Anda di halaman 1dari 1

NAMA: NG JIA QIAN

NO MATRIK: A170822
SENI TARI RAKYAT CINA 1 SESI 2021/2022

AKTIVITI 3

A) Anda diminta untuk huraikan ciri-ciri menjadi penari yang baik pada pandangan
anda,dan nyatakan pendapat anda mengapakah setiap penari harus mempunyai ciri-
ciri tersebut.

Pada pandangan saya, ciri-ciri menjadi penari yang baik adalah memahami konsep tari
dengan baik. Ini kerana hanya konsep yang difahami oleh penari dengan baik dapat
disampaikan kepada penonton dan dinikmati oleh mereka. Seterusnya, ciri penari yang baik
adalah bijak mengawal tempo dalam tarian. Penguasaan tempo yang baik harus
dipertimbangkan agar tiada kecacatan dalam sesebuah persembahan kerana tempo adalah satu
dasaar tari yang harus dikuasai oleh seseorang penari untuk menjadi penari yang baik. Selain
itu, ciri menepati masa turut salah satu ciri penari yang baik. Ini kerana bagi tujuan
menghasilkan sesebuah tarian berkumpulan memerlukan setiap penari untuk menepati masa
agar apa yang akan ingin koreografer sampaikan dapat diikuti oleh para penari. Secara tidak
langsungnya, sikap berdisiplin dapat dipupuk dalam kalangan penari. Akhir sekali, semangat
kerjasama di dalam tarian turut merupakan ciri yang penting untuk seseorang menjadi penari
yang baik. Perkara ini dititikberatkan di dalam diri penari yang baik, terutamanya dalam
koreografi yang berkumpulan. Semangat kerjasama dapat mempercepatkan proses dan juga
menghasilkan sesebuah tarian yang kemas dan menarik untuk ditonton.

Anda mungkin juga menyukai