Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN INOVASI BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)

1.0 TAJUK

Caballus Gic-Walk

2.0 TUJUAN

2.1 Membantu pelajar kurang upaya fizikal untuk melakukan aktiviti.


2.2 Mencetuskan minat pelajar untuk melakukan pergerakan aktiviti fizikal.
2.3 Meningkatkan kemahiran lokomotor pelajar kurang upaya fizikal.

3.0 LATAR BELAKANG / SINOPSIS INOVASI

Projek inovasi ini tercetus apabila mendapat pengetahuan baharu bahawa murid
pendidikan inklusif mempunyai murid kurang upaya fizikal dan memerlukan alat
penyokong untuk membantu pergerakan murid tersebut.

4.0 RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI

Rasional membangunkan inovasi ini adalah disebabkan oleh perkara-perkara


berikut:

4.1 Caballus Gic-Walk sesuai digunakanuntuk aktiviti pergerakan murid untuk


bergerak ke pelbagai arah.
4.2 Caballus Gic-Walk dapat memastikan murid berdiri dengan baik dan
selesa.
4.3 Caballus Gic-Walk dapat meningkatkan semangat murid untuk malakukan
aktiviti.
5.0 CADANGAN TINDAKAN PERLAKSANAAN INOVASI

Prosedur Huraian
1. Penyediaan sumber Menyediakan peralatan seperti yang
dirancang dan disenaraikan.
2. Rangkaan inovasi Merangka projek inovasi agar
mendapat gambaran awal inovasi
tersebut.
3. Pembahagian Tugas Ketua kumpulan membahagikan
tugas pelaksanaan inovasi Caballus
Gic-Walk seperti mengukur dan
memotong PVC.
4. Pelaksanaan inovasi Mula membuat pemasangan inovasi
BBM Caballus Gic-Walk dengan
memotong dan memasang PVC.
5. Pembentangan hasil inovasi Pengujian hasil inovasi yang
dilaksanakan menerusi
pembentangan.

6.0 KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI

Bil Perkara Gambar Rajah

1. Membuat lakaran awal inovasi Lakaran 1


yang akan dihasilkan.
Lakaran 2

2. Perbincangan ahli kumpulan

3. Mencari alatan di kedai


hardware dan pvc terpakai

4. Memotong dan memasang paip


PVC mengikut idea lakaran.
7.0 PERBEZAAN ANTARA SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI

Bil Sebelum Inovasi Selepas Inovasi


1. Mencari isu/masalah murid Menghasilkan bahan bantu mengajar
inklusif berkaitan kurang upaya yang diubah suai yang berrsesuai
fizikal. dengan murid kurang upaya fizikal.
2. Membuat lakaran awal bahan Membuat bahan bantu mengajar untuk
bantu mengajar untuk murid membolehkan murid tersebut turut
kurang upaya fizikal. serta semasa melakukan aktiviti
fizikal.
3. Rancangan keberkesanan Mendapatkan maklum balas daripada
bahan bantu mengajar pengguna atau murid yang
mempunyai masalah kurang upaya
fizikal tentang keberkesanan bahan
bantu mengajar yang dihasilkan.

8.0 KEISTIMEWAAN INOVASI

Keistimewaan inovasi yang dibangunkan adalah untuk membantu murid kurang


upaya melakukan pergerakan tanpa bantuan orang lain

9.0 IMPAK / KEBERKESANAN INOVASi

Beberapa impak telah dikenalpasti adalah dapat membantu murid kurang upaya
untuk melakukan pergerakan. Dapat melahirkan siswa/siswi guru mencipta dan
berfikiran kreatif untuk melakukan inovasi murid pendidikan inklusif. Seterusnya,
menjadi bahan bantu mengajar kepada guru yang mengajar murid kurang upaya
fizikal.

10.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, inovasi ini dapat memberikan kesan yang positif kepada
pengguna, penguji dan pencipta bahan inovasi. Guru juga dapat
mempelbagaikan teknik dan pelaksanaan aktiviti di samping menjimatkan kos
dan masa penyediaan bahan untuk mengajar. Seterusnya, inovasi ini
penghasilan yang sememangnya satu idea baru yang mendatangkan faedah
kepada guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran subjek pendidikan
jasmani.

11.0 INOVASI DIHASILKAN OLEH :

1. NUR AINA SHAFIAH BINTI ABD HALIM


2. NURUL ANIS NAJWA BINTI AHMAD NADZRI
3. KHAIRUL ANUAR BIN NORPREE
4. ABDUL QAYYUM BIN AHMAD SUKIMI
5. AMIRUL SYAFIQ BIN MOHD SHAFIE

Anda mungkin juga menyukai