Anda di halaman 1dari 23

Persamaan dan

perbezaan
strategi peperangan
SUN TZU,
KAUTILYA DAN
MACHIAVELLI

DARIPADA L6T2;

REVATHI
KALAIARASY
FATIN ANATI ESA
PENDAHULUAN
 Ketahanan bermaksud keupayaan dalam menanggung sesuatu di medan
peperangan dengan sistematik. Pertahanan pula merujuk kepada
mempertahankan benteng dan kubu daripada musuh.
 Strategik merupakan satu ilmu helah atau muslihat untuk mengalahkan musuh
bertujuan untuk mencapai satu matlamat.
 Juga dianggap satu seni mempertahankan diri, negara dan masyarakat dengan cara
merancang atau mengatur langkah untuk merperdayakan musuh malah
mengendalikan peperangan.

 Kautilya, Sun Tzu dan Machiavelli merupakan tokoh yang banyak memberi
sumbangan dalam strategi peperangan sehingga kini.
 Tokoh-tokoh ini mempunyai strategi yang tersendiri namun terdapat juga
persamaan dan perbezaan antara mereka untuk mencapai kejayaan dalam
peperangan yang berlaku di negara mereka mahupun negara lain.
SEJARAH PEMIKIR-
PEMIKIR
KETENTERAAN DAN
ASPEK KETENTERAAN
SUN TZU,
KAUTILYA DAN
MACHIAVELLI
Kautilya – latar belakang
 Hidup pada zaman awal Dinasti Maurya di utara
India.
 Berketurunan Brahmin, asalnya dari Samagam.
 Dikenali dengan beberapa nama seperti Sanakiya dan
Vishnugupta.
 Hidup sezaman bersama Chandragupta Maurya pada
abad ke-3 Masihi. Beliau menjadi Ketua Menteri
Maurya semasa pemerintahan baginda.
 Beliau mempunyai fikiran yang luas telah menguasai
dan mengkaji secara mendalam hal berkaitan
politik, falsafah, ekonomi, hubungan diplomatik
dan sebagainya. Hasil kajiannya dikumpulkan dan
dibukukan dalam karya Arthasastra.
 Artha bermaksud kebendaan, kekayaan.
 Sastra ialah hasil penulisan atau karya.
 Arthasastra didefinisikan sebagai karya tentang
ekonomi dan ketatanegaraan.
 Terkandungnya taktik politik India pada zaman pemerintahan empayar
Maurya.
 Ditulis ketika agama Buddha sedang berkembang di seluruh India.
 Kesan perkembangan agama tersebut menyebabkan sistem pemerintahan
beraja mengalami kemerosotan kerana pemerintah-pemerintah lebih
mementingkan unsur-unsur kerohanian menolak hal-hal keduniaan
termasuklah sistem pemerintahan.
 Oleh itu, beliau berusaha mengembalikan kegemilangan dan ketokohan
pemerintah-pemerintah pada zaman itu.
 Kemunculan empayar Maurya dikatakan hasil usaha Kautilya dan
pengasas kerajaan tersebut iaitu Chandragupta Maurya.
 Karya ini banyak mempengaruhi pahlawan dan raja-raja Hindu seperti
raja Rajput dan Marathas.
 Karya ini menjadikan peperangan seolah-olah ada kaitan dengan spiritual
iaitu mengelakkan kelahiran semula seperti yang disarankan dalam
agama Hindu.
Pemikir ketenteraan india
 Bukunya Arthasastra ( Science of Gain of Power) pada kurun ke 3 Masihi,
mengandungi hal-ehwal ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi,
peperangan.
 Juga merangkumi 6 perkara penting dalam menjalinkan hubungan dengan
negara lain:
 Mementingkan keamanan
 Persediaan untuk peperangan
 Membiarkan musuh membuat serangan pertama
 Bersekutu dengan musuh
 Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan
serangan ke atas musuh yang lain
 Juga menyarankan pemerintah mengamalkan prinsip ‘matlamat
menghalalkan cara’ harus mementingkan matlamat daripada cara untuk
mencapai tujuan tersebut.
 Ia bermaksud hasil yang dicapai lebih penting daripada kaedah yang
digunakan sungguhpun cara yang dilakukan itu tidak wajar dilakukan
oleh seorang pemerintah yang adil dan bijaksana.
Kautilya- dalam mencapai kemenangan
 Bukunya menggariskan empat cara digunakan oleh raja untuk mencapai
kemenangan dalam peperangan baginda iaitu:
 Memujuk musuh dengan perbincangan serta rasuah
 Mencetuskan persengketaan dan melancarkan serangan
 Menanam benih permusuhan
 Melancarkan perang jika semua gagal
 Seseorang raja atau putera yang ingin berjaya juga mesti mengetahui tentang
kekuatan dan kelemahan tenteranya, kelebihan dan kelemahan tentera
musuhnya dan akhirnya tahu menyerang dengan mengambil kesempatan
atau berkesempatan.
 Raja juga perlu mengambil berat langkah-langkah sebelum peperangan
dimulakan dan selepas peperangan berlaku.
 Untuk menghadapi musuh dalam selimut, adalah dengan raja tidak terlalu
mempercayai seratus peratus kepada pemimpin dan anggota tenteranya.
Oleh itu, baginda harus memerhati gerak geri setiap perlakuan mereka.


 Beliau juga berpendapat dengan adanya kemahiran berkomplot atau tipu
muslihat adalah lebih baik daripada kegagahan dan kehandalan. Cara ini
boleh digunakan apabila nampak tanda-tanda kekalahan.
 Berkomplot adalah dengan menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai
musuh dan sekiranya berkesempatan adalah dengan merasuah seluruh
anggota istana untuk melemahkan musuhnya.
 Kautilya juga membincangkan pendekatan dalam menghadapi musuh sebagai
muslihat untuk mengekal dan meluaskan kuasa.
 Negara yang lemah
Adalah dengan mencari perdamaian kerana membuang masa sekiranya
memusuhi negara tersebut.
 Negara yang kuat
Dengan menggunakan kekerasan dan dilakukan sebelum musuh yang dikenal
pasti bertindak.
 Seseorang pemerintah juga boleh melaga-lagakan musuh dengan cara
menimbulkan isu-isu sensitif kepada dua negara musuh. Seterusnya
baginda menyebelahi mana-mana pihak yang kuat dan sekaligus
memusnahkan kedua-dua negara tersebut.
 Beliau juga memperkenalkan teori mandala iaitu, pemerintah yang bijak
mesti pandai mencari kawan atau berbaik-baik dengan musuh negara yang
akan diperangi. Apabila peperangan berlaku, musuh tersebut akan memberi
pertolongan.
Sun tzu – latar belakang
 Berasal dari negeri Qi, menulis buku Art of War (Seni
Peperangan) lebih kurang 2500 tahun dahulu (kira-kira 51
S.M.). Bukunya dianggap buku ketenteraan yang paling
popular sepanjang zaman.
 Bukunya mengandungi 6000 perkataan terdiri daripada
13bab yang mengemukakan 13 taktik dan strategi.
 Pemerintah negeri Wu, Maharaja He Lu tertarik dengan
karya Sun Tzu lalu meguji kemahiran beliau
mengendalikan pasukan tentera dengan menggunakan
wanita. Beliau bersedia menyahut cabaran tersebut.
 Selepas menyahut cabaran Maharaja, Sun Tzu telah dilantik
oleh baginda sebagai Ketua Komander Tentera Kerajaan
Wu.
 Sejak tahun 506 S.M., beliau mengetuai lima ekspedisi
tentera menentang dan menawan negeri-negeri jiran.
Negeri-negeri tersebut adalah negeri Chu, Qi, Qin dan
Yue.
 Selepas kematiannya, pengganti Sun Tzu gagal
mempertahankan kuasa pemerintahan hingga
menyebabkan negeri Wu ditakluk oleh kuasa lain pada
tahun 473 S.M.
STRATEGI PEMIKIR KETENTERAAN CHINA
 Art of War kalimatnya berbunyi “Perang adalah urusan negara yang
penting.” peperangan juga adalah sebahagian daripada urusan negara.
 Beliau lebih membincangkan strategidan taktik dalam peperangan dengan
megakui bahawa, “berperang seratus kali dan menang seratus kali
bukanlah siasah yang baik, menakluk tentera lawan dengan tiada
berperang adalah siasah yang paling baik”
 Peperangan perlu mengambil masa yang singkat kerana dapat menjamin
kebajikan rakyat dan negara.
 Ahli strategi yang baik akan dapat menewaskan musuh tanpa bertempur di
medan peperangan, menawan kota musuh tanpa mengepungnya dan
merampas negeri musuh tanpa peperangan yang berlarutan.
 Cara yang merugikan dalam peperangan ialah mengepung kubu pertahanan
musuh. Usaha mengepung tersebut mengambil masa selama enam bulan
untuk kubu dirobohkan.
 Seseorang raja berkemungkinan akan membawa bencana buruk kepada
tenteranya sekiranya melakukan 3 kesilapan iaitu dengan memerintah
tenteranya mara ke hadapan ataupun berundur apabila tidak patut berbuat
demikian.
 Baginda – jahil dalam urusan pentadbiran ketenteraan
 Baginda – jahil dalam ilmu peperangan
Taktik peperangan sun tzu
 Jeneral boleh menggunakan beberapa cara ketika melancarkan serangan. Jika
kekuatan tentera lebih kecil daripada pihak lawan maka hindarilah peperangan
tersebut.
 Dalam menggunakan taktik bertahan dan menyerang, Sun Tzu mencadangkan agar
jeneral mengambil kira jumlah tentera. Adalah lebih baik taktik bertahan
digunakan sekiranya jika bilangan tentera kurang. Lalu taktik menyerang
digunakan apabila memiliki bilangan yang ramai.
 Jeneral juga seharusnya berkhemah di tempat yang tinggi dan jangan menyerang
dengan mendaki gunung. Sekiranya musuh berada di sungai, seranglah mereka
ketika sesetengah musuh telah mendarat.
 Jeneral juga perlu memastikan pasukannya tiba terlebih dahulu di medan
peperangan kerana akan mempunyai masa rehat dan sempat menanti musuh.
 Jeneral juga tidak seharusnya
 mencabar musuh semasa mereka
 sedang bersemangat tinggi.
 Jeneral juga perlu memastikan
 ketenangan musuh harus
 diganggu agar mereka menjadi
 tidak tentu setiap masa.

 Lima pertimbangan perlu diambil kira;
 ‘Dao’ (alasan moral)
 Keadaan iklim
 Keadaan geografi
 Pimpinan jeneral
 Pengelolaan peperangan
 Lima perubahan taktik yang diperkenalkan beliau;
 Jalan yang mesti dielakkan
 Ada pihak musuh yang jangan diserang
 Ada kota musuh yang jangan dikepung
 Ada sesuatu tempat yang jangan dirampas
 Ada perintah raja yang tak perlu dipatuhi
 Lima kesilapan membuatkan seseorang jeneral boleh dikalahkan;
 Apabila cuai; mudah terbunuh
 Apabila takut akan kematian; mudah terperangkap
 Apabila sensitif akan maruah diri; mudah dipermainkan
 Apabila lekas naik marah; mudah tercabar
 Apabila terlalu sayangkan rakyat; mudah dirunsingkan
NICCOLO MACHIAVELLI – LATAR BELAKANG
 Beliau dilahirkan di Florence, Itali (1469-1527), pernah
bertugas sebagai seorang bangsawan negarawan dan ahli
diplomatik dari tahun 1494 hingga tahun 1512 M.
 Beliau menghabiskan masa menulis beberapa buah buku
seperti The Prince, Art of War dan Discorsi setelah dipecat
daripada menjadi Setiausaha Chancellery (Office of Ten).
 Kota tempat lahirnya serta zaman kehidupan beliau di
Florence mempengaruhi pemikiran dan peribadinya.
Namun pada abad ke-15M, perkembangan ketika itu
kurang menyenangkan untuk Machiavelli.
 Pada masa itu, berlakunya kekacauan politik dan huru-hara
disebabkan tidak sikap individualisme yang tidak terbatas
kerana tidak wujudnya institusi-institusi yang cuba
memperjuangkan semangat nasionalisme dan patriotisme.
 Pemimpin-pemimpim bertingkah laku tidak bermoral dalam
mencapai matlamat mereka. Ia menyebabkan perpecahan
di kalangan masyarakat Itali secara berterusan yang juga
diancam pelbagai pencerobohan yang dilakukan oleh
tentera asing terutamanya dari Perancis.
Pemikir ketenteraan eropah
 Pemerintah harus mewujudkan kerajaan yang membawa penghormatan dan
kemegahan dalam mengekalkan kekuasaan.
 Baginda juga perlu bersifat liberal, berperikemanusiaan dan mencintai kebenaran.
Namun begitu, baginda juga harus melakukan apa sahaja termasuk perbuatan
keji dan tidak berperikemanusiaan untuk mengekalkan kuasa baginda.
 Walaubagaimanapun, sekiranya baginda sering menjadikan kekerasan, kekejaman
sebahagian dari kehidupan politiknya, baginda hanya seorang yang berkuasa
tetapi tidak menonjolkan sebagai seorang yang terhormat, pahlawan atau orang
besar.
 Apabila seorang penguasa berhasil merebut suatu kerajaan maka ada cara
memerintah dan mempertahankan negara yang baru direbut itu.
 Pemerintah yang baru harus memusnahkan atau membunuh seluruh keluarga
penguasa lama kerana berkemungkinan akan menimbulkan benih-benih
ancaman terhadap penguasa baru satu hari kelak.
 Baginda harus bertindak tanpa ragu-ragu terhadap pengikut yang tidak jujur dan
musuh.
 Baginda harus bersikap seperti rubah apabila lawan yang dihadapinya adalah
perangkap-perangkap musuh. Dan harus peka denan perangkap yang akan
menjerat dirinya
 Seseorang pemerintah harus memberi keutamaan kepada aspek ketenteraan, oleh
itu arahan hanya diberikan oleh seorang pemimpin yang juga menjadi
komander tentera.
Aspek ketenteraan machiavelli
 Seseorang pemerintah harus memberi keutamaan kepada aspek ketenteraan,
oleh itu arahan hanya diberikan oleh seorang pemimpin yang juga menjadi
komander tentera.
 Beliau menyarankan bahawa peperangan sepatutnya short and sharp.
 Ini berkemungkinan berlakunya jumlah korban yang ramai, keganasan yang
melampau dan kesan peperangan yang berpanjangan.
 Beliau menegaskan dalam bukunya The Prince dan Discorsi mengenai aspek
disiplin dan latihan bagi menjayakan sesuatu misi peperangan yang perlu
dilakukan dari semasa ke semasa sama ada dalam waktu aman atau
berperang.
 Latihan perang harus dilakukan dengan lebih kerap pada masa damai daripada
masa perang.
 Untuk mengukuhkan badan politik, perlu menggunakan aspek kekerasan. Dan
seseorang raja tidak perlu merisaukan dalam melakukan kekejaman untuk
penyatuan negara dan kebaikan angkatan tentera. Machiavelli turut
menambah “is it much safer to be feared than loved.”
 Semangat patriotik juga akan menjelma dalam kalangan tentera apabila
berjuang mempertahankan tanah air mereka dan sanggup menyerahkan
jiwa dan raga dalam mempertahankan negara.

 Machiavelli tidak menggalakkan mengambil askar upahan dan bantuan kerana
mereka tidak berdisiplin, sukar disatukan, tidak setia dan menginginkan
kekuasaan walaupun mempunyai kemahiran berperang yang tinggi dan
sangat handal.
 Askar upahan dianggap sebagai pengecut di hadapan musuh kerana mereka
tidak mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak bersungguh-sungguh
kerana gaji yang tidak mencukupi untuk mereka bersedia mati untuk raja.
 Raja juga akan menghadapi risiko apabila mengambil tentera upahan ini
kerana sekiranya mereka kalah dalam peperangan pihak raja juga akan
kalah. Namun sekiranya mereka menang dalam peperangan, mereka
berkemungkinan akan membuat tentera atau rakyat pemerintah sebagai
tawanan.
 Machiavelli yakin tidak akan ada kemenangan yang sejati yang akan
menggunakan tentera upahan dan tentera bantuan.
 Raja juga perlu mempelajari berperang, organisasi dan disiplinnya.
 Baginda dianggap mulia sekiranya mempunyai pengetahuan dan mempelajari
dengan bersungguh-sungguh dalam hal-hal berkaitan peperangan kerana ia
dianggap sebagai tanggungjawab meneruskan kerajaan.


PERSAMAAN DAN
PERBEZAAN PEMIKIR-
PEMIKIR
KETENTERAAN
SUN TZU,
KAUTILYA DAN
MACHIAVELLI
PERSAMAAN ANTARA PEMIKIR-PEMIKIR KETENTERAAN
BADAN PENGINTIPAN
 KAUTILYA  SUN TZU

 Mewujudkan badan pengintipan  Terdapat 5 jenis pengintip iaitu pengintip


dengan menggunakan perisik, tempatan, pengintip dalam, pengintip
pelacur, merasuah pegawai dua pihak, pengintip maut dan
musuh dan kalau boleh seluruh pengintip utusan.
anggota istana untuk  Pengintip tempatan terdiri daripada
melemahkan musuhnya. penduduk negeri musuh, pengintip
 Jangan juga terlalu mempercayai dalaman adalah pegawai yang tidak
isteri dan anak kerana mereka berpuas hati dengan negerinya sendiri.
mempunyai kuasa tersendiri  Pengintip dua pihak adalah pengintip
yang boleh menjatuhkan kuasa musuh yang pernah diutuskan untuk
raja. tujuan pengintipan, pengintip maut
 Raja juga harus memerhati gerak- adalah pengintip musuh yang
geri tenteranya. memberikan maklumat palsu dan tidak
ketahui namanya.
 Tidak juga mempercayai pemimpin
tentera dan cuba mencari rahsia
 Pengintip utusan pengintip yang
dan maklumat pengkhianatan menyamar sebagai utusan bertujuan
kepada pemerintah. mengumpul maklumat rahsia dan
kembali membuat laporan.
SIKAP DALAM PEPERANGAN
 SUN TZU  MACHIAVELLI KAUTILYA

 Sun Tzu menegaskan  Machiavelli menegaskan Kautilya tidak


dalam latihan dan agar menjalankan menekankan bilangan
peperangan agar latihan dalam masa
tentera bersikap peperangan ataupun tentera yang harus
dengan penuh semasa tiada dihitung tetapi
berdisiplin dan tidak peperangan. sebaliknya iaitu
melengah-lengahkan  Namun begitu, perlunya
masa walaupun kualiti.
setiap tentera
dalam latihan mempunyai sikap Kualiti tersebut adalah
mahupun disiplin dan sudah
peperangan. disiplin dan ketahanan
biasa hidup dengan
 Tidak menjalankan cara keras dalam serta kepimpinan yang
perintah komander menjalani latihan dan baik yang akan
tentera akan masa berperang. Ini menentukan
menyebabkan akan membuatkan
kekalahan dalam tubuh mereka biasa kemenangan.
peperangan malah dengan penderitaan.
melemahkan pasukan  Mempelajari selok-belok
tentera. negara seperti
 Mempelajari selok- keadaan iklim,
belok negara seperti sungai, gunung dan
keadaan iklim, lembah.
sungai, gunung dan
lembah.
KUBU PERTAHANAN
 MACHIAVELLI  SUN TZU

 Beliau tidak menggalakkan  Sun Tzu mengatakan bahawa cara


pembinaan kubu pertahanan yang merugikan sekali adalah
kerana membawa kepada dengan mengepung kubu
kemusnahan dan pembaziran. pertahanan musuh.
  Usaha pengepungan akan
mengambil masa selama enam
bulan sebelum ia dapat
dirobohkan.
HUBUNGAN NEGARA
 KAUTILYA  MACHIAVELLI

 Konsep Saman merupakan usaha  Apabila pemerintah yang baru telah


perdamaian dengan negara yang merebut kuasa kerajaan yang
lemah. terdahulu, raja tersebut haruslah
 Ini menunjukkan bahawa bermusuh menjalin hubungan yang baik
dengan negara yang lemah hanya dengan negara-negara tetangga
akan merugikan masa terdekat.
pemerintah, oleh itu perluasan  Baginda harus berusaha agar selalu
kuasa dijalankan melalui membuat rakyat tergantung
perdamaian. kepadanya seperti kearifan dan
 Pemerintah yang bijak akan mencari kasih sayang terhadap rakyat akan
kawan atau berbaik-baik dengan tiada kemungkinan yang tinggi
musuh yang diperangi kerana timbulnya pembangkangan kerana
sudah tentu musuh tersebut akan penguasa yang dicintai rakyatnya
membantu baginda. tidak perlu takut terhadap
pembangkangan sosial.
PERBEZAAN ANTARA PEMIKIR-PEMIKIR KETENTERAAN
KUBU PERTAHANAN
 MACHIAVELLI  KAUTILYA
 Beliau tidak menggalakkan  Kautilya tidak membincangkan
pembinaan kubu pertahanan aspek-aspek kubu pertahanan
kerana membawa kepada kerana lebih mementingkan
kemusnahan dan pembaziran. matlamat (tujuan) daripada cara
 mencapai tujuan tersebut.
tamat

Anda mungkin juga menyukai