Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR: JUWIDAH BINTI JOHARI

PROGRAM: PISMP AMBILAN JUN 2014

NAMA SEKOLAH: SK DESA PETALING

NAMA PROJEK/AKTIVITI: MINI CAMPING

TEMPOH PELAKSANAAN: 8.00 AM-12.00 PM

TARIKH: 5 MAC 2018

OBJEKTIF:

1) Membantu murid menguasai kemahiran sosial.

2) Membantu meningkatkan kemahiran fizikal murid prasekolah.

3) Memupuk semangat kerjasama dikalangan murid prasekolah.

STRATEGI PELAKSANAAN:

1) Guru pelatih berbincangan bersama guru pembimbing mengenai projek prasekolah.

2) Menyiapkan kertas kerja dan memohon kebenaran daripada guru besar.

3) Menyediakan peralatan dan barang yang perlukan semasa aktiviti dilaksanakan.

REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek/Aktiviti:

Setelah selesai menjalankan projek mini camping,saya dapati terdapat banyak kekuatan di
dalam projek ini sehingga ia dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Diantara kekuatannya
ialah kebolehan saya dalam mengendalikan aktiviti bersama-sama murid-murid dan rakan-
rakan guru. Dengan itu, saya boleh menambhkan ilmu pengetahuan dalam pengendalian
sesuatu aktiviti serta dapat menjalankan dengan baik satu aktiviti tahunan yang penting.
Selain daripada itu, saya juga dapat mengenali secara mendalam tentang guru-guru, guru
besar,para pentadbir dan pekerja di sekolah ini amat bekerjasama dan memberi komitmen
yang amat baik dalam menjayakan projek ini. Ahli jawatankuasa yang dilantik telah
melaksanakan tugas mereka dngan baik. Tugas-tugas yang diberikan dapat dilaksanakan
dengan baik sekali kerana kesemua guru yang terdapat di sekolah ini mempunyai
kemahiran yang tertentu dalam bidang masing-masing. Daripada tugas persiapan tempat
hinggalah ke disiplin murid dapat dikawal dengan begitu baik.

Kekuatan projek ini yang seterusnya ialah dengan adanya pertandingan membuat sandwich
seperti ini ia akan melahirkan murid yang berani dan yakin pada diri sendiri dengan tindakan
mereka. Bukan mudah untuk membina keyakinan diri. Dengan adanya pertandingan seperti
ini sudah tentu akan memberi ruang kepada murid untuk menampilkan diri di hadapan
khalayak ramai dan secara tidak langsungnya akan membina keyakinan diri murid tersebut
ketika itu dan seterusnya pada masa akan datang.

Melalui projek ini saya juga dapat mengenalpasti terdapat ramai murid prasekolah ini yang
berbakat di dalam suatu pertandingan menghias sandwich.Ini mungkin adalah kerana
mereka ini sering didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh para guru yang
dijalankan pada waktu pengajaran dan pembelajaran.

2) KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI:

Walaupun projek ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya, namun ia juga terdapat
beberapa kelemahan yang harus diperbaiki. Antaranya ialah dari segi tempat perkhemahan
pada waktu 11.00 pagi cuaca semakin panas. Mereka pula kurang selesa dan mula bising.
Keadaan ini juga telah mengurangkan keselesaan dalam kalangan murid-murid terpaksa
duduk dibawah pokok. Kelemahan yang terakhir ialah murid tidak dapat mengikut arahan
guru semasa melakaukan aktiviti ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

Untuk mengatasi kelemahan- kelemahan tersebut pertamanya pemberian masa yang


mencukupi untuk latihan perlukan dititikberatkan supaya mereka betul-betul bersedia dalam
pertandingan tersebut dan secara langsungnya akan memberi saingan yang sengit dalam
pertandingan akan datang.Para murid juga juga harus berusaha sendiri demi mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang dan bukannya hanya bergantung pada guru semata-mata.
KESIMPULAN:

Kesimpulannya,pada keseluruhan projek boleh dikatakan amat berjaya walaupun terdapat


serba sedikit kelemahan yang dianggap masih boleh dipertingkatkan lagi. Projek ini telah
banyak memberi manfaat kepada saya serta semua murid prasekolah di sekolah ini. Ada
yang merupakan kali pertama terlibat melakukan aktiviti ini dan ini sudah tentu akan
memberi satu kenangan yang tidak dapat lupakan sepanjang hayat mereka. Melalui aktiviti
ini, murid dapat meningkatkan kemahiran sosial dalam kalangan murid. Projek ini
mendedahkan cara-cara memasang khemah dan juga memasak. Justerunya, murid-murid
dapat pengalaman yang baru.
LAPORAN PROJEK AKTIVITI MINI CAMPING PRASEKOLAH

SK DESA PETALING

Pada 5 Mac 2018, merupakan hari perlaksanaan projek intership iaitu mini camping.
Mini camping dilaksanakan di belakang prasekolah Sk Desa Petaling. Mini camping
ini melibatkan murid prasekolah dalam menjayakan aktiviti ini. Mini camping,
Sekolah Kebangsaan Desa Petaling merupakan salah satu aktiviti tahunan yang
penting di prasekolah ini. Antara aktiviti seperti memasak, mencari kayu api dan
memasang khemah adalah aktviti yang utama telah dijalankan. Salah satu
pertandingan yang telah dianjurkan ialah pertandingan membuat sandwich dan
menghias sandwich ini telah dijalankan mengikut kumpulan.

Aktiviti ini telah dianjurkan oleh pihak prasekolah dan saya merupakan pengelola
mini camping tersebut. Ini merupakan salah satu aktiviti projek yang perlu
dilaksanakan oleh guru pelatih semasa program internship. Pertandingan ini terbuka
kepada semua murid prasekolah sahaja dari sekolah ini.

Sebelum memulakan program atau aktiviti ini, saya mendapatkan pandangan


daripada mentor mengenai cadangan mengadakan program ini. Saya membuat
kertas kerja sebagai prosedur yang telah ditetapkan dalam menjalankan sesuatu
aktiviti. Setelah mendapat persetujuan dan kertas kerja diluluskan, saya mula
mengadakan perbincangan bersama mentor saya. Antara perkara yang bincangkan,
ialah:

1) Peralatan yang diperlukan seperti( Khemah, pisau, barang makanan)


2) Pertandingan yag ingin dijalankan
3) Kos perlaksanaan projek

Dalam perbincangan telah dibincangkan tentang pertandingan yang akan dijalankan


dan sesuai untuk murid prasekolah. Pada peringkat ini, saya bekerjasama dengan
mentor dalam memberi idea dan pendapat mengenai aktiviti yang akan dijalankan.

Pada hari kejadian, ketibaan murid disambut oleh guru-guru dan juga pembantu
murid. Tepat pada pukul 8 pagi murid-murid diberikan sarapan pagi. Setelah siap
sarapan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Antaranya, kumpulan
mencari kayu api, kumpulan memasak dan kumpulan memasang khemah. Murid
mengikut arahan dan serta melaksanakan aktiviti berdasarkan kumpulan ynag
diberikan.

Setelah tamat aktiviti murid diminta makan dan selesai makan. Murid berkumpul
supaya acara penyampaian hadiah dapat diadakan. Hadiah telah disampaikan oleh
guru besar kepada murid-murid. Selepas selesai sesi menyampaikan hadiah, murid
diminta mengemas, membasuh pinggan dan membuka semula khemah. Justerunya,
aktiviti mini camping dijalankan dengan sempurna mengikut yang dirancangkan.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

(CIK JUWIDAH BINTI JOHARI) (PN.SHARIFAH NOR AINI BT SAYED


ZAIN)
GAMBAR DIBAWAH MENUNJUKKAN SEMASA PROJEK DIJALANKAN

Anda mungkin juga menyukai