yang
mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan fundamentalisme Islam, fanatik Islam dan
extremis Islam. Kategori yang diberikan ini meletakkan seolah-olah kelompok Islam ini
sebagai golongan yang sesat dan berbahaya kepada masa depan toleransi peradaban
antara Barat dan Islam.

3.3.8 Kajian Islam terhadap perundangan dan Negara dikuasi oleh Islam.

Para orientalis juga turut mempersoalkan sama ada hukum-hukum Islam kini mampu
mengalami evolusi, keterkaitan dan teologi Islam. Mereka menegaskan ia hanyalah
tinggalan sejarah Islam dan banyak dipengaruhi oleh golongan dahulu. Pada masa kini
pula, banyak negara-negara umat Islam pasca penjajahan umumnya masih meneruskan
sistem perundangan Barat. Mereka masih ‘beriman’ bahawa undang-undang Islam tidak
16

dapat memberikan keadilan berbanding undang-undang penjajah Inggeris atau Perancis.


Lebih jauh mereka beri'tikad bahawa undang-undang Islam jika diamalkan akan
membawa kepada kezaliman yang mana ia bercanggah dengan konsep kebebasan diri
seperti mana yang digariskan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat Mereka 1948.

3.4 Faktor-faktor yang Mendorong kepada Salah Faham

Selain daripada kesalahfahaman yang dibuat oleh orientalisme, tidak dapat dinafikan juga
bahawa kekeliruan dan salah faham yang berlaku dari dalam umat islam itu juga
memberikan implikasi kepada umat Islam dan juga kepada bukan Islam, dapat dilihat dari
sudut cara pemikiran yang dibawa terlalu sempit dan terlalu ekstrim sehingga
menyebabkan golongan bukan Islam terpedaya lagi dengan dikuatkan golongan orientalis
yang cuba memutar belitkan fakta. Faktor-faktor pendorong salah faham ini dapat
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu faktor dalaman dan faktor luaran17.

3.3.1 Faktor Dalaman

Faktor-faktor dalaman ini bermain sekitar permasalahan yang membelenggu umat Islam
itu sendiri. Faktor-faktor yang dikenal pasti antaranya:

a. Akhlak umat Islam

Realiti umat Islam sendiri di antara punca pendorongnya salah faham terhadap Islam. Hal
ini kerana kebanyakkannya perilaku umat Islam itu dianggap direstui di dalam ajaran
agama Islam, sedangkan Islam tidak pernah merestui perbuatan yang keji sehingga
mengakibatkan orang bukan Islam memandang perbuatan itu seolah-olah direstui dan
datang dari ajaran Islam. Hakikatnya di dalam Islam terhadap kategori yang bermacam-
macam seperti asi, dhalim, fasiq dan lain-lain yang sepatutnya dielakkan menjadi ikutan
atau panduan untuk melihat ajaran Islam yang tulen dan amat wajar sekali menerangkan

17
Idris Zakaria & Kamaruddin salleh. Tasawwur Islam. University kebangsaan Malaysia. 1999. Hlm. 35-39
17

bahawa golongan ini tidak semestinya mengambil ajaran dan panduan Islam dalam
aktiviti kerja harian mereka.

b. Kejahilan umat Islam terhadap ilmu

Permasalahan yang jelas timbul daripada umat Islam, bahawa mereka cuba meminggirkan
penguasaan ilmu fardhu ‘ain dan fardhu kifayah menyebabkan mereka terpinggir dengan
negara-negara bukan majoriti Islam. Kadar buta huruf yang dirangka diseluruh dunia jelas
menunjukkan negara Islam antara negara yang banyak menduduki tangga teratas dalam
illiterate (buta huruf). Sedangkan agama Islam sangat memuliakan ilmu pengetahuan dan
boleh didapati juga melalui sejarah umat islam bahawa tokoh-tokoh Islam sangat
menonjol dalam penguasaan ilmu pengetahuan yang sangat luas berbeza dengan umat
islam setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah yang jauh dengan penguasaan ilmu yang
lengkap.

c. Manhaj permahaman yang salah

Faktor ini merujuk kepada sumber atau maklumat ajaran Islam itu diperolehi oleh
masyarakat. Oleh itu, metode yang digunakan oleh seseorang tanpa mengambil kira
kesahihan dan kefahaman terhadap ilmu tersebut maka akan menjadi sumber yang tidak
diterima oleh Al-Quran dan hadith, hal ini kerana sebahagian umat Islam yang tidak
mempedulikan pengambilan manhaj atau metode pengambil sumber ilmu pengetahuan
tentang islam yang sahih maka akan tercetusnya pengamalan dan tingkah laku yang
bukan datang dari sumber Islam yang betul malah menjadi fitnah terhadap agama Islam
kerana kecuaian penganutnya yang tidak mengendahkan tradisi disiplin ilmu Islam yang
diwarisi turun temurun. Contoh talaqqi, ijazah lil tadrisi dan sanad, itu antara contoh-
contoh pengambilan sumber ilmu yang diambil dari turun temurun berdasarkan guru-guru
yang dipercayai yang mengambil daripada Rasulullah dan para sahabat.

3.3.2 Faktor Luaran


18

Tidak dinafikan, faktor luar turut wujud dalam salah faham ini apabila fahaman ini sendiri
dibuat oleh orang-orang Barat bagi menjatuhkan Islam. Faktor-faktor yang dikenal pasti
antaranya:

a. Kesan Peperangan Salib

Peperangan yang memakan masa hampir 200 tahun dengan enam siri peperangan di
antara tentera Islam dan Kristian pada abad pertengahan. Peperangan ini telah memberi
banyak pengajaran kepada barat yakni Kristian secara khususnya tentang bagaimana
menghadapi orang-orang Islam. Mereka mengatur strategi jangka panjang yang lebih
dinamik dan kreatif untuk menghancurkan Islam. Kesimpulannya Barat telah mengubah
strategi menentang islam daripada peperangan bersifat ketenteraan kepada peperangan
idea dan pemikiran. Jelasnya peperangan berbentuk ini lebih Berjaya dan berkesan tanpa
menumpahkan setitik darah daripada kalangan tentera mereka, namun kemusnahan dan
kerosakan yang berlaku dalam kalangan umat Islam begitu hebat dan teruk sehingga kita
sukar untuk bangkit kembali. Ekoran dari faktor ini memberi implikasi yang sangat buruk
terhadap agama Islam kerana Barat telah mengkaji dan menyelewengkan segala ajaran
Islam ke dalam bentuk yang ganas dan menakut-nakutkan. Sehingga tercetusnya rasa
phobia terhadap Islam. Apabila disebutkan Islam kepada orang bukan Islam mereka akan
menyangkakan islam menyeru kepada keganasan dan ekstrim.

b. Penjajahan politik

Penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam adalah salah satu cara para orientalis
melumpuhkan sistem yang berteraskan Islam di negara-negara yang majoritinya adalah
umat Islam. Para orientalis telah mengkaji sesebuah negara sebelum mereka menjajah
negara tersebut, merangka strategi untuk mencari kelemahan umat Islam di sesebuah
negara. Justeru mereka akan memasukkan sistem secular dan propaganda palsu
menyatakan bahawa mereka adalah bangsa yang bertamadun dan dapat membantu umat
Islam. Para orientalis juga mengawal sistem pendidikan yang digunakan di negara Islam
19

dengan menyelitkan ajaran Kristian sebagai misi mereka untuk memesongkan akidah
umat Islam. Umat Islam dijajah dari segi pemikiran dan idea, mereka akan berlandaskan
pandangan ke Barat tanpa mempedulikan ajaran Islam yang mengutamakan Al-Quran dan
Hadith.

c. Penyelewengan Media Massa

Umumnya mengetahui bahawa media massa dikuasai oleh negara-negara yang berkuasa
besar yakni Amerika dan Eropah. Mereka mempunyai pelbagai peralatan canggih yang
mampu mengawal dan menyiarkan berita-berita yang tidak mempunyai kesahihan yang
pasti. Kebanyakkannya mereka memanipulasi berita-berita dunia terutamanya negara-
negara arab atau secara khusus terhadap umat Islam. Mereka sedaya upaya menyatakan
bahawa umat Islam adalah pengganas dan bahaya di dekati kepada dunia melalui
penyiaran melalui media massa. Orang Islam terperangkap dengan permaian media barat
kerana kekurangan pakar dalam bidang tersebut sehingga mudah dipermainkan oleh pihak
Barat.

KESIMPULAN

Faktanya telah menunjukkan bahawa kajian mengenai ketimuran begitu mendalam dan
luas, sedangkan pengkajian mengenai barat masih kabur dan belum cukup signifikan.
Seperti yang dibincangkan di atas, sejarah membuktikan bahawa sesetengah daripada
golongan ini mempunyai niat yang tidak baik terhadap Islam.

Salah faham fahaman ini terhadap ajaran Islam dapat dilihat dari segi
matlamatnya itu sendiri yang mana wujud disiplin ilmu orientalism ini di beberapa ibu
kota Eropah bagi mengkaji dan mendalami ilmu-ilmu, ajaran dan kebudayaan Islam.
Selain mendapatkan hasil yang bermanfaat daripadanya, ia turut digunakan bagi
menjatuhkan maruah dan kredibiliti agama Islam. Hal ini dapat dilihat ketika mana para
orientalis cuba memutar belit dalam kajiannya terhadap Al-Quran dan Hadith, bahasa
Arab dan ketokohan Nabi Muhammad, para sahabat serta pemimpin-pemimpin Islam.
20

Selain itu, mereka turut mendominasi perundangan dan pendidikan Islam bertujuan untuk
mempertikaikan dan mencungkil kelemahan-kelemahan yang secara sengaja diwujudkan,
Dalam pada itu, golongan ini juga turut mendalami sejarah dan perkembangan semasa
negara-negara Islam terutamanya ke atas puak-puak tertentu dan melaga-lagakan antara
satu sama lain.

Umat Islam pada hari ini, harus berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam
menjernihkan kekeliruan atau mengembalikan pandangan yang benar terhadap Islam itu
kepada orang bukan Islam atau masyarakat dunia. Selain itu, umat islam juga perlu
bekerja keras untuk menimba ilmu pengetahuan dan memperkemaskan aqidah dan
bukannya taqlid semata-mata menyebabkan kekurangan daya pemikiran untuk berdaya
saing dengan agama lain.
21

RUJUKAN
Al-Quran

Ahmad Abdul Hamid Ghurab. 1991. Ru'yah Islamiyyah lil Istisyraq (London: al-
Muntadan al-Islami)

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Badlidisham Mohd Nasir. 2003. Isu-isu
Kemasyarakatan Islam. Bangi: Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Farid Wajdi Ibrahim. 2006. Orientalisme dan Sikap Umat Islam. Jogjakarta: Lanarka
Publisher

Fathi Yakan. 1986. Dunia Islam dan Tipu Daya Antarabangsa Sepanjang Kurun Empat
Belas Hijrah. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar

Hasan Abdul Rauf M. el-badawiy & Abdurrahman Ghirah. 2007. Orientalisme dan
Missionarisme Menelikung Pola Pemikiran Umat Islam. Bandung: PT. Remaja
Rosdakarya

Idris Zakaria & Kamaruddin Salleh. 1999. Tasawwur Islam. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Latifah Ibrahim Khadhar. Ketika Barat memfitnah Islam. 2005. Gema Insani. Jakarta

Mahmud Hamdi Zaqzuq. 1989. Orientalisme Kesan Pemikirannya terhadap Tamadun


Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nik Azran Muhamed & Mohd Mahadi Isa. 2009. Gerakan Orientalisme dan
Kristianisasi: Ancaman Kepada Ummah. Kota Damansara: Hijjaz Record Publishing
Sukran Vahide. 2000. Biography of Bediuzzaman Said Nursi. Istanbul: Sozler
Publications

Syamsuddin Arif. 2008. Orientalis dan Diabolisme Pemikiran. Jakarta: Gema Insani
Press
22

Anda mungkin juga menyukai