Anda di halaman 1dari 5

PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN

Konsep dan definisi motivasi

Terdapat ramai pengkaji yang memiliki pelbagai persepsi yang diutarakan bagi
menjelaskan pengertian motivasi itu sendiri. Namun demikian, antara yang paling
popular dan sangat hampir dengan konsep motivasi ini ialah definisi Sage (1977).
Beliau menyatakan bahawa motivasi merujuk kepada arah dan intensiti usaha
seseorang individu. Secara tuntasnya, arah merujuk kepada tindakan seseorang
individu untuk menjauhi atau menghampiri sesuatu situasi. Manakala intensiti pula ialah
takat atau kekuatan usaha seseorang individu untuk menghampiri atau menjauhi situasi
tersebut.

Wann (1977) pula berpendapat bahawa motivasi merupakan satu proses kebangkitan
yang lahir dari diri individu yang dapat membantunya berusaha ke arah atau
mengekalkan perlakuan yang diingini. Manakala Robert (1993), menyatakan bahawa
motivasi merujuk kepada faktor-faktor personaliti, sosial dan kognitif yang memainkan
peranan ketika seseorang atlet membuat persembahan dan ingin mencapai sesuatu
matlamat.

Sebagai kesimpulannya, motivasi ialah faktor-faktor yang menggerakkan, mengekalkan


atau memberhentikan tingkah laku ke arah sesuatu matlamat yang ingin dituju, dari
aspek biologi, sosial dan pembelajaran.

Terdapat dua keadaan yang terkandung di dalam motivasi itu sendiri iaitu motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

Motivasi Intrinsik.

Motivasi yang wujud dari dalaman individu dan tidak dipengaruhi oleh sebarang
faktor luaran. Ia terbentuk hasil daripada keyakinan diri yang tinggi tanpa
mengharapkan dorongan, ganjaran atau sokongan dari persekitaran. Sebagai
contoh adalah minat yang amat mendalam untuk menceburkan diri dan berazam
untuk berjaya, seterusnya meningkatkan prestasi atlet melalui penguasaan
kemahiran-kemahiran tertentu. Contoh lainnya ialah ingin menjaga kesihatan diri.
Kuasa pengekalannya bertahan lebih lama berbanding motivasi ekstrinsik.

1
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN

Motivasi Ekstrinsik

Berbeza dengan motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik melibatkan ganjaran atau


faktor luaran yang mendorong individu bertingkah laku dalam sukan, motivasi ini
boleh berbentuk fizikal atau pun verbal. Implikasi motivasi ini lebih bersifat motivasi
sementara. Sumber motivasi ini ialah keinginan untuk memenangi pingat emas,
mengharapkan ganjaran dan penghargaan dan takut akan dendaan atau kesan
sekiranya tewas.

Motivasi dan ganjaran

Ganjaran dan motivasi yang diterima oleh atlet boleh meningkat atau menurunkan
motivasi atlet. Ia bermula pada cara seseorang atlet menerima dan mentafsir
motivasi atau ganjaran yang diterima. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik
seperti anugerah sukan atau trofi yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan kebolehan
atlet boleh meningkatkan motivasi intrinsik. Namun pemberian ganjaran ekstrinsik
yang demikian sekiranya ditafsir sebagai mengawal atlet akan mengurangkan
motivasi intrinsik dan keseronokan atlet berkenaan.

Model Motivasi

Motivasi boleh dilihat dan dijelaskan melalui beberapa pendekatan model. Berikut ialah
beberapa model yang amat popular dalam bidang motivasi sukan.

Model McClelland dan Atkinson

Model ini menyatakan bahawa motivasi terbentuk berdasarkan motif untuk


mencapai kejayaan dan takut akan kegagalan. Cox (2007) berpendapat bahawa, motif
untuk mencapai kejayaan adalah lahir dari motivasi intrinsik, manakala takut akan
kegagalan adalah komponen kebimbangan kognitif seketika. Faktor yang mendorong
seseorang atlet untuk mengharapkan kejayaan ialah motivasi berjaya. Manakala
faktor yang mengelakkan seseorang atlet untuk merasa bimbang terhadap
kegagalan ialah motivasi untuk mengelakkan kegagalan.

Motivasi pencapaian = motivasi intrinsik – kebimbangan kognitif seketika.

2
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN

Formula di atas menceritakan bahawa sekiranya seseorang atlet berkeyakinan


boleh berjaya, maka beliau akan memilih untuk kekal terlibat dalam aktiviti
berkenaan, namun jika atlet tidak berkeyakinan maka atlet tersebut akan memilih
untuk tidak menyertai aktiviti berkenaan. Atkinson sendiri mengakui kesan pengaruh
motivasi ekstrinsik kepada motivasi intrinsik individu.

Teori Self Efficacy oleh Bandura

Pengaruh keyakinan diri sebagai faktor yang membezakan individu bermotivasi


pencapaian tinggi atau sebaliknya. Teori ini menjelaskan keadaan yang berkaitan
dengan keyakinan individu tentang kemampuannya untuk melakukan sesuatu
tugasan dengan berkesan. Mekanisme yang menjadi pengantara motivasi, corak
pemikiran dan tingkah laku. Self-Efficacy adalah pertimbangan individu terhadap
kemampuannya beraksi dalam apa tahap sekalipun, serta merupakan hasil daripada proses
pengaruh kendiri yang kompleks berdasarkan sumber maklumat keupayaan diri seperti
berikut :

 Perlakuan prestasi yang berjaya


 Pengalaman lalu
 Pujukan atau dorongan
 Status fisiologi

Teori Motivasi Kecekapan Harter

Teori ini menjelaskan pencapaian berdasarkan aspek kecekapan atlet. Atlet yang
merasakan bahawa mereka mempunyai kecekapan yang mencukupi dalam sesuatu
tugasan biasanya akan melakukan tugasan tersebut tanpa banyak soal, dan begitu
juga sebaliknya. Penilaian kognitif terhadap kejayaan seseorang menguasai sesuatu
kemahiran akan memberi kesan terhadap motivasi seseorang. Jika atlet berjaya
dalam kemahiran yang ditunjukkan maka motivasi kecekapannya akan meningkat.
Jika sebaliknya berlaku, maka keinginan terus untuk melibatkan diri dalam
kemahiran tersebut akan menurun.

3
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN

Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey

Model keyakinan sukan spesifik oleh Vealey (1986) adalah merupakan teori motivasi
pencapaian yang berasaskan konsep keyakinan sukan. Model ini mencadangkan
bahawa atlet yang berjaya dalam sesuatu sukan tertentu akan merasakan
keyakinan sukan dan keyakinan boleh dibawa ke dalam situasi sukan baru yang lain
pula.

Strategi motivasi

1. Kata-kata motivasi dari Jurulatih (Pep Talks)


 Kata-kata yang berkobar-kobar
 Menimbul ketakutan pada jurulatih
 menyemai perasaan takut pada lawan dan menganggap jurulatih sebagai
orang berkuasa.
 Mengamalkan konsep benci dan marah kepada pemain, pasukan lawan
untuk bangkitkan semangat.
2. Sikap jurulatih terhadap atlet
 pemain dilatih seorang yang baik dan berguna
 pemain mesti disayangi
 pemain dilatih dengan baik
 jurulatih mesti mengenal dan memahami atlet

Kaedah Lokus Kawalan

Kaedah ini menyatakan bahawa individu memiliki persepsi yang berbeza terhadap
keperluan mendapat dendaan atau ganjaran. Ada individu yang berfikir bahawa mereka
mempunyai daya untuk mengawal untung nasib kehidupan mereka dan ada pula yang
berfikir bahawa kehidupan mereka dikawal oleh orang lain dan bergantung pada nasib.
Jenis kawalan ini akan mempengaruhi motivasi atlet.

4
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN

Kaedah Tidak Langsung

Jurulatih menggunakan situasi atau persekitaran dari segi fizikal dan psikologi untuk
memberikan motivasi kepada atlet. Sebagai contoh jurulatih menukar tempat latihan
atau kaedah latihan untuk meningkatkan motivasi.

Kaedah Memberi Motivasi

1. Rangsangan dan pujian


 Sanggup mencuba
 Pujian yang lemah
 Lebih agresif dan peningkatan
2. Pertandingan
 Cuba baiki rekod pencapaian dan dorongan pencapaian
3. Hormat-menghormati (appreciate)
 Wujud hubungan saling menghormati
 Pandangan positif hasil kemajuan
 Jurulatih ada kuasa atlit perlu diberi peluang
 Tindak balas atlit baik menggembirakan
 Penghargaan

Anda mungkin juga menyukai