Anda di halaman 1dari 1

SURESH A/L VENGADASALAM PJMS 3

TUGASAN K1

1. 1) Penguncupan isometrik

Penguncupan isometric berlaku apabila tiada perubahan pada panjang atau saiz otot semasa
melakukan aktiviti. Jumlah daya otot dapat dihasilkan semasa penguncupan isometric bergantung
kepada panjang otot pada titik penguncupan. Setiap otot mempunyai panjang optimum di mana daya
isometric maksimum boleh dihasilkan. Aktiviti menolak dinding dengan siku bengkok. Dinding tidak
bergerak tetapiotot triseps brakii menguncup dan menghasilkan daya.

2) Penguncupan Isotonik

Penguncupan isotonic ialah penguncupan yang menyebabkan otot berubah kepanjangan kerana
penguncupan ini menghasilkan pergerakan pada bahagian badan. Penguncupan bisep semasa
mengangkat dumbbell .Penguncupan esentrik melibatkan pemanjangan fiber otot

3) Penguncupan Isokenatik

Secara asasnya penguncupan isokinetic adalah sama dengan isotonic. Konsep perubahan pada
tahap kepanjangan otot semasa penguncupan adalah sama bagi kedua-dua kategori penguncupan.
Perbezaannya ialah penguncupan isokinetic menghasilkan pergerakan pada kelajuan malar/konsisten..
Contoh : Pengunaan mesin Multi-gym.

2. Terdapat tiga jenis otot iaitu otot tulang rangka, otot jantung dan otot licin. Otot tulang rangka
terdapat di bahagian tulang dan ia melekat pada tulang ataupun kulit. Selnya berbentuk silinder dan
panjang. Kelajuan penguncupannya adalah perlahan ke cepat. Seterusnya, bagi otot janung ia terdapat
di bahagian jantung. Selnya berbentuk cabang dan berjalur. Kelajuan penguncupan adalah perlahan.
Akhir sekali, otot licin pula terdapat di bahagian dinding perut dan pundi kencing. Selnya berbentuk
tunggal dan tidak berjalur. Kelajuan penguncupan adalah sangat perlahan.

3.

Reseptor sentuh – peka pada sentuhan ringan atau tekanan ringan. Mengenal pasti tekstur
sesuatu objek.

Reseptor tekanan – Peka pada kesejukan. Mengesan penurunan suhu.

Reseptor panas – Peka kepada haba. Mengesan kenaikan suhu.

Reseptor sejuk – Peka pada kesejukan. Mengesan penurunan suhu.

Reseptor sakit – peka pada kesakitan

Anda mungkin juga menyukai