Anda di halaman 1dari 13

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA

KAMPUS ALOR GAJAH

SEMESTER 2 SESI 2021/2022


MAC 2022 – OGOS 2022

ISC152
ULUM HADIS

TUGASAN:
PENULISAN KERTAS KERJA

TAJUK KERTAS KERJA:


KESAN PENGUMPULAN ILMU HADIS SEBAGAI SUMBER PERUNDANGAN KEDUA
KEPADA MASYARAKAT ISLAM PADA MASA KINI

DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD HASNOL BIN SAPAR (2021856962)
WAN WANI SYAMIMI BT WAN MOHD NAZALI (2021896724)
SYARIFAH NURFILZAH QATRUNNADA BINTI WAN SUANDI (2021201878)
NUR ATHIRAH BINTI MAHADIR (2021881866)
NURUL NADIAH BINTI JALAL (2021625546)

KELAS: MIC1102A

KUMPULAN:
3

DISEMAK OLEH:
DR MOHAMMAD FAHMI ABDUL HAMID

MARKAH PENILAIAN:

PERKARA MARKAH TUGASAN MARKAH PELAJAR


Pendahuluan / Pengenalan 2
Objektif Kajian 4
Analisa Perbincangan 8
Rumusan dan Kesimpulan 2
Etika Penulisan 2
Bibliografi 2

1
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PENGUMPULAN


ILMU HADIS PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W, 4-6
ZAMAN PARA SAHABAT SERTA ZAMAN PARA TABI
TABIIN

3.0 FAKTOR-FAKTOR PENGUMPULAN DAN


PERKEMBANGAN ILMU HADIS 7-8

4.0 KESAN PENGUMPULAN ILMU HADIS SEBAGAI


SUMBER PERUNDANGAN KEDUA KEPADA UMAT 9-10
ISLAM MASA KINI

5.0 KESIMPULAN/RUMUSAN 11

6.0 RUJUKAN 12-13

2
1.0 PENDAHULUAN
Sejarah perkembangan hadis merupakan suatu masa yang telah dilalui oleh suatu hadis
bermula dari masa permulaan hadis sehingga penghayatan hadis berdasarkan amalan umat
Islam pada masa kini. Hadis adalah merupakan segala perkara yang berkaitan dengan
Rasulullah SAW yang boleh dijadikan panduan hidup yang harmoni dan sejahtera
berkonsepkan Sunnah Nabi Muhammad. Dengan adanya kepentingan hadis Rasulullah SAW
yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian setiap masa, para sahabat baginda
mengambil peluang untuk mencatat dan meneliti semua tingkah laku dan pesanan daripada
baginda agar dapat digunakan pada masa kini. Oleh hal sedemikian, berlakunya sejarah
perkembangan hadis bermula dari zaman Rasulullah SAW sehingga zaman kini. Persoalannya,
berapakah peringkat perkembangan sejarah hadis ini dalam mengekalkan status hadis
Rasulullah SAW agar tetap sahih dan tiada unsur penipuan? Maka, penulisan hadis bermula
dari zaman Rasulullah SAW kemudian bersambung dengan zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin dan
disambung oleh zaman para Tabi’in. Oleh itu, terdapat beberapa kesan yang positif dan juga
negatif hasil daripada sejarah perkembangan hadis Rasululah SAW seperti berlaku pergolakan
politik yang memberikan pengaruh negatif terhadap umat Islam tentang isu pemalsuan hadis
dan lain-lain. Dari sudut positif pula,ilmu hadis Rasulullah SAW telah berkembang pesat ke
seluruh dunia sekaligus mengajak ramai umat Islam untuk melakukan segala pesanan dan
sunnah Rasulullah SAW dalam menjadikan agama Islam agama yang maju dari pelbagai aspek.

3
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PENGUMPULAN ILMU HADIS PADA
ZAMAN RASULULLAH S.A.W, ZAMAN PARA SAHABAT SERTA ZAMAN PARA
TABI TABIIN
Ilmu hadis merupakan ilmu yang penting bagi memimpin keseluruhan masyarakat Islam
ke jalan yang benar. Hadis didefinisikan sebagai segala perkara yang disandarkan daripada
semua perkataan, perbuatan mahupun ucapan daripada Nabi Muhammad S.AW. Ia juga
merupakan satu sumber penting selepas Al-Quran bagi menjadi satu rujukan serta panduan
umat Islam untuk memahami hukum-hakam, peraturan dan segala perkara yang berkaitan
dengan agama Islam dengan lebih mendalam. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang
kekeliruan mengenai hukum-hakam, undang undang dan syariat agama Islam. Pengetahuan
mengenai sejarah perkembangan dan pengumpulan hadis adalah penting dalam mempelajari
tentang ilmu hadis. Setiap umat Islam juga perlulah mengetahui sejarah penulisan hadis.
Sejarah perkembangan dan pengumpulan ilmu hadis terbahagi kepada beberapa zaman iaitu
zaman Rasulullah S.A.W, zaman para sahabat iaitu Khulafa Al-Rasyidin dan para tabi tabiin.

ZAMAN RASULULLAH SAW


Pada zaman Nabi Muhammad S.AW, para sahabat mempelajari mengenai hadis secara
langsung daripada baginda. Para sahabat menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh
serta mereka sentiasa bertanya secara langsung dan merujuk kepada baginda jika terdapat
persoalan serta permasalahan mengenai hukum-hakam dan undang-undang dalam agama
Islam. Para kabilah yang tinggal di luar kota turut merujuk kepada baginda jika mereka
mempunyai kemusykilan mengenai sesuatu perkara. Terdapat juga para pedagang yang
menyebarkan dakwah dan ilmu yang mereka perolehi daripada Nabi Muhammad S.AW kepada
tempat yang mereka lawati ketika berdagang. Segala perkara ini boleh mengundang faktor-
faktor utama perkembangan dan penyebaran hadis secara lebih meluas pada zaman Rasulullah
S.AW. Pada zaman tersebut, Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan para sahabat untuk
menghafal hadis serta melarang mereka untuk menulisnya. Larangan ini dibuat kerana para
sahabat mempunyai ingatan yang kuat. Pada masa yang sama, kurangnya alatan menulis pada
zaman tersebut. Larangan tersebut juga dibuat kerana risau hadis akan bercampur aduk dengan
Al-Quran. Larangan mengenai penulisan hadis telah diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri di
mana Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa:
‫عن أبي سعيد الخدري أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قال ال تكتبوا عني ومن كتب عني غير القرآن فليمحه‬
“Jangan kalian menulis (selain Al-Quran) dariku. Barang siapa yang menulis dariku selain Al-
Quran hendaklah ia menghapuskannya” (HR Muslim).

4
Hadis tersebut membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W telah melarang para sahabat untuk
melakukan penulisan hadis pada zaman tersebut. Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan
hadis kepada hadis di pelbagai tempat tanpa mengira waktu sama ada di masjid mahupun pasar.
Malahan, baginda juga menyampaikan hadis di rumah baginda sendiri. Nabi Muhammad
S.A.W juga turut kerap menyampaikan hadis ketika majlis ilmu atau khutbah solat Jumaat
berlangsung. Antara perkar-perkara yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah mengenai
hukum-hakam agama, ibadah, isu muamalat mahupun isu mengenai kemanusiaan. Pada zaman
tersebut, baginda telah menyampaikan hadis dengan beberapa cara utama iaitu melalui
perkataan iaitu kata-kata, perbuatan mahupun ucapan. Dari segi perkataan, Nabi Muhammad
S.A.W sentiasa menasihati para sahabat manakala daripada segi perbuatan pula, Nabi
Muhammad S.A.W mengajar para sahabat untuk mengerjakan sesuatu ibadah. Misalnya, cara-
cara untuk bersolat dengan betul. Kami dapat membuat kesimpulan bahawa pada zaman
Rasulullah S.A.W, baginda menyampaikan hadis baginda dan menjawab permasalahan
daripada sahabat secara langsung. Larangan penulisan hadis juga ada pada zaman tersebut.

ZAMAN PARA SAHABAT (KHULAFA AL-RASYIDIN)


Pada zaman para sahabat, perkembangan dan pengumpulan hadis masih lagi diteruskan.
Ketika zaman Khulafa Al-Rasyidin yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, beliau
dikatakan sangat berhati-hati dalam periwayatan hadis. Beliau meletakkan peraturan di mana
setiap periwayatan di atas nama Nabi Muhammad S.A.W mestilah dikemukakan saksi. Sikap
berhati-hati Saidina Abu Bakar dapat dibuktikan apabila beliau membakar segala catatan hadis
beliau kerana khuatir beliau melakukan kesalahan di dalam periwayatan beliau. Pada zaman
Saidina Abu Bakar juga, perkembangan ilmu hadis turut kurang pesat dan agak terbatas. Salah
satu sebab lain kurangnya periwayatan hadis daripada Saidina Abu Bakar ialah kerana beliau
selalu sibuk menjawat jawatan sebagai khalifah. Saidina Abu Bakar turut memperketatkan
periwayatan hadis supaya tiada pihak menyalahgunakan hadis. Ia juga bertujuan bagi
mengelakkan banyak kesalahan dalam periwayatan. Oleh itu, jelaslah bahawa Saidina Abu
Bakar sangat berhati-hati dalam periwayatan hadis. Kemudian, pada zaman Saidina Umar,
beliau juga sangat berhati-hati dalam periwayatan hadis. Periwayatan hadis juga kurang pada
zaman Saidina Umar. Saidina Umar pernah mencadangkan proses pengumpulan hadis namun
setelah beliau melaksanakan solat istikharah selama sebulan, maka beliau tidak meneruskan
cadangan tersebut. Hal ini kerana, Saidina Umar takut akan menyebabkan penulisan hadis dan
Al-Quran bercampur aduk serta mendatangkan kekeliruan. Jadi, kami dapat membuat
kesimpulan bahawa Saidina Umar turut sangat berhati-hati dalam periwayatan hadis ketika itu.

5
Pada zaman Saidina Uthman, dikatakan bahawa periwayatan hadis adalah lebih banyak
berbanding daripada zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Perkara ini dikaitkan dengan
peribadi Saidina Uthman yang bersikap agak longgar dalam periwayatan hadis. Meskipun
begitu, beliau memberi pesanan bahawa tidak meriwayatkan hadis yang tidak pernah didengari
ketika zaman khalifah-khalifah sebelumnya iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.
Saidina Uthman juga tidak mewajibkan saksi ketika periwayatan hadis. Selain itu, wilayah
Islam semakin meluas pada zaman khalifah tersebut. Perkara ini mendatangkan kesukaran bagi
melakukan periwayatan hadis. Akhir sekali, pada zaman Saidina Ali, periwayatan hadis juga
semakin meluas. Saidina Ali hanya menerima periwayatan hadis di mana periwayat tersebut
bersumpah bahawa hadis tersebut daripada Rasulullah S.A.W. Saidina Ali sendiri juga banyak
meriwayatkan hadis Nabi Muhammad S.A.W. Pada zaman Saidina Ali juga, beliau telah
meriwayatkan hadis secara tulisan. Ketika zaman beliau juga, terjadinya peperangan sehingga
mempengaruhi periwayatan hadis yang mendorong kepada berleluasanya pemalsuan hadis.
Jelaslah bahawa, semua khalifah sangat berhati-hati dalam melakukan periwayatan hadis.

ZAMAN PARA TABI TABIIN


Pada zaman para tabi tabiin, periwayatan hadis telah tersebar di wilayah secara meluas.
Para tabiin juga telah mengumpul serta membukukan hadis-hadis dengan sempurna. Hal ini
adalah kerana, daya ingatan umat manusia pada masa itu kurang kuat daripada zaman
Rasulullah S.A.W serta para sahabat. Ajaran sesat juga semakin berleluasa menyebabkan hadis
sewajarnya dikumpulkan dan dibukukan bagi mengelakkan penyelewengan dalam syariat
Islam. Cabang-cabang ilmu hadis juga telah muncul pada zaman ini. Oleh itu, kami dapat
membuat kesimpulan bahawa pengumpulan dan pembukuan ilmu hadis berlaku pada zaman
para tabi tabiin. Ilmu hadis juga telah berkembang dengan lebih luas pada zaman tersebut.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa daripada zaman para sahabat sehinggalah zaman tabi
tabiin, mereka telah berusaha untuk sentiasa berhati-hati dalam meriwayatkan hadis. Sebagai
umat Islam pada masa kini, kita hendaklah menghayati sejarah pengumpulan dan
perkembangan ilmu hadis. Hal ini dikatakan demikian kerana, para ulama telah berjuang untuk
sentiasa mengekalkam kesasihan dan kebenaran hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W.

6
3.0 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN DAN PENGUMPULAN HADIS
As- Sunnah merupakan sumber hukum kedua panduan syariat Islam bagi semua umat Nabi
Muhammad SAW telah dihafal oleh para sahabat yang mendengarnya dan mereka telah
menyampaikan hadis-hadis tersebut kepada para muslimin dan muslimat, baik kepada para
sahabat sendiri yang tidak mendengarnya mahupun para tabi’in dan tabi’ tabi’in. Ketika
masyarakat jazirah Arab menerima Islam secara utuh, para sahabat mulai berpecah ke pelbagai
wilayah dan di antara mereka telah ramai yang meninggal dunia. Maka dengan ini terbuktilah
betapa pentingnya sunnah-sunnah ini perlu dibukukan bagi panduan seluruh umat Islam di
dunia. Sunnah-sunnah ini telah dibukukan dalam suatu bentuk iaitu ‘Dewan Hadis’. Para
Ulama hadis bersetuju bahawa pengumpulan hadis telah mula mula dilakukan oleh Khalifah
Umar bin Abd Aziz yang memerintah pada tahun ke 99 hingga 101 hijrah. Kemudian,
pengumpulan dan pembukuan hadis telah dilakukan oleh Syihab Az-Zuhri. Ditulislah beliau
lembaran demi lembaran tentang hadis Nabi Muhammad SAW dan kemudian telah diperintah
oleh khalifah supaya beliau mengirimkan lembaran-lembaran tersebut kepada setiap daerah-
daerah umat Islam pada zaman itu. Kemudian pembukuan hadis telah diteruskan dengan lebih
teliti oleh para ilmuan ahli hadis, seperti Imam Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i, Abu Dawud,
Ibnu Majah, dan lain-lain. Daripada merekalah kita dapat mengenali dengan Kutubus Sittah
iaitu Sahih AlBukhari, Sahih Muslim, Sunan An-Nasa‟i, Abu Dawud, Ibn Majah.

Berdasarkan beberapa riwayat, faktor utama yang menyebabkan Khalifah Umar bin Abd
Aziz mula mengumpulkan hadis adalah kerana khuatir akan hilangnya hadis kerana daya
ingatan yang kuat yang menjadi kekuatan bangsa Arab semakin lemah dan para ulama telah
banyak berpindah ke beberapa bahagian di bumi Islam setelah meluasnya wilayah mereka dan
menyebabkan banyak periwayatan hadis yang tersebar. Maka dengan itu amat perlu dan
penting untuk membukukan Hadis Nabi agar hadis-hadis ini tidak hilang. Selain itu, kerana
semakin banyak para ulama-ulama dan tokoh-tokoh hadis yang ttelah meninggal dunia akibat
daribata berlakunya peperangan antara orang Islam dan orang kafir. Turut juga berlaku perang
saudara antara orang muslim yang semakin hari semakin kerap berlaku peperangan yang
menyebabkan kematian para tokoh dan ulama hadis. Maka akibat daripada kematian ulama dan
tokoh hadis jadi berkuranglah jumlah ulama dan tokoh hadis yang masih tinggal.

7
Seterusnya, timbulnya pemalsuan hadis akibat perselisihan politik dan mazhab selepas
fitnah dan perpecahan umat Islam kepada pengikut Ali dan pengikut Mu'awiyah dan Khawarij.
Setiap kumpulan cuba memperkukuh mazhabnya dengan menafsir al-Quran secara tidak benar
atau tidak membuat nas hadis dan menisbahkan kepada Nabi apa yang tidak baginda katakan
untuk menguatkan pendapat mereka. Perbuatan seperti in telahi dilakukan oleh ahli-ahli
kumpulan Syiah. Sedangkan golongan Khawarij pula tidak membenarkan para pengikutnya
berdusta dan menganggap kafir bagi mereka yang melakukan dosa besar, apatah lagi berdusta
kepada Rasulullah SAW. Disamping itu, adalah kerana atas alasan tidak terbukunya hadis
secara rasmi pada zaman Nabi dan Khulafa’ Ar- Rasyidin kerana bimbangan akan bercampur
aduk dengan Al-Quran dan hadis akan hilang, kerana Al-Quran telah dikumpulkan dan
dibukukan dalam satu manuskrip dan telah diedarkan secara merata ke seluruh pelosok dunia.
Ia juga telah dihafal dan diserap ke dalam hati beribu-ribu manusia.

Kemudian, keteguhannya untuk tidak membiarkan hadis-hadis dibiarkan seperti dahulu


kerana bimbang akan hilang dan lenyapnya kesemua hadis-hadis daripada khazanah dunia
kerana ianya tidak dikumpulkan dan dibukukan secara rasmi. Oleh itu pengumpulan hadis amat
penting bagi menjaga kesucian dan mengelakkan berlakunya pemalsuan. Akhir sekali, faktor
yang menyebabkan terjadinya perkembangan dan pengumpulan hadis adalah kerana,
pentingnya menjaga kesahihan dan kewujudan hadis kerana ianya merupakan petunjuk dan
panduan kedua selepas Al-Quran bagi umat Islam untuk keselamatan dunia dan akhirat.
Semangat untuk menjaga hadis merupakan amalan yang mulia kerana mahu menjaga salah satu
warisan Rasulullah yang amat berharga selain daripada Al-Quran. Jika umat Islam berpegang
kepada kedua-dua panduan dan petunjuk ini iaitu Al-Quran dan As-Sunnah nescaya hidup
mereka akan teratur dan tidak akan terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat yang semakin
berleluasa.

Jadi, berdasarkan beberapa faktor-faktor tersebut maka dapatlah disimpulkan bahawa


wujudnya pengumpulan dan pembukuan hadis adalah kerana kebimbangan akan kehilangan
hadis-hadis tersebut serta bagi mengekalkan kesucian dan keinggian martabat hadis serta
mengelakkan daripada berlakunya penghasilan-penghasilan hadis palsu yang boleh
menyebabkan kesesatan pemahaman dan panduan hidup umat Islam serta boleh menyebabkan
kegoyahan akidah umat Islam di muka bumi ini.

8
4.0 KESAN PENGUMPULAN HADIS SEBAGAI SUMBER PERUNDANGAN
KEDUA KEPADA UMAT ISLAM PADA MASA KINI
Setelah zaman berganti zaman, usaha para sahabat, tabi’ dan tabi’ tabi’in dalam
mengumpulkan dan membukukan hadis dengan menggunakan pelbagai kaedah dan cara
membentuk berbagai khazanah berharga untuk panduan umat Islam. Sebagai umat Islam, hadis
atau al-sunnah merupakan sumber perundangan kedua apabila Al-quran menjadi panduan
utama perundangan umat Islam. Perundangan Islam bermaksud sistem perundangan di mana
matlamatnya adalah untuk mencapai asas kemaslahatan dalam kehidupan seseorang insan yang
bersumberkan ketetapan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Maka hadis memainkan
peranan dalam memperkuatkan hukum yang telah terdapat dalam Al-quran, memperincikan
apa yang tidak terperinci di dalam Al-quran, membataskan apa yang tidak dibataskan oleh Al-
quran dan menetapkan sesuatu hukum yang tidak terdapat dalam Al-quran tetapi hukum ini
bertepatan dengan prinsip umum dalam Al-quran. Dalam masa yang sama, ianya membuktikan
bahawa tidak benar sekiranya ada yang mengatakan bahawa tiada satu pun hukum syarak yang
diterangkan menerusi hadis ataupun hadis tidak perlu diwujudkan dalam perundangan kerana
Al-quran telah lengkap sama ada dalam perkara dasar dan pecahannya.

Dengan adanya pembukuan hadis, umat Islam boleh menjadikan hadis sebagai rujukan
kedua akan perihal hukum, ibadah dan sunnah-sunnah Rasul SAW. Para ustaz dan ustazah
yang berkongsi ilmu tentang Islam juga lazimnya menggunakan hadis-hadis di dalam ceramah
mereka selain daripada menggunakan ayat-ayat Al-quran. Hal ini bertujuan supaya
penyampaian yang dilontarkan kepada pendengar adalah penyampaian yang bersumberkan
ketetapan daripada Allah SWT dan Rasul SAW. Dalam masa yang sama, pendengar akan
meyakini bahawa penceramah menyampaikan ilmu yang betul apabila mereka menggunakan
hadis dalam ceramah mereka. Maka sangatlah bermakna hadis-hadis dikumpulkan dan kini
menjadi sumber perundangan kedua kepada masyarakat Islam.

Selain daripada itu, pengumpulan hadis yang menghasilkan beberapa buah buku
menjadikan umat Islam mengaplikasikan hadis tersebut dalam kehidupan. Pelbagai hadis yang
menyatakan kebaikan mengikut sunnah-sunnah Nabi seperti bersedekah, berzikir dan menuntut
ilmu. Sebagai contoh, daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa
yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya
jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara

9
rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka
melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan
dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di
sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]. Hadis ini menceritakan akan kelebihan buat penuntut
ilmu oleh Nabi SAW. Dengan ini, apabila pembaca buku-buku hadis menginginkan ganjaran
sepertimana yang disebutkan di dalam hadis di atas, maka ramai umat Islam yang akan
menuntut ilmu.

Seterusnya generasi umat Islam zaman kini boleh mengamati hadis-hadis yang
dikumpulkan dan dibukukan selama berzaman-zaman lamanya. Oleh kerana tujuan
pembukuan hadis adalah supaya setiap percakapan, perbuatan, dan taqrir Nabi SAW dijaga
supaya tidak hilang dan lenyap, maka beruntunglah generasi umat Islam dapat mengetahui,
memahami dan mengaplikasi hadis. Tambahan pula umat Islam boleh menyemak hadis dengan
cara merujuk buku-buku hadis sama ada sesuatu hadis itu hadis sahih ataupun tidak.

Oleh itu, sebagai umat Islam yang sejati hendaklah kita menghargai usaha-usaha yang
dilakukan oleh para sahabat, tabi’ dan tabi’ tabi’in yang berjuang mengumpulkan dan
membukukan hadis iaitu warisan Rasul SAW. Mereka telah mengaplikasikan pelbagai cara
dan metod agar hadis-hadis yang palsu tidak bercampur dengan hadis yang benar. Kesucian
hadis perlulah dijaga kerana ianya merupakan tanggungjawab semua umat Islam.

10
5.0 KESIMPULAN/RUMUSAN

Kesimpulannya, para tabi’ín telah berusaha dengan gigih untuk menjaga kesahihan hadith
Rasulullah SAW yang merupakan asas dan sumber yang kedua dalam Islam selepas al-Quran.
Walaupun begitu, ia saling berkait antara satu sama lain serta kewajipan patuh dan beramal
dengannya setaraf dengan al-Quran. Sudah jelaslah bahawa al-Quran telah putus dan jelas
kesahihannya sama ada secara umum ataupun khusus serta dapat digambarkan bahawa al-
Quran itu merupakan asal dan hadis ialah cabangnya yang berperanan sebagai penjelas kepada
al-Quran ataupun tambahan ke atasnya. Hadith sebagai penghurai dan penjelas kepada
kandungan al-Quran sama ada dengan menerangkan yang umum ataupun menjelaskan
kesamaran makna yang terdapat pada ayat. Contoh bagi menerangkan yang umum ialah
Rasulullah SAW telah menerangkan bagaimana cara-cara sembahyang, zakat, puasa dan Iain-
Iain yang hukumnya datang secara umum tanpa menghurainya dengan lebih jelas.

Secara ringkasnya, sejarah perkembangan penulisan hadis telah pun bermula sejak zaman
Rasulullah SAW lagi dan kegiatan ini terus berkembang dari semasa ke semasa. Setiap zaman
dan kurun menunjukkan kehebatan dan kesungguhan perawi hadis dalam usaha mereka untuk
memelihara dan menyebar sunnah Rasulullah SAW. Tujuan pengumpulan hadis juga
dilakukan supaya dapat menjaga kepentingan dan kesucian hadis daripada berlakunya
pemalsuan hadis yang dapat mengelirukan pemikiran umat manusia. Di samping itu,
pembukuan hadis ini tidak mungkin akan terlaksana tanpa bantuan daripada ulama-ulama
muhaddisin dalam mengumpulkan hadis. Seharusnya, segala ilmu yang disumbangankan oleh
para ulama dahulu mahupun sekarang perlulah dihargai dan dijadikan aset yang amat berharga
bagi umat Islam. Jelaslah bahawa pengumpulan hadis sebagai sumber perundangan kedua
kepada masyarakat islam dapat memberikan kesan positif terhadap pembinaan sebuah
tamadun. Akhir sekali, kami berharap sejarah pengumpulan hadis yang ditinggalkan oleh
ulama dapat menjadi pemangkin kepada kita untuk meneruskan lagi legasi penulisan syarah
hadith demi menjaga ketulenan dan kesahihan hadis serta sunnah Baginda Rasulullah SAW.

11
6.0 RUJUKAN

Abu Haif (2016). Hadis sebagai Sumber Sejarah Jakarta. Pengantar Ilmu
Sejarah.

Arofatul Mu’awanah. (2019). Perkembangan Hadis Pada Masa Sahabat


(Taqlil wa Tathabbut Min al-Riwayah).
https://media.neliti.com/media/publications/286287-perkembangan-hadis-
pada-masa-sahabat-3c536e9d.pdf

Ab. Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin (2012). Ulum Al-Hadith.
Kuala Lumpur. Pustaka Salam

Dr. Muhammad Fattah M.A (2018). Sejarah Perkembangan Hadis.Negeri


Madura. Penerbit Risalah

Leni Andariati (2020). HADIS DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA.


https://journal.uinsgd.ac.id/index.php/Diroyah/article/view/4680

Mohd. Muhiden B. Abd. Rahman (2004). SEJARAH PENULISAN DAN


PEMBUKUAN HADITH SATU SOROTAN:
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/4145/2
001/10158

Muhammad Tholhah al Fayyadl (2021). Benarkah Nabi Melarang para


Sahabat Menulis Hadits? https://islam.nu.or.id/ilmu-hadits/benarkah-
nabi-melarang-para-sahabat-menulis-hadits-cmFqc

M. Sholich Mubarok. (2015). 3 Hal yang Mendorong Pengumpulan dan


Pembukuan Hadis. Retrieved from https://bersamadakwah.net/3-hal-
yang-mendorong-pengumpulan-dan-pembukuan-hadits/

12
Raha Bistara. (2020). Perkembangan Ilmu Hadis Periode Keempat dan
Kelima. Retrieved from
http://jurnal.alfithrah.ac.id/index.php/kaca/article/view/111/82

Sharifah Nurulhuda. (2017). Faktor Perkembangan Ilmu Hadis dan Tafsir.


Retrieved from
https://www.scribd.com/document/472745492/FAKTOR-
PERKEMBANGAN-ILMU-TAFSIR-DAN-HADIS-2-pdf

Shayuthy Abdul Manas (2019), SUMBANGAN SYARH HADITH


DALAM PEMBANGUNAN TAMADUN ISLAM. Retrieved from
http://fais.psu.ac.th/iconimad2019/proceedings/06_p107-
136%20SUMBANGAN%20SYARH%20HADITH%20DALAM%2
0PEMBANGUNAN%20TAMADUN%20ISLAM%20-
%20Shayuthy%20Abdul%20Manas-BN-melayu.pdf

13

Anda mungkin juga menyukai