Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH PENDIDIKAN

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


SARJANA PENDIDIKAN BINAAN BANGUNAN

SEMESTER 3

SHPE1102-01 AMALAN KETUKANGAN KAYU


(WOODWORKING PRACTICES)

LAPORAN PROJEK : TANGGAM BAJANG TUNGGAL

NAMA PELAJAR NURUL ANISYAHIRA BINTI KHALID

NO. MATRIK A20HP0215

NAMA PENSYARAH DR. MUHAMAD AFZAMIMAN BIN ARIPIN

EMEL PELAJAR nurulanisyahira@graduate.utm.my


ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 3
2.0 LANGKAH KESELAMATAN DI BENGKEL 4
3.0 ALATAN DAN BAHAN
3.1 BAHAN YANG DIBEKALKAN 5-7
3.2 ALATAN BAGI KEMASAN

4.0 PENGENDALIAN MESIN 8


5.0 LANGKAH KERJA 9 - 11
6.0 REFLEKSI 12

2
1.0 PENGENALAN

Pembinaan tanggam lekap banjang ini mempunyai satu pin pada hujung kayu yang
pertama dan soket pada hujung kayu yang kedua. Ia merupakan tanggam siku yang
paling kuat, pin ini dibuat menyerupai bentuk ekor burung. Curam pada tepi bajang
biasanya dibuat mengikut kadar 1:6. Tanggam ini digunakan untuk pembinaan
rangka kayu dan juga bagi tanggam pemidang. Tambahan pula tanggam ini
kegunaannya sama dengan tanggam lekap T tetapi lebih kuat untuk menahan tarikan
dari sebelah luar.

Berikut adalah tugasan amali secara individu yang perlu dilakukan oleh pelajar di
bengkel kayu pada minggu yang ke-9.

3
2.0 KESELAMATAN DI BENGKEL
Dalam melakukan pembuatan tanggam Bajang Tunggal ini, aspek keselamatan
amatlah menjadi keutamaan yang harus dipatuhi apabila melakukan projek. Punca-
punca yang boleh berlakunya kemalangan haruslah dielakkan dengan memastikan
alatan yang digunakan, kawasan dan pemakaian tidak mendatangkan kemalangan.
Oleh itu, risiko untuk berlakunya kemalangan dapat dikurangkan serta dapat dicegah.
Antara faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan ialah:
i. Kelalaian manusia dalam melakukan kerja
ii. Faktor persekitaran
iii. Peralatan yang digunakan

1.1 LANGKAH KESELAMATAN TERBAHAGI KEPADA TIGA ASPEK :

DIRI
1. Memakai pakaian
2. Menggunakan kasut bertutup ketika melakukan kerja
3. Jangan melakukan kerja dengan bergurau dan bermain ketika mengendalikan
alatan yang tajam.
4. Pakai sarung tangan ketika menggunakan alatan tangan.

TEMPAT
1. Memastikan lantai kering dan tidak berminyak ketika melakukan kerja.
2. Memastikan ada ruang dan jarak yang sesuai ketika menggunakan alatan.
3. Mengemas tempat yang telah digunakan setelah selesai melakukan kerja.

ALATAN
1. Memastikan alatan yang digunakan tiada sebarang kerosakan.
2. Memastikan alatan yang digunakan dapat berfungsi dengan baik.
3. Memastikan alatan yang digunakan cukup untuk melakukan kerja

4
3.0 ALATAN DAN BAHAN
NO. ALATAN FUNGSI

1. PEMBARIS KELULI
 Pembaris keluli digunakan untuk
mengukur jaran pada bahagian kerja
dan membuat garisan lurus.

2. SESIKU L
 Membuat garisau bersudut tepat.

3. GANDIN KAYU
 Memukul alatan berhulu kayu
seperti pahat tepi serong.

4. GERGAJI PUTING
 Memotong kayu bersaiz kecil
 Memotong tanggam kayu

5. PENSEL PENANDA
 Membuat rancang tanda bagi
tanggam, potongan, buangan,
lengkuangan dan sebagainya.

5
6.
PAHAT KUKU JENIS PERAUT -
SERONG LUAR
 Untuk membuat lurah tepat
 Sesuai membuat lengkung dalam
kerja ukir-mengukir.

7. KIKIR PIPIH TERUS


 Kegunaanya untuk kerja am
kerana giginya terdiri dari kasar,
sederhana, halus dan sangat
halus.

8.
APIT G
 Mengapit kayu ketikan proses
pemotongan menggunakan
gergaji, pahat dan gerudi.

9. RAGUM MEJA
 Kegunaanya utama ragum meja
ialah untuk memegang benda
semasa kerja.

6
3.1 BAHAN YANG DIBEKALKAN

NO. GAMBARAJAH KETERANGAN

1. UKURAN KAYU
(180mm × 46mm × 20mm) 2pcs
(270mm × 46mm × 20mm) 1pcs

3.2 AlATAN BAGI KEMASAN

NO. GAMBARAJAH KETERANGAN

KERTAS PASIR
1.
Menghilang kecacatan dab
tanda pada kayu dan melicinkan
kayu.

7
4.0 PENGENDALIAN MESIN

NO. GAMBARAJAH CARA MENGENDALI

1. Memotong siku:
1. Lengan-lengan pada posisi 0˚.
2. Tempatkan kayu rapat pada
pengantar.
3. Tarik hingga melewati kayu.
4. Setelah kayu terpotong kembalikan
gergaji kebelakang.
5. Setelah selesai menggunakan,
hentikan pergerakan gergaji
RADIAL ARM SAW
menggunakan bilah kayu yang
disediakan.

2. 1. Pastikan mata gergaji dipasang


dengan betul.
2. Setkan pemandu mata pada
ketinggian dan jarak yang sesuai.
3. Laraskan meja mesin mengikut aras
yang dikehendaki.
4. Tanda bahan kerja dengan kemas
dan tepat.
5. Hidupkan suis dan biarkan mata
bergerak sepenuhnya.
BAND SAW
6. Potong bahan kerja sehingga siap.

8
5.0 LANGKAH KERJA

1. Sediakan kayu yang dibekalkan dan tandakan kayu mengikut ukuran yang
dikehendaki iaitu 18cm 2cm dari hujung ke tengah.

2. Potongkan kayu yang telah ditandakan menggunakan mesin Radial arm saw atau
menggunakan gergaji puting.

3. kayu tersebut diratakan permukaannya terlebih dahulu supaya selumbar tajam


dapat dihilangkan daripada mendatangkan kecederaan kepada tangan. Untuk proses
ini kami menggunakan kertas pasir untuk menggosok permukaan kayu.

4. Selepas itu, penandaan akan dibuat pada permukaan kayu mengikut lukisan butiran
projek yang telah diberikan.

9
5. Untuk kayu yang akan dijadikan soket, ianya perlulah dipotong sepatuh kayu
daripada ketebalan kayu.

6. Selepas pemotongan tersebut, kayu yang telah dipotong terbabit akan ditandakan
dengan skala 1:6 untuk dijadikan bajang tunggal atau dikenali dalam Bahasa Inggeris
sebagai ‘Dovetail’.

7. Kayu yang telah ditanda itu akan dipotong bentuknya menggunakan ‘Band Saw’.

10
8. Pada bahagian kayu yang dijadikan soket pula, penandaan akan dibuat mengikut
saiz soket (bajang tunggal) yang telah dipotong.

9. Bagi kaedah pemasangan antara pin dan soket pula, proses hendaklah
menggunkana pahat dan kikir permukaan soket serta menggunakan gandin kayu
dengan mengetuk secara perlahan bagi keduanya bersambung cantik. Sekiranya soket
dan pin masuk secara ketat maka ianya merupakan tanggam yang baik.

11
6.0 REFLEKSI

Diakhir tugasan ini, saya telah dapati bahawa projek yang saya lakukan ini adalah
kerja yang tidak memerlukan banyak tenaga dalam kerja-kerja yang memerlukan
alatan tangan. Penggunaan kaedah yang betul dapat mengurangkan kecacatan pada
proses menyiapkan kerja dan memudahkan kerja dilakukan. Penggunaan semua alatan
tangan dan penggunaan mesin, pelajar telah mahir unuk menggunakan alatan
dengan kaedah yang betul dan selamat. Kesimpulannya, pembuatan tanggam Bajang
Tunggal dalam amalan ketukangan kayu ini sangat membantu pelajar dalam
mempelajari asas ketukangan yang sebenar. Kerja menukang ini juga dapat dipelajari
dalam mengukur, menanda, memotong, mengikir, dan akhir sekali kerja kemasan.
Pembuatan tanggam ini juga dapat mengajar saya cara menggunakan alatan dengan
betul dan cara mengendali mesin dengan betul dan selamat. Ia memerlukan kesabaran
dan kepekaan untuk mewujudkan sesuatu hasil kerja yang bermutu dan mencapai
objektif yang di inginkan.

12

Anda mungkin juga menyukai