Anda di halaman 1dari 12

1

1. PENGENALAN

Menurut kamus Dewan edisi ketiga cetakan ketujuh (2002), positivisme didefinisikan sebagai
cabang ilmu falsafah yang menganggap bahawa ilmu pengetahuan itu semata-mata berdasarkan
pengalaman dan ilmu yang pasti (berlawanan dengan metafizik). Positivisme, kata asalnya
adalah “positif”, bererti yang diketahui, yang fakta dan yang positif. Segala huraian yang di luar
fakta atau kenyataan diketepikan. Oleh kerana itu, metafizik ditolak. Apa yang diketahui secara
positif adalah segala yang dapat dilihat dan diukur. Dengan demikian, positivisme membatasi
falsafah dan ilmu pada bidang gejala-gejala sahaja. Gejala-gejala disusun dalam hukum-hukum
tertentu dengan melihat hubungan antara gejala tersebut. Setelah hukum itu tersusun, barulah
seseorang melihat ke masa depan untuk mengembangkan ilmu (Amsal Bakhtiar. 2009:114).

Aliran Logical Positivism adalah golongan yang menolak falsafah dan agama dengan
tokoh-tokoh seperti Aguste Comte (1798-1857) dan Alfred Jules Ayer (1910). Kedua-dua tokoh
ini menolak agama dan falsafah dengan mudah sekali dengan hanya berdasarkan bedah siasat
mereka terhadap bahasa dan istilah yang digunakan. Kesalahgunaan bahasa yang banyak terjadi
dalam falsafah dan agama menyebabkan kedua-duanya meaningless dan nonsense. Oleh itu
hanya sains empirikal sahaja yang memiliki kriteria ilmu pengetahuan dengan darjat kesahihan
yang benar dan tepat.

2. LATAR BELAKANG DAN PENDIDIKAN TOKOH

Alfred Jules Ayer lahir di London pada 29 Oktober 1910. Ibunya, Reine adalah dari keturunan
Yahudi Belanda, sedangkan ayahnya Jules Louis Cypress Ayer datang dari latar belakang
Calvinis, Switzerland. Ayer dihantar ke sekolah asrama (di luar Eastbourne) pada usia tujuh
tahun. Pada tahun 1923, dia memenangi biasiswa ke Eton. Selepas menghabiskan sedikit masa di
Universiti Vienna, dia kemudiannya menjadi pensyarah dalam bidang falsafah di Christ Church
pada tahun 1933 dan membuat penyelidikan sebagai pelajar pada tahun 1935. Pada tahun yang
sama beliau selesai karyanya ‘Language, Truth and Logic’. Pada tahun 1940, dia menyertai
Welsh Guard. Dia kembali ke Oxford pada tahun 1945 sebagai Felo dan Dekan di Wadham
College. Dari tahun 1946 hingga 1959, dia merupakan Professor falsafah minda dan logik di
Universiti of London. Dia juga Felo Akademi British. Felo Kehormat di Wadham College, Ahli
Kehormat American Academy of Arts and Sciences, dan menerima Ijazah Kehormat dari
2

Universities of Brussels and East Anglia. Beliau meninggal dunia pada tahun 1989 (A.J. Ayer.
1936:3).

3. PERKEMBANGAN LOGICAL POSITIVISM

Logical Positivism juga dikenali sebagai Logical Empiricism dan Scientific Empiricism. Ia adalah
aliran falsafah moden yang cuba memperkenalkan metodologi dan ketepatan matematik dan
sains hayat kepada bidang falsafah. Pergerakan ini yang muncul di awal abad ke 20 di Austria
dan Jerman, merupakan kemuncak trend moden yang menganggap falsafah sebagai satu bentuk
analitikal daripada menerimanya sebagai berbentuk spekulatif (http://www.encyclopedia.com/
html/11/logical.asp).

Logical Positivism telah berkembang melalui dua tahap iaitu peringkat awal ia diasaskan
oleh Aguste Comte (1798-1857) dan peringkat kedua ia dipelopori oleh Moritz Schlick (1882-
1936). Beliau telah mengadakan perjumpaan di Vienna Circle dengan tokoh-tokoh akademik dan
sarjana dalam pelbagai bidang ilmu untuk membincangkan mengenai Logical Positivism. Di
antara mereka terdapat ahli matematik seperti Hans Hahn (1879-1934), Philip Frank (1884), Carl
Menger (1902) dan Kurt Godel (1906-1978), ahli Fizik Otto Neurath (1892-1945) dan ramai lagi
ahli falsafah, matematik dan fizik yang lain (http://www.encyclopedia.com/ html/11/logical.asp).

Pergerakan ini telah berkembang di Eropah dan Amerika. Di antara ahli-ahli falsafah
yang mana hasil kerja mereka banyak dipengaruhi oleh The Vienna Circle ialah Alfred Jules
Ayer dan Gilbert Ryle. Posisi sebenar Logical Positivism yang asal ialah percampuran di antara
pemikiran positivism Ernst Mach dengan konsep-konsep logikal Gottlob Frege dan Bertrand
Russell (1872-1970), tetapi inspirasi mereka telah diperolehi dari penulisan-penulisan Ludwig
Wittgenstein (1889-1951) dan George Edward Moore (1873-958).

The Vienna Circle telah berpecah selepas pihak Nazi mengambil alih Austria dalam tahun
1938. Pengaruh pergerakan Logical Positivism ini berakhir pada tahun 1940. Walau
bagaimanapun konsep-konsep pergerakan ini terutamanya penekanannya kepada fungsi falsafah
sebagai analisis bahasa telah diteruskan sehingga ke Barat (Indriaty Ismail. 2003:103-104).
3

4. LOGICAL POSITIVISME

Positivist menjelaskan bahawa terdapat perbezaan logikal yang penting di antara konsep benar
(truth) dan salah (falsity) di dalam sesetengah kenyataan (statement) dengan konsep pengertian
sesuatu kenyataan. Sekiranya seseorang berkata kepada anda : “Blue is identical with music”.
Reaksi pertama anda janganlah bertanya adakah ia benar tetapi mesti bertanya : “what does that
mean?”. Atau apabila seseorang mengemukakan soalan lain yang masyhur dalam zen Budhism:
“what is the sound of hand clapping”. Respon yang patut anda lakukan ialah mencari penjelasan
makna soalan terlebih dahulu (Indriaty Ismail. 2003:35).

Sesuatu pernyataan dianggap benar oleh Positivisme apabila pernyataan itu sesuai dengan
fakta, contohnya terdapat seekor badak di sungai. Jika memang terdapat seekor badak di sungai
beerti pernyataan itu benar, dan jika sebaliknya beerti pernyataan tersebut salah. Ukuran ini
dalam epistimologi, disebut dengan teori korespondensi, iaitu suatu pernyataan dinyatakan benar
apabila sesuai dengan fakta empiris. Sebaliknya suatu pernyataan dianggap salah apabila tidak
sesuai dengan data empiris seperti api tidak membakar (Amsal Bakhtiar. 2009:114).

Positivisme menyatakan bahawa pada zaman dahulu, banyak pembicaraan yang tidak ada
faedahnya dan tidak mengandungi erti. Contohnya, “Apa maksud Tuhan menciptakan alam?”.
Pertanyaan ini merupakan pertanyaan yang kosong dan tidak beerti. Pertanyaan yang demikian
bukan sahaja kerana kita tidak dapat mengetahui meksud Tuhan kerana kita manusia, tetapi
kerana setiap susunan kata yang mengenai ketuhanan tidak mengandungi erti apa pun (Amsal
Bakhtiar. 2009:114).

Logical Positivism menekankan persoalan pengertian adalah lebih logik dan fundamental
daripada persoalan kebenaran. Seseorang tidak boleh menentukan benar atau salah sesuatu
kenyataan atau proposisi sehingga mengetahui dengan pasti maknanya. Benar atau salah sesuatu
dakwaan hanya akan timbul setelah kita berpuas hati bahawa kenyataan itu benar-benar
bermakna (meaningful) dan bukan tidak bermakna (meaningless) atu karut (nonsense) (Indriaty
Ismail. 2003:35).

Positivist mengemukakan hujah-hujah atau kriteria-kriteria tertentu untuk membezakan


kenyataan yang ‘meaningful’ dan ‘meaningless’ seperti berikut:
4

1. Kenyataan meaningless boleh dikenali begini dan begini kerana ia telah merosakkan
undang-undang asas grammar dan syntax yang menguasai konsep-konsep dan frasa ayat.
Contohya, ‘God Three in One’ dianggap oleh golongan positivist mempunyai
kekurangan kerana telah merosakkan undang-undang nahu yang berkaitan dengan sebab
ia mengkombinasikan konsep-konsep matematik dalam ucapan berbentuk pemikiran.
Oleh kerana lemah dari segi syntax, ia dianggap tidak bermakna dan karut, dan
kenyataan ini tidak perlu dianggap benar atau salah. Kriteria makna yang mereka
gunakan ini dikenali sebagai The Principle of Verification atau The Empiricist Criterion
of Meaning.
2. Sesuatu kenyataan akan menjadi meaningful sekiranya kita dapat mengumpulkan bukti-
bukti sama ada menyokong atau menentangnya dengan menggunakan metode saintifik.
Manakala kenyataan tidak bermakna ialah yang tidak ada evident sama ada pro atau
kontra diperolehi menerusi metode saintifik. Antara contoh kenyataan-kenyataan dalam
Bible yang dipertikaikan dari segi meaningless ialah seperti : ‘Jesus worked miracle by
the power of God’, ‘God is a living God, God is love’. Antara kenyataa Bible yang
meaningful ialah seperti : ‘Jesus was born in Bethlehem’, ‘Adam did not have a navel’.

The Vienna Circle pada amnya telah mengikuti sepenuhnya pengajaran Wittgenstein di
dalam Tractatus Logico-Philosophicus. Menurut Wittgenstein objektif falsafah ialah penjelasan
pemikiran secara logik (The logical clarification of thought). Falsafah bukan merupakan satu
teori tetapi satu aktiviti. Tugas falsafah ialah menjelaskan kepada orang ramai apa yang dapat
dikatakan dan apa yang tidak dapat dikatakan. Menurutnya, metafizik melampaui batas-batas
bahasa kerana ia mahu menyatakan tentang apa yang tidak dapat dinyatakan (Indriaty Ismail.
2003:35).

Logical Positivism telah menghasilkan perancangan yang teliti untuk menjelaskan bahasa
sains dengan menunjukkan bahawa kandungan teori-teori saintifik boleh diperkuatkan menjadi
kebenaran-kebenaran logik dan matematik disertai dengan proposisi-proposisi yang merujuk
kepada pengalaman pancaindera. Golongan ini mahir dengan ‘The Simple of Verification’ yang
amat terkenal yang menyatakan bahawa sesebuah proposisi hanya mempunyai makna sekiranya
pengalaman pancaindera mencukupi untuk mnentukan kebenarannya (Indriaty Ismail. 2003:35).
5

Mereka berpendapat bahawa spekulasi metafizik merupakan kerja sia-sia yang tidak
bermakna dan kenyataan-kenyataan moral dan nilai-nilai baik semuanya tidak bermotif.
Kenyataan-kenyataan di dalam metafizik tradisional semuanya tidak bermakna (meaningless)
disebabkan kesukaran membuktikan kesahihannya menerusi pengalaman pancaindera. Sebagai
contoh, kenyataan yang sering didakwa dalam metafizik seperti ‘Reality is The Absolute’, benar-
benar membuang masa untuk berhujah tentang hal ini kerana tidak ada sebarang pengalaman
yang meyakinkan untuk menunjukkan dakwaan ini adalah benar.menurut mereka lagi samalah
juga keadaannya sekiranya ada dakwaan untuk mengatakan ‘Reality is Not The Absolute’, kerana
dakwaan ini juga tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Oleh itu mereka menyimpulkan bahawa
semua kenyataan metafizik selama ini adalah meaningless (Indriaty Ismail. 2003:35).

Tesis utama Logical Positivism yang menjadi tunggak pendirian mereka telah
dikemukakan dalam berbagai artikel dan beberapa buah buku. Sir Alfred Jules Ayer dalam buku
beliau Language, Truth and Logic (1936) telah menyusun dan menggariskan beberapa rukun
utama tersebut dengan lebih baik. Tesis yang menjadi hujah utama Logical Positivism terdiri
dari:

1) Sesebuah proposisi atau suatu kenyataan secara faktanya akan menjadi bermakna
(factually meaningful) hanya apabila ia dapat dibuktikan kebenarannya (verifiable).
2) Sesebuah proposisi akan menjadi benar (verifiable) hanya sekiranya ia sebuah proposisi
yang berbentuk pengalaman atau terdapat proposisi lain yang berbentuk pengalaman
yang menyokongnya.
3) Sesebuah proposisi secara formal akan menjadi bermakna (formally meaningful) hanya
apabila ianya benar-benar menepati sifat-sifat yang dihuraikan dalam sesebuah definisi.
Dalam kata lain ia bersifat tautologous.
4) Undang-undang logic dan matematik kedua-duanya bersifat tautologous.
5) Sesebuah proposisi secara literal akan menjadi bermakna (literally meaningful) hanya
apabila ianya verifiable atau tautologous.
6) Oleh kerana kenyataan-kenyataan metafizik tidak verifiable dan tidak tautologous, maka
ianya literally meaningless.
7) Oleh kerana kenyataan-kenyataan etika, estetika dan teologi juga telah gagal menepati
syarat yang sama, mereka juga cognitively meaningless.
6

8) Oleh kerana metafizik, etika, falsafah agama dan astetika telah dihapuskan, maka satu-
satunya tugasan falsafah ialah penjelasan (clarification) dan analisis. Justeru itu proposisi
falsafah adalah linguistik, tidak faktual dan falsafah adalah sebahagian dari logik.

Prinsip-prinsip verifikasi Logical Positivism yang telah dirumuskan oleh Alfred Jules
Ayer di atas bertujuan menentukan kejelasan makna sesuatu ucapan bukan menentukan
kebenaran maknanya. Hanya dari kenyataan yang bermakna persoalan benar atau salah sesuatu
fakta boleh dibincangkan. Sebahagian besar isi kandungan buku beliau ini bersesuaian dengan
pemikiran Neo-Positivism yang dilancarkan oleh The Vienna Circle. Pendekatan yang dilakukan
oleh Ayer dalam pengajarannya juga mirip dengan usaha yang telah dilakukan oleh G.E. Moore
dan Betrand Russell untuk mencipta penjelasan dan ketelitian di dalam bidang falsafah (Indriaty
Ismail. 2003:35).

5. PENOLAKAN AGAMA OLEH LOGIKAL POSITIVISME

Alfred Jules Ayer menegaskan perlu dibezakan di antara pandangan Positivisme dengan
golongan Atheism dan Agnosticism. Golongan Agnosticism berpegang bahawa kewujudan
Tuhan adalah suatu kemungkinan yang tiada alasan terbaik sama ada hendak mempercayainya
atau tidak. Sifat golongan Atheism pula berpegang bahawa memang benar tidak ada Tuhan yang
wujud. “Sebenarnya pada pandangan Logical Positivism, kami tidak menafikan diantara kedua-
dua kenyataan ayat, iaitu : “There is a Transcendent God” dan “There is no Transcendent God”.
Tetapi kami mengandaikan salah satu benar dan satu lagi salah. Kami tidak bermaksud untuk
membezakan benar atau salah sesuatu kenyataan dan tidak pula hendak menyokong salah satu.
Tetapi kami melihat kenyataan yang sedang dibincangkan tidak membayangkan apa-apa andaian
(Edwards. 1972:108).

Positivisme mengakui oleh kerana sains sahaja yang mempunyai metode yang boleh
digunakan untuk menentukan sesuatu kenyataan tentang alam benar atau salah, maka hanya
sains sahaja yang memiliki bahan-bahan perbincangan yang tulen (genuine subject matter).
Hanya sains empirikal sahaja yang berhak mempersoalkan kebenaran atau kesalahan sesuatu.
Oleh itu tidak ada lagi persoalan yang tinggal untuk dibincangkan dalam kalangan ahli teologi
dan falsafah metafizik (Edwards. 1972:108).
7

Konsep rasional falsafah dan teologi telah ditolak secara total oleh Logical Positivism
kerana tidak ada subject matter untuk dibincangkan. Bagi Positivisme, falsafah sebenar ialah
bukan mencari kebenaran walau bagaimana fundamental sekali pun kebenaran itu. Falsafah
sebenar ialah pencarian makna dan metodenya ialah analisis. Sebagaimana Moritz Schlick
menulis : “Sains” sepatutnya didefinisikan sebagai pencuri kebenaran (pursuit of truth) dan
falsafah sebagai pencari pengertian (pursuit of meaning). Persoalan benar atau salah adalah milik
sains secara eksklusif (Edwards. 1972:108).

6. PEMIKIRAN THE VIENNA CIRCLE

Pemikiran tokoh-tokoh dalam dalam kumpulan The Vienna Circle banyak dipengaruhi oleh
tulisan-tulisan Ludwig Wittgenstein, pengarang terkenal buku Tractatus Logico Philosophicus.
Tetapi pengaruh itu bersifat tidak langsung kerana Wittgenstein sendiri yidak pernah menghadiri
perbincangan-perbincangan kumpulan itu. Pendapat-pendapatnya telah disalurkan menerusi
Schlick dan Waismann Karl Popper juga sangat berpengaruh ke atas kumpulan itu walaupun
beliau tidak pernah mengambil bahagian dalam perbincangan mereka. Beliau sering mengkritik
pendirian kumpulan The Vienna Circle dalam tulisan-tulisannya dan beliau secara tidak langsung
telah menumbang kepada perkembangan ajaran-ajaran Logical Positivism.

Kumpulan The Vienna Circle mempunyai identiti yang tersendiri. Mereka muncul buat
pertama kali dalam tahun 1929 dengan sebuah karangan kecil yang diedit oleh Neurath, Carnap
dan Hanh, berjudul Wissenschaftliche Weltuffasung : de Wiener Kreis, yang bermaksud
‘pandangan dunia yang bersifat ilmiah : Vienna Circle’. Sejak itu The Vienna Circle mulai
dikenali dalam dunia intelektual. Mereka juga mulai menerbitkan majalah berjudul Erkenntins
(1930-1938).

Pada tahun 1938, Austria dijajah oleh rejim Hitler. Peristiwa ini telah menjadi titik
penamat bagi kumpulan The Vienna Cirrcle. Walau bagaimanapun, majalah mereka masih tetap
dapat diteruskan penerbitannya selama dua tahun dengan judul Journal of Unified Science (1938-
1940) dan tempat penerbitannya telah dipindahkan ke Belanda. Waissman dan Neurath
berpindah ke Britai dan Menger dan Godel telah memperolehi tempat baru di Amerika. Setelah
perang tamat, hanya Kraft kembali ke Vienna dan ini beerti Vienna Circle tidak dihidupkan lagi.
8

Pengaruh falsafah mereka terus berkembang ke Amerika Syarikat, Britain dan Negara-negara
Scandinavia (Indriaty Ismail. 2003:107).

7. SEJARAH TEORI EMOTIF

Emotivism adalah pandangan meta-etika yang mendakwa bahwa kalimah etika tidak menyatakan
proposisi tetapi sikap emosional. Ia dipengaruhi oleh pertumbuhan falsafah analitik dan
positivisme logik pada abad ke 20. Teori tersebut dinyatakan dengan jelas oleh Alfred Jules Ayer
di dalam bukunya Language, Truth and Logic pada tahun 1936. Dalam bahasa seharian,
emotivisme turut dikenali sebagai hurrah atau teori boo. Hal ini membuatkan emotivisme
berbentuk non-kognitivisme atau expressivism (http://en.wikipedia.org/wiki/Emotivism).

Emotivism mencapai menonjol pada abad ke 20, tetapi lahir berabad-abad sebelumya.
Pada tahun 1710, George Barkeley menulis bahawa bahasa pada umumnya sering berfungsi
untuk menginspirasikan perasaan serta idea-idea brkomunikasi. Puluhan tahun kemudian, David
Hume disertai idea-idea sama seperti Stevenson kemudiannya. Pada tahun 1751, di dalam
bukunya ‘An Enquiry Concerning the Principles of Morals, moral Hume dianggap berkaitan
dengan fakta tetapi ditentukan oleh sentiment (http://en.wikipedia.org/wiki/Emotivism).

8. TEORI EMOTIF

Emotivisme dianggap sebagai teori etika bukan kognitif. Berbeza dengan kumpulan John
Dewey, Moore, Ross, Kant dan lain-lain yang menggunakan teori-teori moral kognitif. Teori
moral menganggap pertimbangan moral menjadi kenyataan fakta sama ada benar atau salah.
Contohnya, jika anda menyatakan bahawa ‘mencuri itu salah’ atau tindakan baik
memaksimumkan kebahagiaan, anda membuat tuntutan sama ada benar atau salah
(http://www.hnu.edu.ph/main/publication/kinaadman/1180307/118030713.pdf).

Teori ini dikenali sebagai emotivisme, menyatakan bahawa penilaian moral bukan
kenyataan fakta dan, dengan demikian adalah tidak benar atau salah. Perkataan seperti ‘good’,
‘right’, dan ‘ought’ dianggap istilah emotif – digunakan sama ada untuk menunjukkan sikap
pembicara (atau penulis) atau untuk membangkitkan respon oleh pendengar (atau pembaca).
Oleh itu apabila anda menyatakan bahawa ‘mencuri itu salah’, itu hanya muncul bahawa anda
membuat kenyataan standard (standard declarative statement). Menurut emotivism, tujuan
9

sebenar dari kata-kata ini adalah untuk menunjukkan persetujuan anda mencuri atau untuk
menunjukkan anda mempuyai perasaan negatif terhadap perbuatan ‘mencuri’
(http://www.hnu.edu.ph/main/publication/kinaadman/1180307/118030713.pdf).

Penolakan pernyataan etika sebagai fakta oleh Logical Positivism ialah kunci untuk
memahami kedudukan Ayer di sini:

Ayer menulis,

Jika saya katakan kepada seseorang “kamu bertindak salah dalam mencuri wang itu”.
Saya tidak mengatakan sesuatu yang lebih daripada saya mengatakan “kamu mencuri wang itu”.
Dalam menambah bahawa kenyataan ini salah, saya tidak membuat kenyataan lebih lanjut
tentang hal itu, saya hanya memperlihatkan ketidaksetujuan moral saya tentang hal itu. Seolah-
olah saya berkata “kamu mencuri wang itu” dengan nada khas atau ditulis dengan penambahan
beberapa tanda seru khusus. Nada, atau tanda seru yang ditambah tidak ada erti harfiah dari
kalimat tersebut. ia hanya brfungsi untuk menunjukkan bahawa ekspresi itu dihadiri oleh
perasaan tertentu pembicara (http://legacy.lclark.edu/~jay/A%20J%20Ayer.pdf).

Ayer mengatakan agar kita cuba melihat hal-hal yang terjadi dalam masyarakat hari ini,
atau mengamati situasi dalam keluarga atau antara rakan-rakan. Apa mungkin yang dihadapi
oleh mereka dari hari ke hari? Anda mungkin sudah mengetahui bahawa terdapat banyak isu
yang diperdebatkan dan kontroversi menyentuh isu etika. Setiap isu kontroversi menarik
perhatian ramai pihak tetapi penyelesaian terhadap isu moral sangat jarang dilakukan. Apa yang
menyebabkan masalah moral begitu sukar untuk diselesaikan? Terdapat ahli falsafah yang
menyatakan bahawa masalah etika belum diselesaikan dan akan sentiasa tidak selesai kerana
penilaian etika tidak benar atau salah. Jika penilaian etika tidak benar atau salah, posisi etika
dapat menjadi lebih baik dari yang lain (http://legacy.lclark.edu/~jay/A%20J%20Ayer.pdf).

Di sini, Ayer cuba untuk meyakinkan setiap pembaca teks untuk menjadi lebih filosofis
dalam membincangkan falsafah moral. Ayer menumpukan ciri-ciri khusus kenyataan etika. Ayer
ingin mnunjukkan bahawa ia bukan jenis kenyataan empirik atau fakta yang khusus seperti yang
difikirkan oleh ahli falsafah moral. Jika saya menyatakan bahawa ‘mencuri itu salah’, maka saya
telah menyatakan mengenai diri saya lebih daripada saya menyatakan mengenai mencuri. Jika
10

seseorang memahami argumen Ayer, itu adalah emotivisme – fungsi sebenar atau pertimbangan
moral (http://legacy.lclark.edu/~jay/A%20J%20Ayer.pdf).

Dalam bidang etika, positivism lebih menekankan pada relativisme. Kalau ada
pernyataan bahawa ‘kezaliman itu keji’, maka proposisi tersebut tidak ada ertinya kerana keji itu
tidak dapat diukur atau diuji. Pernyataan seperti tidak elok pula boleh diukur seperti makanan itu
tidak elok kerana sudah basi. Basi boleh diukur dan diuji perubahan zat kimia yang terjadi dalam
makanan tersebut. jadi ungkapan dalam bidang moral bersifat emosional yang tergantung pada
perasaan kita tentang sesuatu dan bukan keadaan sesuatu itu sendiri (Amsal Bakhtiar. 2009:116).

Alfred Jules Ayer berkata “argumen tentang pengalaman keagamaan adalah tidak benar”.
Bahawa banyak orang yang mempunyai pengalaman keagamaan adalah sesuatu yang menarik
perhatian dari sudut psikologi, tetapi tidak beerti memang ada pengetahuan keagamaan yang
objektif. Begitu juga bila seseorang memiliki pengalaman moral, tidak beerti bahawa ada sesuatu
hal yang dinamakan pengetahuan ideal. Orang yang percaya kepada Tuhan dan orang yang
memeganf fahaman moral mungkin percaya bahawa pengalamannya merupakan pengalaman
yang berdasarkan pada pengetahuan. Tetapi jika dia tidak dapat menyusun pengetahuannya
dalam susunan kata yang dapat dibuktikan secara empiris, kita dapat mengatakan bahawa orang
itu menipu diri sendiri (Amsal Bakhtiar. 2009:117).

Alfred Jules Ayer memberikan kita dengan penjelasan teori emotivism. Teori emotif
berbeza dari sudut pandang etika klasik, ia lebih merupakan gerakan baru dalam penyelidikan
moral yang menimbulkan falsafah murni tentang etika. Emotivism tidak menentukan kita apakah
kenyataan seperti ‘ mencuri itu salah’, betul atau salah. Sebaliknya ini menjelaskan bahawa
kenyataan etika bukanlah benar atau salah. Jadi apa ertinya ini? Apa yang akan menjadi esensi
dari kata teori? Ayer menyimpulkan emotif adalah satu-satunya fungsi yang sebenarnya dari
setiap proposisi etika. Ini adalah ekspresi perasaan. Jadi, jika kita mengikuti teori emotif Ayer,
maka kita akan menyedari mengapa kita bertengkar permasalahan mengenai etika, bahkan
kenyataannya, ia bukan masalah sama sekali
(http://www.hnu.edu.ph/main/publication/kinaadman/1180307/118030713.pdf).
11

9. PENILAIAN DAN KRITIKAN

Dalam beberapa aspek, positivisme memiliki hal-hal yang baik dan menyumbang untuk
kehidupan manusia. Hal ini kerana positivisme menyumbangkan gagasan baru dalam kemajuan
sains dan teknologi dengan metode ilmiah dan ukuran-ukuran secara empiris.

Namun dalam aspek yang lain, positivisme mempersempitkan alam pada hal-hal yang
dapat diukur sahaja dan tidak mahu melihat alam yang lebih luas dan besar. Bahkan kesenangan
rohani dan penderitaan rohani dianggap sebagai sesuatu yang tidak beerti. Sedangkan
kesenangan dan penderitaan walaupun tidak dapat diukur dengan tepat, dapat dialami dan dirasai
oleh semua manusia.

Positivisme terlalu mengecilkan kamampuan akal pada hal-hal yang dapat diuji secara
empiris sahaja. Sedangkan daya dan kemampuan akal tidak hanya tergantung pada ujian empiris.
Akal mampu menggambarkan sesuatu yang belum pernah dilihatnya. Akal juga mampu
‘menulis’ tanpa memakai kertas dan pen. Tulisan itu dapat digambarkan dalam fikiran sahaja
tanpa perlu diuji. Oleh itu, positivisme sebenarnya harus mengakui hal yang demikian sabagai
suatu reality. Dengan demikian, kepercayaan kepada Tuhan beerti tidak mustahil kerana daya
akal mampu mencapai realiti di sebalik dunia empiris.

10. RUMUSAN

Kesimpulannya, pemikiran Logical Positivism keseluruhannya bertujuan menafikan kelogikan


metafizik dan falsafah tradisional. Mereka mengakui bahawa semua permasalahan falsafah dan
agama adalah tidak tidak mengandungi apa-apa makna atau karut. Lewat tahun 1930an
pemikiran mereka telah mempengaruhi ahli-ahli falsafah Amerika, dan sekitar tahun 1950an,
Logical Positivism telah menjadi peneraju falsafah sains. Pada hari ini, pengaruh aliran ini masih
kekal terutamanya di dalam cara bagaimana melakukan falsafah, bagaimana untuk member
tumpuan kepada analisis pemikiran saintifik dan bagaimana menghasilkan keputusan yang tepat
(Indriaty Ismail. 2003:35).
12

RUJUKAN

A.J. Ayer. 1936. Language, Truth and Logic. Australia: Peguin Books Australia

Amsal Bakhtiar. 2009. Filsafat Agama. Jakarta: Rajawali Pers

Edwards, Rem Blanchard. 1972. Reason and Religion. New Yord: Harcourt Brace Jovanovich

Indriaty Ismail. 2003. Falsafah Agama. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

http://www.encyclopedia.com/ html/11/logical.asp

http://www.hnu.edu.ph/main/publication/kinaadman/1180307/118030713.pdf

http://legacy.lclark.edu/~jay/A%20J%20Ayer.pdf

Anda mungkin juga menyukai