Anda di halaman 1dari 1

KURA-KURA YANG CERDIK

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang arif lagi
bijakana, guru-guru dan rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah
“Kura-kura Yang Cerdik”.

Cuaca pagi itu nyaman sekali. Burung-burung mula keluar dari sarang untuk mencari makanan. Di
hujung sebuah kampung kelihatan seekor musang sedang berjalan-jalan mencari makanan.

Si Musang ini sangat jahat. Habis semua ayam-ayam peliharaan orang kampung dimakannya. Hari itu
dia ingin mencuri ayam orang kampung itu lagi, tetapi kesemua ayam itu telah tiada lagi. Reban-reban ayam
telah kosong. Si Musang berasa sangat hampa dan kecewa.

Setelah penat berpusing-pusing di dalam kampung itu, akhirnya Si Musang berasa sangat penat. Lalu
dia berehat di sebatang pokok dan terus tertidur di bawah pokok itu.

Tiba-tiba sebatang ranting pokok itu jatuh menimpa kepala Si Musang. Si Musang terkejut dan terjaga
daripada tidurnya. Apabila terjaga, perutnya sangat lapar kembali. Dia tidak tahu apa yang patut diisi ke
dalam perutnya yang lapar itu.

Tiba-tiba Si Musang ternampak seekor kura-kura lalu di depannya.’’Wah, kura-kura! Mmm…sesekali


makan daging kura-kura sedap juga.’’ bisik hati kecilnya. Tanpa berlengah, Si Musang terus menerkam ke
arah kura-kura itu.

Si Kura-kura pula dengan pantas menyembunyikan dirinya di dalam cangkerangnya yang keras itu. Si
Musang yang kelaparan itu, cuba memecahkan cangkerang kura-kura dengan melemparkannya ke tanah,
tetapi cangkerangnya itu tidak pecah pula. Si Musang tidak berputus asa. Dia menghentak cangkerang kura-
kura itu ke batu yang besar, tetapi masih tidak pecah juga.

Akhirnya Si Kura-kura berkata,”Hei Musang! Kalau kamu hendak makan aku, hendaklah kamu
merendam badanku ke dalam air terlebih dahulu, kemudian apabila telah lembut barulah kamu boleh
memakan aku.’’Si Musang tidak berfikir panjang. Dia terus mengambil kura-kura dan merendamnya ke dalam
air sungai.

Apabila Si Kura-kura terkena sahaja air, dia terus berenang ke tengah sungai itu. Si Musang
terpedaya dengan helah Sang Kura-kura yang cerdik itu.

Pengajaran yang boleh saya pelajari daripada cerita ini ialah kita hendaklah menggunakan akal fikiran
kita apabila menghadapi sesuatu kesusahan dan bukannya bertindak mengikut hawa nafsu sahaja.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai