Anda di halaman 1dari 13

PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SMK CONVENT TAIPING 2013

INFLAKASTA
Hashim Yassin

Senarai watak

DIBISI -Berwajah intelek dan sopan. Pakaiannya carik dan kotor.

MARHEN -Berwajah bengis dan berjambang yang tidak terurus. Pakaiannya


kehitaman dan kotor.

SITI -Ibu muda. Berpakaian gaun kebiruan yang lusuh dan carik-carik.

KASTABUNG -Diktator yang zalim.

JAKIDAN -Berwatak ego. Pakaiannya kehitaman.

TALIBA -Pertanda yang menjaga senjata “kuasa bahaya”. Pencabut nyawa.

INFLA/KASTA -Anak Siti. Berpakaian biasa dan lusuh.

(lelaki/perempuan)

DUA ORANG KONCO -Berpakaian kebiruan

KASTABUNG

1
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SMK CONVENT TAIPING 2013

MASA: Dalam suasana peperangan


TEMPAT: Kawasan runtuhan rumah batu di gurun gersang.

BABAK 1

(Gelap)
(Tirai dibuka)

Bunyi siren. Lampu isyarat. Satu letupan yang besar. Cahaya laser menusuk keluar dari
berbagai-bagai arah. Suasana bergegaran. Manusia bertempiaran lari entah ke mana-mana,
ada yang capik cedera, sebahagiannya berjuang dengan senjata tetapi banyak pula yang
tewas di tengah jalan. Suara- suara panic dan kecewa. Kepulan asap berdebu memenuhi
ruang gersang.

(Sunyi)
(Cahaya perlahan-lahan timbul)

Pemandangan di sebuah gurun berbatu. Bangunan-bangunan runtuh, kawat-kawat besi


bergulung merentangi runtuhan itu. Pokok-pokok mati berceratuk. Kawasan kering kontang
dan gersang. Dari celah sebuah batu besar, muncul seorang mangsa perang (DIBISI) yang
kelihatan amat penat. Pakaiannya carik-carik, tali lehernya yang lusuh masih tergantung di
lehernya. Kot yang berdebu masih dikeleknya dengan erat.Dari sudut kepulan asap, muncul
pula seorang lagi mangsa perang (MARHEN) yang lebih kotor, bengis dan berjambang yang
tidak terurus. Matanya liar mencari sesuatu. Di tengah halaman itu terdapat sebuah kotak
“fragile-food” yang telah lusuh. Kedua-dua mangsa perang itu ternampak kotak yang sama.
Mereka menerkam pada kotak itu. Pergelutan sengit berlaku. Kotak terputus dua. Masing
masing memperoleh cebisan kotak. Kotak itu sebenarnya kosong. Mereka terasa seperti
bodoh pula dengan perbuatan itu.

DIBISI :(Ketawa menggilai)Kosong ! Semua kosong ! Cantik di luar ... dalamnya!


kosong.

DIBISI menjenguk pada cebisan kotak MARHEN.

DIBISI : Kosong juga ? (Ketawa lagi)

MARHEN :(Geli hati)Lihat ini. Aku dapat sebelah, kamu dapat sebelah.Errr... Mari kita
cantumkan.

DIBISI dan MARHEN mencantumkan kotak itu. Kemudian ditarik semula. Mereka ketawa
menggilai.

DIBISI :(Senyum) Kita tertipu rupanya.

2
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SMK CONVENT TAIPING 2013

MARHEN :(Ketawa kecil) Ya, kita telah ditipu oleh kotak! (Diam sejenak) Sepatutnya
kita sudah dapat makan tadi.

DIBISI :(Mengeluh) Semalam pun aku tidak dapat makan. Yalah Cuma air danau
sahaja aku minum.

MARHEN :Semalam aku dapat roti kering. Entah siapa lah punya. Hm, entahlah.

DIBISI :Perang begini mana ada yang elok-elok. Semua manusia seperti kita.Lapar.
Semua orang lapar. Kerana laparlah kita bergaduh tadi.

MARHEN dan DIBISI berbalas senyum.

DIBISI :(Memegang kotak) Kalaulah di dalam kotak ini tadi berisi makanan, mungkin
aku dan kau sudah menjadi mayat sekarang.

Kedua-dua mereka ketawa lagi.

MARHEN :(Teringat) Oh, ya ! Sekian lama kita bercakap aku terlupa bertanya akan diri
kau. Engkau siapa ?

DIBISI :(Kurang senang) Kalau aku terangkan aku siapa, tidak punya erti lagi
sekarang ini. Dalam perang ini tidak ada sesiapa. Sesiapa pun lapar. Aku
lapar. Kita berdua ni orang lapar dalam perang ini.

MARHEN :Tapi, kita sudah bertemu. Kita senasib sekaang. Kita mangsa perang.Salahkah
aku mengetahui kau siapa ?

DIBISI :(Senyum)Sesiapa ? Saudara siapa?

MARHEN :(Pantas) Aku ? Namaku Marhen.

DIBISI :Marhen?

MARHEN :Ya, Marhen bin Daif.

DIBISI ketawa kecil.

MARHEN :Kenapa ketawa?

DIBISI :Maaflah. Aku sangka kau berjenaka.

MARHEN :Heh, dalam perang tak ada jenaka tau!

3
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SMK CONVENT TAIPING 2013

DIBISI :Maafkan aku sekali lagi ya. (Diam sejenak) Namaku Dibisi. (DIBISI
menghulurkan tangan untuk bersalaman. MARHEN menyambut salam) Aku
Dibisi bin Elita. (Diam sejenak) Aku sebenarnya ... memang seorang diri. Dari
dulu-dulu lagi aku keseorangan. Aku keseorangan kerana aku menjaga
maruah sebagai seorang yang penting dalam negaraku. Kata-kataku ialah
undang-undang bagi orang bawahanku. Aku menjadi symbol pembangunan
material di daerahku. Mereka ghairah dengan kekayaan material itu. Hidup
bertuankan wang. Semua kenyang. Kami tidak perlu makanan yang primitif
di dalam negeri kami kerana barangan dari luar senang diperoleh. Aku
berangan-angan besar untuk menjadikan negeriku sebagai pengeluar utama
besi waja di dunia. (Diam sejenak) Sekarang semuanya punah-ranah. Negeri
padang jarak padang terkukur Lapar. Sana sini lapar. Lapar!

MARHEN :(Berjenaka) Aku juga lapar. Sekarang masih seorang dirikah ?

DIBISI :(Senyum) Tidak lagi. Lihat itu batu, asap,debu dan awak juga Marhen,
ialah sahabatku dalam perang ini.

MARHEN :(Berjenaka lagi) Kotak itu juga sahabat kita kah ?

DIBISI dan MARHEN ketawa.

DIBISI :Marhen! Kalau tidak ada perang ini, mungkin kita tidak bersahabat kan?

MARHEN :Itu memang tabii manusia. Sekarang kita sama-sama lapar, kita
bersahabatlah. Tapi kalau kita sama-sama kenyang mungkin suasana akan
berubah, bukan ?

DIBISI :Tak kenal maka tak cinta. Sahabat dalam perang menatang jiwa yang satu.
Lapar bersama,mati bersama.

MARHEN :Dulu aku seorang petani yang tidak pernah lapar. Hasil daripada titik peluhku
itu kebanyakannya aku sedekahkan kepada orang yang memerlukannya.
Sekurang-kurangnya aku telah menolong orang yang lapar semasa aku
kenyang dulu. (Diam sejenak) Sekarang aku lapar. Semua orang lapar. Adil
kan?

Cahaya perlahan menurun.

DIBISI :(Melihat keliling) Ya, hari sudah gelap! Batu-batu sudah tidak nampak.
Kawat-kawat juga gelap. Perut tetap seperti tadi. Apakah cadangan kau?

MARHEN :(Melihat batu besar di atas tangga) Di situlah tempat kita untuk berehat
malam ini. Di situ ada tilam yang empuk dalam perang ini.

4
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SMK CONVENT TAIPING 2013

DIBISI bangun menarik tangan MARHEN untuk naik ke atas batu besar. Mereka berbaring
merenung gelap.

DIBISI :Marhen! Selamat bermimpi berjumpa nasi.

MARHEN :(Ketawa kecil)Selamat menekan perut.

(Mereka tidur)
(Sunyi)

Pada sudut kiri runtuhan itu muncul seorang wanita (SITI) berwajah sugul. SITI mengomel
sasau.

SITI :Inflakasta!Inflakasta!Inflakasta di mana ?(Diam sejenak) Inflakasta mari ke


sini nak. Jangan tinggalkan ibu. Ibu takut nak. Ibu takut. Inflakasta !
Inflakasta!

SITI berhenti kerana penat lalu duduk. Dia masih lagi berfikiran sasau. Dia ketawa mengilai.
Suasana menjadi gerun.

SITI :(Sasau) Mari sini nak. Jangan main jauh-jauh. Mari sini ibu nak cerita. Ibu ada

cerita dongeng. Ibu ada syair, ada gurindam, ada seloka. Dengar ya ....

SITI menyanyi lagu “Buai Anak”.

SITI :
Do-di-do-doi, dodoi di dodoi,
Tidurlah anak di dalam buaian.

(Korus)
Lailahaillallah, Muhammadan Rasulullah (2X)
Tidurlah anak, ibu dendangkan,
Lekaslah besar bimbing negara.

(Korus)
Lailahaillallah, Muhammadan Rasulullah (2X)
Tidurlah anak mimpi bahagia
Satukan jiwa bombing dunia.

(Korus)
Lailahaillallah, Muhammadan Rasulullah (2X)

Terdengar suara nyaring INFLAKASTA.

5
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SMK CONVENT TAIPING 2013

SUARA :Aku tidak suka!Aku tidak mau lagu! Aku mau makan! Aku mau makan!

SITI terpinga hairan.


SITI :(Mengilai) Inflakasta!Inflakasta!Di mana kau nak ? Di mana? Mari ! Mari nak .
Ibu rindu. Inflakasta! Inflakasta!

DIBISI dan MARHEN terkejut. Mereka perlahan-lahan turun menghampiri SITI.

MARHEN :Kenapa dik? Apa halnya ini?

DIBISI :Bertenang dik. Adik dari mana ? Adik sesat? Bertenang . Bertenang dik.

SITI terkejut melihat MARHEN dan DIBISI.

SITI :(Menyerang)Kamu!Kamu!Kamu!Kamu! Kamu zalim. Kamu pembunuh.


Kamu berperang. Kamu meruntuhkan dunia. Zalim! Zalim! Anakku hilang
kerana kamu. Anakku lapar kerana kamu. Anakku hilang kerana kamu.
Perang!Perang! Manusia berlaga sesama sendiri.

Kelihatan beberapa buah kereta kebal sedang bergerak. Cahaya lampu daripada kereta
kebal itu menyuluh ke kawasan runtuhan. Kereta kebal itu berhenti. Sebuah lampu sorot
menyuluh ke arah DIBISI dan MARHEN. Mereka bangun terkejut.

SUARA DARI PELAUNG SUARA :(Amaran) Perhatian! Jangan cuba lari! Kamu telah dikepung.
Semua senjata kami mengarah kepada sasarannya, tepat
pada kamu sekarang. Berhati-hatilah. Kamu di sana nanti.
Letakkan senjata dan letakkan tangan kamu di atas kepala.
Turun perlahan ke tengah halaman. (Diam sejenak) Kamu
dibawah itu, angkat tangan juga. (Diam sejenak) Baik !
Sekarang berlutut mengadap suara ini. Lekas!

DIBISI, MARHEN dan SITI menurut perintah. Daripada berbagai –bagai arah, keluar makhluk-
makhluk unik dengan senjata terhunus. Kemudian muncul ketua mereka yang berjubah
gerun.

KASTABUNG :(Bengis)Aku Kastabung. Wilayah ini aku punya.Gurun ini ialah kawasan
perangkap manusia. Manusia tidak akan hidup jika telah menjejakkan
kakinya ke gurun ini. Kamu sungguh tidak bernasib baik hari ini.
(Diam sejenak) Hei, apakah yang telah kamu pelajari tentang gurun ini? Dari
mana kamu datang hah ? Oh, kamu ini perisik bukan? Dari mana? Kuasa
mana ? (Diam sejenak) Oh, membisu! Taat sungguh kamu ada tuanmu, ya.
Daripada itu, bersedialah kamu menghadapi hukumanku.

MARHEN :(Geram) Hei, bongkak! Kami tidak minta dihukum dan kami juga tidak ingin
campur hal urusan kamu. Kami jugak tidak perlu pada kuasa zalim seperti
kamu.

6
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SMK CONVENT TAIPING 2013

KASTABUNG :(Marah) Tutup mulut kamu itu.

Beberapa pengawal peribadi KASTABUNG menghunus senjata ke arah MARHEN.

DIBISI :(Mencelah) Bersabar Marhen. Kawasan ini wilayahnya.

MARHEN :(Marah berapi) Jahanam! Bumi ini bumi Tuhan. Tiada sesiapa yang lebih
berkuasa daripada-Nya.

MARHEN melompat untuk menumbuk KASTABUNG tetapi dihalang oleh DIBISI.

KASTABUNG :(Mengacah tongkat pada MARHEN) Merempat! Kamu tidak sabar lagikah
lagikah menunggu maut? Tunggu sebentar, Taliba! Maju! Pengkhianat ini
tidak sabar lagi untuk menemui maut.

TALIBA masuk dengan senjata “kuasa bahaya”. Langkahnya diatur ala robot.

KASTABUNG : Itu pertanda!Pencabut nyawa. Kuasa senjata itu seperti halilintar yang dapat
memusnahkan setiap benda. Kamu semua akan menjadi debu.

Oleh sebab cermin helmet yang menutup muka TALIBA begitu gelap, TALIBA berlaga dengan
KASTABUNG.

KASTABUNG :(Marah) Taliba! Buta ke? Aku bukan musuh,

TALIBA :Maaf, gelap sangat ini!

KASTABUNG :Buka cermin itu.

TALIBA :(Membuka cermin helmet) Ha, baru nampak! Eh orang apa ini?

KASTABUNG :Sudah. Itu musuh kita, bersedia untuk memusnahkan mereka.

TALIBA bersedia.

DIBISI :(Berlembut) Kastabung. Maafkan kami. Kami bukan perisik. Kami ialah
mangsa perang ini. Kami lapar dan menderita. Kami merantau merata
tempat untuk mencari makanan. Wilayah kami yang kami tinggalkan itu,
Hanyalah runtuhan bangunan-bangunan, lading-ladang terbiar, dan
bangkai-bangkai reput saja yang ada. Yang sebenarnya, kami sendiri tidak
tahu di mana kami berada sekarang.

KASTABUNG :(Sinis) Petah dan pintar alasan kamu. Hei, kamu ingat aku senang sekali
dengan kisah sedih yang direka-reka itu! Jangan, jangan cuba memudahkan
sesuatu masalah yang genting sebegini. Alasanmu itu tidak dapat
menyejukkan tindakanku ini.

7
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SMK CONVENT TAIPING 2013

MARHEN :(Marah)Jika kamu sudah tekad tidak maukan keadilan,aku rela apa-apa saja
tindakan yang akan kau buat padaku. Tapi ingat! Jangan silap tindakanmu
itu,sesuatu yang amat dahsyat akan kulakukan padamu.

KASTABUNG menerkam dan menampar MARHEN. MARHEN tumbang.

KASTABUNG :(Geram) Pantang aku dicabar. Kamu musuh aku yang pertama hari ini.

Semua cemas. MARHEN bangun perlahan tanpa takut.

MARHEN :Kamu tampar mukaku dengan tangan yang menyuap makanan, tapi ....
aku tumbuk perutmu yang kenyang ini .....

MARHEN menumbuk perut KASTABUNG hingga jatuh. TALIBA melompat untuk menumbuk
MARHEN, tetapi dihalang oleh SITI.

TALIBA :(Menjerkah) Pergi jauh! Hai, perempuan! Sasaran aku bukan di dadamu! Aku

mau bunuh pengemis kotor itu.

SITI :(Menggila) Luahkan peluru itu. Tembuskan ke dadaku. Aku rela mati.
Tembak! Tembak! Apa tunggu lagi ?

TALIBA tergamam untuk menembak.

KASTABUNG :(Bimbang)Eh, Taliba, nanti .... nanti dulu! Kalau nak tembak, biar aku beredar

dari sini dulu.

TALIBA :(Cemas) Jadi biar aku jadi debu sama?

Di udara kedengaran sebuah helikopter sedang berlegar untuk turun ke bumi. Semua watak
tercengang. Dari arah hujung tangga ke belakang, keluar seorang makhluk unik kehitaman.

KASTABUNG :(Menegur) Aaaa .... ! Jakidan ! Sila ke mari.

Jakidan memberi hormat dan bersalaman.

JAKIDAN :Selamat bertemu, Kastabung.

KASTABUNG :Bagus, bagus. Tepat pada masanya kamu di sini. Sebelum itu, err .....
bagaimana dengan kekuasaan kita sekarang ?

8
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SMK CONVENT TAIPING 2013

JAKIDAN :(Kecewa) Berat mulut ini, Kastabung. Kewangan kita merosot. Taraf hidup
pincang. Keperluan meningkat . Permintaan tinggi. Bahan mentah, kosong.
Gagal.

KASTABUNG :(Marah) Gagal. Siapakah yang gagal ?

JAKIDAN :Mereka lapar. Satu per satu akan gugur dinamakan bumi.

KASTABUNG :Jika keadaan ini berterusan, bahaya besar akan menggugat kestabilan politik
kita nanti. (Diam sejenak) Ah ..... kita berkuasa ! Kita mesti jaga kepentingan
kita. Kita bunuh saja sesiapa yang tidak berfungsi atau kita biarkan saja
mereka melarat dengan kebulurannya. (Diam sejenak) Aku mau, kita desak
para saintis, ahli fikir dan pakar ekonomi supaya taat kepada kita. Kita bina
Empayar Kastabung.

JAKIDAN :(Menyambut) Selamat untukmu, Kastabung.

Semua makhluk unik menyambut seruan JAKIDAN.

MAKHLUK UNIK:Selamat, Kastabung.

MARHEN :(Geram) Membiarkan inflasi bermakna membiarkan kemarahan rakyat dan


menghilangkan kepercayaan mereka terhadap kekuasaanmu.

JAKIDAN :Siapa ini , Kastabung ?

KASTABUNG :Ah,itu sampah kotor. Perisik yang akan dibunuh nanti. Usah pedulikan.

DIBISI :(Marah) Hei, bongkak ! Menolak pendapat adalah satu kecelakaan.


Menghina manusia itu satu lagi dosa. Di sebalik memperhambakan
manusia untuk kepentingan diri, hidupmu dilanda dosa. Kau pembunuh
yang akan ditempatkan di neraka Jahanam.

JAKIDAN :(Sinis)Oh, ini dia orang yang memerlukan status yang baik, mencipta teori
yang berjela, tapi pengecut dalam perang itu, tentu kamu seorang yang
penting dulu. Tapi, walaupun kamu tetap menjaga statusmu, perutmu itu
tetap lapar dan tidak berkuasa. (Daiam sejenak) Kastabung, adakah dia
juga calon yang akan dibunuh hari ini ?

DIBISI :Jangan salah faham. Aku sekadar member pendapat. Inflasi ialah penyakit
ekonomi dunia. Kerjasama antara manusia amatlah perlu dan elakkan
daripada bertelagah mengenai ideology sesame sendiri. Tindakan yang ...

KASTABUNG :(Rimas) Ah, tidak perlu itu semua! Masa begini, teori itu karut. Aku ada
kuasa. Kuasaku boleh menghapuskan kamu tau ?

9
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SMK CONVENT TAIPING 2013

SITI :(Mencelah)Kezaliman tidak boleh mewujudkan ketenteraman. Kuasa


diktatormu akan melemahkan pentadbiranmu. Kehidupan di dunia akan
pincang.Kegagalan akan turut berlarut. Manusia gugur satu demi satu.
Dunia akan fana.

JAKIDAN :(Hairan lagi) Aiii, yang ini pun boleh berkata-kata ? Yang ini calon jugakah
Kastabung ?
KASTABUNG :Ya, itu sampah yang akan dibakar !

SITI : (Meludah) Aku juga manusia seperti kamu. Aku lebih berkuasa daripada
kamu kerana aku golongan yang melahirkan generasi.

JAKIDAN : Perempuan! Eh, kamu hanya melahirkan! Itu saja,

JAKIDAN dan KASTABUNG ketawa

KASTABUNG : Ah, berapa banyak telah rugi sekarang! Jangan pedulikan mereka, mari kita
rundingkan perkara tadi itu.

KASTABUNG dan JAKIDAN berjalan naik ke atas tangga.

MARHEN : Kenapa berfalsafah sangat tadi? Kenapa tak cakap kita nak makan saja?

DIBISI : Aku berdebat untuk membasuh ideologi jahat itu.

MARHEN : Eh, orang lapar tak ada masa nak berdebat! Awak bodoh, Dibisi.

DIBISI : Eh, kamu jangan menghina aku! Kita sudah cukup hina tadi.

MARHEN : Aku kata kamu manusia bodoh sebab tak buat tindakan, sebaliknya hanya
berleter. Aku, sekurang-kurangnya dah menumbuk perut si bongkak itu tadi.

DIBISI : Tindakan kamu pun bodoh. Melawan orang yang ada senjata.

MARHEN : Ah, kamu sebenarnya pengecut!

DIBISI marah berapi lalu menerkam MARHEN. Mereka bergelutan. KASTABUNG dan
JAKIDAN
terkejut dan meluru ke bawah.

KASTABUNG : Taliba! Tembak mereka!

TALIBA menghunus sewnjata “kuasa bahaya”, tapi sekelibat SITI menendang TALIBA.Senjata
kuasa bahaya” disambarnya pantas. Semua watak panic. (tergamam) DIBISI dan MARHEN
gembira kerana mereka menyangka SITI telah menyelamatkan keadaan.

SITI : Kamu berdua, duduk berlutut di situ dan angkat tangan di atas kepala. Kamu
Kastabung, Jakidan dan kamu-kamu yang lain duduk berlutut, angkat tangan
di atas kepala.

10
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SMK CONVENT TAIPING 2013

MARHEN : Adik, kami ialah kawan adik.

SITI : Kamu juga tak boleh dipercayai.

DIBISI : Dik, sabar dik. Berhati-hati dengan senjata tu.

SITI : Kita bukan bersaudara sekarang.

KASTABUNG : Orang-orangku ada di sekeliling gurun ini. Pada saat ini jugak mereka telah
dapat melihat insiden ini. Senjata-senjata laser sedang mengarahkan
muncungnya ke tempat kamu berdiri ini. Tongkatku ini dapat mengesan
segala rakaman di sini. Berhati-hatilah.

SITI : (Berfikir) Baik. (Diam sejenak) Buangkan tongkat itu lekas. Lekas!

KASTABUNG serba salah, akhirnya menurut.

SITI : Sekarang, beritahu orang-orang kamu di atas sana supaya meninggalkan


Kawasan ini. Lekas !

KASTABUNG : (Menggunakan pelaung suara) Dengar sini, aku Kastabung, mengarahkan


kamu sekalian, tinggalkan tempat ini.

SITI : Sekali lagi.

KASTABUNG : Aku Kastabung, mengarahkan kamu sekalian tinggalkan tempat ini.

Kedengaran kereta-kereta kebal bergerak meninggalkan kawasan gurun ini.

SITI : (Benci) Begini rupanya manusia zaman ini. Berpenyakit ideologi. Hidup
berkasta-kasta. Kasta yang berkuasa menindas kasta yang daif.
Bergelumang dengan kepentingan diri, hasilnya mencipta inflasi yang
berlarutan. Danau yang jernih menjadi kering-kontang. Tapi kamu tetap
hidup. Hidup dalam darah yang bernanah. Hidup dalam noda dan dosa. Ya,
anggaplah kehidupan di dunia ini suatu kehidupan yang indah, maha penting!
Makanan, minuman, harta benda, pangkat dan kedudukan amat penting,
sumber segala kebahagiaan, kerana tidak ada lagi kebahagiaan, dan
kesenangan di sebalik itu. Padaku hanya satu jalan yang baik untuk bertindak
membasmikan kasta-kasta ini. Semua akan kukirimkan pada satu kehidupan
yang sejati. Biar kita menjadi debu hari ini.

Terdengar suatu bunyi gegaran. Sinaran cahaya tajam di luar menusuk tepat ke bahu
SITI.SITI rebah. MARHEN melompat menyambar senjata “kuasa bahaya”. Semua panik
semula.

MARHEN : Undur! Aku bunuh semua. (diam sejenak) Dibisi! Tolong perempuan itu.
(diam sejenak) Kastabung! Kamu tipu kami ya. Orang-orang kamu masih ada I

11
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SMK CONVENT TAIPING 2013

atas bukit itu. (diam sejenak) Hoi, kamu dia atas sana! Pancarkan cahaya itu.
Mari kita sama-sama mati hari ini.

DIBISI : Marhen, dia masih bernyawa lagi.

SITI : (TENAT) Inflakasta di mana? Inflakasta!

DIBISI : Bertenang dik.

DIBISI memapah SITI dan diletakkannya di tepi batu. Dia bangun dan menerkam
serta menyerang KASTABUNG, JAKIDAN dan TALIBA. Gegaran dan cahaya laser
menjunam mencari sasaran. Akhirnya menusuk ke dada DIBISI. DIBISI rebah.
MERHEN bertambah geram dan membocorkan peluru senjata “kuasa bahaya”.
Letupan bergegaran seperti halilintar. Runtuhan bangunan bertebangan. Asap dan
cahaya memenuhi ruang gurun. Semua watak menyembah bumi. Sunyi. Terdengar
suara halus.

SUARA : ibu Ibu! Ibu!

Dua orang kanak-kanak muncul membawa bungkusan. Mereka hairan melihat mayat-mayat
bergelimpangan di situ. Seorang daripadanya ternampak SITI di celah batu.

INFLA : Ibu! Ibu! Ibu kita di sini!

KASTA : Apa? Ibu di situ?

INFLA dan KASTA memapah SITI hingga ke atas tangga.

INFLA : Ibu! Ini kami bawa makanan. Celiklah mata.

KASTA : Ibu, janganlah tidur. Bukalah mata tu. Ibu! Ibu! Lihat ni kami bawa
makanan !

INFLA : (Menangis) Ibu kita mati, dik. Ibu dah tinggalkan kita, dik.

KASTA : (Menangis kuat) Ibu! Jangan tinggalkan aku, bu! Di manakah kami hendak
bermanja lagi ibu?

INFLA : Ibu! Hiduplah semula! Kami tak beritahu ibu kami pergi mencari makanan.
Ibu, hiduplah ibu! (diam sejenak) Dik, ibu kita tak ada lagi dik. Mari kita
berdoa kepada Tuhan.

INFLA dan KASTA menadah tangan sambil mendongak.Terdengar suara ibu menanyikan lagu
“ Buai Anak” . SITI bergerak perlahan.

SITI : Inflakasta! Inflakasta!

INFLA/ KASTA : (Gembira) Ibu masih hidup? Ibu tak mati?

12
PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS SMK CONVENT TAIPING 2013

SITI : (Gembira) syukur Alhamdulillah

INFLA/KASTA : Ibu! Ni kami bawa makanan untuk ibu.

SITI : Syukur Alhamdulillah.

INFLA dan KASTA gembira.

SITI : Inflakasta! Inflakasta! ( meninggi)

INFLA dan KASTA tersentak terperanjat.

INFLA : Ibu? Mengapa bu?

SITI : Anak ibu…. dengar ya! Cekalkan hatimu. Tabah dan redha ya!

KASTA : Mengapa bu?

SITI : Setiap yang bernyawa akan mati juga. Tapi yang hidup akan terus membina,
membentuk dan melahirkan kehidupan yang baru di masa depan.
Pengalaman pahitmu itu akan mendorong kamu berdua untuk menuju
kesejahteraan. Biarlah generasi ibu hilang ditelan debu. Inflakasta!
Sejahteralah untuk kamu berdua.

SITI rebah dan meninggal dunia. INFLA dan KASTA meraung.

(SENJA)

(kawasan gurun kembali tenang. Semua watak tidak bergerak.

SUARA : Tetaplah teguh di hadapan gerbang, pintu Tuhanmu. Tinggalkanlah yang lain
dan mohonlah keselamatan dari dunia yang penuh fitnah ini. Janganlah
sempit dadamu. Segala kejadian ialah perkara kecil. Tuhan yang menentukan
dan alam berbagai-bagai ragam. Jangan terlalu berdukacita. Apa-apa yang
telah ditentukan itulah yang terjadi. Teguhkan hubungan ke langit, pada
Tuhan. Teguhkan hubungan di bumi.

(tirai ditutup)

13

Anda mungkin juga menyukai