Anda di halaman 1dari 8

ASAL USUL BAJU MELAYU FALSAFAH BAJU MELAYU (TRADISIONAL)

Setiap sesuatu bermula dengan langkah pertama. Berbaju Melayu misalnya


dimulakan sekitar 700 tahun dulu dan dipercayai diperkenalkan pada zaman empayar
Melaka oleh Sultan Muhammad Syah serta kaya dengan falsafah dalam berbusana.
Sultan Muhammad Syah ketika itu mahukan orang Melayu berbaju khusus bagi
menampilkan mereka sebagai bangsa yang mempunyai jati diri sekalipun alam
berpakaian, bukannya berbaju 'atas angin' seperti pakaian pedagang Arab atau India
zaman itu. Timbalan Dekan Pengajian Siswazah, Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli
Saludin ketika dihubungi menjelaskan, baju Melayu pada zaman Melaka awalnya dipakai
singkat dan sendat seperti baju pesilat. Bagaimanapun, rekaan baju Melayu ini
mengalami evolusi dan diubahsuai atas persetujuan sultan. Dari berbaju sendat dan
seluar singkat, bajunya menjadi sedikit longgar dan labuh. Seperti kehendak Sultan
Muhammad, pemakaian baju Melayu oleh orang lelaki bukan sekadar menutup aurat,
tetapi lambang identiti bangsa.

Cara penggayaan baju Melayu juga sebenarnya mengandungi falsafah tersendiri.


Orang Melayu sangat berhemah apabila bertutur kata dan perlakuan mereka, malahan
pemakaian membawa makna tersendiri. Secara tidak langsung orang Melayu mendidik
generasi muda melalui pemakaian. Baju Melayu ada dua rekaan iaitu cekak musang dan
baju teluk belanga. Baju Melayu cekak musang butangnya lima, teluk belanga pula
butangnya satu dan membawa falsafahnya sendiri. Berbutang lima merujuk kepada lima
rukun Islam dengan dua butang di atas bermaksud, mengucap dua kalimah syahadah
dan sembahyang lima waktu. Baju Melayu Cekak Musang selebihnya diwakili tiga
butang di bawah. Jika kita buang dua butang dan hanya pakai tiga, falsafah di sebalik
menegakkan rukun Islam itu tidak tercapai. Malah, ada teromba mengenai pentingnya
pamakaian lima butang baju ini; "cekak musang berbutang lima lima rukun di dalamnya
lima petua dibawanya lima tiang ditegakkan." Pemakaian satu butang untuk teluk
belanga bermaksud Tuhan Yang Esa seperti dinyatakan dalam teromba yang berbunyi;
"teluk belanga berbutang tunggal tunggal satu tuhan yang disembah tunggal tidak dapat
dianjak alih tunggal tidak dapat dibelah." Tiga kocek pula merujuk kepada Iman, Ihsan,
Islam. Baju Melayu Teluk Belanga Sungguh pun demikian, ada juga pandangan lain
mengatakan, butang baju Melayu sebenarnya ada tujuh dan jenis ini dipakai oleh
golongan.

1/7
BAJU MELAYU

BAJU MELAYU BAJU TELUK BELANGA

Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya
terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak
Musang. Baju Melayu Teluk Belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia
sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan
tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut. Terdapat berbagai
bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya. Baju
ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan
juga bagi menunaikan Sembahyang Jumaat. Selain itu ia juga amat sesuai dipakai pada
Hari Raya dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakai Baju Melayu kelihatan lebih berseri
apabila ia mengenakan samping dan songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-
kendara dan Sembahyang Jumaat, ia dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun
sutera.

2/7
BAJU MELAYU TELUK BELANGA

Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas
sebagai ciri k has Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian
lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk
meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru.
Walaubagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga
disebut selengkapnya 'Baju Melayu'. Baju ini merupakan baju yang longgar dan selesa
dipakai oleh golongan dewasa.

CIRI CIRI BAJU MELAYU TELUK BELANGA

Pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar, baju ini telah dihasilkan dalam
bentuk yang longgar dan agak labuh hingga ke tengah betis. Selain itu, ia mempunyai
pesak yang kembang di kiri dan kanan badan. Penggunaan kekek gantung di bahagian
ketiak dengan lengan baju yang longgar dan lebar anggaran sejengkal. Berdasarkan ciri-
ciri baju ini ia mementingkan keselesaan si pemakainya. Baju Melayu dijahit dalam dua
cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil potongan Cina. Di mana lengan
baju tersebut disambungkan kepada badan baju. Iaitu secara di sambung terus atau di
jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

3/7
BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk 'cekak'
tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami
untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan
oleh lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk 'cekak'
tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami
untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan
oleh lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini
mula dipakai di Johor ketika Pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

CIRI CIRI BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

4/7
Baju Kurung Cekak Musang adalah sama dengan Baju Kurung Teluk Belanga
kecuali pada bahagian lehernya. Leher baju kurung cekak musang ada kolar. Kolar
tersebut hanya selebar satu jari dan kedudukannya menegak. Pada bahagian hadapan
kolar ada bukaanpanjang yang berkancing. Biasanya ada
satu kancing pada kolar dan dua atau tiga lagi kancing
pada bukaannya. Butang emas atau emas berbatu
permata digunakan sebagai pengancingnya. Kancing
yang paling terkenal ialah kancing emas yang dipanggil
garam sebuku dan kancing berbatu permata yang
dikenali sebagai kunang kunang.

Baju melayu cekak musang

PERHIASAN DIRI MASYARAKAT MELAYU

Pengenalan

Barang perhiasan merupakan pelengkap dan penyeri kepada si pemakai tidak


kira lelaki mahupun wanita. Barang perhiasan bagi lelaki adalah seperti tali pinggang
besar (seperti tali pinggang jemaah haji), jam gantung, tongkat, cincin dan lain-lain.
Manakala bagi wanita pula, barangan perhiasannya kebanyakan diperbuat daripada
emas ataupun perak seperti gelang, cincin, rantai, subang, cucuk sanggul, kerongsang
dan sebagainya.

Sejak zaman pemerintahan Melayu lama lagi, pakaian dan perhiasan diri
dianggap sebagai lambang atau kedudukan di dalam sesebuah masyarakat Melayu.
Namun pada hari ini, tanggapan tentang lambang atau kekuasaan seseorang tidak lagi
diambil kira kerana semua golongan mampu untuk memiliki barang perhiasan diri
mengikut citarasa dan perkembangan terkini. Barang perhiasan kerapkali dipakai oleh

5/7
wanita ketika menghadiri majlis-majlis yang tertentu seperti majlis perkahwinan dan
sebagainya.

Barang Hiasan

Barang perhiasan yang sering dikaitkan dengan wanita lazimnya diperbuat


daripada emas atau perak. Selain itu, terdapat juga barang perhiasan yang diperbuat
daripada tembaga. Terdapat pelbagai reka bentuk dan corak yang menghiasi barang
perhiasan tersebut. Pada zaman dahulu tukang emas atau perak biasanya memilih
corak yang berunsur flora dan fauna (motif tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan
binatang). Masyarakat pada zaman dahulu sangat akrab dengan alam semula jadi maka
dengan itu, kebanyakan bentuk dan corak yang terdapat pada barang perhiasan wanita
memiliki ciri-ciri alam.

Reka bentuk dan corak untuk menghasilkan barang perhiasan adalah sangat
penting. Hal ini kerana ukiran tersebut melambangkan nilai dan maksud yang tertentu.
Tukang emas/perak/tembaga Melayu pada zaman dahulu lebih gemar memilih motif
bunga-bungaan tumbuh-tumbuhan. Hal ini kerana reka bentuk dan corak pada barang
perhiasan secara tidak langsung dapat membezakan hasil pertukangan masyarakat
Melayu dengan masyarakat yang lain. Di samping itu ukiran ini juga dapat menerangkan
sejarah dan perkembangan seni pembuatannya.

Pending

6/7
Pending ialah pengancing tali pinggang atau kepala tali pinggang yang direka dan
dihias indah dengan berbagai-bagai motif. Pending biasanya dipakai oleh kaum lelaki
dan wanita Melayu sebagai pakaian istiadat. Kaum lelaki menggunakannya untuk
mengikat kain dan samping manakala kaum wanita pula, terutamanya di Kelantan,
memakai pakaian yang popular Cik Siti Wan Kembang, seorang pemerintah wanita yang
terkenal dalam kurun ke-15 yang turut memakai pending. Boleh dikatakan kebanyakan
daripada pending yang ditemui pada masa ini adalah yang berbentuk bujur seperti mata
manusia, bulat, segi empat dan sebagainya. Pending yang dipakai oleh pembesar-
pembesar Melayu dan raja yang memerintah dibentuk dengan menggunakan emas atau
suasa. Namun demikian ada juga yang diperbuat daripada perak sahaja atau tembaga
yang bercutam

KESIMPULAN

Pada umumnya, adat resam budaya yang kita bina sejak berabad lama perlu
dikekalkan dan dipelihara untuk kesinambungan generasi akan datang. Masyarakat
Melayu menitik beratkan keperibadian luhur dan murni, serta dibekalkan dengan pakaian
tradisi untuk melindungi anggota badan. Justeru itu, perkara ini perlu diteruskan sebagai
satu usaha memelihara pakaian tradisional masyarakat Melayu agar terus dikenali
sejajar dengan perkembangan dunia fesyen tanah air. Kepelbagaian kaum dan etnik di
Malaysia telah menjadikan negara kita kaya dengan dengan pelbagai jenis pakaian

7/7
mengikut kaum. Kepelbagaian ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.
Namun, pengaruh pemakaian barat mula menghakis adat pakaian tradisional kita. Oleh
itu, sebagai seorang rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab penuh untuk
mempertahankan keunikan adat pakaian di negara kita yang telah diwarisi sejak turun
temurun lagi.

Sebenarnya, pakaian tradisional mempunyai makna tersirat positif yang ingin


disampaikan oleh nenek moyang kita. Namun begitu, jajahan budaya barat telah
mengancam tradisi-tradisi ini. Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan
budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Budaya tradisional
juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai
tradisional yang murni. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam
turut merayakan bersama-sama. Oleh sedemikian, generasi muda zaman ini haruslah
sedar terhadap kepentingan budaya dan adat. Bagaikan kacang jangan lupakan kulit.
Walaupun persaingan dunia peragaan dan busana telah berkembang pesat, tetapi
permintaan terhadap pakaian tradisional Melayu masih mendapat tempat di hati
masyarakat kita. Ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi “Tak lekang
dek panas dan Tak lapok dek hujan”. Semoga kegemilangan pakaian tradisional Melayu
akan terus terpelihara dan berterusan dari satu generasi ke generasi akan datang.

8/7

Anda mungkin juga menyukai