Anda di halaman 1dari 10

by wawa zainal

PERJANJIAN SEBAGAI WAKIL PENGEDAR


PRODUK KELUARAN WAWA COSMETIC
(FORMELY KNOWN AS RESPECTED CITIZEN SDN
BHD)
1290326-D
PERJANJIAN SEBAGAI MASTER STOKIS / STOKIS / AGEN /MINI AGEN

DIANTARA

RESPECTED CITIZEN SDN BHD (1290326-D)


(WAWA COSMETICS)

DAN

NAMA :
…………………………………………………………………………….
NO.KAD PENGENALAN :
…………………………………………………………………………….

BERTARIKH PADA: ……………………………………

Wawa Cosmetics
No.18, Jalan Kayu Manis 2,
Kayu Manis Garden Villas
43000 Kajang, Selangor
1. KETERANGAN

Dengan ini, di persetujui bahawa (nama Master Stokis / Stokis/ Agen / Mini Agen

………………………………………………………………………menjadi wakil pengurusan RESPECTED


CITIZEN SDN BHD. No kad pengenalan……………………………………… yang beralamat di

………………………………………...
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………… sebagai ahli Master


Stokis /Stokis/ Agen /Mini Agen produk keluaran WAWA COSMETIC(formerly known

as RESPECTED CITIZEN SDN BHD). Perlantikan ini adalah termaktub kepada terma
dan syarat Perjanjian Master Stokis / Stokis / Agen / Mini Agen seperti di lampiran 1.

Butiran perlantikan adalah seperti berikut: -

Nama Ahli

No Kad pengenalan No Pendaftaran Ahli

Tarikh Daftar

Tarikh tamat keahlian

PERAKUAN AHLI MASTER STOKIS / STOKIS / AGEN /MINI AGEN

Saya,…………………………………………………………no kad pengenalan……………………………………..Dengan


ini bersetuju dengan perlantikan Master Stokis / Stokis / Agen /Mini Agen bagi produk
keluaran RESPECTED CITIZEN SDN BHD dibawah label WAWA COSMETICS.

Saya juga bersetuju / tidak bersetuju dengan butiran di atas, dan mengakui kesemua
butiran di berikan adalah tepat dan benar.

Saya juga bersetuju / tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang di nyatakan di dalam
perjanjian Master Stokis / Stokis / Agen /Mini Agen seperti yang tentera di dalam
lampiran

LAMPIRAN 1

PERJANJIAN SEBAGAI STOKIS / AGEN /MINI AGEN / DROPSHIP PRODUK KELUARAN


RESPECTED CITIZEN SDN BHD DIBAWAH PENJENAMAAN WAWA COSMETIC

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNJAWAB RESPECTED CITIZEN SDN BHD

PENGELUARAN PRODUK
1. RESPECTED CITIZEN SDN BHD bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengeluaran
dan pengedaran produk keluarannya.
2. RESPECTED CITIZEN SDN BHD bertanggunjawab terhadap hal ehwal perlesenan dan
kelulusan produk sebelum memasuki pasaran.
3. RESPECTED CITIZEN SDN BHD bertanggunjawab menyediakan jumlah pengeluaran
dan pengedaran mengikut pesanan dan tempoh pesanan.
4. Produk yang di keluarkan adalah dalam bentuk sedia untuk pasaran tanpa perlu
pembungkusan atau lebel tambahan.
5. WAWA Cosmetic adalah hak milik mutlak syarikat RESPECTED CITIZEN SDN BHD

PEMASARAN
1. RESPECTED CITIZEN SDN BHD bertanggungjawab terhadap aktiviti pemasaran
termasuk iklan, media elektronik, media cetak dan social media.
2. RESPECTED CITIZEN SDN BHD juga bertanggungjawab terhadap penjenamaan
produk.
3. RESPECTED CITIZEN SDN BHD juga berhak menentukan jenis promosi dan harga
promosi yang dipikirkan sesuai untuk satu satu tempoh masa.

PROGRAM KEAHLIAN
1. RESPECTED CITIZEN SDN BHD menganjurkan satu sistem keahlian dengan tujuan
untuk memberi peluang kepada individu untuk terlibat di dalam aktiviti jualan produk
dan mendapat keuntungan daripada aktiviti tersebut.
2. RESPECTED CITIZEN SDN BHD mempunyai kuasa mutlak terhadap struktur, peraturan
dan syarat serta kebaikan program keahlian yang dianjurkan.
3. RESPECTED CITIZEN SDN BHD juga berhak membuat pindaan, penambahbaikan dan
perubahan terhadap program keahlian tanpa perlu mendapatkan persetujuan ahli.
4. RESPECTED CITIZEN SDN BHD berhak menerima, menolak dan membatalkan keahlian
mengikut pertimbagan dan kewajaran program.
5. Pembaharuan keahlian adalah tergantung kepada prestasi ahli. RESPECTED CITIZEN
SDN BHD akan sentiasa memantau prestasi ahli Master Stokis / Stokis / Agen /Mini
Agen melalui system pengurusan ahli Master Stokis / Stokis / Agen /Mini Agen
yang di amalkan.
6. RESPECTED CITIZEN SDN BHD berhak menarik balik dan membatalkan keahlian
sekiranya ahli Master Stokis / Stokis / Agen /Mini Agen melanggar syarat perjanjian.

PEMULANGAN BARANG
1. Pemulangan Barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja.
2. Anda dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian dan memulangkan barangan
yang rosak tersebut sebagai bukti (gambar barang).
3. RESPECTED CITIZEN SDN BHD tidak akan bertanggungjawab untuk barangan yang
rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan
sebagainya.

PERTUKARAN BARANGAN
1. Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja.
2. Barangan berbentuk set yang telah rosak jika telah dibuka dan diasingkan daripada
set tidak boleh ditukar. Sekiranya pihak Master Stokis / Stokis / Agen /Mini Agen
mendapati salah satu barang di dalam set telah rosak, pihak stokis mestilah
mengembalikan set tersebut secara lengkap bukan menghantar barang yang rosak
sahaja.
3. Jumlah nilai barangan pertukaran haruslah tidak melebihi nilai barangan yang ditukar
atau Master Stokis /Stokis/ Agen /Mini Agen mesti membayar nilai lebihan tersebut.
4. Barang yang yang rosak di tangan pihak Master Stokis /Stokis/ Agen /Mini Agen
tidak boleh di kembalikan kepada RESPECTED CITIZEN SDN BHD dan itu, adalah
tanggungjawab pihak Master Stokis /Stokis/ Agen /Mini Agen.
5. Barang-barang keluaran terdahulu dan lama tidak akan di terima oleh RESPECTED
CITIZEN SDN BHD dan ia merupakan tanggungjawab pihak Master Stokis /Stokis /
Agen /Mini Agen untuk menghabiskan stok tersebut.
6. Pihak Master Stokis /Stokis/ Agen /Mini Agen tidak dibenarkan menukar barangan
dengan barangan yang lain walaubagaimanapun pertukaran barangan yang rosak
semasa penghantaran dari Pihak RESPECTED CITIZEN SDN BHD dan ketika sampai
pada pihak Master Stokis/ Stokis/ Agen / Mini Agen masih dibenarkan dengan syarat
tukar dengan barang yang sama.

PEMBAYARAN DAN PESANAN BARANGAN


1. Setiap Master Stokis / Stokis/ Agen /Mini Agen di minta membuat pesanan melalui
application BizApp mengikut user ID yang di berikan.
2. Semua pesanan barangan hanya akan diproses selepas pihak syarikat menerima
bayaran dan hanya melalui BizApp.
3. Pembayaran boleh dibuat secara online menggunakan application BizApp.

PEMASARAN & PENGAWALAN HARGA PASARAN


1. RESPECTED CITIZEN SDN BHD mempunyai Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga
yang akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh Master Stokis / Stokis/ Agen
/Mini Agen .
2. Ahli Master Stokis / Stokis / Agen /Mini Agen wajib mematuhi harga pasaran runcit
(RRP) seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian ini. Ini adalah bagi mengelakkan
manipulasi harga pasaran.
3. Sekiranya RESPECTED CITIZEN SDN BHD menerima laporan tentang sebarang aduan
berkaitan perubahan harga pasaran produk, juruaudit akan dihantar untuk meninjau
keadaan tersebut tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.
4. Sekiranya perkara ini didapati berlaku, RESPECTED CITIZEN SDN BHD berhak
mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status Master Stokis /Stokis /
Agen /Mini Agen berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran &
Pengawalan Harga Syarikat.
5. Master Stokis / Stokis/ Agen /Mini Agen adalah dibenarkan dan digalakkan untuk
berkongsi iklan, matlumat atau apa apa material pemasaran di laman social masing
masing.
6. Master Stokis /Stokis/ Agen /Mini Agen bertanggunjawab terhadap penjenamaan
produk dikalangan pengikut dan pelanggang masing masing bagi meningkatkan
capaian audien.
7. Master Stokis / Stokis / Agen /Mini Agen tidak dibenarkan menawarkan apa apa jenis
promosi dan harga promosi tanpa kelulusan dari pihak RESPECTED CITIZEN SDN
BHD.

TERMA & SYARAT MASTER STOKIS / STOKIS


1. Keuntungan Master Stokis /Stokis/ Agen /Mini Agen adalah berdasarkan Carta yang
dikepilkan bersama Surat Perjanjian ini.
2. Syarat Master Stokis – Re-Stock sekurang kurangnya RM70,000.00 (Tujuh Puluh Ribu
Ringgit) setiap bulan.
3. Syarat Stokis – Re-Stock setiap bulan dengan “MASTER” sekurang kurangnya pada
bulan pertama dan kedua berjumlah RM5,000.00 (Lima Ribu Ringgit) dan bulan
ketiga keatas adalah sebanyak RM9,000.00 (Sembilan Ribu Ringgit).
4. Syarat Master / Stokis – Memberikan ganjaran (reward) kepada Agen di bawah
kumpulan (team) sendiri. (Pilihan) 5% dari keuntungan hasil jualan barangan
kosmetik.
5. Master Stokis / Stokis mestilah memberikan tunjuk ajar atau membimbing kumpulan
(team) yang berada dibawah Agen.
6. Menyediakan bahan Pemasaran (Marketing) kepada team selain mengharapkan
bahan dari pihak RESPECTED CITIZEN SDN BHD. Contohnya flat lay, ig review dan
sebagainya.
7. Master Stokis dilarang sama sekali untuk mengedar serta menjual barangan dari
produk syarikat kosmetik lain. Sekiranya didapati berlaku perlucutan sebagai Master
Stokis dimansuhkan serta merta.
8. Master Stokis / Stokis/Agen / Mini Agen dibenarkan mempromosikan barangan
produk WAWA Cosmetic di dalam Portal Shopee, LAzada serta sesawang online yang
lain dengan mematuhi harga pasaran runcit (RRP) seperti yang dinyatakan di dalam
perjanjian ini.
DISIPLIN DAN SALAH LAKU
1. Setiap Master Stokis /Stokis/ Agen /Mini Agen adalah diingatkan supaya menjual
produk mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan. Master Stokis /Stokis/
Agen /Mini Agen adalah dilarang sama sekali untuk menjual produk samada melebihi
atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.
2. Setiap Master Stokis /Stokis/ Agen /Mini Agen tidak dibenarkan mencampur adukkan
mana-mana barangan kosmetik dengan jenama lain.
3. Sekiranya perkara-perkara di atas ini didapati berlaku, RESPECTED CITIZEN SDN BHD
berhak mengambil tindakan tegas berserta melucutkan status Master Stokis /Stokis/
Agen /Mini Agen tersebut.

PRESTASI
1. Setiap 2 bulan berturut-turut, RESPECTED CITIZEN SDN BHD akan menilai prestasi
jualan Master Stokis/Stokis/ Agent/Mini Agen.
2. Sekiranya prestasi jualan Master Master Stokis/Stokis/ Agent/Mini Agen tidak aktif
atau tidak memuaskan, RESPECTED CITIZEN SDN BHD berhak melantik Master Stokis/
Stokis/Agent/Mini Agen yang baru tanpa merujuk kepada Master Stokis/Stokis
/Agent/Mini Agent yang sedia ada.
3. Agent mestilah mempunyai kesungguhan dan daya usaha untuk melantik lebih ramai
Mini Agent sekaligus dapat meningkatkan prestasi jualan.

INSENTIF
1. Ibu Pejabat akan menilai prestasi jualan Stokis/agent/dropship dan akan
menawarkan Insentif berbentuk barangan atau percutian di dalam atau di luar
negara.
2. Insentif ini adalah bergantung kepada kedudukan kewangan syarikat.
3. Pihak Syarikat berhak mengubah, meminda, menukar dan membatalkan insentif ini
pada bila-bila masa

SEMINAR, BENGKEL DAN KURSUS


1. Setiap Stokis/agent/dropship diwajibkan mengikuti Kursus Asas Pengetahuan
Produk dan menandatangani perjanjian sebelum menjadi Master Stokis/Stokis/
Agent/Mini Agen.
2. Jika gagal memenuhi syarat (a) di atas, Pihak RESPECTED CITIZEN SDN BHD tidak
akan mengiktiraf Master Stokis/Stokis/ Agent tersebut dan berhak untuk mengambil
tindakan undang-undang ke atas Stokis/agent/dropship.
3. Master Stokis/Stokis/Agent disyorkan membeli dan mencuba produk dahulu sebelum
mengikuti kursus.
4. Sekiranya Master Stokis/Stokis/Agent ingin mengadakan sebarang seminar atau
promosi, pihak pengurusan sedia menawarkan khidmat nasihat dan bantuan.
5. Sila maklumkan sebulan sebelum tarikh bengkel atau seminar diadakan.

MEMBEKALKAN KEPADA WAKIL JUALAN YANG TIDAK SAH

1. Pihak Master Stokis/Stokis/Agent/Mini Agen adalah dilarang sama sekali untuk


membekalkan produk kepada mana-mana wakil jualan yang tidak bertauliah atau
tidak sah tanpa merujuk kepada RESPECTED CITIZEN SDN BHD terlebih dahulu
(pemborong).
2. Jika Pihak Master Stokis/Stokis/ Agent/Mini Agen enggan mematuhi peraturan
tersebut, RESPECTED CITIZEN SDN BHD tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
masalah yang akan timbul kepada pihak Stokis/agent/dropship.
3. RESPECTED CITIZEN SDN BHD tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan
tegas termasuk melucutkan status Master Stokis/Stokis/ Agent/Mini Agen jika perkara
ini berlarutan.

PERLUCUTAN STOKIS/AGENTDROPSHIP

1. Sekiranya berlaku perlucutan status Master Stokis/Stokis/Agent/Mini Agen, pihak


RESPECTED CITIZEN SDN BHD TIDAK akan membeli balik semua produk daripada
pihak Master Stokis/Stokis/ Agent/Mini Agen.
2. Selain dari itu, jika pihak Master Stokis/Agent/Mini Agen ingin menamatkan atau
menutup perniagaan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak RESPECTED
CITIZEN SDN BHD juga TIDAK akan membeli balik semua produk daripada pihak
Stokis/agent/dropship.
3. Bagi penamatan atau perlucutan secara sukarela Master Stokis/Stokis/Agent/Mini
Agen perlu memaklumkan pada RESPECTED CITIZEN SDN BHD bagi melupuskan
serta menamatkan kontrak perjanjian.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………….

PERJANJIAN AKUR JANJI PRODUK RESPECTED CITIZEN SDN BHD

Dengan ini saya……………………………………………………………………………………………..berjanji,


sebagai Master Stokis /Stokis/ Agent/Mini Agen , Saya akan menjaga amanah mengikut
harga yang telah ditetapkan dari pihak RESPECTED CITIZEN SDN BHD , jumlah harga
Produk dibawah label WAWA COSMETICs adalah selaras dijual secara offline mahu pun
online.

 Persetujuan*

Saya telah membaca dan memahami semua syarat, peraturan dan polisi RESPECTED
CITIZEN SDN BHD yang termaktub didalam perjanjian ini. Saya mengaku dan bersetuju
untuk mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat dan sekiranya
saya melanggar syarat, peraturan dan polisi syarikat, RESPECTED CITIZEN SDN BHD
berhak mengambil sebarang tindakan dan undang-undang yang dirasakan perlu serta
melucutkan taraf Master Stokis/Stokis/ agent / Mini Agent/dropship saya.

Tandatangan Tandatangan Pihak Yang Terlibat

………………………………….. ………………………………………………….
RESPECTED CITIZEN SDN BHD
Nama: Nama:
No I/C: No I/C:
No HP: No HP:

PERJANJIAN INI MESTI/WAJIB HANTAR SEMULA KEPADA PIHAKRESPECTED CITIZEN SDN BHD MELALUI MASTER STOKIS / STOKIS /AGEN /MINI AGEN BAGI

MEMUDAHKAN PIHAK HQ UNTUK MENGESAN MASALAH YANG TIMBUL DI MASA YANG AKAN DATANG .

Anda mungkin juga menyukai