Anda di halaman 1dari 4

Teori Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT)

Terapi ini diasaskan oleh Albert Ellis pada tahun1958 yang mempraktikannya dalam suasan

kerja kelompok yang dapat memberi manfaat kepada klien (Vander Kolk, 1985) dalam Teori

dan Praktis Kelompok kontemporari sharif mustaffa

Pendekatan Rationla Emotive Behaviour Theraphy bagi terapi kelompok dikaitkan dengan

hubungan antar ketua kelompok dan ahli kelompok kerana akhir sesi akan dapat dilihat

keputusannya (corey , 2012). Pemikiran yang tidak rasional dan gaya pemikiran yang self-

defeating merupakan asas penyakit stress. Secara khususnya, Terapi Rasional Emotif Tingkah

Laku akan cuba untuk mengubah falsafah, sikap dan kepercayaan klien yang boleh

membantu kepada kemusnahan (sapora sipon, 2013)

Sapora Sipon (2013) menyatakan bahawa Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku bertujuan

untuk mengurangkan atau membuangkan emosi yang tidak bersesuaian seperti depresi,

kesedihan, stress dan kebimbingan supaya ahli mempunyai kehidupan yang lebih tenang

tanpa memikirkan perkara yang tidak rasional.

Albert Ellis (1970) memberi focus kepada konsep pemikiran seseorang yang tidak rasional

dan harus dicabar supaya menjadi rasional. Setiap gangguan pemikiran yang berlaku dalam

kehidupan manusia berpunca daripada pemikiran yang tidak rasional. Punca kepada

pemikiran tidak rasional adalah proses dan pengaruh pembudayaan dan pembelajaran. Dalam

kajian ini, intervensi/rawatan yang akan dijalankan berbentuk pendekatan kaunseling

kelompok. Pendekatan kaunseling kelompok amat berkesan digunakan unutk mengubah

tingkah laku

Pemilihan Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku


Sebagai bakal kaunselor saa memilih untuk menggunakan Terapi Rasional Emotif Tingkah

Laku kerana saya berpegang kepada prinsip masalah yang manusia hadapi sekarang

merupakan kesan ke atas pemikiran yang tidak rasional ataupun overthinking yang ada dalam

pemikiran manusia. Terdapat 3 perkara yang wujud dalam diri manusia iaitu pemikiran,

teingkah laku adan perasaan. Jika salah satu dari 3 perkara itu berada dalam keadaan baik

maka kedua-dua perkara tersebut juga akan berada dalam keadaan baik. Apabila pemikiran

sesorang itu terganggu dengan persepsi ataupun pemikirannya ini akan menyebabkan

perasaan dan tingkahlaku seseorang menjadi terganggu. Saya juga sering menyelesaikan

masalah atau mencari punca masalah dengan mencari punca pemikiran, tingkah laku araupun

perasaan yang berada dalam kondisi terganggu. Jadi saya merasakan dengan pemilihan

Terapi Rasional Emotif Tingkahlaku yang saya pilih mampu membantu saya untuk

menjalankkan sesi kaunseling dengan lancar.

Model ABCDE oleh Albert Ellis

Model ini telah menggunakan system kepercayaan ABCDE yang akan dijelaskan seperti

berikut:

Contoh:

A = Peristiwa lewat tiba untuk mesyuarat

B = Kepercayaan.

C = Kesan emosi terganggu.

D = Mencabar kepercayaan yang tidak rasional

E = Logik.
Menurut Gerald Corey (2012) Teori A B C personaliti dan gangguan emosi adalah penting

kepada teori dan praktik REBT. (akibat emosi) selepas beberapa peristiwa aktif yang berlaku

pada titik A, ia bukanlah peristiwa itu sendiri yang menyebabkan keadaan emosi, walaupun ia

mungkin menyumbang Teori A B C menegaskan bahawa apabila kita mempunyai reaksi

emosional pada titik C. ia adalah sistem kepercayaan atau kepercayaan yang kita ada

mengenai acara itu terutamanya mewujudkan C. Sebagai contoh seseorang itu berada dalam

kemurungan (C) atas sebab dia tidak mendapat kenaikan pangkat (A) ia bukanlah hakikat

bahawa dia tidak dinaikkan pangkat yang menyebabkan kemurungan seseorang itu, itu adalah

kepercayaan dia tentang kejadian itu. dengan mempercayai bahawa dia benar-benar harus

dipromosikan dan yang tidak menerimanya bermakna sesuatu kegagalan, individu tersebut

membina sangkaan itu mengakibatkan emosi perasaan kemurungan. Oleh itu, kita

bertanggungjawab untuk mewujudkan gangguan emosi kita sendiri melalui kepercayaan yang

kita kaitkan dengan peristiwa-peristiwa kehidupan kita.

Peranan Ketua Kelompok atau Kaunselor Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku

Pendekatan terapi ini banyak mengfokuskan kepada peranan kaunselor itu sendiri. Peranan

kaunselor amat penting dalam membantu ahli-ahli kelopok dalam mejalani sesi kaunseling

kelompok ini. Peranan kaunselor dalam terapi ini aalah menggalakkan peikiran melalui

pelbagai cara seperti mengajar ahli kelompok asal-usul emosi.

Ketua kelompok ataupun kaunselor dalam kumpulan terapi ini menggalakakan pemikiran

rasional dalam pelbagai cara (Ellis, 1973 dalam kaunseling kelompok sapora sipon) termasuk

perkara-perkara berikut :

I. Mengajar ahli-ahli kelompok mengenai asal-usul emosi

II. Menjadi aktif dalam proses kumpulan dengan mencabar dan bertanya
III. Menggalakkan ahli kumpulan untuk membantu ahli yang lain terutama sekali berfikir

secara tidak rasional.

IV. Menggunakan pengalaman yang bersifat aktiviti dalam kumpulan dan tugasan kerja

rumah di luar kumpulan.

V. Membenarkan ekspresi perasaan yang salama ini disembunyikan oleh ahli-ahli

kelompok. Emosi ini kemudiannya akan dbincangkan secaara praktikal dan rasional

Kekuatan terapi ini

Dalam Weinrach (1996) terdapat beberapa kekutan terapi ini antaranya ialah:

1. Kekuatan utama terapi ini ialah focus yang diberikan kepada kepentingan peranan

kognitif dalam mempengaruhi emosi dan tingkah laku individu dan aksi

2. Terapi ini dapat dilaksanakan dengan mudah dan cepat.

3. Terapi ini mempunyai ketahanan yang boleh digunakan dalam pelbagai kelompok

sama ada bilangannya ramai atau sedikit

Refleksi

Melalui falsafah ini dapat membantu saya sebagai kaunselor untuk memahami tujuan serta

perjalanan kaunseling kelompok ini berjalan. Sebagai kaunselor saya boleh menggunakan

model serta falsafah-falsafah yang ada dalam Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku untuk

membantu saya menjalankan sesi kaunseling kelompok.

Anda mungkin juga menyukai