Anda di halaman 1dari 10

3.

5 Zaman Prasejarah di Malaysia


Negera kita juga tidak terkecuali melalui Zaman
Prasejarah.Penemuan tinggalan manusia Zaman Prasejarah
menunjukkan sejak 40,000 tahun yang lalu,manusia telah menetap di
negara ini.Tempoh itu dikenali sebagai Zaman Paleolitik.Setelah
zaman itu,manusia melalui kehidupan pada Zaman Mesolitik.Di Asia
Tenggara,Zaman Mesolitik dikenali sebagai Zaman Hoabinhian.Hal ini
demikian kerana unsur-unsur Zaman Mesolitik sebagaimana yang
ditemukan di Eropah tidak ditemukan di Asia
Tenggara.Sebaliknya,penggunaan alatan kerikil repih yang digunakan
pada Zaman Paleolitik lebih banyak ditemukan.Zaman ini juga
dikenali sebagai Zaman Epi-Paleolitik.Zaman ini diikuti dengan Zaman
Neolitik.

Lokasi Zaman Prasejarah

Kewujudan Zaman Prasejarah di negara ini dibuktikan melalui


penemuan lokasi-lokasi tinggalan manusia ketika itu.Lokasi tersebut
wujud dalam dua keadaan,iaitu di kawasan gua dan di kawasan
terbuka.
Kewujudan Zaman Prasejarah di negara ini dapat dilihat melalui
pelbagai bukti,seperti peralatan batu dan logam,tembikar dan
manik,lukisan gua dan ukiran batu.

Zaman Tapak
40,000 SM Paleolitik  Tingkayu,Sabah
 Gua Niah,Sarawak
 Kota Tampan,Perak
 Lembah Mansuli,Sabah
12,000 SM -2,800 SM Mesolitik  Jenderam Hilir,Selangor
(Hoabinhian)  Gua Madai,Sabah
 Gua Cha,Ulu Kelantan
 Bukit Tegun Lembu,Perlis
2,800 SM-500 SM Neolitik  Gua Kecil,Pahang
 Sungai Tembeling,Pahang
 Lubang Angin,Sarawak
 Gua Tapadong,Sabah
 Jenderam Hilir,Selangor
500 SM-500 M Logam  Sungai Tembeling,Pahang
 Lembah Bernam,Selangor
Teknologi
Selain lokasi,bukti penting yang menunjukkan kewujudan Zaman
Prasejarah di Malaysia ialah penemuan pelbagai jenis
peralatan.Penemuan ini menunjukkan manusia prasejarah di negara
ini mempunyai kemahiran menghasilkan peralatan batu dan
logam.Peralatan ini digunakan dalam kehidupan harian mereka
untuk memotong,menetak atau memecahkan tulang.Penemuan di
Kota Tampan,Perak dan Tingkayu,Sabah menunjukkanwujud bengkel
membuat peralatan batu.Peralatan batu Zaman Neolitik di Hulu
Perak menunjukkan manusia telah mampu menggilap alatan
tersebut.Peralatan logam yang ditemukan di Klang,Selangor
membuktikan kewujudan Zaman Logam di negera ini.
Tembikar dan Manik
Kewujudkan Zaman Prasejarah di Malaysia seterusnya dibuktikan
dengan kemahiran pembuatan tembikar dan manik.Penemuan
pelbagai jenis tembikar seperti yang ditemukan di Gua Niah,Sarawak
menunjukkan manusia prasejarah di negara ini telah melakukan
inovasi yang hebat.Tembikar ini mempunyai pelbagai bentuk,saiz dan
corak hiasan.Selain tembikar,pelbagai jenis manik telah
ditemukan,seperti di Kuala Selinsing,Perak dan di Lembah
Bernam,Selangor.
Lukisan Gua dan Ukiran Batu
Bukti paling ketara tentang kewujudan manusia Zaman Prasejarah di
Malaysia ialah penemuan lukisan gua dan ukiran batu.Lukisan gua
dan ukiran batu ini merupakan cara komunikasi untuk
menyampaikan maklumat tentang kehidupan mereka.Selain itu,
lukisan dan ukiran menggambarkan kehidupan harian
manusia,seperti aktiviti memburu dan amalan ritual.Lukisan gua ini
biasanya menggunakan arang dan oker merah.

Ukiran Batu
Ukiran batu banyak ditemukan di Sabah dan Sarawak,sementara di
Semenanjung Malaysia,hanya ditemukan di Pengkalan
Kempas,Negeri Sembila .Kewujudan ukiran batu menpunyai kaitan
dengan budaya megalit.
Ekonomi
Bukti-bukti tinggalan yang ditemukan di tapak-tapak Zama
Prasejarah di Malaysia menunjukkan terdapat tiga bentuk aktiviti
masyarakat ini dalam bidang ekonomi.

Aktiviti memburu dan memungut hasil hutan merupakan aktiviti


paling penting yang dijalankan oleh masyarakat Zaman Paleolitik
hingga Zaman Haobinhian.Aktiviti ini berbentuk sara diri
sepenuhnya.
Aktiviti penanaman padi dijialankan oleh manusia Zaman
Neolitik.Antara tapak prasejarah yang peting termaksudlah di pinggir
sungai dan lembah yang subur,seperti di Hulu
Tenbeling,Pahang;Jenderam Hilir,Selangor;dan Lembah Nenggiri,Ulu
Kelantan.Terdapat juga peralatan yang dikaitkan dengan aktiviti
penanaman padi,iaitu“Pisau Tembeling”di Pahang.Pisau ini dikatakan
digunakan ketika menuai padi.Lebihan padi pula menjadi barang
pertukaran dalam masyarakat ketika itu.

Kegiatan perdagangan melalui system pertukaran barang berlaku


sama ada melalui laluan daratan atau maritim.Antara barang
dengangan yang penting termaksuklah loceng dan gendang gangsa.
Kepercayaan
Bukti tinggalan masyarakat Zaman Prasejarah di negara kita juga
ditemukan melalui penemuan ideofak di beberapa tapak
perkuburan.Masyarakat zaman tersebut mengamalkan kepercayaan
dan memberikan penghormatan kepada orang mati.Bukti penemuan
ideofak ini menjelaskan cara hidup masyarakat ketika itu.

Pengebumian Memanjang
Gua Cha,Kelantan.
Pengebumian Melentur
Gua Gunung Runtuh,Perak.

Pengebumian Keranda Kayu


Pantai Timur,Sabah.

Kubur Kepingan Batu


Lembah Bernam,Selangor.
Pengebumian Perahu
Kuala Selinsing,Perak.

Pengebumian Tempayan
Terdapat di Sabah,Sarawak danKampung Limbongan,Terengganu.

Selain itu,kepecayaan masyarakat Zaman Prasejarah di Malaysia


turut ditunjukkan malalui budaya mengalit.Budaya mengalit merujuk
kepada kewujudan batu besar yang tersusun rapi dipercayai
mempunyai kaitan dengan amalan kepercayaan dan ritual.

Anda mungkin juga menyukai