Anda di halaman 1dari 8

SUMBER:

TEAM PEMIKIR MINDA SIHAT KEBANGSAAN


TAJUK : NOTA CINTA ORIGAMI

OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat :
1. Mengetahui cara menyayangi dan hargai diri.
2. Mengenali kelebihan dan kelemahani diri
3. Memupuk rasa kasih sayang kepada diri dan orang disekeliling

MASA : 30 minit

BAHAN :
1. Video Origami / Gambarajah Panduan Origami
2. 2 Kertas Warna Berbeza, Gunting/Pembaris
LANGKAH-LANGKAH :

1. Murid menyenaraikan perasaan yang pernah dirasai (positif dan negatif).


Murid mengaitkan perasaan itu dengan masalah yang dihadapi.

2. Murid diterangkan tentang cabaran dalam kehidupan dan kepentingan


sayang diri.

3. Murid dipaparkan Gambarajah cara membuat bentuk hati dan kapal


terbang oleh GBK.

4. Murid menulis nama di atas origami berbentuk hati (dibahagian kiri) dan
kekuatan diri / nilai positif (di sebelah kanan). Manakala di bahagian
belakang origami ditulis kelemahan diri.
sambungan…

5. Murid mengambil origami berbentuk kapal terbang dan menganggap ia


adalah kelemahan yang ada dalam diri. Murid menerbangkan kapal
terbang itu sambil membayangkan kelemahan dirinya yang telah hilang.

6. Murid diterangkan kelebihan dan Kembangan potensi sebagai satu cara


menghargai diri.

7. Murid dan GBK merumuskan aktiviti yang dijalankan.


NOTA TAMBAHAN:
GBK dan murid boleh menghasilkan origami hari dengan menggunakan duit
kertas.

FALSAFAH :
1. Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan diri.
2. Terima diri seadanya dan hargai kelebihan diri.
3. Menghormati dan mencintai diri sebelum mengasihi orang lain.
NOTA TAMBAHAN:

✓GBK dan murid boleh menghasilkan origami hari dengan


menggunakan duit kertas.
✓Origami ‘love’ adalah simbol kasih saying. Sayang diri selalu dahulu
sebelum menyayangi orang lain.

1. Origami dapat meningkatkan kemampuan seseorang untuk lebih


peka atau sedar atas apa yang terjadi di sekelilingnya. Mereka akan
jauh lebih fokus dalam belajar atau menyelesaikan suatu masalah.
2. Orang Jepun percaya bahawa memberikan lipatan kertas origami
sebagai hadiah untuk teman, dapat membuatkan anak-anak
menjadi lebih dekat dengan teman-temannya dan percaya diri
dalam bersosial / berkawan.

Anda mungkin juga menyukai