Anda di halaman 1dari 3

Kehidupan di zaman sekarang bahkan dipenuhi dengan penemuan teknologi secara

kerap sehingga manusia mencapai suatu tahap yang dikenali dengan istilah modern.
Perkembangan teknologi yang kita ada juga semakin canggih dan berbentuk mengikut
keperluan semasa ke semasa. Dalam pada itu, pendidikan merupakan salah satu aspek yang
penting dalam zaman yang kian modern ini. Oleh itu,bagi menguasai aspek tersebut kemahiran
belajar telah menjadi unsur yang mendorongnya. Kemahiran belajar amat penting bagi
menjamin seseorang individu dapat belajar dengan lebih cekap dan mengetahui cara yang betul
untuk mendapatkan ilmu dengan cara yang effektif. Jelas sekali, kita memerlukan strategi yang
boleh berfikir secara sistematik, berpandangan jauh dan dapat meyelesaikan masalah semasa
menggunakan kemahiran belajar kita. Alat - alat berfikir yang selalu digunakan ialah alat yang
diperkenalkan oleh Dr. Edward de Bono melalui Pelajaran Berfikir CoRT 1. Pada masa yang
sama, perkara ini dapat disempurnakan dengan adanya sumber -sumber maklumat yang
relevan, sahih dan tepat. Secara tuntasnya, kemahiran belajar dapat ditingkatkan dengan
adanya sumber maklumat yang tertentu dan mengaplikasikan alat fikir CoRT 1 yang berkaitan
denganya pada zaman parca modern sekarang.

Seperti yang sedia maklum, seseorang individu harus menambahbaikkan kemahiran


belajarnya bagi mendapatkan pendidikan dengan lebih effektif pada zaman sekarang. Oleh itu,
kita perlu memilih sumber maklumat yang tepat dan relevan bagi menimba ilmu dengan mudah
dan effektif. Sumber maklumat adalah satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan
bertujuan untuk membantu proses pembelajaran seseorang pelajar. Sumber maklumat juga
berkesan sebagai bahan bantu untuk mengajar. Oleh yang demikian, saya ingin memilih media
tiga dimensi dan media elektronik sebagai sumber maklumat yang berpotensi untuk
meningkatkan kemahiran belajar saya.

Media tiga dimensi adalah sekelompok media tanpa proyeksi yang pengajiannnya
secara visual tiga dimensional. Media tampilannya dapat diamati dari sudut pandangan mana
saja dan mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Kelompok media ini boleh berada
dalam bentuk benda asli baik hidup ataupun mati dan juga sebagai tiruan bagi benda aslinya.
Model tiga dimensi dapat dibedakan menjadi beberapa jenis seperti model padat dan model
kerja. Model padat memperlibatkan bahagian permukaan luar dari pada objek dan sering kali
membuang bahagian - bahagian yang membingungkan gagasan - gagasan utamanya dari
bentuk, warna dan susunannya. Contohnya, boneka untuk kelas anatomi manusia, haiwan dan
tumbuh - tumbuhan. Dengan adanya boneka manusia di kelas anatomi, pelajar dapat menimba
ilmu dengan lebih mudah. Mereka berpeluang untuk mendapat gambaran yang lebih jelas dan
mereka akan lebih memahami pelajaran yang mereka belajar. Mereka juga berupaya untuk
melakukan kegiatan membuat model yang sangat bermanfaat dalam mengembangkan konsep
realisme bagi diri sendiri. Kemahiran belajar juga dapat dikembangkan dengan lebih berkesan
dengan mengunakan sumber maklumat media tiga dimensi ini.

Seterusnya, media elektronik pula adalah saluran elektronik atau saluran komunikasi
yang berupa atau menggunakan alat - alat elektronik moden seperti audio visual, komputer dan
video. Sumber maklumat ini mampu memudahkan proses pencarian maklumat dan proses
pengajaran untuk berjalan secara mudah dan cepat. Media elektronik juga merupakan salah
satu teknolgi yang mampu memenuhi keperluan semasa dalam bidang pendidikan. Sebagai
contoh, kita boleh menimba ilmu dengan menonton youtube dengan adanya akses internet.
Seterusnya, bahan - bahan pelajaran lebih mudah dan banyak yang sedia ada untuk diterokai
dalam internet. Secara tidak langsung, kemahiran belajar lebih mudah berkembang melalui
kaedah mengakses maklumat dengan media elektronik.

Selain daripada mengakses sumber maklumat yang tertentu, kita juga perlu mahir dalam
cara berfikir secara meluas merujuk sumber maklumat. Disinilah alat berfikir CoRT 1
berperanan untuk mencapai matlamat tersebut. Kognitif kita dapat ditingkatkan dan persepsi
seseorang tentang sesuatu idea dapat diluaskan. Pada masa yang sama, kita dapat membuat
keputusan dan meyelesaikan masalah yang dihadapi. Dalam pada itu, saya menggunakan PMI
( PLUS , MINUS, INTERESTING ) ( BAIK, BURUK, MENARIK ) agar dapat meluaskan fikiran,
elakkan reaksi beremosi dan menggembangkan idea. PMI terdiri daripada PLUS, MINUS dan
INTERESTING. PLUS merupakan perkara yang difikirkan baik bagi sesuatu idea. MINUS pula
merupakan perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea. Manakala INTERESTING
adalah perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi menarik tentang sesuatu idea.
Ketiga - tiga aspek ini amat penting bagi alatan pemikiran PMI dalam CoRT 1 apabila
diaplikasikan untuk menganalisis maklumat dari sumber yang tertentu, terutamanya media tiga
dimensi dan media elektronik.

Dalam media tiga dimensi, PLUS adalah pelajaran dapat difokuskan pada bahagian -
bahagian yang penting sahaja. Seterusnya, pelajar mampu mendapat pengalaman dan
gambaran yang konkrit. Oleh itu, mereka akan lebih memahami mengenai pelajaran dengan
lebih dalam. Konsep realisme seseorang yang belajar menggunakan media tiga dimensi ini juga
akan lebih berkembang. Bagi MINUS, ia akan mengambil kos yang tinggi untuk
mendapatkannya. Kedua, sumber ini juga bukan senang untuk dperolehi. Ketiga,
penyimpananya memerlukan ruangan yang besar dan perawatannya agak rumit. Sebagai
contoh, boneka anatomi manusia memerlukan penjagaan yang baik dan tempat yang luas
untuk disimpan. Selain itu, INTERESTING bagi sumber maklumat ini ialah pelajar akan lebih
berminat untuk menggunakan sebarang apparatus ataupun boneka yang disediakan untuk
tujuan pembelajaran mereka. Mereka akan lebih memberi tumpuan atas pelajaran dan senang
memperoleh dan memahami ilmu daripadanya. Alat - alat yang digunakan juga akan berfungsi
untuk memperoleh keputusan yang terbaik semasa pembelajaran dijalankan menggunakanya.

Media elektronik pula mempunyai PLUS tersendirinya iaitu memudahkan proses


pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, ia dapat menjimatkan kos masa kerana maklumat
yang kita perlu boleh kita akses dengan hujung jari kita dari masa ke semasa dengan adanya
internet. Selain itu, proses pembelajaran dapat diadakan dengan pelbagai kaedah dan mudah
untuk diajar. Contohnya, mengajar menggunakan youtube untuk demonstrasikan cara berlari
acara lari pecut dalam pendidikan jasmani. Perkara ini mampu memberi gambaran yang jelas
kepada pelajar mengenai pelajaran tersebut. MINUS adalah, memerlukan kos yang banyak
untuk membeli peranti - peranti tertentu. Apabila menggunakan internet, kos pembelian internet
juga diambil kira. Selain itu, ada sesetengah individu yang tidak berupaya untuk menggunakan
kaedah ini atas faktor seperti tempat yang tidak lengkap dengan kemudahan tertentu. Akhir
sekali, untuk INTERESTING kita boleh meneroka pelbagai maklumat dalam bentuk yang
berbeza. Contohnya, dalam segi video, audio dan slide. Perkara ini juga mampu menarik minat
pelajar untuk mengakses maklumat daripadanya atas faktor kecangihan dan keunikan
tersendirnya.

Kesimpulanya, sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan adanya sumber maklumat
yang releven seperti media tiga dimensi dan media elektronik bersama dengan alatan fikiran
CoRT 1 seperti PMI kemahiran belajar seseorang individu dapat berkembang dan ditingkatkan.
Ia juga mampu memberi kesedaran bahawa terdapat cara yang sistematik dan berkesan bagi
memilih sumber maklumat dan mengoptimumkannya sekaligus. Dengan ini kemahiran belajar
seseorang individu akan lebih menambah baik dan individu tersebut mampu meneroka
pelajaran dengan perspektif yang berbeza dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai